Tuesday, 11 February 2014

wanita dan sport rim

aku tak taulah korang, tapi aku memang jahil bab-bab sport rim ni.. biasa orang kata 'fuyyooo tengok sport rim kereta tu.. cun siottt..' atau 'wah.. cunnya kereta kau dah tukar sport rim..' aku tak nampak pon cantiknya kereta pada sport rimnya..

dan aku pon jahil mana sport rim yang cun dan yang tak cun.. yang sporty dan yang tak sporty.. bagi aku sama ja.. pastu kalau orang nak maksudkan sesebuah kereta menggunakan sport rim, memang aku takkan dapat bayangkan kereta yang mana sebab aku tak pandang pon sport rim kereta.. contohnya:

brittany : sal, nampak tak kereta yang parking dekat sini tadi..
aku : entah. yang mana satu ye?
brittany : alaaa.. yang pakai sport rim 16 inci kale gold sporty gila babas tu..
aku : ......
(dah kenapa letak nama brittany ntah.. haha)

perlukah acknowledge kereta dengan sport rimnye.. cakap jela kereta warna hitam yang ada sticker mcd drive thru tu.. kan senang.. ataupon kereta putih yang dekat cermin belakang tu berderet tersusun teddy bear kecik-kecik kiut-miut.. hahaha

dan sebab ketidaktaksuban aku pada sport rim, aku juga menjadi tidak paham dan hairan mengapa mereka terutamanya kaum lelaki sanggup berhabis bergadai untuk menukar sport rim baru padahal sport rim standard yang diberikan oleh pengeluar kereta adalah sudah cukup baik.. (melampau ko sal sampai bergadai kan.. haha saja nak hyperbola sikit...) dan suamiku juga salah seorang daripada mereka-mereka yang tidak siuman ini.. baru 4 tahun pakai kereta dah 3 kali tukar sport rim... T_T masa first time dia cerita kat aku, kami masih lagi dalam fasa bercinta.. masih dalam fasa malu-malu.. riaksi aku cuma eh yeke?? dengan senyuman simpul menawan.. haha.. tapi dalam hati aku, whatt?? tiga kali tukar sport rim?? oh nooo.. what a waste.. baikla belanja aku makan.. hahaha..

in fact, waktu kali terakhir dia tukar sport rim, masa tu kami sedang asyik masyuk bercinta.. aku ingat lagi, masa tu kitorang keluar makan malam and masa dah sampai rumah aku untuk mengakhiri date kitorang, dia tanya nampak tak apa-apa perubahan dekat kereta dia.. aku pon gigihlah keluar kereta tengok ada apa-apa perubahan tak.. tengok warna cat still sama.. tengok pulak dekat bumper depan belakang kot-kot lah ada yang kemek, takde pulak.. blur betul aku masa itu.. then bila dia cakap baru tukar sport rim lah.. aku pon macam oooo.. haaa.. a'ah.. yelaahh.. padahal dalam kepala dok imagine sport rim dia yang lama macam manalah.. hahaha.. nampak tak betapa aku tak ambil port bab-bab sport rim ni.. hehehe

sebab tulah kereta aku pon aku tak kisah langsung guna sport rim standard proton tu.. cun dah bagi aku.. dan membazir je nak tukar sport rim.. puas dah laki aku pujuk suruh tukar sport rim.. aku buat-buat tak dengar je.. takdehal kalau die nak tukarkan.. aku terima je.. ngehngehngeh..

sehinggalah kelmarin.. yes.. kelmarin.. tayar kereta aku dah botak chin dah and aku suruh dia pergi tukar.. timing yang baik.. dia suggest tukar tayar besar sikit.. and kalau nak tukar tayar besar sikit haruslah tukar sport rimnye sekali.. bijak..bijak.. and entah mengapa aku pon haa ok.. tukarlah.. tersenyum lebar beliau.. :))))

and pencarian sport rim pun bermula.. seriously aku cakap, aku ni clueless bab-bab sport rim ni.. tak tau yang mana satu nak pilih.. yang aku tahu aku taknak yang colorful.. yang bright color.. oh nooo.. memang aku bagi kebebasan kat suami aku nak pilih yang mana.. pilihlah sayang oiii.. ;)

2 hari beliau survey, adalah beberapa gambar yang dia tangkap dan suruh aku pilih.. bila aku cakap tak tau, marah pulak dia.. aiyooo.. geram pulak aku dengan laki aku ni.. kan aku dah cakap awal-awal aku tak tau.. haiiihhh.. and bila aku dah kata yang ni cun.. dia kata tak cun pulak.. adoiiiiiii.. memang nak kena smash laki aku ni.. hehehehe



this is the culprit.. dah botak gila dah akibat tak alignment.. besi pon dah nak terkeluar.. nasib baik tukar cepat.. bahaya.. bahaya..







ni antara sport rim yang suami aku suruh aku pilih.. akhirnya dia yang pilih jugak.. wawawa..

kalau korang, korang pilih yang mana??

yang mana pilihan beliau??
adalaaaalalalala.. ;)






2 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  2. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete