Monday 16 February 2015

cara paling mudah dan simple untuk buat puding karamel yang sedap

Assalamualaikum semua..

Siapa suka puding karamel?? Puding karamel ni kalau sepotong beli dekat pasar malam mau RM2.50 jugak untuk sepotong.. Tu pon tak puas makan.. Pasti  dikorek-korek bekas polisterin tu menggunakan sudu bagi memastikan tiada sisa yang tertinggal.. Rugi!

Sebenarnya senang sangat nak buat puding karamel ni.. Bahan pon simple je.. Sesiapa pon boleh buat.. Tak perlu teknik kulinari yang hebat pon.. Meh saya share cara paling mudah dan simple untuk buat puding karamel yang sedap.. Confirm senang..

Bahan-bahan:

5 biji telur
Setengah tin susu pekat manis
Setengah  tin air
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar gula

Cara-cara pon senang.. Korang follow je instruction ini ya..

Mula-mula letak air dalam pengukus dan letak pengukus di atas dapur..
Kemudian ambil loyang saiz kecil, letak 2 sudu gula dalam loyang then letak atas dapaur dengan api sederhana.. Biar gula tu hangus.. Bila semua gula dah hangus, tutup api..
Then pecahkan telur ke dalam blender.. Blend sekejap sampai telur kembang..
Masukkan susu, air dan esen vanilla, blend lagi sampai agak-agak semua bahan dah sebati.. Kemudian tuang ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi..
Bila air dalam pengukus dah menggelegak, masukkan dalam pengukus, kukus selama setengah jam..
Selepas setengah jam, puding karamel yang enak pon siap!

Tunggu sejuk dan bolehlah dihidangkan kepada seisi keluarga mahupun tetamu yang datang.. Dan bersedialah menerima pujian demi pujian daripada tetamu anda.. Bila ada yang tanyakan resepi, minta mereka dapatkannya di duakupangsaya.blogspot.com.. :)


Selamat mencuba!

Monday 9 February 2015

my labour story; kronologi kelahiran haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorang putera yang comel 8 Januari lalu.. Haziq Qayyim nama diberi.. Alhamdulillah, perjalanan melahirkan khalifah Allah in sangat mudah..

Sebenarnya EDD saya lambat lagi.. 26 Januari.. Tapi disebabkan berat saya yang tidak berapa cun kenaikannya, doktor advise untuk induce.. Saya pon tak pasti dan tak nampak rasionalnya kenapa saya perlu diinduce.. Bukannya saya terlebih berat badan atau baby dalam perut terlebih besar.. Doktor cakap sebab berat naik sikit sangat.. Sepanjang mengandung, berat saya cuma naik 4.5 kg je.. Tapi perkembangan baby OK.. Saya pon OK.. sihat je.. Kecuali didiagnos GDM pregnant kali ini.. Nanti saya share pasal GDM semasa hamil ni ye, insyaAllah..

Saya ni jenis yang malas nak argue or tanya banyak-banyak.. Doktor lebih arif.. Saya ikut je apa yang diorang cadangkan.. 

So, genap 37 minggu, 7 Januari saya pon menyerah diri ke hospital.. Itu pon dah petang baru pergi walaupun doktor dah pesan suruh datang pagi.. hikhikhik.. Lebih kurang pukul 4 saya terus ke labour room.. Lepas check air kencing, tekanan darah dan timbang berat, nurse minta masuk ke bilik pemeriksaan.. Buat CTG setengah jam.. Then doktor kata nak buat VE untuk check laluan.. 

Seluk punya seluk, doktor kata dah bukak 2 cm.. Saya memang tak sangka laluan dah mula terbukak sebab saya memang tak sakit langsung.. Contraction, turun darah semua tak ada.. Yang check saya masa ni adalah doktor pelatih.. So dia kata doktor senior akan check semula.. Haihh.. Kena seluk lagi..

Actually saya tak ada masalah sangat pon dengan VE ni.. Banyak yang saya baca pengalaman blogger-blogger lain mengenai VE.. Rata-rata menceritakan bahawa VE ini sangat mengerikan.. Masa melahirkan Hana dulu, saya sangat negatif dan takut kena VE akibat terlampau banyak sangat baca cerita-cerita negatif dan mengerikan mengenai VE ni.. Tapi kali ini saya sangat positif.. Awal-awal lagi saya dah setkan dekat kepala yang VE ni tak adalah sakit mana.. Cuma senak sikit je.. Contraction jauh lebih sakit daripada sakit diseluk ni.. Yang penting bila doktor nak buat VE, tarik nafas dalam-dalam dan keep calm.. InsyaAllah, semuanya OK.. Tau-tau je doktor kata 'dah sudah'.. :)

Berbalik kepada cerita labour saya, malam tu doktor senior datang untuk check laluan.. Doktor senior tu pon kate laluan dah bukak 2 cm lebih sikit.. And dia tolong bagi jadi 3 cm.. Katanya esok pagi-pagi akan masuk ubat ikut bawah.. Kalau bukaan dah 4 cm, tak perlu masuk ubat lagi..  Terus masuk labour room..

Kesokannya, 8 Januari, pukul 4.30 lagi nurse dah kejutkan untuk buat CTG.. Sejam jugak alat CTG tu dipasang dekat perut.. Nasib baik waktu tu saya memang tak ada sakit contraction lagi.. Kalau tak mesti sangat tak selesa benda tu diikat pada perut.. Lepas buat CTG, saya tak tido dah.. Terus mandi dan solat.. Pukul 7 pagi, Doktor buat VE ketiga.. Masa ni agak lama jugak doktor tu godek-godek di situ.. And akhirnya doktor kata tak perlu masuk ubat.. Terus siap-siap ke labour room sebab dia dah 'tolong'..

Saya pon terus call husband suruh dia datang cepat.. Haruslah mahu jumpa encik suami dahulu sebelum masul labour room.. Sementara tunggu suami sampai, call emak mintak maaf semua dan sarapan.. Bila dah salam, minta maaf semua dekat encik suami, pukul 8.30 pagi saya ditolak masuk ke labour room.. Sebab jugak intai ibu-ibu yang sedang berjihad.. da yang tengah mengerang tahan sakit contraction.. Ada yang tengah sedut gas bagi mengurangkan rasa sakit..

Sampai je di katil, saya disiapkan.. Alat CTG dipasang untuk tengok contraction.. Seperti malam tadi, contraction masih lagi belum ada.. Nurse yang tengok bacaan pada CTG tu siap kata lagi 'Tak sakit lagi ye dik? Patutla relaks je. Tido dulu.. Rehat.. Nanti banyak nak guna tenaga..'

Tak sempat saya nak tidur, pukul 9 pagi, doktor datang untuk pecahkan air ketuban.. Tak rasa apa-apa pon waktu air ketuban dipecahkan.. Tak lama selepas air ketuban dipecahkan, saya mula rasa contraction manja ala-ala senggugut.. Masa ni relaks lagi.. Masa ni jugak ibu bilik sebelah dah sampai masa nak push.. Tersenyum saya dengar nurse-nurse ni bagi semangat pada ibu tersebut..

Pukul 9.30 pagi, ada doktor pakar datang check.. Katanya bukaan masih lagi 4 cm jadi dia akan masukkan ubat ikut tangan bagi cepat sikit saya bersalin.. Katanya lagi, lepas masuk ubat akan mula rasa sakit, tapi dia akan bagi ubat tahan sakit.. Saya sempat tanya doktor tu agak-agak berapa lama saya kena tahan sakit.. 'Sekarang pukul 9.40.. Biasanya 1 cm 1 jam.. Jadi dalam pukul 1 atau 2 mungkin awak dah boleh start push'.. Lamanya.. kesian suami saya kena tunggu lama-lama dekat luar.. Huhu..

Pkul 10 pagi, doktor masukkan ubat induce ikut drip air di tangan.. Masa nak cucuk jarum kat tangan ni, boleh pulak doktor tu salah cucuk.. Cucuk first di lengan tak menjadi so cucuk sekali lagi di tangan.. Adoii doktor.. Sakit tau! Dah settle semua, saya tanya bila nak bagi ubat tahan sakit.. 'Sekarang pukul 10, lagi setengah jam kita pasang CTG, kalau jantung baby OK baru kita akan bagi ubat.. Sekarang puan rehat je dulu.. Sementara belum sakit ni..'

Tak lama lepas doktor beredar, terus aku rasa sakit yang teramat.. Nak putus nafas dibuatnya menahan sakit.. Allah.. Allah.. Itu je yang boleh keluar dari mulut.. Itupun lepas nurse yang memang sepanjang masa ada teman saya ingatkan.. Reda je sakit itu, semapat saya jeling jam di dinding bilik tersebut.. Kalaulah kena tahan sakit sebegini sampai pukul satu, memang tak mampu rasanya.. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu..

Baru je nak relaks sikit dari serangan kesakitan tadi, tiba-tiba datang lagi sakit tu.. Kali ini lebih kuat dari yang pertama sampai aku rasa macam nak bernafas pon susah.. Allah.. Sakitnya..  Nurse gosok-gosok dekat belakang pon tak beri apa-apa effect.. Mengalir jugak air mata menahan sakit.. Masa tu rasa nak meneran macam nak terberak tu dah terasa sikit-sikit tapi saya tak sure samada masanya dah tiba atau tak.. Baru tadi doktor bagitau at least pukul 1 baru perjuangan push akan bermula.. Takkan dah sampai masa kot?

'Sabar dik.. Tarik nafas dalam-dalam lepas itu hembus pelan-pelan..Kalau ada rasa nak meneran macam nak berak tu bagitau ye..'
'Saya dah rasa macam nak berak ni kak..'
'Yeke? Kejap akak panggil doktor..'
Datang doktor yang masukkan ubat induce tadi..
'Dah rasa nak push ye? Tadi baru bukak 4 cm kan? Tak apa, bagi saya cek dulu.. Eh dah 8 cm.. 9 cm.. Full! Full! Full House!'
'Kejap.. Kejap..  Jangan push dulu.. Saya belum check lagi..Ok full! Bila sakit boleh teran.. Teran macam nak berak.. Nurse tolong patient..'

Skali push.. Dua kali push.. Tiga kali push keluar kepala.. Kali keempat push alhamdulillah.. Terus dengar tangisan anak syurga mama.. Alhamdulilllah.. Alhamdulillah..

Sekaligus hilang semua kesakitan.. Hanya tinggal rasa syukur dan lega sahaja.. Malangnya my husband tak sempat nak tengok masa Haziq keluar.. Suami sampai, Haziq dah berada di atas dada saya.. Doktor pon minta maaf pada suami sebab tak sempat nak tunggu suami masuk sebab proses kelahiran berlaku dengan begitu pantas.. Saya pon tak sangka..

Lepas dah azankan Haziq Qayyim, suami keluar.. Dan bermulalah proses jahit-menjahit.. Alhamdulillah, luka kali ini sedikit sahaja.. Dan cuma kulit bahagian luar sahaja yang terkoyak..
Selepas semuanya selesai, nurse bawak Haziq untuk disusukan.. Hampir setengah jam jugak Haziq menyusu, lepas tu nurse ambil semula untuk diletakkan di bawah warmer..

Hampir sejam setengah juga aku dibiarkan berehat di labour room sementara menunggu turn untuk dihantar ke wad.. Sejuknya di labour room sampai kejang-kejang kaki dibuatnya.. Sepanjang manunggu untuk ditolak ke wad, saya tak tidur langsung.. Teringat mesa melahirkan Hana dulu, lepas je habis doktor jahit, terus tidur tak sedar diri.. Penat.. hehe

Pukul 12.30 tengah hari baru saya ditolak masuk ke wad.. Haziq dan mama alhamdulillah kedua-duanya sihat.. Selepas haziq berak dan kencing, kami dibenarkan discharge petang tu jugak.. Saya sememangnya tak sabar-sabar nak balik rumah.. Rindu pada Hana dan tak sabar nak temukan Hana dengan adiknya.. :)

Sekian sahaja coretan pengalaman melahirkan Haziq Qayyim..