Sunday 29 June 2014

atasi gastrik di bulan puasa

assalam readers!

alhamdulillah, hari ini 2 ramadhan, hari kedua kita semua berpuasa.. ada yang mengalami masalah berpuasa akibat gastrik?

alhamdulillah, saya tak pernah alami gastrik.. tapi rakan di asrama dahulu ada yang mengalami gastrik.. bila gastrik menyerang, mengerekot beliau di atas katil.. makan tak lalu.. kadang-kadang sampai muntah.. bila ditanya rasa sakit macam mana? katanya pedih di bahagian ulu hati yang teramat sangat..


kesian mereka yang mengalami gastrik.. tambahan di bulan puasa ini..

jangan pandang remeh gastrik ini.. kalau dibiarkan tanpa rawatan, boleh mengakibatkan sakit yang lebih teruk seperti ulser perut..

jadi saya syorkan mereka yang sering diserang gastrik untuk ambil ESP dan peppermint semasa bersahur, dan ostematrix sebelum tidur..

insyaallah..


semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.. aminn..



ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Monday 23 June 2014

sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam?

asslamualaikum readers..

lagi 4 hari kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia.. sudah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal? dengarnya bulan ramadhan kali ini, cuaca panas.. semoga kita semua diberi kemudahan untuk menjalani ibadah tersebut dengan sesempurna mungkin.. insyaallah..

hari ini saya nak share mengenai pengalaman saya menyusukan hana.. alhamdulillah, setakat hari ini saya masih lagi memberikan susu ibu kepada hana.. bukan sepenuhnya.. di rumah pengasuh, hana minum susu formula.. tetapi apabila berada bersama saya, hana akan minum susu ibunya ini.. :)

saya tidak tahu kalau ibu-ibu yang lain mengalami situasi yang sama.. tetapi hana bila malam (tidur) memang tidak boleh berenggang dari saya.. bila sampai waktu tidurnya, saya akan susukan hana sampai hana tertidur.. kemudian dia akan 'melekap' dengan saya hampir sepanjang malam tersebut.. kalau dia terlampau lena baru boleh berenggang sikit.. itupun tidak lama.. dia akan mula 'mencari' balik.. kalau saya tiada waktu dia 'mencari' itu, terus menangis anak mama tu.. haihh


ada orang gelarkan situasi ini sebagai mengempeng.. ada juga yang panggil bergantung.. kalau orang tua-tua kasar sikit bunyinya.. meng*p*k.. hehe.. mak saya pulak panggil memerap.. apa pon istilahnya, menyusukan bayi sepanjang malam adalah agak memenatkan.. bagi sayalah..

oh tidak.. saya tidak merungut.. tidak sesekali.. saya bahagia bila hana mencari saya di tengah-tengah malam.. saya bahagia bila dia perlukan saya setiap kali dia mahu tidur.. saya bahagia apabila bila sampai waktu tidurnya, dia akan menarik tangan saya masuk ke dalam bilik.. this is once in a lifetime experience for me and hana.. jadi tak ada sebab untuk saya merungut.. :)


cumanya disebalik kebahagian tersebut, ia adalah sesuatu yang memenatkan untuk dilakukan sepanjang malam, setiap hari.. bayangkan saya terpaksa tidur mengiring sepanjang malam.. oh tidur mengiring sambil memeluk bantal peluk atau suami dengan tidur mengiring sambil menyusukan anak adalah tidak sama ye.. lain..

bila kita tidur mengiring sambil menyusukan anak, akan ada satu rasa tegangan pada bahagian belakang kita.. badan kita bukan dalam keadaan rileks.. dan akibatnya kita tidur dalam keadaan tidak selesa.. tidur yang tidak berkualiti.. untuk lena sepanjang malam itu adalah sangat mustahil.. ada juga beberapa kali saya cuba berenggang dari hana kerana keadaan yang sangat tidak selesa, tetapi apakan daya.. anak saya tu manja dengan mamanya ini.. teruslah saya memerap dia dan lelapkan mata sambil cuba mengabaikan ketidakselesaan yang saya rasakan..

bila bangun dari tidur, mulalah sakit sakit pinggang dan sakit-sakit badan.. biasanya suamilah yang jadi tempat mengadu.. minta dia tolong picitkan belakang.. masa inilah pon nak bermanja-manja sikit.. hehe.. muda-muda lagi dah sakit-sakit pinggang.. macam manalah bila umur sudah semakin meningkat nanti.. ini baru seorang anak!


bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, jangan pernah mengalah.. anak-anak ini bukannya nak menyusu sangat.. mereka hanya ingin mencari sedikit kehangatan dan kedamaian daripada ibu mereka ini supaya mereka dapat tidur dengan tenang.. :) lagipun tak lama.. insyaallah selepas 2 tahun, fasa ini akan berakhir.. selagi mana anak kita mahukan kita, just enjoy the moment..

cuba cari penyelesaian bagi mengatasi masalah sakit pinggang dan badan kerana menyusukan bayi anda sepanjang malam.. antara yang saya lakukan selain minta suami picitkan belakang adalah meletakkan bantal di belakang badan saya sebagai tempat untuk saya bersandar.. ini sangat membantu kerana ia dapat mengurangkan sedikit tekanan kepada badan kita..


selain itu, dapatkan cukup zat untuk badan kita terutama sekali kalsium.. minum susu.. bagi yang tak minum susu seperti saya, saya sangat-sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee.. saya sebenarnya baru seminggu je ambil ostematrix ini.. tapi masyaallah.. kesannya amat menakjubkan.. selama ini dok dengar je orang share mengenai kehebatan ostematrix ini.. tapi disebabkan saya ni susah sikit nak telan pil-pil ni, jadi niat nak consume ostematrix tu terpendam dalam hati je..


tapi alhamdulillah, sejak seminggu saya ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur, memang lena saya tidur.. tak ada lagi sakit-sakit pinggang dan badan akibat menyusukan hana sepanjang malam.. bangun pagi pun segar je.. memang terbaiklah.. kalaulah saya tahu penangan ostematrix ini, dari awal-awal dulu lagi saya akan consume ostematrix ini.. tapi tak apalah.. better late than never kan.. :)

sekarang ini, ostematrix sudah menjadi teman setia saya setiap malam.. saya siap ingatkan suami suapaya ingatkan saya untuk ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur.. takut saya terlupa.. :) manyusukan hana sepanjang malam tidak lagi menjadi sesuatu yang memenatkan buat saya.. dan suami tak perlu lagi tunjukkan muka simpati sambil berkata 'sabar ye sayang' setiap kali saya mengadu sakit pinggang dan belakang akibat semalaman menyuskan anak.. :)


mama.. dah telan oste belum.. jom la tidur.. hana dah mengantuk ni.. :)

semoga entry kali ini dapat memebri manfaat kepada semua terutama ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam.. saya doakan kita semua diberi kekuatan dalam membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.. insyaallah.. :)


ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda





Monday 16 June 2014

cara mengira kitaran haid

assalam readers..

teringat lagi waktu tingkatan 4 kalau tak silap, dalam kelas biologi kita ada belajar cara mengira kitaran haid ni.. my favourite subjek tau biologi ni.. sebab tu masuk university pon ambil course biologi.. sebab saya rasa biologi je yang kene dan dekat dengan jiwa saya.. setiap subjek atau topik yang kita belajar dalam biologi di boleh di'relate'kan dengan kehidupan kita.. so belajar pon dengan ikhlas dan terus meresap ke hati.. bukan setakat belajar untuk exam macam subjek fizik tu.. hihihi..

jadinya bila kita belajar dengan iklas dan belajar dari hati kononnya, jadi insyaallah, ilmu itu akan melekat sampai bila-bila.. saya masih ingat lagi mengenai kitaran haid ni dan cara kita mengira kitaran haid kita.. lagipon sebagai seorang wanita, benda ini haruslah diambil berat.. penting tau kawan-kawan kita faham kitaran haid kita..



jadi hari ini, saya nak share secara ringkasnya bagaimana cara mengira kitaran haid bagi perempuan.. ermm lelaki tak ada kot kitaran haid.. tetapi kalau hendak belajar untuk isteri dan anak-anak apa salahnya.. :)

ok kawan-kawan isu ini nampak mudah tapi sebenarnya saya yakin ramai wanita di luar sana yang ternganga bila ditanya berapa hari kitaran haid mereka.. kan? kan? ok.. meh nak habaq cara kira kitaran haid dulu.. kitaran haid bermula dari hari pertama haid datang sehinggalah hari sebelum haid datang balik..

contohnya..
haid bulan januari datang 5 hb.. bulan februari pulak datang 3 hb.. jadi kitaran haid anda adalah jumlah hari daripada 5 hb januari sampailah 2 hb februari.. ce kira.. ce kira.. berapa hari?? jadi kitaran haid bagi kes ini adalah 29 hari..

kurang jelas? ok kita tengok contoh yang mudah sikit.. contohnya si ani datang period pada 1 mei.. tup tup 29 mei datang lagi period.. jadi kitaran haid ani ialah 28 hari.. jadi untuk next period sepatutnya pada 25 jun.. haa.. paham kan?? alhamdulillah..

jadi hari pertama kitaran haid yang mana ye? hari pertama haid datang atau hari pertama selepas haid habis??? jawapannya, hari pertama haid datang.. :) jadi itulah pentingnya kita rekodkan hari pertama setiap kali 'cik period' datang..



kitaran haid yang normal adalah dalam lingkungan 26 ke 30 hari.. dan sepatutnya tetap.. maknanya kalau kitaran haid anda 30 hari, setiap 30 hari akan datang period.. ini yang sepatutnya.. tapi.. ada ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.. contohnya bulan ini kitaran haid 28 hari.. bulan depan 45 hari.. bulan seterusnya 20 hari.. hmmm apa tandanya tu ye?? bagus ke tak bagus ye??



sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi kitaran haid ini.. antaranya adalah pemakanan, gaya hidup dan hormon.. tapi ini tak sepatutnya menyebabkan kitaran haid anda tidak tetap pada setiap bulan.. kalau sekali sekali kitaran anda berubah, itu adalah normal oleh kerana pengaruh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi..

contohnya siti mempunyai kitaran haid yang teratur iaitu sebanyak 28 hari.. tiba musim peperiksaan, kitaran haidnya menjadi tidak menentu.. daripada 28 hari berubah kepada 35 hari.. tetapi selepas bulan peperiksaan berakhir, kitaran haid beliau kembali kepada 28 hari.. haaa.. ini adalah normal.. ini mungkin adalah kerana faktor hormon, mood dan gaya hidup yang telah mempengaruhi kitaran haid siti sewaktu musim peperiksaan.. korang pernah jadi macam ni tak?

tapi.. kalau sememangnya kitaran haid anda tidak pernah tetap.. ini tidak normal dan anda septutnya sudah mulai risau mengenai perkara ini.. jangan main-main anak-anak dara sekalian.. mungkin anda tidak nampak kesannya, tetapi jangan bila nak kahwin nanti baru kelam kabut.. ;)

sebab apa saya cakap kitaran haid ini penting? sebab melalui kitaran haid inilah kita dapat menganggar waktu subur kita iaitu waktu di mana ovulasi berlaku.. waktu yang paling ideal untuk pasangan suami isteri berusaha mendapatkan cahaya mata.. cara nak tahu waktu subur? insyallah saya akan kongsikan di entry yang lain.. :)



dan biasanya apabila pasangan mempunyai kesukaran untuk mandapatkan zuriat dan berjumpa doktor pakar, apabila si isteri mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, doktor akan mengesyorkan si isteri supaya mengaturkan dahulu kitaran haid beliau..

banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mengatur kembali kitaran haid seseorang wanita.. antaranya mengamalkan cara hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang seimbang.. selain itu, dapatkan berat badan yang ideal bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan kerana ini juga merupakan antara faktor menyebabkan kitaran haid tidak teratur.. ada jugak yang mencadangkan supaya berurut.. tetapi doktor perubatan moden biasanya akan mencadangkan pengambilan pil hormon atau suntikan hormon bagi menstabilkan hormon di dalam badan..

selain itu pengambilan supplement juga amat membantu.. supplement seperti evening primrose oil dikatakan dapat membantu mengatur dan menstabilkan hormon wanita.. antara pilihan yang lebih baik yang dapat membantu kawan-kawan saya yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur ini adalah gla complex daripada shaklee..



kenapa gla complex shaklee?? sebab semetinya ianya the best supplement on earth.. 100% semulajadi dan insyaallah berkesan dengan izinnya.. macam-macam dah masuk dalam badan kita ni daripada makanan yang kita ambil, asap dan udara yang tercemar, minuman serta persekitaran yang kurang bersih.. jadi nak pilih supplement janganlah ambil yang mengandungi bahan kimia lagi.. cukup-cukuplah.. kesian badan kita.. kalau ada yang semulajadi, mengapa perlu yang sintetik kan? :)



bagi adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai subjek kita hari ini, jangan segan silu, drop your question/comment here.. kalau anda pemalu macam saya, boleh ajukan pertanyaan anda kepada saya melalui emel.. insyaallah, sedaya upaya saya akan cuba jawab.. kalau saya tidak tahu, saya akan carikan jawapan untuk anda..

semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda semua.. dan semoga semua readers blog saya dikurniakan kesihatan yang baik.. aminn.. :)



ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE..BEST PRICE..BEST PRICEBUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda


Sunday 15 June 2014

push factor saya untuk berjaya sebagai w.a.h.m.

assalam readers..

pagi tadi saya hantar hana ke rumah pengasuh.. rumah pengasuh tak jauh pon.. masih lagi satu kampung.. kebiasaannya suami yang hantar.. tapi kadang-kadang, bila suami minta saya hantarkan, sayalah yang akan hantar hana..

macam biasa, mengejut hana daripada tidur adalah sesuatu yang saya sangat gembira untuk lakukan.. kerana hana bukan jenis yang meragam apabila bangun dari tidur.. dimulakan dengan salam kemudian ciuman di seluruh mukanya sambil memanggil namanya dengan lembut dan menggerak-gerakkan ibu kakinya.. bila terbuka sahaja matanya dan terpandang wajah kami, pasti senyuman manis akan terukir pada bibirnya.. walau kadang-kadang matanya layu kembali.. tapi senyumannya tetap ada.. :)

melihat mama dan papanya bersiap sambil borak-borak dengan dia.. moodnya sedikit-sedikit berubah.. hana seolah-oleh mengerti apabila dikhabarkan 'hari ini mama dan papa kena pergi kerja.. hari ini mama hantar hana rumah acik aisyah ye.. dekat sana ada abang adam.. ada adik qaseh.. hana main dengan abang adam ye.. petang nanti pukul 5 lebih, papa jemput hana kita pergi jalan-jalan ye.. hana duduk rumah acik aisyah elok-elok ye..' moodnya sedikit-sedikit berubah.. menggeleng apabila disuakan tangan untuk didukung..

bila didukung terus menuju ke kereta, badannya mula meronta-ronta.. tanda tak mahu.. dia sudah mengerti.. sudah besar.. sedah tahu menunjuk rasa.. tak mahu dihantar ke rumah orang..


tetapi apakan daya, mama dan papa harus keluar bekerja.. hana diletakkan juga di dalam car seat.. sepanjang perjalanan hana diam bila dibacakan al-fatihah dan doa-doa ringkas.. tapi rengeknya mula kedengarannya bila tiba di rumah pengasuhnya.. bila diangkat keluar dari kereta, air matanya mula mengalir..

tapi papanya bercerita, setiap kali menjemput hana dari rumah acik aisyah, hana akan terpacul di muka pintu dengan senyuman lebar sambil mulur berleter papa.. papa.. lagaknya gembira.. berakhir hidup di rumah orang untuk hari itu.. tapi esok rutin yang sama akan berulang.. akan ada lagi rengeknya.. akan tumpah lagi air matanya..


saya tak pernah rasa apa yang hana rasa sebab emak saya seorang suri rumah sepenuh masa. tak pernah kami adik-beradik ditinggalkan di rumah orang walaupun sekejap inikan pula 10 jam setiap hari.. tapi saya dapat rasakan apa yang hana rasa.. apa yang hana alami..

bayangkan kita duduk rumah orang orang.. nak duduk sejam pon dah tak sedap bontot.. yelah.. rumah orang.. memang jauh bezanya dengan rumah sendiri.. pergi ziarah sedara mara pon kalau boleh mahu cepat-cepat angkat bontot, inikan pula rumah orang lain.. yang tiada pertalian langsung..

saya tak pernah bersangka buruk dengan pengasuh hana.. saya yakin dia mengasuh hana dengan baik.. saya sentiasa berdoa agar hatinya dilimpahkan rasa kasih buat hana.. tapi.. saya sebagai emaknya pon kadang-kadang hilang sabar bila datang ragam hana.. bila badan dah penat melayan kerenahnya, datang pulak macam-macam ragamnya.. memang sangat menguji kesabaran.. tapi saya tahu pengasuh hana tinggi tahap kesabarannya.. mendalam sifat kasih-sayangnya.. saya yakin.. tapi itulah..


dulu waktu hana masih kecil.. masih belum tahu memilih.. masih dalam fasa 'redha'.. menghantar hana ke rumah pengasuhnya saban hari tidaklah sesukar ini.. walaupun ketika itu, perasan bersalah memang sangat menebal.. anak kecil lagi perlu ditinggalkan.. tapi dikuatkan hati dengan alasan mencari rezeki.. lama-lama alah bisa tegal biasa.. sudah menjadi rutin.. perasaan bersalah itu beransur pergi..

tapi sekarang.. hana sudah pandai menunjukkan rasa..  pandai menzahirkan apa yang dimahunya.. saban hari menghantarnya ke rumah pengasuh bukan lagi mudah.. saban hari bila tiba di rumah pengasuh berjujuran air matanya.. dari rumah lagi dia seolah sudah tahu ke mana dia akan dihantar.. sudah mula manunjuk ragam.. tidak mahu naik kereta.. atau kadang-kadang papa menghantarnya dengan motosikal.. yang kebiasaannya akan mengukir senyum lebar pada bibir hana.. sekarang ditolak mentah-mentah.. melentok-lentok badannya bila disua ke raga motor.. alahai anak..

entah apa yang dirasa hana.. duduk di rumah orang.. dari pagi sampai petang..

kadang-kadang saya cuba letak diri saya di tempat hana.. saya cuba bayangkan saya sewaktu seusia hana ditinggalkan di rumah orang.. mak ayah tiada.. hmmmm..


kalaulah saya ada pilihan.. sekarang jugak saya hantar surat resign.. duit boleh dicari tapi hana akan lalui fasa pembesaran ini sekali sahaja.. dan saya hendak hana tahu, dia ada saya senantiasa..

tapi apakan daya, dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, saya tak boleh letakkan semua beban pada suami.. kami belum cukup mampu.. tapi insyaallah.. saya sedang berusaha.. saya sudah temui caranya..

doakan saya dalam masa setahun dari sekarang, saya berupaya mengasuh hana sepenuh masa.. dalam masa yang saya, menjana pendapatan yang lebih lumayan dari sekarang dan ke arah menjadi jutawan bertaqwa.. tingginya impian saya? berimpian tak salah.. bermula dari impianlah seseorang itu mendaki puncak kejayaan.. kalau tak ada impian, tiadalah tindakan, dan terbang jauhlah kejayaan daripada kita..

tambahan saya sudah ada sebab utama saya harus berjaya.. nurhana qaleesya serta adik-adiknya.. insyaallah.. mereka perlukan perhatian, kasih-sayang, didikan, asuhan dan belaian mamanya ini sepenuh masa.. mentor saya cakap, cari satu push factor kenapa kita perlu berjaya.. ini adalah push factor saya.. push factor yang sangat kuat untuk saya terus mendaki puncak kejayaan.. doakan saya..


doakan mama hana berjaya dalam bisnes dan boleh jaga hana sepenuh masa ye kawan-kawan.. 

Thursday 5 June 2014

menyingkap rahsia marketing secara online dan offline


orang kata kalau nak berjaya dalam apa bidang sekali pun, bergurulah dengan orang yang betul..
kalau nak pandai memasak, bergurulah dengan chef..
kalau nak pandai bersajak, bergurulah dengan penyair..
kalau nak pandai melukis, bergurulah dengan artis..
kalau nak pandai berniaga, bergurulah dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaannya..


alhamdulillah saya dipertemukan dengan group yang hebat.. dengan mentor-mentor yang hebat.. yang sentiasa berusaha membantu anak didiknya untuk berjaya..
banyak betul projek yang dianjurkan oleh master maria dan master firdaus dengan tujuan untuk membantu kami, anak cucu empire maria firdaus, capai apa yang mereka capai pada hari ini.. antaranya adalah seminar OMG (read online offline marketing genius) yang diadakan pada 24 dan 25 may yang lalu di FIT Center, Batu Caves..

alhamdulillah, saya, suami dan hana berkesempatan hadir ke seminar tersebut.. apa yang saya suka tentang group ini adalah, anak-anak tidak pernah diabaikan.. kami dibenarkan membawa anak-anak bersama.. siap disediakan ruangan khas dan belon untuk anak-anak ini bermain.. yelah.. manalah nak tau, anak-anak kecil ini pon mendapat tempias aura orang-orang berjaya ini.. :)

semua orang tahu, untuk memajukan sesebuah perniagaan, marketing is the key, tapi ramai yang tidak tahu sebenarnya apa itu marketing dan bagaimana untuk melakukan marketing dengan mudah dan berkesan.. inilah matlamat seminar ini dijalankan.. untuk makluman, master firdaus telah melaburkan puluhan ribu ringgit untuk belajar teknik marketing daripada pakar-pakar marketing di malaysia, dan beliau dengan bermurah hati berkongsi ilmu tersebut dengan kami, secara percuma je.. bagusnya beliau.. agak-agak korang bleh dapat leader lagi bagus daripada ini tak? ;)


seminar dimulakan dengan perkongsian menyingkap rahsia kejayaan master kami dalam perniagaan shaklee ini.. jatuh bangun mereka.. apa yang mereka lakukan sehingga boleh mencapai rank master dalam masa 9 bulan sahaja.. saya ulang, mereka mencapai rank master dalam masa 9 bulan sahaja.. :) hebat kan mereka? kiranya tak salahlah orang yang saya pilih untuk menjadi mentor dan sumber inspirasi kejayaan saya pulak.. insyaallah.. :) nak tahu kisah kejayaan mereka? klik sini..

master firdaus berkongsi satu persatu teknik dan tips yang beliau dan master maria lakukan.. apa yang kami perlu lakukan hanyalah copy paste sahaja apa yang mereka lakukan sebab memang sudah terbukti berkesan! ini kiranya jalan short cut yang yang diberikan kepada kami supaya kami pon boleh berjaya seperti beliau.. yang penting, tindakan sahaja!



antara perkara asas yang penting untuk berjaya adalah 101 impian, vision board, cermin ajaib dan master checklist.. inilah kunci kejayaan master firdaus dan master maria.. nampak seperti remeh, tapi buat je.. jangan percaya selagi tak buat.. dah buat baru tau hasilnya..
selain daripada itu, teknik 'jemput-jemput' juga adalah salah satu teknik yang ditekankan kepada kami.. menggunakan teknik ini, kita secara tidak sengaja akan menjemput banyak rezeki kepada kita tanpa perlu bersuyah-payah.. insyallah, dengan izinnya..


selain perkongsian daripada master firdaus, ada beberapa lagi speaker yang pakar dalam bidang masing-masing memberikan ilmu kepada kami tentang teknik-teknik marketing yang betul dan berkesan.. saudara arham, seorang pakar dalam bidang it membongkar rahsia pemasaran melalui facebook  dan blog..


dan daripada sini barulah saya tahu mengapa kebanyakan pemasaran yang dilakukan di facebook dan di blog kurang berkesan.. barulah terpacul 'ooo' daripada mulut masing-masing.. :) insyaallah jika kita buat teknik yang diajarkan oleh pakar it kita ini, jualan akan meningkat selepas ini.. aminnn.. inilah pentingnya ilmu sebelum amal.. supaya tidak tersesat di tengah jalan.. :) berilmu pulak mestilah dengan orang yang betul.. barulah boleh berjaya!

perkongsian daripada ceq siti safwanah memberikan sedikit 'emosi' kepada program.. beliau berkongsi bagaimana group MFMS ini berjaya mengubah hidup beliau.. daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.. betapa beliau terlampau bersyukur kerana telah dipertemukan dengan group ini yang banyak membantu dan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berjaya dan membantu lebih ramai orang.. mengalir air mata kebanyakan peserta mendengar luahan hati yang begitu ikhlas daripada ceq siti safwanah ini..




saudara hafiz, pakar pemasaran secara offline pula berkongsi tips bagaimana mempromosi tanpa menjengkelkan orang di sekeliling kita.. yelah, kebanyakkan daripada kita mesti pernah rasa rimas bila salesman/salesgirl datang promosi sesuatu kepada kita.. bila kita cakap tak nak pon, masih lagi diorang terus-terusan mempromosi.. seolah-olah memaksa kita pulak kan.. no no no.. kami dilarang keras untuk berbuat begitu.. kami bukan salesman.. kami marketing genius! jadi cara marketing pon haruslah 'mahal'.. perkongsian daripada saudara hafiz ini banyak membuka mata kami betapa mudahnya untuk melakukan pemasaran secara offline dengan betul..

kemudian master firdaus berkongsi antara projek-projek yang beliau sedang usahakan untuk membantu semua yang berada di bawah empire maria firdaus.. terujanya mendengar projek-projek tersebut.. insyallah.. dengan adanya usaha daripada master kami, jalan kami yang berada di bawah empire beliau untuk menuju kejayaan adalah lebih mudah.. kagumnya saya dengan usaha beliau.. begitu bersungguh-sungguh dalam membantu orang lain untuk berjaya.. semoga allah sahaja yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan master berdua.. :)


selain daripada tips dan teknik-teknik marketing, kami juga dihidangkan dengan perkongsian jatuh bangun dan kisah kejayaan antara leader-leader yang telah berjaya dalam group kami.. ternyata bukan mudah untuk berjaya tapi tidaklah sesukar mana.. kalau kita masih lagi selesa menjalani kehidupan biasa kita setiap hari, tapi mengharapkan kejayaan yang luar biasa.. cakap pada diri sendiri 'kesiann'..

perkongsian kisah hidup mereka.. bagaimana mereka membahagikan masa.. bagaimana mereka berusaha membantu orang disekeliling mereka sangat membuka mata kami yang mendengar.. kalau mereka boleh berjaya kepada tidak kita kan? mentor dah ada.. tips dan teknik semuanya telah diberikan.. apa yang penting tindakan sahaja..  insyallah, kejayaan akan menjadi milik kita.. aminn :)

apa yang saya dapat sepanjang 2 hari seminar ini? banyakkkk.. terlampau banyak ilmu.. apa yang penting, saya nampak jalan yang akan saya lalui unuk menuju ke puncak kejayaan semakin jelas.. saya hanya perlu teruskan perjalanan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.. insyallah.. sooner or sooner saya juga akan berjaya seperti mereka.. aminnn

tapi saya taknak berjaya sorang-sorang.. saya akan mencurahkan segala ilmu yang saya dapat sepanjang omg ini kepada anak-anak saya yang tidak dapat hadir.. bantu orang lain untuk berjaya, anda kan berjaya dengan sendirinya.. insyaallah..



master firdaus dan master maria
presidential-master-to-be


master-to-be
aminn.. :)




MARIA FIRDAUS EMPIRE
THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA

ingin menjadi sebahagian daripada team kami yang sangat-sangat happening?
jom sama-sama kita ubah hidup kita daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.. insyaallah..

Musalmah Nasardin

SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda