Thursday 27 August 2015

mandi mandi di hitan lipur kuala woh, tapah

We had a very productive weekend di kampung last week. Hari Jumaat balik, Sabtu lepak-lepak rumah sambil buat video korporat suami sebab mak pergi kenduri. Sabtu malam, makan nasi arab di Teluk Intan. Ahad, makan laksa, abc dengan cendol sedap lepastu terus pergi mandi-mandi di Tapah.

Paling best sebab semua tak plan. Adhoc je.. Daripada nak balik kampung hari Jumaat, petang Khamis baru confirmkan. Terus call mak kata nak balik then whatsapp adik di KL ajak balik jugak. Balik ramai-ramai baru best.. Adik pon tak confirm lagi balik ke tak sebab minggu depannya nak balik lagi.. Malm tu pukul 9 baru dia whatsapp kata jadi balik.. Tapi gerak lambat.. Pukul 10 lebih baru gerak dari KL.. Tak bagitau mak pulak tu.. Mak Terjaga tengah-tengah pagi terkejut tengok anak baring dekat sebelah.. Hahahaha

Sebab mak teringin nak makan nasi arab, so Sabtu malam kita pergi Teluk Intan. Kedai Halalan Toyyiban.. Nama kedai pon dah melamnbangkan kearabannye.. Hahaha. Kedai ni recommended by jiran sebelah rumah.. So kita kasi testlah.. Memang sedap.. Nora kasi 4 bintang..


Kitorang order 2 set nasi arab dalam talam.. Makan dalam talamlah.. Baru syiokk.. Satu talam dia tulis untuk 3-4 orang.. Kitorang oder 1 set ayam, dan 1 set kambing.. Actually my sister suruh oder tiga.. Tapi sebab sebelum ni aku makan nasi arab tak sedap.. Tak kena dengan selera.. Jadi aku yakin tak akan makan banyak.. Jadi oder 2 cukuplah.. Sekali tersedaplah pulak.. Dan aku termakan banyaklah pulak.. Hahaha

Geng kambing

\
Geng ayam

Seriuosly memang sedap.. Harga pon tak mahal.. Satu set ayam RM30.. Yang kambing RM35.. Yang campur ayam+kambing mahal sikit.. RM40 kalau tak silap..

Esoknya, mak masak laksa sarawak.. Laksa sarawak ni menu baru dalam keluarga kami.. Adik iparku yang perkenalkan.. Raya aritu dah buat sekali.. Tapi mak kata raya aritu tak puas makan, so kita buat lagi sekali.. Aku tak berkenan sangat laksa sarawak ni.. Jadi mak masak nasi lauk ayam masak merah jugak.. Haha.. 

Tiba-tiba tengah masak tu, mak cakap 'Jom pergi berkelah nak?' Aku apa lagi.. Jommmm.. Tapi masak tak siap lagi.. Hahha.. Masa tu dah pukul 11.. Siap-siap masak, bungkus-bungkus, kejut siapa yang tak bangun lagi tu then terus gerak ke Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah..

Dah bertahun lamanya kitorang tak pergi sini.. Last pergi masa aku sekolah rendah lagi kot.. Walaupun tempat ni dekat, sejam je dari rumah, entah kenapa tak pernah terlintas pon nak pergi sini.. Selalu picnic mesti dekat Teluk Batik.. Teluk Senangin.. Lumut.. Takpun dekat Ipoh.. Padahal tempat best ni lagi dekat.. Dan lagi bestt..

On the way ke tempat tu, kitorang singgah dekat satu gerai tepi jalan.. Singgah sebab nak tunggu adik aku yang tertinggal barang so kena patah balik.. Dahlah makanan semua dalam kereta diorang.. Aku yang dah kebulur ni ajak suami singgah mana-mana.. Niat asal nak cari goreng pisang je.. Tapi rezeki kami nak dapat makan best, tersinggahlah dekat kedai ni.. Memang terbaik dia punya laksa.. ABC dangan cendol pulut pon A.. Highly recommended.. Wajib singgah lagi lain kali.. 


Kedai ni dekat tepi jalan. Kalau dari pekan Tapah nak ke Cameron, warung ni belah kanan.. Depan sikit dari Kem Tentera.. Dekat dengan masjid..

Sampai je dekat Hutan Lipur Kuala Woh, tengok kereta tak berapa banyak.. Cunn.. Terus cari tempat lepak, bentang tikar dan makan.. Hahaha.. Adik-adikku yang kebulur, sambar makanan dulu.. Aku dah kenyang, jadi terus terjunlah.. Hana dan papanya dak tak sabar-sabar nak berendam.. :)


Haziq first time mandi sungai.. Mula-mula nampak cuak sikit muka dia.. Dah lama-lama kemain lagi dia suka.. Tapi Haziq tak berendam lama pon.. Sejukkk..


Budak ni kemain lagi.. Seronok dia dapat main air.. Susah nak ajak naik.. Makan pon dalam air.. 



Kawasan dekat sini best.. Bersih je.. Kitorang pilih kawasan yang tak banyak batu.. Ada jugak kawasan yang penuh dengan batu-batu.. Yang tak ada anak-anak kecik sesuailah tempat macam tu..

Siapa-siapa yang duduk area Tapah, Teluk Intan, Kg Gajah dan sekitarnya, bolehlah bawak anak-anak ke sini.. Tempat ni bersih dan selamat insyaAllah.. 

Oh ya, nak masuk kena bayar.. RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak.. Tapi aku aritu, dalam kereta ada 3 dewasa, 1 baby.. Penjaga tu mintak RM4 je.. Kereta adik aku ada 4 dewasa, 1 kanak-kanak, tak tanya pulak berapa kena.. Tapi apa ada hal.. Bayar sikit untuk natural beauty macam ni.. Apa salahnya.. Lagipun aku sokong je kalau diorang kenakan bayaran untuk diorang maintain dan jaga kawasan macam ni asalkan jaga elok-elok and pastikan tandas bersih dan wangi.. :)


Dah macam minah indon dah.. Main sambar je tudung mak pergi berkebun.. Hahaha






************************************




Tuesday 23 June 2015

my manja daughter

Petang semalam, bawak Hana ke office.. Sampai di office, bagi Hana pencil case dan buku yang memang dah dikhaskan untuk Hana menconteng..

Mama pon on laptop and ready nak buat kerja..

Tak sampai lima minit Hana tarik ajak tulis sama-sama.. Oklah, mama pon mainlah tulis-tulis dan lukis-lukis dengan Hana.. Lukis bird.. duck.. cat.. rabbit.. frog.. mama.. papa.. opah.. abang afiq.. kakak tira.. ant.. flower.. apple.. etc..

Tengok Hana dah makin syok dan leka melukis, mama pon bangun nak sambung buat kerja..

Hana nampak mama sambung buat kerja, dia datang nak duduk atas mama.. Mama angkat..

Naik je Hana, dia tutup laptop..

"Tutup.. Dah rosak.. Tulis jom.."

Hahaha.. Punyalah dia nak suruh mama dia ni layan dia sampai kata laptop tu rosak..

Hana.. Hana..

Mama loves you!









*********************

Monday 22 June 2015

pinjaman perumahan kerajaan lulus.. alhamdulillah..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Setelah hampir setahun, akhirnya pada hari keenam Ramadhan ni, berita yang kami nanti-nantikan akhirnya diterima.. Terima kasih Allah.. Rezeki Ramadhan..

InsyaAllah, saya akan kongsikan step by step bagaimana mahu memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri; step by step daripada membuat pelan sehingga mendapat kelulusan di dalam blog ini. InsyaAllah..

Monday 15 June 2015

haziq dah pandai meniarap

Alhamdulillah.. Genap 5 bulan 1 minggu, anak soleh mama ni dah pandai meniarap.. Terbang hilang kerisauan uwannye dek tak meniarap-meniarap lagi.. Hehe.. Uwan yang lebih-lebih risau.. Mama dan papa chill je.. :)

Ni pon tak ada tunjuk-tunjuk tanda pon.. Tau-tau dah meniarap dengan jayanya.. Syabas Haziq!

Alkisahnya petang semalam, mama, papa dan Haziq lepak-lepak depan tv.. Pastu macam nak hujan, mama keluar pergi angkat kain.. Papa pulak masuk bilik nak caj telefon.. Mama masuk je rumah, 'Ehh mama.. Tengok tuuu..' Haziq dah meniarap dah.. Cepat-cepat papa masuk bilik balik, ambil handphone.. :)


Senang je Haziq belajar meniarap kan.. Hana dulu, menangis-nangis waktu first time nak meniarap.. Punyalah payah.. Siap riuh-rendah lagi pakcik-pakcik dan makcik-makciknya bagi semangat.. Hahaha..

Tadi balik rumah waktu lunch hour, uwan update perkembangan terbaru Haziq, dah pandai gelak-gelak tengok ragam Kakyong Hana.. 

Mula-mula mama senyum je dengar.. Dalam hati mungkin tak sengaja kot Haziq gelak.. Tapi bila angkat Haziq nak masuk buli, Hana pulak terjatuh.. Terkekek-kekek Haziq gelak.. :D

Alahai.. Tak sabarnya nak tengok pelbagai lagi gelagat dua beradik ni.. Semoga Hana dan Haziq menjadi pasangan adik-beradik yang baik, saling ada untuk satu sama lain, dan saling sayang-menyayangi.. Aminnn.. :)


*************************************

Monday 8 June 2015

my new bestfriend spectra s9+

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, semalam genap 5 bulan umur hero saya, Haziq Qayyim.. Genap juga 5 bulan perjalanan penyusuan exclusive kami.. Ada lagi 19 bulan untuk saya berjuang.. Insyaallah, segalanya dipermudahkan..

Bestfriend saya sepanjang perjalanan penyusuan ini semestinya breastpump.. Mine is spectra s3.. Banyak betul jasa s3 ni.. Daripada Hana sampailah Haziq.. Tak pernah buat hal.. Sentiasa sedia berkhidmat.. Hehe

Baru-baru ni, saya tambah lagi seorang bestfriend.. Spectra s9+.. Bukan sebab s3 dah tak diperlukan.. Tapi bak kata pepatah, berkawan biar seribu.. Hahaha



My new bestfriend



Beli s9 ni bukanlah dek kerana godaan nafsu semata-mata sebab pam ni kiutt.. Tapi lebih kepada keperluan.. S3 yang ada masih berfungsi dengan baik, tapi s3 kan besarrr.. berattt.. tak ada built in batteryyy.. Jadi susah nak bawak ke sana ke mari especially bila kena pergi meeting/kursus/seminar.. So saya decide untuk cari pam kedua yang lebih portable dan ada built in battery atau boleh guna power bank..

Dan spectra s9 ni bukanlah pilihan pertama disebabkan harganya yang agak mahal.. Pilihan asalnya adalah di antara lacte duet dengan malish ilaria.. Review dua pam ni memang agak mengujakan..

Then saya pm beberapa seller untuk dapatkan detail bagi dua pam ini.. Tapi ada seorang seller tu advise saya untuk ambil spectra m1 atau s9 bila tau saya pakai spectra s3.. Katanya, mengikut pengalaman, brand spectra lebih tahan.. Dan sebab saya dah biasa dengan suction s3, jadi takut tak sesuai dengan brand lain yang mana sedutannya lebih lembut,,

Saya pon dah mula berbelah bahagi.. Adoiii.. Kalau ikutkan nafsu, memang nak rembat je s9.. Tapi rasa membazir pulak beli yang mahal sebab saya dah ada my kesayangan s3.. Jadi saya tekad nak ambil spectra m1..

Tiba-tiba saya terrrrnampak dekat Lazada spectra s9+ pada harga yang sangatttt murah berbanding harga yang saya survey.. RM416 jee.. Murah kan.. Sebab yang ni shipped from oversea.. Jadi masa yang diambil untuk sampai ke tangan buyer agak lambat sikit... Takpela.. Janji murah.. Haha.. Rata-rata yang saya survey semuanya RM700 ke atas.. Jimat RM300 tuuu.. Ibarat bulan jatuh ke riba, saya tak pikir panjang.. Terus order..

Dalam 2 minggu jugaklah tunggu ketibaan puan s9 ni.. Dah sampai, sterilekan part-part dia.. Next day, terus bawak office untuk cuba.. Hasilnya tak mengecewakan.. Hehe.. Lebih kirang je dengan s3.. Tapi masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.. :)

Review mengenai spectra s9+ ni saya akan buat dalam next entry ye.. Stay tuned!

My hero

Oh ya, lepas saya received parcel s9 tu, tengok harga di Lazada dah naik sikit.. RM450.. Tapi still murah.. Bagi yang nak beli, boleh tengok di sini..
And nak ingatkan, kalau beli dari seller ni, bear in mind dia diposkan direct dari Korea.. Jadi manual pon dalam bahasa Korea.. Tapi jangan risau.. S9 ni senang gilerrr nak guna.. Tak perlu manual pon.. Pejam mana pon boleh pasang.. Hehe


***************************


Sunday 10 May 2015

bagaimana rasanya sakit bersalin

Assalamualaikum semua..

Saya baru sahaja menonton video sekumpulan empat orang lelaki cuba merasai bagaimana rasanya sakit bersalin menggunakan labor pain simulator di sini.. Lelaki-lekaki ini diberi peluang merasa bagaimana tahap kesakitan yang ditanggung oleh para ibu yang hendak melahirkan anak walaupun saya pasti 100% apa yang mereka rasakan adalah tidak sama seperti apa yang kita, para ibu lalui. :)

Hurm, bagaimana ya rasanya sakit bersalin?

Di awal kelahiran Hana, ramai jugak yang bertanya macam mana rasanya sakit bersalin? Kebanyakan yang bertanya ni ibu-ibu yang sedang menunggu masa dan anak-anak dara..

Seperti kenyataan ibu-ibu yang lain, sakit bersalin ini tak boleh nak digambarkan.. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. Antara hidup dan mati..

Tapi ajaibnya, once baby dah keluar, semua kesakitan tu hilang begitu sahaja.. Sikit pon tak tinggal.. Bila anak diletakkan di atas dada, no word can describe the feeling.. Dan lama kelamaan, kita sendiri akan lupa bagaimana rasanya sakit bersalin tu.. Seriously, lupa..

Besar kan kuasa dan aturan Tuhan? :)

Walau macammana pun sakit bersalin itu, yakinlah bahawa tubuh seorang wanita telah dicipta mampu untuk menghadapinya.. Have trust in Allah.. Dia tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambaNya..

Lagipun sakit itu kan penghapus dosa.. Sebab itu ibu yang melahirkan anak adalah sesuci anak yang dilahirkan.. :)

Namun kita boleh berusaha supaya proses kelahiran itu dipermudahkan.. Terdapat beberapa petua, ayat al Quran dan surah-surah yang boleh diamalkan bagi membantu mempermudah proses kelahiran.. Yang paling penting sekali doa kepada Dia minta dipermudahkan.. Restu ibu dan suami juga jangan dilupakan..


Saya gi through ruangan komen di video tersebut.. Komen wanita ini yang ditujukan kepada suaminya mencuit hati saya..

"I would pay for you to experience this for 12 hours at level 1 to 2 then 7 hours at level 3 to 4 then 5 hours at level 5. U would never want to have sex again!!"

Uikkss.. Sampai macam tu sekali.. Hehehehe




Monday 4 May 2015

hana oh hana

Assalamualaikum.

Kisah 1
'
Hana tengok video dia naik train dekat funfair dengan papa.

"Papa sini.. Hana sini.."tunjuk dekat papa dia seat dekat train tu..

"Haziq? Haziq nak duduk mana?"

"Jap.." sambil slide skrin handhone.

"Haziq sini!!" tunjuk video dia naik horse.

"Hana tak nak naik horse?"

"Anak.. Akuttt.."

Hehehehe



Kisah 2

Hana tunggang papa jadikan papa horse..

Bila dah 4 5 kali pusing, papa pon dah penat..

Papa pon goyang-goyangkan badan pastu angkat badan kononnya nak buat macam horse mengamuk dan nak bagi Hana takut..

Sekali...

"Lagi.. Nak lagi.."

Hana suka pulak naik horse tengah mengamuk..

Hahahaha


Kisah 3

Dalam kereta on the way balik ke rumah.

Hana: Angau.. Tu angau..
Sambil tunjuk ke depan

Papa: Mana bangau?

Hana; Tu..
Tunjuk lagi..

Papa: Mana??
Sambil bersungguh-sungguh tengok ke arah yang Hana tunjuk.

Hana: Dah hilang..

Mama: Hahahaha. Papa terkena..




Wednesday 8 April 2015

hana buli haziq

Sebelum ni, Hana buat dekk je dekat adik dia.. Jeles tak.. Nak usik-usik pon tak.. Bila disuruh sayang, baru diciumnya Haziq..

Tapi sejak 2 3 hari ini, dia dah mula pandai nak usik-usik Haziq.. Ditariknya bantal Haziq.. Digoncangnya tangan Haziq.. Nak diangkatnya Haziq.. Latest, dah pandai nak 'buli' adiknya ini..



Tengok tu.. Merah-merah muka Haziq.. Hahahaha.. Sabar jelah ye Haziq.. :)



ni dia muka pesalah tu



Thursday 26 March 2015

kisah prolonged jaundis haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Didoakan semua yang membaca blog ini diberikan kesihatan yang baik.

Haziq mula dikesan ada kuning oleh misi yang datang melawat rumah pada hari ketiga. Kak ros (misi) suruh bawa haziq ke hospital memandangkan memang nampak agak kuning. Tengahari tu, kami suami isteri ke hospital. 

Berdoa sangat agar bacaan kuning haziq tak tinggi mana. Sekali dapat result 203. Agak tinggi jugak. Tapi dr kata tak tinggi sangat so boleh balik. Lagi dua hari baru cek kuning semula.

The next next day, hari isnin, bawa haziq cek di kk sahaja. Pagi tu bacaan kuning haziq dah 277. Kalau di negeri sembilan, 250 dah kena masuk wad. Tapi doktor tak suruh admit pon. Dia suruh balik rumah, breastfeed setiap sejam dan pukul 3 datang cek balik. 

Balik je dari rumah memang paksa haziq menyusu sekerap yang boleh. Baby jaundis ni kurang aktif dan tidur je sepanjang masa. Jadi memang agak sukar nak kejutkan dia untuk menyusu. Kena main sumbat miss N dalam mulut haziq. Picit-picit sikit pipi dia, barulah dia hisap. Petang tu cek bacaan kuning haziq turun sikit. 270. Alhamdulillah walaupun turun 7 je. Doktor suruh balik and continue breastfeed. And datang cek balik selepas dua hari.

Sesetengah ibu mungkin lega sebab tak kena admit wad. Tak perlu susah payah nak berpantang di wad. Tapi saya susah hati. Sebab tahu kuning haziq tinggi. Dan haziq memang nampak kuning. Jadi disebabkan duduk kat rumah pon tak senang hati, lepas bincang dengan suami, kami ke hospital pada hari rabu sebab di hospital strict sikit. Lepas dah serah diri, memang confirm la kena admit wad. Bacaan kuning haziq masa tu 260.

Malam pertama kami berdua je di wad tu. Malam tu haziq tak nak duduk bawah lampu. Tak selesa sebab kena tanggal baju semua. Saya pon tak sampai hati nak biarkan dia menangis bawah lampu tu. Jadi memang sekejap angkat sekajap angkat. Alamatnya kuning haziq makin naik pulak. 267. Dah kena tahan lagi satu malam. Hehehe. 

Malam kedua, ada 2 pasang ibu dan anak join kami. Ambil pengajaran dari malam semalam, saya letak je haziq di bawah lampu. Haziq pon dah kurang merengek. Tak macam malam pertama. And alhamdulillah kuning haziq turun banyak. 160. Dan kami pon boleh keluar wad. Doktor minta follow up di kk je untuk pastikan kuning haziq terus turun.

Tapi kegembiraan kami tak lama. Dua hari kemudiannya, bawa haziq untuk cek. Sekali bacaan kuning naik balik. 270.   Masa tu haziq dah hari ke 12. Doktor kata kalau kalau sampai hari ke 14 kuning tak turun, kene ambil sampel urin dan darah untuk cek for prolonged jaundis. Nak tengok samada ada problem dengan hati atau tidak.

Hati mama ni dah gelisah. First sebab kuning haziq tak turun-turun. Second sebab kami dah nak balik perak esok untuk continue berpantang di sana. Hurmm.

Keesokannya, saya dan suami decide untuk terus balik ke perak and continue cek haziq di perak sahaja. Pada hari ke 14, pergi kk kg gajah. Lapor diri dan cek kuning sekali. Dekat kk ni guna bacaan yang belas-belas tu. Kuning haziq hari tu 15. Agak tinggi. Kalau dalam bacaan ratus-ratus, dalam 250-260 tak silap. Nurse kata tak apa, sebab dia dah dua minggu. Saya tanya jugak, perlu ambil darah untuk cek prolonged jaundice tak? Nurse kata tak perlu. Dan tak perlu jugak untuk ambil darah cek kuning lagi.. Hurmmm..

Hari ke 17, hari sabtu, sebab tak senang hati tengok kuning di muka dan badan haziq tak berkurangan, dan haziq pon asyik tidur je, saya pon decide nak bawak haziq ke hospital. Bacaan kuning haziq 280 haritu. Doktor minta datang pada hari ke 20 untuk ambil sampel darah dan urin.

Sebulan lepas tu baru result darah dan urin keluar. Alhamdulillah, semuanya OK. Haziq prolonged jaundice besar kemungkinan disebabkan oleh susu ibu sendiri. Haziq pon dah makin putih dan makin aktif. Mama pon dah lena tidur. Tak adalah kejap-kejap dok telek muka haziq. Tekan-tekan dengan jari dekat kulit dia tengok kuning ke tak. Sambil air mata mengalir.. Sob sob..

Risau tau bila anak tak sihat ni. Asyik berdoa biar kita yang tanggung semuanya. Jangan anak-anak. Saya rasa semua ibu berperasaan begini kan? :')

Bagi ibu-ibu yang ada anak kuning tak turun-turun, jangan risau. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semuanya selamat. Teruskan breastfeed anak. Itu yang terbaik yang kita boleh lakukan.. :)


kalau terletangkan, memang tak lama la dia duduk bawah lampu ni.. terlangkupkan macam ni baru dia ok..



baby jaundis memang akan tidur je.. ni yang bikin hati mama tak keruan..


saya dah sihat.. dah dua bulan dah pon.. :)


Oh ya, lupa nak cerita berapa lama kuning haziq hilang.. Dah sebulan setengah baru nampak kuning pada muka dan badan beransur hilang.. Tapi dekat hujung mata ada sikit-sikit lagi.. Dah genap dua bulan baru totally hilang kuning dia.. Alhamdulillah.. Mama pon legaaaa..


gambar berempat pertama.. asyik ulang alik klinik and hospital, nak bergambar pon tak sempat.. :)






gaya macam berani tapi penakut

nurhana qaleesya.. budaknya nampak berani.. aktif.. lasak.. tapi rupanya penakut.. ;)

alkisahnya kami bawak hana ke funfair.. saja bawak dia jalan-jalan.. plan nak bagi dia main satu dua permainan yang sesuai..

masuk-masuk jumpa permainan kuda yang pusing-pusing slow tu.. hana dah 'horse.. horse.. nak horse.. nak..' kami suami isteri pon excited tengok hana excited.. tapi tak nak bagi dia main dulu.. pergi jalan-jalan lagi then jumpa train untuk budak-budak..

'api.. api.. nak.. jom.. api..' (api = keretapi)
saya pon jom.. tarik dia ke train tu.. bila dah sampai suruh dia naik, taknak pulak dia..
'mama naik.. naik.. mama naik..'
suruh mama pulak naik.. haha.. mama dah naik baru dia nak naik.. nasib baiklah mamanya ni kecik.. :)

bila dah jalan, sekali round ok lagi.. masuk round kedua dah mula dia takut..
'akut.. akut.. turun...'
hahahaha.. boleh pulak ajak turun.. terpaksalah mama ni alihkan perhatian dia.. tunjuk tu tunjuk ni.. :)

dah turun kami pergi balik tempat kuda tadi.. wahh nampak je kuda tu, senyum lebar muka dia.. 'horse.. horse.. jom..' terus tarik tangan papa pergi dekat kuda pusing-pusing tu..

papa pon angkat dia letak dekat horse.. nampak ok.. senyum lebar.. bagi dekat orang yg jaga tu 2 token.. ok lagi.. senyum-senyum lagi.. bila bergerak je kuda tu, hana dah buat muka cuak.. dah nak turun.. terpaksalah papa pon ikut kuda tu berpusing sambil pegang tangan hana.. hahahaha.. itupun tak habis pusing.. baru 3 kali pusing hana dah nak turun.. 'urun..urun.. dah.. urun..' hahahaha

qaleesya.. qaleesya.. nampak je berani.. rupanya kurang berani..

papa kata 'macam omak eh..' ;)



dengan mama sekali terjebak.. :)



ni time baru turun.. terus peluk papa..



tengok.. dah turun siap babai kat horse lagi.. 'babai horse..' :)





Monday 16 February 2015

cara paling mudah dan simple untuk buat puding karamel yang sedap

Assalamualaikum semua..

Siapa suka puding karamel?? Puding karamel ni kalau sepotong beli dekat pasar malam mau RM2.50 jugak untuk sepotong.. Tu pon tak puas makan.. Pasti  dikorek-korek bekas polisterin tu menggunakan sudu bagi memastikan tiada sisa yang tertinggal.. Rugi!

Sebenarnya senang sangat nak buat puding karamel ni.. Bahan pon simple je.. Sesiapa pon boleh buat.. Tak perlu teknik kulinari yang hebat pon.. Meh saya share cara paling mudah dan simple untuk buat puding karamel yang sedap.. Confirm senang..

Bahan-bahan:

5 biji telur
Setengah tin susu pekat manis
Setengah  tin air
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar gula

Cara-cara pon senang.. Korang follow je instruction ini ya..

Mula-mula letak air dalam pengukus dan letak pengukus di atas dapur..
Kemudian ambil loyang saiz kecil, letak 2 sudu gula dalam loyang then letak atas dapaur dengan api sederhana.. Biar gula tu hangus.. Bila semua gula dah hangus, tutup api..
Then pecahkan telur ke dalam blender.. Blend sekejap sampai telur kembang..
Masukkan susu, air dan esen vanilla, blend lagi sampai agak-agak semua bahan dah sebati.. Kemudian tuang ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi..
Bila air dalam pengukus dah menggelegak, masukkan dalam pengukus, kukus selama setengah jam..
Selepas setengah jam, puding karamel yang enak pon siap!

Tunggu sejuk dan bolehlah dihidangkan kepada seisi keluarga mahupun tetamu yang datang.. Dan bersedialah menerima pujian demi pujian daripada tetamu anda.. Bila ada yang tanyakan resepi, minta mereka dapatkannya di duakupangsaya.blogspot.com.. :)


Selamat mencuba!

Monday 9 February 2015

my labour story; kronologi kelahiran haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorang putera yang comel 8 Januari lalu.. Haziq Qayyim nama diberi.. Alhamdulillah, perjalanan melahirkan khalifah Allah in sangat mudah..

Sebenarnya EDD saya lambat lagi.. 26 Januari.. Tapi disebabkan berat saya yang tidak berapa cun kenaikannya, doktor advise untuk induce.. Saya pon tak pasti dan tak nampak rasionalnya kenapa saya perlu diinduce.. Bukannya saya terlebih berat badan atau baby dalam perut terlebih besar.. Doktor cakap sebab berat naik sikit sangat.. Sepanjang mengandung, berat saya cuma naik 4.5 kg je.. Tapi perkembangan baby OK.. Saya pon OK.. sihat je.. Kecuali didiagnos GDM pregnant kali ini.. Nanti saya share pasal GDM semasa hamil ni ye, insyaAllah..

Saya ni jenis yang malas nak argue or tanya banyak-banyak.. Doktor lebih arif.. Saya ikut je apa yang diorang cadangkan.. 

So, genap 37 minggu, 7 Januari saya pon menyerah diri ke hospital.. Itu pon dah petang baru pergi walaupun doktor dah pesan suruh datang pagi.. hikhikhik.. Lebih kurang pukul 4 saya terus ke labour room.. Lepas check air kencing, tekanan darah dan timbang berat, nurse minta masuk ke bilik pemeriksaan.. Buat CTG setengah jam.. Then doktor kata nak buat VE untuk check laluan.. 

Seluk punya seluk, doktor kata dah bukak 2 cm.. Saya memang tak sangka laluan dah mula terbukak sebab saya memang tak sakit langsung.. Contraction, turun darah semua tak ada.. Yang check saya masa ni adalah doktor pelatih.. So dia kata doktor senior akan check semula.. Haihh.. Kena seluk lagi..

Actually saya tak ada masalah sangat pon dengan VE ni.. Banyak yang saya baca pengalaman blogger-blogger lain mengenai VE.. Rata-rata menceritakan bahawa VE ini sangat mengerikan.. Masa melahirkan Hana dulu, saya sangat negatif dan takut kena VE akibat terlampau banyak sangat baca cerita-cerita negatif dan mengerikan mengenai VE ni.. Tapi kali ini saya sangat positif.. Awal-awal lagi saya dah setkan dekat kepala yang VE ni tak adalah sakit mana.. Cuma senak sikit je.. Contraction jauh lebih sakit daripada sakit diseluk ni.. Yang penting bila doktor nak buat VE, tarik nafas dalam-dalam dan keep calm.. InsyaAllah, semuanya OK.. Tau-tau je doktor kata 'dah sudah'.. :)

Berbalik kepada cerita labour saya, malam tu doktor senior datang untuk check laluan.. Doktor senior tu pon kate laluan dah bukak 2 cm lebih sikit.. And dia tolong bagi jadi 3 cm.. Katanya esok pagi-pagi akan masuk ubat ikut bawah.. Kalau bukaan dah 4 cm, tak perlu masuk ubat lagi..  Terus masuk labour room..

Kesokannya, 8 Januari, pukul 4.30 lagi nurse dah kejutkan untuk buat CTG.. Sejam jugak alat CTG tu dipasang dekat perut.. Nasib baik waktu tu saya memang tak ada sakit contraction lagi.. Kalau tak mesti sangat tak selesa benda tu diikat pada perut.. Lepas buat CTG, saya tak tido dah.. Terus mandi dan solat.. Pukul 7 pagi, Doktor buat VE ketiga.. Masa ni agak lama jugak doktor tu godek-godek di situ.. And akhirnya doktor kata tak perlu masuk ubat.. Terus siap-siap ke labour room sebab dia dah 'tolong'..

Saya pon terus call husband suruh dia datang cepat.. Haruslah mahu jumpa encik suami dahulu sebelum masul labour room.. Sementara tunggu suami sampai, call emak mintak maaf semua dan sarapan.. Bila dah salam, minta maaf semua dekat encik suami, pukul 8.30 pagi saya ditolak masuk ke labour room.. Sebab jugak intai ibu-ibu yang sedang berjihad.. da yang tengah mengerang tahan sakit contraction.. Ada yang tengah sedut gas bagi mengurangkan rasa sakit..

Sampai je di katil, saya disiapkan.. Alat CTG dipasang untuk tengok contraction.. Seperti malam tadi, contraction masih lagi belum ada.. Nurse yang tengok bacaan pada CTG tu siap kata lagi 'Tak sakit lagi ye dik? Patutla relaks je. Tido dulu.. Rehat.. Nanti banyak nak guna tenaga..'

Tak sempat saya nak tidur, pukul 9 pagi, doktor datang untuk pecahkan air ketuban.. Tak rasa apa-apa pon waktu air ketuban dipecahkan.. Tak lama selepas air ketuban dipecahkan, saya mula rasa contraction manja ala-ala senggugut.. Masa ni relaks lagi.. Masa ni jugak ibu bilik sebelah dah sampai masa nak push.. Tersenyum saya dengar nurse-nurse ni bagi semangat pada ibu tersebut..

Pukul 9.30 pagi, ada doktor pakar datang check.. Katanya bukaan masih lagi 4 cm jadi dia akan masukkan ubat ikut tangan bagi cepat sikit saya bersalin.. Katanya lagi, lepas masuk ubat akan mula rasa sakit, tapi dia akan bagi ubat tahan sakit.. Saya sempat tanya doktor tu agak-agak berapa lama saya kena tahan sakit.. 'Sekarang pukul 9.40.. Biasanya 1 cm 1 jam.. Jadi dalam pukul 1 atau 2 mungkin awak dah boleh start push'.. Lamanya.. kesian suami saya kena tunggu lama-lama dekat luar.. Huhu..

Pkul 10 pagi, doktor masukkan ubat induce ikut drip air di tangan.. Masa nak cucuk jarum kat tangan ni, boleh pulak doktor tu salah cucuk.. Cucuk first di lengan tak menjadi so cucuk sekali lagi di tangan.. Adoii doktor.. Sakit tau! Dah settle semua, saya tanya bila nak bagi ubat tahan sakit.. 'Sekarang pukul 10, lagi setengah jam kita pasang CTG, kalau jantung baby OK baru kita akan bagi ubat.. Sekarang puan rehat je dulu.. Sementara belum sakit ni..'

Tak lama lepas doktor beredar, terus aku rasa sakit yang teramat.. Nak putus nafas dibuatnya menahan sakit.. Allah.. Allah.. Itu je yang boleh keluar dari mulut.. Itupun lepas nurse yang memang sepanjang masa ada teman saya ingatkan.. Reda je sakit itu, semapat saya jeling jam di dinding bilik tersebut.. Kalaulah kena tahan sakit sebegini sampai pukul satu, memang tak mampu rasanya.. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu..

Baru je nak relaks sikit dari serangan kesakitan tadi, tiba-tiba datang lagi sakit tu.. Kali ini lebih kuat dari yang pertama sampai aku rasa macam nak bernafas pon susah.. Allah.. Sakitnya..  Nurse gosok-gosok dekat belakang pon tak beri apa-apa effect.. Mengalir jugak air mata menahan sakit.. Masa tu rasa nak meneran macam nak terberak tu dah terasa sikit-sikit tapi saya tak sure samada masanya dah tiba atau tak.. Baru tadi doktor bagitau at least pukul 1 baru perjuangan push akan bermula.. Takkan dah sampai masa kot?

'Sabar dik.. Tarik nafas dalam-dalam lepas itu hembus pelan-pelan..Kalau ada rasa nak meneran macam nak berak tu bagitau ye..'
'Saya dah rasa macam nak berak ni kak..'
'Yeke? Kejap akak panggil doktor..'
Datang doktor yang masukkan ubat induce tadi..
'Dah rasa nak push ye? Tadi baru bukak 4 cm kan? Tak apa, bagi saya cek dulu.. Eh dah 8 cm.. 9 cm.. Full! Full! Full House!'
'Kejap.. Kejap..  Jangan push dulu.. Saya belum check lagi..Ok full! Bila sakit boleh teran.. Teran macam nak berak.. Nurse tolong patient..'

Skali push.. Dua kali push.. Tiga kali push keluar kepala.. Kali keempat push alhamdulillah.. Terus dengar tangisan anak syurga mama.. Alhamdulilllah.. Alhamdulillah..

Sekaligus hilang semua kesakitan.. Hanya tinggal rasa syukur dan lega sahaja.. Malangnya my husband tak sempat nak tengok masa Haziq keluar.. Suami sampai, Haziq dah berada di atas dada saya.. Doktor pon minta maaf pada suami sebab tak sempat nak tunggu suami masuk sebab proses kelahiran berlaku dengan begitu pantas.. Saya pon tak sangka..

Lepas dah azankan Haziq Qayyim, suami keluar.. Dan bermulalah proses jahit-menjahit.. Alhamdulillah, luka kali ini sedikit sahaja.. Dan cuma kulit bahagian luar sahaja yang terkoyak..
Selepas semuanya selesai, nurse bawak Haziq untuk disusukan.. Hampir setengah jam jugak Haziq menyusu, lepas tu nurse ambil semula untuk diletakkan di bawah warmer..

Hampir sejam setengah juga aku dibiarkan berehat di labour room sementara menunggu turn untuk dihantar ke wad.. Sejuknya di labour room sampai kejang-kejang kaki dibuatnya.. Sepanjang manunggu untuk ditolak ke wad, saya tak tidur langsung.. Teringat mesa melahirkan Hana dulu, lepas je habis doktor jahit, terus tidur tak sedar diri.. Penat.. hehe

Pukul 12.30 tengah hari baru saya ditolak masuk ke wad.. Haziq dan mama alhamdulillah kedua-duanya sihat.. Selepas haziq berak dan kencing, kami dibenarkan discharge petang tu jugak.. Saya sememangnya tak sabar-sabar nak balik rumah.. Rindu pada Hana dan tak sabar nak temukan Hana dengan adiknya.. :)

Sekian sahaja coretan pengalaman melahirkan Haziq Qayyim..