Thursday 30 October 2014

first pregnancy vs second pregnancy

assalamualaikum semua..

alhamdulillah, kandungan dah dah menjengah ke trimester ketiga.. 2 trimester sudah berlalu.. and alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.. semoga segalanya dipermudahkan sehinggalah bersalin nanti.. tak sabar pulak nak berpantang.. heheh

bila mengimbau kembali 2 trimester yang sudah berlalu ni and terkenang semula pengalaman semasa mengandungkan hana, terasa banyak jugak perbezaan pregnant yang pertama dengan yang kedua ni terutama dari segi kesihatan.. jom saya sharekan pengalaman first and second pregnancy saya.. :)


morning sickness

morning sickness bagi kedua-dua kehamilan alhamdulillah tak adalah teruk mana.. setakat mual-mual je.. tapi waktu mengandungkan hana dulu, waktu mula-mula kehamilan memang tak boleh bau wangi-wangi pada encik suami.. contohnya kalau bau sabun dekat badan dia lepas mandi.. memang nak termuntah cium.. tapi kalau sendiri yang sabun tak apa, cumanya kalau bau tu pada suami memang tak boleh.. sampai encik suami kena bekorban, tak sabun bila mandi.. hehe.. sama jugak dengan perfume.. no no no.. suami dilarang pakai perfume langsung.. sikit pon tak boleh.. dahlah mandi tak sabun, nak pakai perfume pon tak boleh.. nasiblah awak encik suami.. hehehehe

kali kedua pon ada mual-mual.. kadang-kadang sampai tak selesa.. tapi lepas ambil pd, alhamdulillah kurang mual-mual.. rasa segar je.. kepada ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk, boleh cuba atasi loya semasa hamil dengan pd.. sangat berkesan untuk saya..

selalu rasa nak pitam

waktu first pregnancy dulu,saya memang aktif mengekor suami ke mana je.. setiap kali beliau ada game bola, sayalah penyokong paling setia beliau.. pergi kebun pon saya ikut.. sangat clingy.. haha.. kadang-kadang kalau cuaca panas atau orang ramai, saya mesti rasa nak pitam.. pernah 3 kali hampir tumbang.. sekali masa teman suami tengok game futsal, sekali masa tengah shopping sayur dekat econsave and sekali dekat kebun..sampai saya dah tau dah, kalau tiba-tiba rasa seram sejuk je, cepat-cepat say cari tempat duduk..

tapi alhamdulillah mengandung kali kedua ni tak ada pulak masalah ni.. semuanya ok je.. pergi open house bersesak-sesak orang ramai pon steady je.. :)

hb low

waktu pregnantkan si hana, ini masalah utama saya.. hb low ketika hamil.. saya syak, kes saya senang nak pitam tu pon disebabkan oleh masalah hb ni.. macam-macam dah saya telan waktu tu, tapi hb tetap jugak bermasalah sampai nurse syak saya tak makan ubat yang dia bagi.. padahal, setiap hari suami saya pantau saya makan ubat.. almaklumlah, saya ni dulu penakut sikit bab telan-telan ubat ni.. hukhuk

alhamdulillah, hb saya pregnant kali kedua ni tak pernah bermasalah.. cemerlang je.. suami pon senang hati je setiap kali check up hb saya cantik.. alhamdulillah..



gambar yang atas yang ada bulat-bulat merah tu hb masa first pregnancy and yang bawah (bulat kuning) masa second pregnancy.. berbeza kan?? alhamdulillah.. :)

sakit bontot

yang ni tak ada beza.. kaedahnya saya ni kalau mengandung mesti sakit dekat tulang bontot tu.. bukan sepanjang masa sakit.. cuma kalau kita baring atas lantai ke atau tempat-tempat yang kurang empuk, mesti sakit.. bukan nak mengada-ngada, tapi time pregnant ni kene duduk atas tempat-tempat yang empuk je.. nasib baik suami faham sangat.. nasib la kalau orang lain kata saya ni mengada ke apa.. huhuhu

cramp/tarik mengkarung/putar biawak

atau bahasa senang fahamnya kekejangan.. ibu-ibu mengandung mesti ada pengalaman.. tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba kaki kejang.. auuww.. sakit tau.. sewaktu mengandungkan hana ada dalam 3 4 kali kena tarik mengkarung ni.. bila kena apa nak buat? kejutkan suami minta dia tolak tapak kaki kita perlahan-lahan ke atas.. insyaallah, legalah dia..

and alhamdulillah mengandung kali ini setakat ini belum pernah lagi kaki saya cramp.. tidur pon lena je.. bangun pagi pulak segar je.. tak macam sebelum ni.. bangun pagi mesti sakit-sakit pinggang dan badan sebab menyusukan hana sepanjang malam.. tapi alhamdulillah, walaupun menyusukan hana sepanjang malam dengan perut boyot lagi, alhamdulillah tak ada masalah sakit-sakit pinggang dah.. :)

gastrik

tak pernah-pernah kena gastrik, tiba-tiba mengandung kali ni gastrik menyerang pulak.. sampai tak percaya dengan doktor bila doktor kata saya kena gastrik.. boleh gitu? hahaha


kulit muka berseri-seri

yang ni bukan sahaja 2 3 orang tegur, tapi saya sendiri pon perasan, kulit muka berseri-seri je masa mengandung kali ini.. hehehe perasan.. tapi betul.. saya ingat masa pregnantkan hana dulu, kulit muka kusam je.. tak berseri..

kalau ikut kata orang-orang lama, kalau pregnantkan baby girl memang muka ibu akan hilang seri sebab seri tu pergi dekat anak.. kalau pregnant baby boy baru muka berseri.. iye ke? hehe ;) tapi saya percaya kulit muka saya berseri sebab masa pregnant ni saya memang konsisten ambil vitalea, vita c and b complex.. :)


3 serangkai yang setia menemani saya dekat office.. :)

aktif

alhamdulillah, sepanjang kehamilan, yang pertama mahupun yang kedua, secara keseluruhannya saya masih lagi seorang yang aktif.. tak adalah terbaring je atas katil.. masih mampu mengekor suami ke mana-mana and masih mampu masuk hutan untuk jungle trekking lagi.. masih mampu berjalan jauh-jauh.. :)

ingat dulu sewaktu masih bujang and menyewa.. satu rumah tu ada 2 kawan tengah pregnant.. seorang ok, aktif seperti biasa.. tapi seorang lagi alahai.. kesian tengok dia.. balik keje terus cari katil.. kemudian dok memerap atas katil sampai ke sudah.. ajak pergi makan pon tak lalu katanya.. minta tapau je.. alhamdulillah saya tidak begitu..

bagi saya, mengandung bukanlah alasan untuk kita tidak aktif.. aktiviti seharian sepatutnya diteruskan seperti biasa.. cuma elakkan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dan ibu.. selain daripada itu, go on.. enjoy the moment.. takkan sembilan bulan mengandung, sembilan bulan jugak nak memerap dekat rumah kan.. :)

yang paling penting jaga kesihatan kita dan baby dalam kandungan.. ambil makanan tambahan jika perlu.. dan bagi saya, ibu mengandung sangat perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin.. bukannya ubat ya kawan-kawan.. berbeza tu ubat dan makanan tambahan.. pilihan saya rasanya semua dah tahu.. :) saya nak share apa komen dr. zubaidi mengenai set kehamilan yang saya ambil ini.. boleh baca di sini..

sekian..

************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai 
supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..
Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Thursday 23 October 2014

jungle trekking semasa hamil

sesetengah ibu mengandung memang banyak pantang larangnya.. tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.. tak boleh makan itu, tak boleh makan ini.. tapi saya belasah je.. selagi tak memudaratkan kesihatan saya dan baby dalam kandungan, semua saya ok je..

saya memang seorang yang lasak.. dari zaman belajar dulu memang selalu join outdoor activities.. camping.. trekking.. panjat gunung pon join.. so far dah 5 6 gunung jugaklah saya berjaya tawan.. proud of myself.. hahaha

ditakdirkan kerja pon di dalam bidang yang perlukan kelasakan.. so lasak dan diriku ini memang tidak boleh dipisahkan..

masa mengandungkan hana, kandungan 7 bulan lebih pon masih masuk hutan lagi.. thanks kepada encik suami yang caring lagi penyayang sebab sudi temankan masa tu.. nak masuk dengan office mate dia tak bagi.. risau.. so terpaksalah beliau temankan.. hihihihi



and waktu second pregnancy pon sama.. at 26 weeks of preganancy masih trekking dalam hutan lagi.. tapi tak jauh la.. dalam 2 jam je.. adalah 2 3 kali masuk hutan.. siap night walk lagi.. :)



so far alhamdulillah.. semuanya selamat.. tak ada sebarang masalah.. baby pon aktif je dok tendang-tendang dari dalam..seronok agaknya dapat dengar bunyi unggas dan serangga-serangga dalam hutan.. :)

tips untuk ibu-ibu yang teringin sangat untuk trekking ketika hamil ni, first of all fahami keadaan kesihatan diri sendiri.. kalau yang jenis mudah pitam tu, better jangnlah.. takut apa-apa jadi tengah hutan tu, kan dah susah.. kalau tiada sebarang masalah kesihatan, silakan..

nombor dua is pakai pakaian yang sesuai dan selamat.. berkasut.. jangan pulak pakai seliapar atau heels.. ;)

ketiga pastikan ditemani oleh orang-orang yang boleh dipercayai dan diharap.. jangan pulak pergi trekking sorang-sorang.. bahaya kakak oii..

and last but not least, berhati-hatilah semasa trekking di dalm hutan.. setiap kali nak melangkah tu, tengok dulu keadaan jalan/lantai hutan.. takut licin ke apa,. so berhati-hati and at the same time, enjoy the nature.. :)






gambar budak kecik kat atas ni masa mama masuk hutan waktu malam.. night walk.. dia pulak berseronok dengan papa dekat 'office' mama.. siap berguling-guling lagi.. nasib baik tak diduduknya atas laptop mama tu.. 

Sunday 19 October 2014

bawa hana melihat fauna di zoo melaka

actually dah laaaaamaa dah papanya ajak bawak hana pergi zoo.. rasanya masa hana 6 bulan lagi suami dok ajak pergi zoo.. tapi masa tu saya memang taknak.. yelah, hana kecik lagi.. tak faham apa-apa.. nanti syok sendiri je mama dan papanya.. hehe

minggu lepas, encik suami tiba-tiba cakap, jom pergi zoo melaka hari sabtu ni.. saya pon cepat-cepat kata jom sebelum dia tukar fikiran.. untuk makluman, suami saya ni maha sibuk.. hari cuti pon sibuk.. ada je aktiviti dia.. kalau tak ada operasi dan main bola, mesti ke kebun siapkan projek beam beliau.. kalau tak ada kerja pon mesti dia cari jugak kerja.. tak boleh duduk diam! hoho.. tak macam isterinya langsung.. kalau cuti mesti akan meleset je duduk rumah.. hehehe

tapi tiba-tiba pulak beliau kene kerja hari sabtu tu, so kita postpone hari ahad.. actually hari ahad pon beliau kene kerja, tapi beranilah nak kerja.. mau masam je muka isterinya sebulan.. wakakaka..

so ahad tu bergerakla kami 3 buah kereta ke melaka.. dari serting pukul 8.45 pagi dalam 10.30 sampai dah ke destinasi yang dituju.. dekat je.. 

tiket masuk rm15.80 bagi warganegara dewasa dan rm6 bagi warga emas.. hana bawah 2 tahun, so tak perlu bayar..

dah nama pon zoo kan, so memang binatang jela isinya dalam tu.. tak tau nak cerita apa so enjoy the pictures.. gambar pon tak banyak sebab mamanya ni memang malas nak menangkap gambar.. papa yang biasanya rajin bergambar pon simpan je handphone haritu.. mengharapkan ummi dengan monopodnya jela.. hehe








kesimpulannya, seronok dapat bawak hana pergi zoo.. bagi dia tengok binatang-binatang yang selama ini tengok dalam buku je.. yang kelakarnya bila baca buku, pandai pulak hana mengaumm bila tunjuk picture harimau.. then bila kat zoo, mengeoww pulak si hana ni bila nampak harimau.. mungkin sebab harimau in real comel kot macam kucing.. hahahaha

zoo melaka ermm biasa-biasa jelah.. masa kitorang sampai tu ada bird show, tapi tak menarik sangat show dia.. elephant show pulak kitorang terlepas.. sampai-sampai je tempat show tu, show dah habis.. hoho.. 

lepas dah habis pusing satu zoo tu, lebih kurang pukul 2 kami berkelah di tasik sebelah zoo.. memang plan nak picnic, so siap-siap bawak bekal nasi.. tak sangka pulak sebelah zoo ada port best untuk picnic.. ramai jugak family yang bentang tikar dekat situ.. so korang yang plan nak ke zoo melaka, bolehlah bawak bekal siap-siap dari rumah dan lepak dekat tasik ni.. memang bestt..

lepas makan and rest sekejap, kami bertolak pulang.. tak pergi tempat-tempat menarik lain dekat melaka?? tak.. sebab memang plan nak ke zoo je.. lagipun penat tau berjalan satu zoo tu.. lenguh kaki.. penat yang berbaloi.. hehe.. penat tak apa, boleh hilang.. quality time with hana dan family tu yang paling beharga.. :)




Tuesday 7 October 2014

gastrik ketika hamil? macam tak percaya je..

tak pernah tersangka-sangka akan kena gastrik masa pregnant ni.. seumur hidup alhamdulillah tak pernah kena gastrik tup-tup masa pregnant ni lah pulak tuhan nak bagi saya rasa macam mana sakitnya gastrik.. huhu


sakit.. betul sakit.. perut rasa tak selesa.. pedih-pedih.. duduk tak kena.. berdiri tak kena.. baring pon tak kena..

tapi memang tak sangka betul rasa sakit tu adalah gastrik.. sebabnya orang kata kalau skip makan baru kena gastrik.. kes saya pulak, dalam sejam selepas lunch, terus perut rasa tak selesa.. ingatkan salah makan atau ada kaitan dengan baby dalam perut (minta dijauhkan), tapi bila cek doktor, doktor kata gastrik.. and dapatlah ubat gastrik yang pekat warna putih tu..


balik rumah, terus google mengenai gastrik semasa hamil.. boleh pulak ragu-ragu dengan jawapan doktor tu kan.. hahaha.. bukan ragu-ragu, tetapi sekadar berhati-hati.. iyelah, risau sebenarnya nak makan sebarangan ubat masa pregnant ni..

blog rujukan saya semestinya blog dr. zubaidi.. menurut apa yang beliau tulis di blognya, wanita hamil mudah diserang gastrik kerana apabila baby semakin membesar di dalam rahim, perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.

selain itu, kesan hormon semasa hamil juga menyebabkan LES (seperti pintu yang menyekat di antara perut dan esofagus) menjadi lembut dan menyebabkan makanan kita yang telah bercampur dengan asid di dalam perut boleh naik ke esofagus menyebabkan rasa pedih ulu hati..


so kesimpulannya, walaupun seumur hidup anda tidak pernah kena gastrik, tetapi tidak mustahil ketika hamil anda boleh mengalaminya.. jangan ragu-ragu ya.. :)

and please berhati-hati dengan ubat gastrik yang anda hendak makan.. kebanyakkan ubat gastrik  tidak sesuai dengan ibu yang sedang hamil.. ada juga ubat yang boleh diambil tetapi ubat tersebut akan memberi kesan kepada penyerapan iron dalam badan ibu.. maknanya, hb ibu akan terganggu.. ini juga akan membahayakan keadaan ibu dan bayi.. anda boleh baca penerangan terperinci dr zubaidi mengenai ubat gastrik untuk wanita hami dan bahaya hb low ketika hamil di sini..

saya pula, bila dah yakin kena gastrik, pilihan saya ialah ESP! ESP ini protein soya yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid di dalam perut. selain itu, nutrien protein di dalam ESP ini juga dapat membantu membina semula sel-sel yang telah rosak akibat dihakis oleh asid perut kita..


alhamdulillah, bancuh segelas ESP then tidur dalam setengah jam.. bangun daripada tidur je dah tak rasa sakit dah.. and dah boleh main-main dengan hana.. kesian hana, daripada balik daripada rumah pengasuh mamanya ni tak layan dia.. :)

and sebelum tidur seperti biasa saya telan 2 biji ostematrik.. ostematrik ni kaya dengan kalisum dan bersifat alkali.. saya memang ambil ostematrix ni setiap malam untuk elakkan daripada kekejangan kaki yang selalu wanita hamil alami.. dan alhamdulillah, setakat ini tak pernah lagi cramp malam-malam.. dan yang best lagi, sakit pinggang pon tak ada dah walaupun menyusukan hana sepanjang malam.. segar je bila bangun pagi-pagi.. :)


lepas ni, kalau datang lagi sakit yang macam ni, saya dah tau dah apa nak buat.. tak adalah menahan sakit sampai 2 3 jam sampai terabai anak mama ni.. :)



********************************************


hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda