Sunday 16 February 2014

berusaha untuk hamil


assalamualaikum..

hari ni nak cerita isu sensitif sikit.. anak..

laa.. anak pon sensitif ke??

korang yang takde anak takkan tahu.. anak ni la isu yang paling sensitif sekali.. masuk je alam perkahwinan orang dah start tanya pasal anak.. bila anak dah lahir pon anak ni jadi isu sensitif jugak.. kadang2 boleh bergaduh.. seriously.. firstly bab susu.. lepas tu bab makan.. bab tido.. bab main.. kadang2 bab dukung anak pon boleh jadi hal.. lah tak percaya?? korang rasalah sendiri nanti..

tu yang ada rezeki kahwin2 terus mengandung.. bagi yang lambat Allah nak bagi rezeki?? lagilah aku kesian.. bertubi2 kena.. awal2 kawin rilex lagi.. tapi bila dah masuk setahun kawin takda rezki dapat anak lagi.. pertanyaan2 orang sekeliling ni ibarat guruh tepi telinga.. kadang2 rasa macam langau yang dok terbang.. bising.. merimaskan.. bila dah 3 4 tahun masih belum ada rezki lagi.. nak jumpa orang pon malas.. tambah2 lagi mak2 sedara yang sibuk cerita pasal cucu ni dan cerita itu diakhiri dengan pertanyaan 'kamu bila lagi?' kemudia dengarlah pula ceramah pendek 'jangan tunggu lama2.. bla bla bla..'

kadang2 aku rasa orang kita terutama sekali orang tua ni kurang sensitif dan kurang pandai menjaga percakapan.. sorry to say but this is true.. kadang2 aku kesian tengok mereka2 yang belum ada anak dihujani dengan pertanyaan2 begini.. tahukan makcik2 semua bahawa mereka lagilah mahukan anak.. kalaulah anak tu boleh dipetik, dah lama mereka ni petik walau terpaksa panjat pokok yang tinggi dan berduri.. hah amik ko.. hiperbola habiss.. tapi korang dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?? sensitif la sikit dengan perasaan diorang ni.. percayalahhh.. diorang ni lagiiiiiiila tak sabar2 nak menimang cahaya mata.. tapi apakan daya..

bagi pasangan yang belum lagi dikurniakan anak.. bersabarlah.. aku faham perasaan korang.. seriously aku paham.. sebab kadang2 hati aku yang panas bila dengar orang lain yang dok sibuk2.. bertahanlah.. dan banyakkan berdoa.. anak itu datang daripada Dia.. dan hanya Dia je yang boleh bagi.. so mintaklah pada Dia.. pagi petang siang malam.. jangan pernah putus asa untuk berdoa.. have faith in Him..

lagi satu berusahalah.. yelah.. kadang2 kita doa je tanpa usaha pon tak boleh jugak.. ibaratnya macam kita nak 8A PMR.. doa je sepanjang masa 'ya Allah berikanlah aku 8A dalam PMR tahun ni' tapi langsung tak pernah pegang buku.. waktu dalam kelas tidur.. homework tiru.. ko rasa Allah nak bagi ke??

macam mak kita jugak.. contoh kalau kita mintak mak kita belikan basikal baru then mak letakkan syarat dapat no 1 masa periksa.. kemudian kita pon usaha lah sungguh2.. petang balik dari sekolah terus buat homework.. malam ulangkaji.. weekend pulak pergi library untuk buat study group.. tup2 keluar result exam kita dapat no. 5 je.. agak2 mak kita beli tak basikal untuk kita? aku jamin mesti beli punya sebab dia dah nampak usaha kita..

antara usaha yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini adalah menjaga kesihatan kita.. bagi yang berisi sikit, turunkan berat badan dulu.. makan makanan yang sihat dan seimbang.. bagi wanita yang ada masalah hormon atau period tak teratur, betulkan aturan period dulu.. bagi suami yang merokok, kurangkanlah.. kalau boleh berhenti terus.. kenali waktu subur.. haa tak susah pon kan.. bende kecil je.. tapi siapa tahu, bende kecil ni lah puncanya..

jom kita tengok antara punca masalah ketidaksuburan di kalangan suami dan isteri..

1. Masalah OVULASI (30% penyumbang ketidaksuburan)
    * PCOS - Ketidakseimbangan hormon wanita
    * Masalah pada rahim - Fibroid
    * Gangguan pada telur - Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang    
       wanita menghadapi masalah telur tidak matang dan telur yang lemah.
    * Isu umur wanita - hampir menopous

2. Masalah Tiub Fallopio
    * Tiub fallopio tersumbat - Kebanyakn tiub fallopian yang telah rosak ini berlaku akibat 
       telah dijangkiti kuman (mungkin kerana telah berlaku sekian lama)
    * Endometriosis - berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) 
       berkembang dan tumbuh di luar rahim itu sendiri

3. Masalah sperma (30% penyumbang ketidaksuburan)
    * Sperma tidak cukup - tidak dapat menghasilkan sperma yang normal , sperma yang 
       bebas bergerak bebas dengan mencukupi
    * Sperma tidak matang
    * Sperma tidak aktif - gangguan dalam mobiliti sperma

4. Punca yang tidak diketahui (25% penyumbang ketidaksuburan)
    * Apabila semua pemeriksaan dan ikhtiar telah dibuat tetapi masih tidak berjaya hamil.

5. Lain-lain (5% penyumbang ketidaksuburan)
    * Kemungkinan juga punca di atas ini datangnya dari masalah kegemukan di kalangan 
       wanita dan lelaki yang mengganggu kesuburan.
    * Atau masalah terlalu kurus

http://drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2011/08/Infertility_causes.png



kalau kita tengok pie chart kat atas ni, peratus ketidaksuburan suami dan isteri adalah sama banyak.. jadi isteri jangan menuding jari pada suami, dan suami pon tidak boleh menuduh isteri.. sama2 kena berusaha hokey??

jadi bagaimana mahu mengatasi masalah kesuburan ini? Kebanyakan kajian perubatan mengaitkan kekurangan nutrisi sebagai punca utama ketidaksuburan dan kemanduluan. Jom tengok saranan daripada pakar sakir puan terkemuka, dr. hamid arshat untuk mereka yang sedang dalam usaha mendapatkan cahaya mata..


kalau kita kaji saranan beliau, kita dapat tengok betapa pentingnya menjaga nutrisi yang kita ambil setiap hari.. supplement juga sangat membantu dalam memastikan kita mendapat nutrisi yang mencukupi.. pemilihan suppliment juga penting untuk kesihatan jangka masa panjang..

mah saya nak share testimoni mereka2 yang berjaya hamil dengan izin Allah dengan bantuan set kesuburan shaklee..





actually banyakkkkkkk lagi testimoni.. tapi cukuplah 3 ni yang letak dalam blog ye.. kalau nak yakin lagi boleh google sendiri.. :) alhamdulillah.. bukan shaklee yang memberikan mereka anak.. mereka hanya berusaha dengan bantuan shaklee dan rezeki anak ini tentunya dari Allah.. :)

so, untuk mereka yang ingin cuba berikhtiar dengan shaklee.. jangan segan silu.. contact je saya..

email : musalmahn@gmail.com
sms : 013 6971704
whatsapp : 013 3444633
fb : kedai ubat anda

jangan malu.. saya akan bantu anda.. insyaAllah..

saya akan berikan konsultasi percuma serta jadual pemakanan ubat yang betul..



A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

     1) Vita-Lea (Multivitamin)
     Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

·    2) B-Complex with Folic Acid
     Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

·    3) Vitamin-C
    Mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

4) Energy Soy Protein
I    Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

B) Vitamin Kesuburan:-
·    
     5) Zinc Complex
    Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

·    6) Vitamin E Complex dan Selenium
    Terkenal sebagai “vitamin seks” kerana ia membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

     Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

·    7) GLA Complex
     Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di manaperatusan persenyawaan dapat ditingkatkan. 

   GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

·    8) Alfalfa
I    Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

No comments:

Post a Comment