Wednesday 26 February 2014

Berjalan pada usia 11 bulan

Hana memang pandai pilih tarikh.. dulu waktu first time meniarap pon tarikh cun jugak.. tapi dah lupe bile.. hehehe

Ni tepat2 umur dia 11 bulan, hana dah mula menapak.. satu tapak.. dua tapak.. 3 tapak.. lepas tu bummm.. jatuh.. haha.. tapi anak mama ni tak putus asa.. bangun lagi.. jatuh lagi.. bangun semula.. jatuh semula.. bangun balik.. syabasss bete.. :)

Nanti boleh kita main kejar2 kat padang.. sambil tunggu papa habis main bola.. bestnyeeee.. hee :)

Sunday 23 February 2014

Rawat ulser perut dengan Shaklee

pelajaran hari ini : ulser perut.. :)

ulser perut?? macam manalah rasanya kan?? aku yang selalu kene ulser kat dalam mulut pon dah menangis kalau makan.. tambah2 time nak gosok gigi pagi2 tu.. huuuiii aaaiii.. menitik air mata.. haha.. inikan pula yang ulsernya di dalam perut.. mesti pedih.. kesiannye.. especially yang oldies.. hukhukhuk

so bagi anak2 yang mak ayah ada ulser.. sila ambil perhatian ye.. cikgu nak start mengajar ni.. hehe

(pesanan penaja : karangan ini adalah rumusan daripada apa yang aku faham mengenai topik yang dibincangkan setelah membuat kajian di beberapa artikel. ayat yang digunakan adalah mengikut selera aku sendiri dan kefahaman aku. ia tidak sepatutnya menjadi rujukan pelajar2 perubatan juga pelajar2 farmasi.. rujukan kepada doktor adalah amat2 digalakkan.. peaceee)


macam mana ulser perut boleh terjadi.. first of all aku nak cerita dulu pasal sistem pencernaan kita.. ceewahh.. ok kalau kita makan, then bila makanan kita tiba di perut, perut akan merembeskan sejenis asid iaitu asid hidroklorik untuk mencernakan makanan tersebut.. asid hidroklorik dengan ph 1 atau2 ni merupakan asid kuat.. kalau kene tangan boleh terhakis.. inikan pula usus.. so macam mana usus adapt bende ni?? usus pon akan keluarkan lapisan mukosa pada dinding dia..

bagaimana ulser boleh berlaku? ulser terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara kualiti rembesan asid hidroklorik dengan lapisan mukosa untuk pertahanan tadi.. apabila lapisan pertahan mukosa ni menjadi lemah, asid kuat tersebut akan sampai ke dinding perut, menghakis dinding perut seterusnya mengakibatkan luka dan keradangan.. haa nampak tak kronologi dia??

so agak-agak kenapa lapisan pertahanan mukosa ni boleh jadi lemah.. melalui apa yang aku baca, ada beberapa sebab kenapa ia terjadi.. tapi sebab yang utamanya adalah disebabkan ubat-ubatan sintetik yang kita ambil contohnya ubat tahan sakit, aspirin untuk nipiskan darah, ataupun ubat untuk tahan sakit sendi. ni penting ye anak-anak.. 

biasanya bagi mereka yang tidak tahu, apabila ulser ini menyerang, apa yang diorang buat? mostly akan telan ubat tahan sakit.. dan di situ kesilapan besar telah berlaku.. ubat tahan sakit tu akan buat kita rasa lega sekejap je.. tetapi akan lebih memburukkan keadaan di dalm perut kita.. ia tidak akan menyelesaikan masalah..

so bagaimana Shaklee boleh membantu mengurangkan penderitaan penderita2 ulser perut?

kat sini aku nak share 3 supplement yang dicadangkan untuk merawat ulser perut.. alfalfa, peppermint ginger plus dan ESP.. untuk yang tak tahu lagi, supplement Shaklee adalah 100% semulajadi.. bukan supplement sintetik seperti kebanyakkan supplement di pasaran.. so gunakan tanpa was-was.. :D

Alfalfa


* Badan, nafas dan kaki berbauAlfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Nama saintifiknya ialah "Medicago Sativa". Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

antara kebaikan atau khasiat alfalfa adalah seperti berikut.. yang aku boldkan tu yang berkaitan dengan ulser perut.. :)
1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.



3) Membantu membuang angin di dalam badan.



4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.



5) Bagus untuk buah pinggang.



6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.



7) Berkhasiat untuk membantu masalah :
* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus 
* Ulcer 
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera



8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
* Penghadaman
* Pencernaan



9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit
 
10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
Peppermint Ginger



Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Ianya membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabukk laut, sendawa dan penghadaman.

Kebaikan 

1.  Pudina -  melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit.  Ia juga melegakan kesan2 sampingan sepreti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul dalam rawatan kimoterapi.  Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.  Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
2.  Halia - Ia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.  Ia melegakan ketidakselsesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung.

3.  Pokok Agas (fennal) - Orang2 Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.  Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu, juga membantu masalah alergi pada saluran usus.

4.  Cekur manis - digunakan oleh orang2 Mesir purba.  Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba dimusim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.

ESP


ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 


so, setakat ini sahaja perkongsian aku untuk hari ini.. semoga bermanfaat.. :)


untuk sebarang pertanyaan juga untuk mendapatkan jadual pengambilan supplement yang betul, contact sahaja aku ok? :)



SID 1105503
FB : Musalmah Nasardin
FB fan page : Kedai Ubat Anda
email : musalmahn@gmail.com
sms : 013 6971704
whatsapp : 013 3444633


Friday 21 February 2014

tanda-tanda kehamilan

hah? tetibe pulak tajuk tanda2 kehamilan kan.. hahaha

entah kenapa tetiba teringat pengalaman masa belum tahu hana dah ada dalam perut.. :)

lepas kahwin je semua orang mestilah nak mengandung kan? cuma berbeza rezeki Tuhan nak bagi cepat atau lambat je.. alhamdulillah, sangat cepat Allah nak bagi rezeki hana pada kami.. in fact rasenye kahwin2 terus mengandung.. alhamdulillah.. hehehe masa tu sedia tu memangla bersedia cuma unexpected.. tak sangka begitu awal.. meh nak kongsi sikit tanda-tanda yang aku alami sebelum aku betul2 tahu aku mengandung..

firstly mimpi.. mimpi mengarut.. seingat aku ada 2 kali aku mimpi mengarut.. pertama sekali mimpi ular.. tapi mimpi ni aku tak berapa nak ingat sangat..  tapi yang aku ingat aku mimpi muka aku tumbuh jerawat.. besarr.. aku dapat bayangkan lagi cemana jerawat tu kat muka aku.. besarrrr.. seketul kat pipi belah kiri bawah sikit.. haha

kedua letih.. memang badan aku letih semacam.. rasa tak bermaya sangat.. kat opis aku tidur.. selalu balik kerje awal.. ada dua hari aku tak datang kerje sebab tak larat..

then rasa mual.. rasa mual ni betul2 datang waktu suami aku nak bawak pegi klinik.. ngam2 plak kan time tu.. dan2 suami aku ingat aku mengandung.. tapi die tak cakapla kat aku, takut bukan pulak.. dah disahkan baru die cerita.. hehe..

terbayang lagi muka suami aku waktu dia cakap aku mengandung.. :)

sekian sahaja cerita aku pada hari ini.. :)

dan kepada yang belum dikurniakan rezeki anak, nasihat aku bersabarlah.. banyakkan berdoa.. dan berusaha.. boleh contact aku kalau nak cuba set kehamilan Shaklee.. mana nak tahu rezeki korang dengan Shaklee.. contact je ye.. :)

email : musalmahn@gmail.com
whatsapp : 013 3444633

salah satu usaha untuk hamil


Thursday 20 February 2014

KENAPA PILIH SHAKLEE?



kenapa akau ambil supplement shaklee? hurmm actually, aku tak pernah pon berjinak2 dengan dunia penjagaan kesihatan ni masa study.. pernah sekali je aku beli oil primrose oil.. tu pon sebab terpengaruh dengan kawan aku yang sangat menjaga kesihatan.. tapi hangat2 tahi ayam je aku ni.. hikhikhik..

aku start mula pengambil tahu tentang kesihatan, bila aku nak kawin.. biasalah kan.. mihmihmih.. dan bertambah extreme lagi time aku mengandung.. tu lagilah biasa.. worried mom do research better than FBI.. damn true!.. sebab kemengandungan aku tulah aku dah tahu macam2.. tentang supplement.. penyakit.. natural remedy.. healthy diet.. boleh jadi nutritionist dah aku ni.. hehehe..

aku rasa bukan aku sorang je.. semua mak2 pon camtu.. especially yang blogger2 ni.. sebab tu aku kalau nak cari info apa2, cari je blogger2 yang berstatus mak.. konfom banyak info yang aku dapat.. apa yang baik, lagi baik dan terbaikkk..

dari blogwalking tersebutlah aku jumpa shaklee ni.. dan sebelum jadi pengguna, haruslah aku dah study dan buat research pasal shaklee ni.. well.. aku kan mak.. haruslah nak yang terbaikk.. so setelah dikaji, memang aku dapati shaklee ni the best lah.. bukan aku sorang yang kata, beribu lagi yang kata.. aku bukan setakat dengar kata distributor shaklee ni.. tapi study syarikat, tengok review pengguna.. kalau setakat tanya distributor dia, biarlah brand cap cipan pon, kalau dah dia penjualnya, sure lah dia kata produk dia terhangat di pasaran kan??

lama jugak aku study sebelum ambik keputusan nak consume shaklee.. tapi haa sekarang amik ko.. terus join jadi distributor terus.. hahaha.. bende baik kene share2.. tak elok simpan sorang2.. hikhikhik

so, here i am.. to share with all of you, the goodness of shaklee.. ceewaaahhh.. ni memang ikhlas dari hati sebab aku pilih shaklee.. takde kene mengena dengan orang lain ye.. hehehe

first of all, haruslah keberkesannannya kan.. biar brand robert pattinson pon, kalau tak berkesan, jangan harap la ada orang nak beli.. kecuali nak dapatkan gambar or autography si robert tu.. hahaha.. eh ada tau orang macam ni.. jgn main2.. :) so testimoni daripada aku sendiri.. memang shaklee ni berkesan.. malas aku nak cita lebih2 sendiri.. korang bacalah pengalaman aku berpantang dengan shaklee ye.. hohoh



hah ko.. tengok tu.. ranking no 4 dunia tuh dari segi keberkesanan.. yang best lagi, jenama yang top 3 tu tak masuk dalam pasaran negara kita.. so shaklee no 1 lah kat malaysia.. woowwieee.. :D

kedua ialah harganya.. ini penting bagi aku.. sebab aku ni bukannye pemurah sangat nak habis banyak2 untuk bende2 camni.. banyak lagi aku kene fikir.. handbag.. kasut.. baju baru.. wawawawawa.. tapi shaklee ni memang reasonable la harganya.. berpatutan orang kata.. kalau korang rasa mahal sebotol tu cuba tengok satu botol tu boleh tahan berapa lama.. contohnya Vita-C Plus.. harga sebotol RM92.50.. humakk aii.. lagi 7 ringgit 5 kupang nak cukup seratus.. baik beli kasut baru.. itu kalau ko kira tanpa berfikir.. ok meh aku tolong kirakan.. sebotol ada 180 biji.. sehari ko hanya perlu ambil sebiji je.. so sehari ko hanya spend 51sen je untuk kesihatan ko.. 51sen SEHARI UNTUK KESIHATAN.. kalau ni pon ko rasa mahal, cuba ko sakit dulu.. baru ko tahu mana mahal mana murah.. bak kata emak aku, if you think health is expensive, then try sickness.. haa.. jgn main2 ngan aku.. hehehe

ketiga sebab shaklee ni supplement yang semulajadi selamat.. no chemical.. takda kesan sampingan.. eh cop.. ada.. kesannye kalau ko makan dengan berdiplin, yang gemuk akan kurus, yang tak sihat akan sihat.. insyaAllah.. :) sebab apa ia selamat? sebabnye...
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak trans
  • Tiada suapan tersembunyi
  • Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang
  • Tidak mengandungi peluntur klorin

  • yang ni aku kopipes dari orang lain.. heheh peace..


    keempat sebab shaklee ni bukan supplement main buat je.. sekarang ni kan banyak supplement or kosmetik yang rasanya semua orang boleh patenkan.. asal ada duit.. yang ni pleaseeeeelah korang berhati2.. cek dulu kandungan dia.. cek kkm selamat ke tak.. jangan main beli je.. tambah2 sekarang ni banyak betul produk pemutih lah hape lah yang kesan dia boleh nampak cepat.. sehari dua pakai dah cun melecun kulit muka korang.. agak2 korang lah, diorang letak ape ye bahan 'ajaib' dalam produk tu sampai boleh nampak kesan ketara camtu?? korang fikirlahh.. jangan sebab kita nak cepat cantik, nanti lama2 kita merana disebabkan kesan sampingannya.. be carefull people.. jaga diri hokey..


    so back to shaklee.. shaklee ni ade team yang besar dan kuat.. ada r&d diorang.. ada clinical proven.. ada clinical paper published.. ada quality control.. ada paten.. ada scientist.. ade nutritionist.. bukan orang2 biasa yang tiba2 dapat idea eh aku rasa nak jual ubat la.. jom kita pergi proses daun sekian2.. aku rasa berkesan la utk orang sakit sekia2.. sekian terima kasih.. diorang spend more than $250 million untuk research sahaja tau..


    haa.. yang paling penting sekali sebab ianya halal.. ini paling pentinglah untuk kita sebagai orang islam kan.. so no worries people.. shaklee is halalan toyyiban.. :)



    sijil halal terbaru



    so kawan2.. sapa2 yang dah mula ada kesedaran untuk memelihara kesihatan ni, dan ingain cuba try test untuk jatuh cinta dengan produk shaklee seperti aku.. contact je haku hokey??

    aku suka je nak tolong korang.. nak tanya pape.. nak sembang2.. nak cuba sikit dulu.. nak apa2 la.. contact je.. dont shy2.. :)


    facebook : Kedai Ubat Anda

    email : musalmahn@gmail.com
    whatsapp : 013 3444633



    Sunday 16 February 2014

    berusaha untuk hamil


    assalamualaikum..

    hari ni nak cerita isu sensitif sikit.. anak..

    laa.. anak pon sensitif ke??

    korang yang takde anak takkan tahu.. anak ni la isu yang paling sensitif sekali.. masuk je alam perkahwinan orang dah start tanya pasal anak.. bila anak dah lahir pon anak ni jadi isu sensitif jugak.. kadang2 boleh bergaduh.. seriously.. firstly bab susu.. lepas tu bab makan.. bab tido.. bab main.. kadang2 bab dukung anak pon boleh jadi hal.. lah tak percaya?? korang rasalah sendiri nanti..

    tu yang ada rezeki kahwin2 terus mengandung.. bagi yang lambat Allah nak bagi rezeki?? lagilah aku kesian.. bertubi2 kena.. awal2 kawin rilex lagi.. tapi bila dah masuk setahun kawin takda rezki dapat anak lagi.. pertanyaan2 orang sekeliling ni ibarat guruh tepi telinga.. kadang2 rasa macam langau yang dok terbang.. bising.. merimaskan.. bila dah 3 4 tahun masih belum ada rezki lagi.. nak jumpa orang pon malas.. tambah2 lagi mak2 sedara yang sibuk cerita pasal cucu ni dan cerita itu diakhiri dengan pertanyaan 'kamu bila lagi?' kemudia dengarlah pula ceramah pendek 'jangan tunggu lama2.. bla bla bla..'

    kadang2 aku rasa orang kita terutama sekali orang tua ni kurang sensitif dan kurang pandai menjaga percakapan.. sorry to say but this is true.. kadang2 aku kesian tengok mereka2 yang belum ada anak dihujani dengan pertanyaan2 begini.. tahukan makcik2 semua bahawa mereka lagilah mahukan anak.. kalaulah anak tu boleh dipetik, dah lama mereka ni petik walau terpaksa panjat pokok yang tinggi dan berduri.. hah amik ko.. hiperbola habiss.. tapi korang dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?? sensitif la sikit dengan perasaan diorang ni.. percayalahhh.. diorang ni lagiiiiiiila tak sabar2 nak menimang cahaya mata.. tapi apakan daya..

    bagi pasangan yang belum lagi dikurniakan anak.. bersabarlah.. aku faham perasaan korang.. seriously aku paham.. sebab kadang2 hati aku yang panas bila dengar orang lain yang dok sibuk2.. bertahanlah.. dan banyakkan berdoa.. anak itu datang daripada Dia.. dan hanya Dia je yang boleh bagi.. so mintaklah pada Dia.. pagi petang siang malam.. jangan pernah putus asa untuk berdoa.. have faith in Him..

    lagi satu berusahalah.. yelah.. kadang2 kita doa je tanpa usaha pon tak boleh jugak.. ibaratnya macam kita nak 8A PMR.. doa je sepanjang masa 'ya Allah berikanlah aku 8A dalam PMR tahun ni' tapi langsung tak pernah pegang buku.. waktu dalam kelas tidur.. homework tiru.. ko rasa Allah nak bagi ke??

    macam mak kita jugak.. contoh kalau kita mintak mak kita belikan basikal baru then mak letakkan syarat dapat no 1 masa periksa.. kemudian kita pon usaha lah sungguh2.. petang balik dari sekolah terus buat homework.. malam ulangkaji.. weekend pulak pergi library untuk buat study group.. tup2 keluar result exam kita dapat no. 5 je.. agak2 mak kita beli tak basikal untuk kita? aku jamin mesti beli punya sebab dia dah nampak usaha kita..

    antara usaha yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini adalah menjaga kesihatan kita.. bagi yang berisi sikit, turunkan berat badan dulu.. makan makanan yang sihat dan seimbang.. bagi wanita yang ada masalah hormon atau period tak teratur, betulkan aturan period dulu.. bagi suami yang merokok, kurangkanlah.. kalau boleh berhenti terus.. kenali waktu subur.. haa tak susah pon kan.. bende kecil je.. tapi siapa tahu, bende kecil ni lah puncanya..

    jom kita tengok antara punca masalah ketidaksuburan di kalangan suami dan isteri..

    1. Masalah OVULASI (30% penyumbang ketidaksuburan)
        * PCOS - Ketidakseimbangan hormon wanita
        * Masalah pada rahim - Fibroid
        * Gangguan pada telur - Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang    
           wanita menghadapi masalah telur tidak matang dan telur yang lemah.
        * Isu umur wanita - hampir menopous

    2. Masalah Tiub Fallopio
        * Tiub fallopio tersumbat - Kebanyakn tiub fallopian yang telah rosak ini berlaku akibat 
           telah dijangkiti kuman (mungkin kerana telah berlaku sekian lama)
        * Endometriosis - berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) 
           berkembang dan tumbuh di luar rahim itu sendiri

    3. Masalah sperma (30% penyumbang ketidaksuburan)
        * Sperma tidak cukup - tidak dapat menghasilkan sperma yang normal , sperma yang 
           bebas bergerak bebas dengan mencukupi
        * Sperma tidak matang
        * Sperma tidak aktif - gangguan dalam mobiliti sperma

    4. Punca yang tidak diketahui (25% penyumbang ketidaksuburan)
        * Apabila semua pemeriksaan dan ikhtiar telah dibuat tetapi masih tidak berjaya hamil.

    5. Lain-lain (5% penyumbang ketidaksuburan)
        * Kemungkinan juga punca di atas ini datangnya dari masalah kegemukan di kalangan 
           wanita dan lelaki yang mengganggu kesuburan.
        * Atau masalah terlalu kurus

    http://drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2011/08/Infertility_causes.png



    kalau kita tengok pie chart kat atas ni, peratus ketidaksuburan suami dan isteri adalah sama banyak.. jadi isteri jangan menuding jari pada suami, dan suami pon tidak boleh menuduh isteri.. sama2 kena berusaha hokey??

    jadi bagaimana mahu mengatasi masalah kesuburan ini? Kebanyakan kajian perubatan mengaitkan kekurangan nutrisi sebagai punca utama ketidaksuburan dan kemanduluan. Jom tengok saranan daripada pakar sakir puan terkemuka, dr. hamid arshat untuk mereka yang sedang dalam usaha mendapatkan cahaya mata..


    kalau kita kaji saranan beliau, kita dapat tengok betapa pentingnya menjaga nutrisi yang kita ambil setiap hari.. supplement juga sangat membantu dalam memastikan kita mendapat nutrisi yang mencukupi.. pemilihan suppliment juga penting untuk kesihatan jangka masa panjang..

    mah saya nak share testimoni mereka2 yang berjaya hamil dengan izin Allah dengan bantuan set kesuburan shaklee..





    actually banyakkkkkkk lagi testimoni.. tapi cukuplah 3 ni yang letak dalam blog ye.. kalau nak yakin lagi boleh google sendiri.. :) alhamdulillah.. bukan shaklee yang memberikan mereka anak.. mereka hanya berusaha dengan bantuan shaklee dan rezeki anak ini tentunya dari Allah.. :)

    so, untuk mereka yang ingin cuba berikhtiar dengan shaklee.. jangan segan silu.. contact je saya..

    email : musalmahn@gmail.com
    sms : 013 6971704
    whatsapp : 013 3444633
    fb : kedai ubat anda

    jangan malu.. saya akan bantu anda.. insyaAllah..

    saya akan berikan konsultasi percuma serta jadual pemakanan ubat yang betul..



    A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

         1) Vita-Lea (Multivitamin)
         Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral, pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

    ·    2) B-Complex with Folic Acid
         Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

    ·    3) Vitamin-C
        Mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

    4) Energy Soy Protein
    I    Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

    B) Vitamin Kesuburan:-
    ·    
         5) Zinc Complex
        Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

    ·    6) Vitamin E Complex dan Selenium
        Terkenal sebagai “vitamin seks” kerana ia membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

         Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

    ·    7) GLA Complex
         Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di manaperatusan persenyawaan dapat ditingkatkan. 

       GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

    ·    8) Alfalfa
    I    Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

    hidup luar biasa

    Berapa ramai di antara kita yang berani untuk keluar daripada hidup biasa-biasa untuk hidup secara luar biasa?

    Kalau tanya saya DULU, saya di antara yang tidak berani. Saya selesa dengan kehidupan biasa-biasa saya. Say
    a selesa dengan rutin hidup biasa-biasa saya. Mengapa saya perlu hidup secara luar biasa jika saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan biasa-biasa saya.

    Sehinggalah saya terbaca pengalaman sepasang suami isteri engineer yang memilih kehidupan luar biasa sedangkan apa yang mereka ada pada waktu itu sudah lebih daripada cukup.

    Tertampar. Ditampar. Itu yang saya rasakan waktu membaca pengalaman mereka? Mengapa saya perlu hidup secara luar biasa jika saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan biasa-biasa saya?? Seriously??

    DULU, saya tak pernah langsung terfikir apa perlunya saya hidup secara luar biasa. Tapi SEKARANG, saya dah nampak 100 sebab kenapa saya perlu hidup secara luar biasa dan saya MAHU hidup secara luar biasa.

    Anda?


    http://www.ebookniaga/sorryboss/musalmah


    Photo: [BERANI IS THE KEY]

Berapa ramai di antara kita yang berani untuk keluar daripada hidup biasa-biasa untuk hidup secara luar biasa?

Kalau tanya saya DULU, saya di antara yang tidak berani. Saya selesa dengan kehidupan biasa-biasa saya. Saya selesa dengan rutin hidup biasa-biasa saya. Mengapa saya perlu hidup secara luar biasa jika saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan biasa-biasa saya.

Sehinggalah saya terbaca pengalaman sepasang suami isteri engineer yang memilih kehidupan luar biasa sedangkan apa yang mereka ada pada waktu itu sudah lebih daripada cukup. 

Tertampar. Ditampar. Itu yang saya rasakan waktu membaca pengalaman mereka? Mengapa saya perlu hidup secara luar biasa jika saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan biasa-biasa saya?? Seriously??

DULU, saya tak pernah langsung terfikir apa perlunya saya hidup secara luar biasa. Tapi SEKARANG, saya dah nampak 100 sebab kenapa saya perlu hidup secara luar biasa dan saya MAHU hidup secara luar biasa.

Anda?

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/musalmah

    Tuesday 11 February 2014

    wanita dan sport rim

    aku tak taulah korang, tapi aku memang jahil bab-bab sport rim ni.. biasa orang kata 'fuyyooo tengok sport rim kereta tu.. cun siottt..' atau 'wah.. cunnya kereta kau dah tukar sport rim..' aku tak nampak pon cantiknya kereta pada sport rimnya..

    dan aku pon jahil mana sport rim yang cun dan yang tak cun.. yang sporty dan yang tak sporty.. bagi aku sama ja.. pastu kalau orang nak maksudkan sesebuah kereta menggunakan sport rim, memang aku takkan dapat bayangkan kereta yang mana sebab aku tak pandang pon sport rim kereta.. contohnya:

    brittany : sal, nampak tak kereta yang parking dekat sini tadi..
    aku : entah. yang mana satu ye?
    brittany : alaaa.. yang pakai sport rim 16 inci kale gold sporty gila babas tu..
    aku : ......
    (dah kenapa letak nama brittany ntah.. haha)

    perlukah acknowledge kereta dengan sport rimnye.. cakap jela kereta warna hitam yang ada sticker mcd drive thru tu.. kan senang.. ataupon kereta putih yang dekat cermin belakang tu berderet tersusun teddy bear kecik-kecik kiut-miut.. hahaha

    dan sebab ketidaktaksuban aku pada sport rim, aku juga menjadi tidak paham dan hairan mengapa mereka terutamanya kaum lelaki sanggup berhabis bergadai untuk menukar sport rim baru padahal sport rim standard yang diberikan oleh pengeluar kereta adalah sudah cukup baik.. (melampau ko sal sampai bergadai kan.. haha saja nak hyperbola sikit...) dan suamiku juga salah seorang daripada mereka-mereka yang tidak siuman ini.. baru 4 tahun pakai kereta dah 3 kali tukar sport rim... T_T masa first time dia cerita kat aku, kami masih lagi dalam fasa bercinta.. masih dalam fasa malu-malu.. riaksi aku cuma eh yeke?? dengan senyuman simpul menawan.. haha.. tapi dalam hati aku, whatt?? tiga kali tukar sport rim?? oh nooo.. what a waste.. baikla belanja aku makan.. hahaha..

    in fact, waktu kali terakhir dia tukar sport rim, masa tu kami sedang asyik masyuk bercinta.. aku ingat lagi, masa tu kitorang keluar makan malam and masa dah sampai rumah aku untuk mengakhiri date kitorang, dia tanya nampak tak apa-apa perubahan dekat kereta dia.. aku pon gigihlah keluar kereta tengok ada apa-apa perubahan tak.. tengok warna cat still sama.. tengok pulak dekat bumper depan belakang kot-kot lah ada yang kemek, takde pulak.. blur betul aku masa itu.. then bila dia cakap baru tukar sport rim lah.. aku pon macam oooo.. haaa.. a'ah.. yelaahh.. padahal dalam kepala dok imagine sport rim dia yang lama macam manalah.. hahaha.. nampak tak betapa aku tak ambil port bab-bab sport rim ni.. hehehe

    sebab tulah kereta aku pon aku tak kisah langsung guna sport rim standard proton tu.. cun dah bagi aku.. dan membazir je nak tukar sport rim.. puas dah laki aku pujuk suruh tukar sport rim.. aku buat-buat tak dengar je.. takdehal kalau die nak tukarkan.. aku terima je.. ngehngehngeh..

    sehinggalah kelmarin.. yes.. kelmarin.. tayar kereta aku dah botak chin dah and aku suruh dia pergi tukar.. timing yang baik.. dia suggest tukar tayar besar sikit.. and kalau nak tukar tayar besar sikit haruslah tukar sport rimnye sekali.. bijak..bijak.. and entah mengapa aku pon haa ok.. tukarlah.. tersenyum lebar beliau.. :))))

    and pencarian sport rim pun bermula.. seriously aku cakap, aku ni clueless bab-bab sport rim ni.. tak tau yang mana satu nak pilih.. yang aku tahu aku taknak yang colorful.. yang bright color.. oh nooo.. memang aku bagi kebebasan kat suami aku nak pilih yang mana.. pilihlah sayang oiii.. ;)

    2 hari beliau survey, adalah beberapa gambar yang dia tangkap dan suruh aku pilih.. bila aku cakap tak tau, marah pulak dia.. aiyooo.. geram pulak aku dengan laki aku ni.. kan aku dah cakap awal-awal aku tak tau.. haiiihhh.. and bila aku dah kata yang ni cun.. dia kata tak cun pulak.. adoiiiiiii.. memang nak kena smash laki aku ni.. hehehehe



    this is the culprit.. dah botak gila dah akibat tak alignment.. besi pon dah nak terkeluar.. nasib baik tukar cepat.. bahaya.. bahaya..







    ni antara sport rim yang suami aku suruh aku pilih.. akhirnya dia yang pilih jugak.. wawawa..

    kalau korang, korang pilih yang mana??

    yang mana pilihan beliau??
    adalaaaalalalala.. ;)






    Sunday 9 February 2014

    how i met shaklee


    how i met shaklee? cewaahh.. macamla shaklee tu 'someone' pulak.. hehe

    tapi ini serious la korang.. nak cerita ni macam mana aku jumpa shaklee ni..

    actually, saat pertama bertentang mata dengan shaklee ni masa hana dalam perut lagi.. biasalah tengah mengandung.. semua nak di googlenye.. makanan tambahan untuk ibu mengandung.. makanan untuk ibu yang kurang darah semasa mengandung.. cara untuk bagi kulit baby cantik.. supplement untuk ibu mengandung.. pengalaman beranak.. hahaha.. eh korang pon sama kan? kan? kan? senang kata googlelah kawan baik kita semasa mengandung.. kan?? heehee bila google yang last tu.. haa amik ko.. macam2 pengalaman orang beranak kita boleh tahu.. yang senang.. yang susah.. yang sekejap.. yang lama.. bagus betul ibu2 yang sudi share pengalaman beharga tu.. at least dapat jugaklah gambaran.. siap detail lagi tu.. hehehe.. kalau nak tanya kat mak kita entah ingat entah tak.. kalau ingat pon kot nak cerita ke tak pada kita kan? lagipun malu lah nak tanya ngan mak.. hehe.. akulah.. korang aku taktau.. 

    so kiranya masa tulah aku berkenalan dengan shaklee.. hampir kesemua penggooglelan aku berkaitan dengan ubat atau supplement atau makanan tambahan mesti dapat result yang berkaitan dengan shaklee.. banyak pulak tu.. sebelum tu seriously aku tak pernah dengar pon shaklee tu.. serious.. betull.. mula2 dengar ingatkan produk malaysia.. sebab nama tak komersial langsung.. shaklee.. what? shaklee?? tak terbuka langsung hati aku nak berkenalan dengan lebih lanjut pasal si shaklee ni dek nama yang tidak internasional itu.. haha.. sukati aku je..

    then bila aku nak cari set berpantang, aku google set berpantang pilihan pon ada kaluar result si shaklee ni.. apa namenye shaklee ni.. berpantang pon die ade jugak.. ramai pulak tu blogger2 yang berpantang dengan si shaklee ni.. review pon bagus2 pulak tuhh..aku pon lepas baca 5 6 reviews pasal shaklee ni, mulalah hatiku terpaut.. ecececeee.. :) plus dia ni ibarat jamu moden... pil2 je.. takde serbuk akar kayu bagai yang pahit seperti hempedu tu.. haa kau.. tadi kata nama tak komersial la.. tak internasional la.. ni kata moden pulak.. apa daaa.. tak kenal maka tak tau uolllsss.. ;)

    benar bagai yang dikata.. benar bagai yang dicerita.. benar bagai yang dibaca.. benar bagai yang dicoretkan oleh bloggers.. memang terbaiklah berpantang dengan shaklee ni.. memang tak menyesal langsung.. hehe.. masa nilah aku mula jatuh chenta dengan shaklee.. dan aku nak ajak korang semua untuk turut jatuh chenta dengan shaklee jugak.. 

    tak kenal maka tak chenta.. sapa nak jatuh chenta kena kenal dulu.. meh aku jadi orang tengah.. baeekkk punya aku adjustkan.. hehehe

    ala.. takmola malu2.. kalau malu melepas..

    whatsapp je ke aku 013 3444633
    atau email musalmahn@gmail.com

    :)

    Wednesday 5 February 2014

    new obsession


    hana's new obsession.. dompet.. kalau budak bijak ni dapat dompet, tekunnnn je die membelek dompet tuh.. kalau beleke je takpe lagi, ni jari2 cinonet tuh mulalah.. cungkil sana.. tarik sini.. korek sana.. cungkil cini.. hahaha



    tengok jari jemari kecik tu.. geram je.. :)



    berusaha betul dia nak tarik ic mamanya tuh.. :)



    eh, ada lagi satu ruang compartment la kat sini.. i wonder apa ada dalam ni ye.. ;)



    dengan muka yang penuh keazaman dan ketekunan.. :)


    cubalah ambil dompet tu dari dia.. mesti marah.. hahaha..
    hana.. hana..