Sunday 23 February 2014

Rawat ulser perut dengan Shaklee

pelajaran hari ini : ulser perut.. :)

ulser perut?? macam manalah rasanya kan?? aku yang selalu kene ulser kat dalam mulut pon dah menangis kalau makan.. tambah2 time nak gosok gigi pagi2 tu.. huuuiii aaaiii.. menitik air mata.. haha.. inikan pula yang ulsernya di dalam perut.. mesti pedih.. kesiannye.. especially yang oldies.. hukhukhuk

so bagi anak2 yang mak ayah ada ulser.. sila ambil perhatian ye.. cikgu nak start mengajar ni.. hehe

(pesanan penaja : karangan ini adalah rumusan daripada apa yang aku faham mengenai topik yang dibincangkan setelah membuat kajian di beberapa artikel. ayat yang digunakan adalah mengikut selera aku sendiri dan kefahaman aku. ia tidak sepatutnya menjadi rujukan pelajar2 perubatan juga pelajar2 farmasi.. rujukan kepada doktor adalah amat2 digalakkan.. peaceee)


macam mana ulser perut boleh terjadi.. first of all aku nak cerita dulu pasal sistem pencernaan kita.. ceewahh.. ok kalau kita makan, then bila makanan kita tiba di perut, perut akan merembeskan sejenis asid iaitu asid hidroklorik untuk mencernakan makanan tersebut.. asid hidroklorik dengan ph 1 atau2 ni merupakan asid kuat.. kalau kene tangan boleh terhakis.. inikan pula usus.. so macam mana usus adapt bende ni?? usus pon akan keluarkan lapisan mukosa pada dinding dia..

bagaimana ulser boleh berlaku? ulser terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara kualiti rembesan asid hidroklorik dengan lapisan mukosa untuk pertahanan tadi.. apabila lapisan pertahan mukosa ni menjadi lemah, asid kuat tersebut akan sampai ke dinding perut, menghakis dinding perut seterusnya mengakibatkan luka dan keradangan.. haa nampak tak kronologi dia??

so agak-agak kenapa lapisan pertahanan mukosa ni boleh jadi lemah.. melalui apa yang aku baca, ada beberapa sebab kenapa ia terjadi.. tapi sebab yang utamanya adalah disebabkan ubat-ubatan sintetik yang kita ambil contohnya ubat tahan sakit, aspirin untuk nipiskan darah, ataupun ubat untuk tahan sakit sendi. ni penting ye anak-anak.. 

biasanya bagi mereka yang tidak tahu, apabila ulser ini menyerang, apa yang diorang buat? mostly akan telan ubat tahan sakit.. dan di situ kesilapan besar telah berlaku.. ubat tahan sakit tu akan buat kita rasa lega sekejap je.. tetapi akan lebih memburukkan keadaan di dalm perut kita.. ia tidak akan menyelesaikan masalah..

so bagaimana Shaklee boleh membantu mengurangkan penderitaan penderita2 ulser perut?

kat sini aku nak share 3 supplement yang dicadangkan untuk merawat ulser perut.. alfalfa, peppermint ginger plus dan ESP.. untuk yang tak tahu lagi, supplement Shaklee adalah 100% semulajadi.. bukan supplement sintetik seperti kebanyakkan supplement di pasaran.. so gunakan tanpa was-was.. :D

Alfalfa


* Badan, nafas dan kaki berbauAlfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Nama saintifiknya ialah "Medicago Sativa". Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

antara kebaikan atau khasiat alfalfa adalah seperti berikut.. yang aku boldkan tu yang berkaitan dengan ulser perut.. :)
1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.



3) Membantu membuang angin di dalam badan.



4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.



5) Bagus untuk buah pinggang.



6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.



7) Berkhasiat untuk membantu masalah :
* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus 
* Ulcer 
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera



8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
* Penghadaman
* Pencernaan



9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit
 
10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
Peppermint Ginger



Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Ianya membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabukk laut, sendawa dan penghadaman.

Kebaikan 

1.  Pudina -  melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit.  Ia juga melegakan kesan2 sampingan sepreti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul dalam rawatan kimoterapi.  Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.  Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
2.  Halia - Ia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.  Ia melegakan ketidakselsesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung.

3.  Pokok Agas (fennal) - Orang2 Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.  Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu, juga membantu masalah alergi pada saluran usus.

4.  Cekur manis - digunakan oleh orang2 Mesir purba.  Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba dimusim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.

ESP


ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 


so, setakat ini sahaja perkongsian aku untuk hari ini.. semoga bermanfaat.. :)


untuk sebarang pertanyaan juga untuk mendapatkan jadual pengambilan supplement yang betul, contact sahaja aku ok? :)



SID 1105503
FB : Musalmah Nasardin
FB fan page : Kedai Ubat Anda
email : musalmahn@gmail.com
sms : 013 6971704
whatsapp : 013 3444633


No comments:

Post a Comment