Friday 21 March 2014

solat sunat dhuha

assalamualaikum.. hai readers! hari ni saya nak share mengenai solat sunat dhuha.. ni antara amalan yang termasuk dalam masterchecklist saya.. sedang berusaha untuk istiqamah mengerjakannya.. jom sama-sama kita ya? insyaAllah..
.......................................

solat sunat dhuha adalah antara solat sunat yang amat digalakkan dan dikatakan sebagai 'kunci rezeki' kita seperti mana yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis baginda. 




solat sunat dhuha boleh dilakukan sebanyak 2 hingga 12 rakaat.. waktu untuk mengerjakan solat sunat dhuha adalah diantara pukul 7 pagi hingga 1 tengahari (sebelum masuk waktu zohor) dan waktu yang terbaik adalah pada sekitar pukul 10 pagi sewaktu matahari sedang naik.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT DHUHA (RINGKAS)



niat

rakaat pertama
setelah membaca doa iftitah dan al-fatihah, bacalah surah mana2 yang anda lancar. Lebih afdal jika membaca surah As-Syams


rakaat kedua
setelah membaca al-fatihah, baca mana2 surah yang anda lancar tapi seafdalnya surah Ad-Dhuha..
tahhiyyat akhir kemudian salam


doa

seusai solat, berdoalah kepada Allah apa yang dihajatkan.. lebih bagus jika baca doa seperti di bawah


maksudnya:
Ya ALLAH,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~




semoga bermanfaat.. :)

Wednesday 19 March 2014

RAWAT RESDUNG ANDA DENGAN SHAKLEE




APA ITU RESDUNG


Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 

Resdung atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.


TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Sakit atau rasa berat muka terutama pada kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan telinga
- Rasa gatal pada bahagian bawah kulit terutama di bahagian pipi, mata dan dahi
- Rasa bengkak dan sakit pada bahagian dalam hidung
- jerawat yang berpanjangan pada muka dan belakang badan

KEMUDARATAN RESDUNG

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Memburukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat



SET RESDUNG/ALAHAN SHAKLEE


Vita-C 
- bertindak sebagai anti histamin tanpa kita perlu alami side effect kalau kita ambil drugs/ubat anti histamin
- menstabilkan pengeluaran histamin dlm tubuh
- membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dan sel darah putih
- mempercepatkan pertumbuhan tisu

Alfalfa
- mengurangkan keradangan

B Complex
- pemuliharaan selaput lendir dan bantu pengeluaran antibodi badan
- bantu binaan protein dlm tubuh
- membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress


TESTIMONI SET RESDUNG SHAKLEE












ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE..BEST PRICE..BEST PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com



Friday 14 March 2014

bonus pertamaku


alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. baru tadi cek akaun, duit bonus daripada shaklee dah masuk.. :)

siapa sangka saya yang dulu tak pernah terfikir pon nak berbisnes, tup2 dah dapat keuntungan dah.. baru sebulan join dah dapat jana income 3 angka.. not bad lah sebagai permulaan.. :)

siapa sangka saya dulu yang rasa meniaga ni susah dan asyik dengan alasan.. tak pandailah.. tak reti macam mana nak promotelah.. malu nak jumpa orang lah.. yang paling teruk saya malu orang tahu saya buat bisnes.. boleh macam tu?? haha.. tapi itu saya yang dulu.. agak2 kalau saya masih di pulau alasan tersebut, dapat tak saya duit terpijak tengah2 bulan ni? :)

alhamdulillah.. siapa sangka modal yang saya keluarkan hampir dua bulan yang lalu dah pon dapat pulangannya.. berganda ganda ganda ganda pulak tu.. :)

ini semua berkat tindakan saya meninggalkan pulau alasan tersebut.. kemudian berjumpa pulak dengan mentor yang hebat.. yang tak pernah lokek ilmu menurunkan segala tips dan strategi.. berjumpa dengan kawan2 di dalam group yang sangat supportive.. yang tak pernah jemu memberi perangsang dan semangat kepada rakan2 seperjuangan.. saya bersyukur Allah gerakkan hati saya untuk join mereka ini.. :)

bukan setakat bonus.. saya dapat lebih daripada itu.. silaturrahim.. ilmu.. keyakinan diri.. dapat membantu orang lain.. dan yang paling penting saya semakin dekat dengan Pencipta saya.. betul.. siapa sangka melalui bisnes saya semakin hampir kepada yang Esa.. saya semakin mencari Dia.. alhamdulillah.. :)

bisnes ini mudah kalau tahu caranya.. kalau betul mentornya.. :)









Wednesday 12 March 2014

ibu mertuaku dan hadiahnya

kawan2.. ingat tak dulu aku ada share pasal hadiah apa nak kasi ibu mertua sempena birthday dia?? tak ingat lettewww.. menyampah i taw.. hahaha kidding..

so.. setelah mengambil kira semua aspek, akhirnya aku hadiahkan mak mertuaku ostematrix! reason utama aku hadiahkan beliau ostematrix adalah sebab mak mertua aku ni selalu mengadu sengal2 badan.. lenguh2.. kebas2.. niat aku nak tolong mak aku ni.. semoga dengan ostematrix takdelah dia sakit2 badan lagi.. insyaAllah..

and aku selalu pantau dia makan tak ostematrix yang aku bagi ni.. sekali sekala aku tengok dalam botol tu, berkurang ke tak.. haha.. tapi alhamdulillah.. mak mertua aku ni tak pernah lagila skip 2 biji ostematrix sebelum tidur.. :)

and guess what, memang sepanjang dia consume ostematrix ni baru sekali je aku dengar dia mengadu sakit badan.. itupun sebab petang tu dia pergi menebas.. selain tu memang takda.. alhamdulillah.. bila suami aku tanya macam mana makan ostematrix ni, dia kata ok.. badan segar.. bangun pagi segar je badan.. dah takde kebas2 dah.. alhamdulillah.. :)

insyaAllah.. kalau ada rezeki, lepas ostematrix habis, aku nak bagi mak mertua aku tu supplement lain pulak.. tapi seharusnya dari Shaklee.. sebab Shaklee ni kan the best.. natural pulak tu.. :)

mungkin nak bagi dia try vitalea pulak.. multivitamin pertama di dunia.. yang terbaik di malaysia.. and kalau ada rezeki lebih, insyaAllah.. one day nak bagi vivix.. insyaAllah.. aminnn..

korang yang masih belum ada idea nak bagi hadiah apa pada mak mertua ke.. bapak mertua ke.. mak dan ayah sendiri ke.. suami ke.. boleh lah cuba ostematrix.. takpun apa2 supplement lain yang bersesuaian dengan kondisi mereka.. pm je aku.. insyaAllah.. aku boleh tolong..



p/s aku pon ada paw ostematrix mak mertua aku ni tau.. haha.. siang tu aku pergi jungle trekking.. badan dah lama tak bersukan, habis sakit2 kaki aku.. nak tidur pon tak selesa.. senyap2 aku pergi ambik ostematrix dan telan 4 biji.. pagi tu bangun dah hilang dah lenguh sakit semua.. hehe

sapa yang malas nak carik balik pasal entry aku tentang hadiah untuk ibu mertuaku tu, nahhh aku mudahkan kerja korang.. klik je hokey..
hadiah terbaik buat ibu mertua




ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE..BEST PRICE..BEST PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com





Tuesday 11 March 2014

HB LOW KETIKA HAMIL

bahaya.. bahaya.. itu je yang saya boleh cakapkan pada ibu2 yang mengalami anemia atau hb low masa hamil..

waktu pregnantkan si hana ( bunyi macam dah banyak kali pregnant je.. hikhik), hb  aku memang sentiasa low.. tak pernah langsung nak cantik sampai nurse tu syak aku tak makan ubat dia bagi.. setiap kali cek mesti dia cakap 'makan ubat tu, kalau makan mesti cantik hb..'
padahalnya aku memang tak pernah skip ubat dia bagi tu (adalah sekali dua sebab lupa.. ;) ).. walaupun rasa berkarat, aku telan jugak dengan harapan nect check up hb akan naik dan takdela akak nurse tu nak perli2 aku lagi.. hehehe..

tapi tak maun deh.. makan pon dah macam2 aku telan.. dengar je orang cakap makan ni ni ni boleh naikkan hb, aku terus suruh suami cari ni ni ni tu.. hehe.. bayam tu hampir hari2 aku mengadap.. penuh berselra tanpa rasa jemu.. errkk..  delima pon sama.. dah macam jajan dah aku buat.. eh bukan aku je.. satu rumah pon sama.. time tengok tv kat tangan masing2 mesti ada sebelah delima.. sambil mulut terkumat kamit mengunyah delima.. haha

obimin? orang cakap obimin elok, aku pon pergilah cari obimin.. tapi tak berkesan pon.. dekat akulah tak berkesan.. dekat orang lain ok je aku baca.. huhu..

tapi tu dululah.. masa pregnantkan hana.. takde pengalaman lagi.. belum kenal shaklee lagi.. tapi insyaallah kalau ada rezeki adik hana nanti, nak consume full set kehamilan shaklee.. biar mama dan baby sihat dan cergas.. :D

korang mana yang tengah pregnant tu jangan ambil mudah masalah hb low ni tau.. bahaya. kalau kandungan kurang dari 5 bulan, masa ni organ2 sedang terbentuk.. kalau hb krang daripada 11g/dl, ada kemungkinan jantung tidak dapat terbentuk dengan sempurna dan boleh mengakibatkan keguguran..

bagi kandungan di antara 5 ke 7 bulan, waktu ini semua organ telah sempurna terbentuk. namun hb yang rendah boleh menyebabkan jantung baby tak dapat berdenyut dengan bayi seterusnya kengakibatkan keguguran. kalau dah lebih 7 bulan pula, baby masih bergantung kepada kepekatan darah ibunya untuk mengangkut oksigen.. kalau hb ibu low and oksigen yang sampai pada baby tidak mencukupi, baby boleh mati di dalam kandungan..

nauzubillah.. minta dijauhkan.. sebab tu ibu2 semua jangan pandang rendah dengan masalah anemia atau hb low ni.. ambil makananyang dapat membantu meningkatkan kepekatan hb dalam darah seperti hati, bayam, delima, kekacang, jambu batu, ikan bilis dan lain2.. selain tu janganlah skip ubat yang nurse bagi tu.. pejam mata lah telan pil berkarat tu ye.. and yang paling penting jangan ambil ubat tersebut dengan susu atau kafein sebab susu dan kafein boleh merencatkan serapan iron ke dalam tubuh kita.. jadi sia-sialah sahaja korang telan ubat tu..

atau korang boleh ambil supplement yang sangat sangat sangat membantu meningkatkan bacaan hb korang.. presenting vitalea from shaklee.. aku lambat kenal dengan vitalea ni.. kalau tak, akan kutolak ubat berkarat klinik kesihatan.. hehehe



vitalea_multivitamin


vitalea ni merupakan multivitamin pertama di dunia baq hangg.. dia juga multivitamin no 4 terbaik di dunia dan no 1 di malaysia (sebab yang top 3 tu takda dalam pasaran malaysia).. untuk ibu2 hamil, memang aku syorkan sangat-sangat vitalea ni.. bukan setakat ibu hamil, orang yang tak hamil pon seharusnya ambil vitalea ni sebagai supplement harian korang..

apa pentingnya orang menandung especially yang low hb untuk ambil vitalea.. vitalea ni kaya dengan iron.. iron atau zat besi dapat membantu pembentukkan sel sarah merah.. zat besi juga merupakan sebahagian daripada struktur hemoglobin yang bekerja mengangkut oksigen ke seluruh badan kita..

jadi penting ke penting vitalea ni?? :)


APA KATA IBU-IBU YANG MENGAMBIL VITALEA SERTA SET KEHAMILAN SHAKLEE











ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE..BEST PRICE..BEST PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

Sunday 9 March 2014

ESP Shaklee :: apa? bila? bagaimana? kenapa? siapa?


High demand, best seller, terlajak laris, terhangat di pasaran.. Semua tu menggambarkan betapa ESP ni menjadi rebutan dan igauan ramai pengguna.. Boleh dikatakan setiap yang mencuba ESP pasti jatuh cinta terus dengan produk no 1 Shaklee ini.. Jom kita tengok apa itu ESP dan soalan-soalan popular mengenai ESP ini.


APA ITU ESP?

ESP atau Soy Energizing merupakan makanan tambahan berasaskan kacang soya yang dijamin tidak terubah genetiknya (non GMO). ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral menjadikan ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

APA KEPENTINGAN PROTEIN?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsangfungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang kahirnya boleh membawa maut.

APA ITU ASID AMINO?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan oleh badan manusia dikenali sebgai asid amino tidak perlu manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh sari sumber makanan dinamakan asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

MANFAAT UTAMA ESP

AWET MUDA - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain2. Pengambilan yang kerapa adalah kunci kepada awet muda.
KULIT REMAJA - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
BAIK UNTUK HORMON - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mensegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
BAIK UNTUK PROSTAT - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupyaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia manukar sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, overi, menopous dan pembesaran prostat.
PEMBEKAL TENAGA - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
MEMBAIKI PIGMENTASI - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
MEMBAIKI MEMORI - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

SIAPA PERLU AMBIL ESP

- mereka yang sibuk
- ibu yang sedang hamil
- ibu yang menyusukan anak
- mereka yang ingin kurus
- pesakit kencing manis
- wanita yang ingin kulit yang catik
- mereka yang mementingkan kesihatan

APA RASA ESP?

ESP Shaklee rasa mild soya. Jika anda bukan penggemar soya, anda boleh pelbagaikan resepi ESP. Saya akan membrikan anda pelbagai resepi ESP yang menarik.

BERAPA LAMA ESP TAHAN?

Jika anda mengambil ESP dengan kuantiti maximum iaitu 3 sudu sehari, satu tub ESP boleh bertahan sehingga sebulan setengah.

BERAPA HARGA ESP?

Satu tub/canister ESP beharga RM150. Hubingi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa! :)

JIKA SAYA ORDER, BILA BOLEH DAPAT?

InsyaAllah, penghantaran mengambil masa 1 hingga 4 hari bergantung kepada lokasi anda.

BAGAIMANA SAYA MAHU ORDER ESP?

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa serta resepi ESP yang menarik untuk dicuba.
email : musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp : 013 3444633 atau 013 6554633
fb : Musalmah Nasardin




pengalaman melahirkan nurhana qaleesya


wahh.. sedar tak sedar dah nak setahun dah anak mama.. macam cepat je masa berlalu.. tup2 nanti hana dah sekolah.. lepas tu duduk asram.. masuk u.. kawen.. ohhh.. tetiba plak aku rasa nak cerita pasal kronologi kelahiran nurhana qaleesya.. enjoy.. :)

AMARAN : ENTRY PANJANG

hari itu, selasa, 26 mac 2012.. aku ingat lagi walaupun hampir setahun berlalu..

pagi itu seperti biasa.. aku dan suami bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.. tapi aku dah mula rasa tak selesa.. sakit perut.. contraction.. mild one.. so aku ajak suami jalan2 keliling rumah.. sebab orang cakap banyakkan berjalan.. nanti bukaan cepat..

jadi berjalanlah kami mengambil angin di pagi hari.. jalan keliling rumah je.. time jalan2 tu, bila sakit je, mencangkunglah aku.. hehe.. apa rasanya? ermm.. rasa macam senggugut.. sakit.. tapi kalau nak dibandingkan dengan contraction yang sebenar, yang ni macam kene gigit semut je.. ;)

hampir setengah jam jugak kami berjalan.. bila macam dah tak rasa sakit dah, aku suruh suami aku pergi kerje.. aku? haruslah sambung tido balik.. ngehngeh.. masa tu dah tak rasa apa2 dah.. lena jugaklah aku tidur..

sampailah rasa sakit contraction tu datang balik.. masa tu lebih kurang pkul 11.. tapi masih on off.. boleh tahan lagi.. boleh sambung tidur lagi.. haha.. tak lama pastu aku ke toilet sebab ada rasa 'something'.. tengok2 dah ada 'tanda' pada panties.. darah tapi warna coklat dan berlendir.. sikit je.. masa tu aku dah tau dah tak lama lagi.. tapi aku tak bagitau pon pada suami aku masa tu.. konpom2 dia ajak aku pergi hospital.. aku habiskan masa berehat di bilik.. baca apa yang patut.. surah maryam.. yaa sinn..

bila sakit dah makin kerap, baru aku teringat nak catit time contraction.. contraction masa ni memang dah kerap.. selang 10 minit lebih kurang.. pukul 2 lebih aku sms suami kata mungkin tak lama lagi nak bersalin.. sepantas kilat dia call kata nak balik.. sempat jugak aku pesan suruh singgah kfc..nak burger, cheesy wedges ngan air milo.. haha

sementara tunggu si suami sampai, aku pergi mandi.. kot2 la terus bersalin, segar sikit nak 'push'.. hehe.. habis mandi sku siap2 slow2 then berjalan ambil angin di luar.. suami sampai membawa apa yang diidam idamkan.. burger, cheesy wedges dan milo! haha sepanjang aku pregnant, tak pernah aku mintak nk makan apa2.. tapi last2 minit ni plak datang idamannya.. naseb baek kepci je.. hehe

bila suami aku balik and cakap kat mak mertua aku nak pergi hospital, menggelabah mak mertua aku tu.. habis dibebelnye suami aku.. yela, orang dah nak bersalin, boleh die nak mandi dulu.. hehehe.. sementara suami aku mandi tula aku membaham burger.. makan dalam keadaan sakit.. aduhai.. seksanya.. bila tak sakit cepat2 aku kunyah.. :)

kamudian bertolaklah kami ke medan perjuangan yang sebenar.. otw ke hospital, aku sempat call mak aku tapi tak dapat sembang panjang pon sebab sakit contraction masa tu dah tahap ermm 3.3/10 dah.. sakitttt tapi masih tak sampai separuh daripada kesakitan sebenar.. bila sakit tu datang, tangan suamilah jadi mangsa.. nasibla suamiku.. :)

sampai di hospital kuala pilah, kami terus ke bahagian kecemasan.. sepatutnya terus ke labour room, tapi almaklumlah.. anak first, mano den nak tau.. dari wad kecemasan ke labour room, nurse tu offer wheel chair, tapi aku nak jalan kaki je.. nak naik ke labour room pon aku ajak suami aku panjat tangga.. sebolehnya aku nak berjalan.. niat aku semoga cepat laluan terbuka..

sampai di labour room lepas cek air kencing ambil berat semua, aku dimasukkan ke bilik saringan kot.. kat sini ctg kene pasang kat perut.. untuk monitor contraction katanya.. wallahi, aku memang sangat sangat tak suka bila ctg ni melekat pada perut.. seolah2 perut kita kene ikat.. dahla tengah sakit, bertambah sakit lagi dibuatnya.. dahtu tak boleh mengiring ke kiri kanan pulak tu.. kene baring leklok je.. aku pulak pesennye kalau sakit perut mulalah tak diam duduk.. dak mengiring la.. nak mengerekot la.. adoiii...

bila seksa ctg berakhir, satu lagi kengerian akan berlaku.. ini memanglah yang paling aku ngeri sekali.. kene seluk atau ve.. aku ni banyak beno membaca pengalaman2 orang bersalin.. kalau ikutkan majoriti menceritakan pengalaman menggerunkan pasal seluk meluk ni.. huhuhu.. masa first time ve, doktor muda.. bawah setahun dari aku.. dahla tak warning apa2 masa nak buat ve tu.. terkejut beruk aku.. aku pulak yg kene marah.. ceiitt.. rasanya? ermm.. sakit jugak waktu dr ni buat.. rasa senak.. tapi aku set dalam kepala otak untuk tenang.. tarik nafas.. dan bagi kerjasama pada doktor tu.. kalau tak lagi susah.. kene dua tiga kali buat.. hohoho..

masa doktor tu buat ve, aku berdoa biarlah dah 3 cm bukaan aku.. tapi bila doktor tu kata dah 6cm, alhamdulillah.. bersyukur sangat aku masa tu..

lepas tukar baju semua, aku dimasukkan ke labour room.. sempat aku tengok kiri kanan katil aku.. sebelah kanan aku ada seorang akak.. tenang je.. tapi sebelah kiri aku ada seorang india.. menjerit2.. tengah kene jahit.. meremang bulu tengkuk aku dengar die jerit.. aiyooo.. serius macam sakit giler gaya dia jerit tu.. puas doktor and nurse tenangkan die.. mulalah aku takut.. hoho seingat aku, masa di labour room, sekali je aku dengar suara orang tengah push nak beranak.. seram jugak dengar..

kemuaian kesakitan contraction makin lama makin sakit.. makin lama makin kerap.. kadang2 berlawan2 aku dengan akak sebelah kanan aku tu.. lepas aku mengerang, die mengerang, lepas tu aku pulak.. haha.. bila tak sakit, sempat jugak kami berbalas senyuman.. seolah-olah bagi sokongan pada satu sama lain.. :)

sakit contraction makin menjadi2.. setiap kali sakit tu datang, allah.. tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya.. tak dapat nak aku gambarkan kat sini.. aku buat jugak teknik pernafasan, tapi sakit tu tak berkurangan sikit pon.. cuma kita jadi lebih relaks.. nasib baik nurse2 kat situ baik2.. tambahan yang muda2 tu.. bila dia nampak aku tengah sakit, dia akan gosok2 kat belakang aku.. yang ni menjadi.. kalau ada orang gosok2 belakang time contraction datang, memang akan rasa cool sikit.. rasa berkurang sikit sakitnya.. tak tau lah mengapa.. masa nilah aku nak sangat2 suami aku ada.. tapi apakan daya.. huhuhuhu

lebih kurang pukul 6, doktor datang cek bukaan.. doktor lain.. kali ini dia buat tak sakit pon.. lembut je die buat.. tak macam doktor mula2 tadi.. huh! masa ni dia cakap bukaan dah 7 cm.. so aku memang bersedia dari segi mental bahawa pukul 9 atau sepuluh baru aku akan bersalin.. then dia kata nak pecahkan air ketuban.. yang ni pon aku tak rasa pape.. tahu2 dah selesai.. sekejap je die buat..

lepas air ketuban dipecahkan, haa inilah masa yang paling kritikal bagi aku.. sakitnya maha hebat.. allah allah allah.. tu je yang mampu keluar dari mulut aku bila contraction datang.. ada seorang nurse datang cek contraction.. letak tangan pada perut aku.. pastu dia kata, kuatnya contraction ko dik.. sabar ye.. ni anak first kan? anak first biasa lambat sikit dik.. dalam pukul 10 nanti baru baby keluar.. T_T

dalam aku melayan kesakitan tu, tiba2 aku rasa macam nak meneran.. nak meneran sangat2.. sampai tak tertahan.. aku rasa macam ada sesuatu nak keluar di 'bawah'.. aku cakap kat nurse rasa macam nak berak.. segera nurse tu panggil doktor dan sekali lagi aku diseluk.. 'full..full.. cepat.. dah full ni.. sapa nak sambut ni..' and then i know masanya telah tiba.. sekelip mata aku disiapkan dalam posisi untuk meneran.. kaki dibengkokkan.. tangan diletakkan pada pergelangan kaki.. 'ok adik.. bila sakit datang, terus teran.. tarik nafas panjang2 terus teran kuat2.. teran macam nak berak tu ye..'

ehh cop cop.. suami aku? suami aku mana? sekali push.. dua kali push.. suami aku tak muncul2 lagi.. nak je aku suruh nurse tu panggilkan suamiku tapi tak terkeluar nak tanya.. maka pasrahlah aku, suamiku tiada untuk menyambut anak kami.. sob sob :'(
tiba2 aku dengar suara.. 'yang man nurse? ni?' eh macam ku kenal.. muncullah suamiku.. terus dia ambil alih tugas memangku kepala aku daripada nurse.. baru semangat sikit nak push.. hehehe

rasanya adalah 5 6 kali aku meneran sehinggalah aku rasa ada sesuatu menggelongsor keluar daripada perut.. phewww.. dan automatik semua kesakitan hilang macamtu je.. ajaib.. miracle.. aku dengar suara kecil.. halus je.. menangis.. anak aku.. kemudian satu jasab bernyawa diletakkan di dada aku.. 'anak kita mama..' bisik suamiku.. masa ni rasa sayu..syahdu.. gembira.. bahagia.. semua bercampur baur.. kecik je hana masa tu.. jari dia.. hidung die.. ohh.. menitik  jugak air mata aku saat tu.. :') tapi suamiku spoil mood pulak boleh die tanya, 'ma.. kenapa anak kita warna biru?' T_T adoiiii lakiku.. haha

selepas lakiku keluar dan anakku diambil, mulalah sesi mengeluarkan uri dan menjahit.. jahit masa ni tak sakit pon.. last 2 jarum je yang terasa.. yang lain tak rasa ape2 pon sebab dibius.. lama jugak aku kene jahit sebab koyak sampai bontot disebabkan aku meneran awal.. T_T

then aku ditolak dan diletakkan di sebelah pintu.. yup.. sebelah pintu je nurse tu letak aku.. labour room masa tu full house.. berebut2 orang nak bersalin sama dengan aku.. jadi tepi pintu pon jadilah.. hehe.. lepas diberi milo aku tertido.. penat.. memang penat.. tapi takdelah lena aku tidur sebab orang dok keluar masuk dekat pintu tu..

lama jugak aku tunggu anak aku.. akhirnya anak aku diberi pada aku dan bermulalah perjalanan penyusuan hana.. first time menyusukan baby.. kekoknya aku masa tu.. hehe.. tapi that was the most beautiful moment between me and hana.. indahnya.. rangkul anak sediri for the first time.. menyusukan hana for the first time.. ohhh so beaitiful.. :)

lama selepas tu. baru aku ditolak keluar daripada labour room ke wad biasa.. otw ke labour room sempat aku melambai pada suami dan mak mertua yang setia menanti di ruang menunggu.. malam tu for the first time aku tidur sebagai seorang ibu, dengan anak di sisi.. aku tak letak hana dalam tempat baby tu.. susah aku nak ambil.. aku letak je die sebelah aku.. :) malam pertama kami berlalu dengan baik.. hana is a good girl.. anak yang baik.. tidue je dia malam tu.. aku pulak yang risau takut dia lapar.. kejap2 angkat.. hehe

and esoknya lepas hana ok, dan aku pon ok, petang tu kami discharge.. pulang ke rumah.. membawa hana..

welcome to our heart hana.. :)

ni masa contraction yang sempat aku catat.. 
boleh bayangkan tak tahap kesakitan melihat kepada tulisan tu?? haha



 

the very first picture of nurhana qaleesya.. :)


Sunday 2 March 2014

sepetang ahad bersama hana

alkisahnya semalam.. hari ahad.. biasanya petang2 ahad kalau takde aktiviti, kami anak beranak akan tidur berjemaah.. tapi semalam papanya ada game bola pulak.. dan kebiasaannya, mama ngan hana akan ikut sekali.. tapi disebabkan hana dah makin aktif, tak mau duduk diam, mama pon memutuskan untuk tidak ikut.. jadi kuranglah 2 orang penyokong team papa.. hehe..

tapi aktiviti tidur berjemaah tetap diteruskan, walaupun dengan ketiadaan papa.. mama dan hana sahaja sudah mencukupi.. hehe

hana start tido pukul 3.. mama lambat sikit sebab nak kena make sure hana tidur dulu.. tapi lambat tak lambat sangatlah.. lima minit lepas hana tidur mama pon kroiihh kroiihh.. hahahaha.. 

lebih kurang pukul 4 mama tersedar yang hana sudah sedar.. mama peluk hana sambil tepuk2 punggung hana dengan harapan yang sangat tinggi bahawa hana akan terlelap semula.. namun harapan tinggal harapan.. mata hana besar bulat.. menandakan hana tidak mungkin akan terlena semula.. 

mama biarkan.. mama masih di posisi yang sama manakala hana pula sudah beralih posisi.. hana mula duduk.. termenung.. kemudian mula menolak2 bantal peluk yang sepatutnya menjadi pengahadang hana daripada jatuh, sebab hana suka tidur berguling.. sekejap ke sini.. sekejap ke sana.. akhirnya bantal peluk itu jatuh.. 

hana menjulurkan kepalanya untuk melihat bantal peluk tersebut.. mama mula cemas.. walaupun hana dah pandai turun daripada katil sendiri, tetapi mama tetap risau.. namun mama masih di posisi yang sama.. tidak berganjak.. tapi dalam keadaan berjaga-jaga..

hana tarik balik unjuran kepalanya.. kemudian merebahkannya di atas badan mama.. mulutnya mula mengeluarkan suara.. ahhh.. ahhh.. ahhh.. mama senyum kemengantukkan.. antara sedar atau tidak, mama kembali lena..

ada ketikanya mama tersedar.. ada masanya mama sedar2 hana sudah berada di kaki mama.. ada masanya hana leka membelek2 hp mama.. ada ketikanya hana baring atas kepala mama.. ada ketikanya hana sudah berada di belah kiri mama (masa tidur belah kanan).. sayup2 mama dengar suara hana.. ahhh ahhhh ahhh.. ahh mata mama ni mengapa begitu berat sekali..

hampir satu jam berlalu, mama gagahkan untuk membuka mata.. mama lihat hana.. hana pandang mama..

'hana sayang.. hai.. anak mama main sorang2 ye..'

merangkak hana dari hujung katil mendapatkan mama..
eee ehekk ehekk ehheekk.. hana menangis..

pantas mama rangkul hana.. dan mama cium hana bertalu2.. bersalah rasanya membiarkan hana berseorangan..

terasa kasih sayang membuak2 antara kami..

lantas mama dukung hana mengambil angin di luar..

where is the flower?
there...
where is the sky?
there..
where is papa??
papa is not here.. papa playing football.. 

sekian 

oh ya.. papa pulang membawa kemenangan 7-1
tapi sebenarnya mama harap papa kalah. so takdelah game lepas ni.. hehehe