Monday 23 June 2014

sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam?

asslamualaikum readers..

lagi 4 hari kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia.. sudah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal? dengarnya bulan ramadhan kali ini, cuaca panas.. semoga kita semua diberi kemudahan untuk menjalani ibadah tersebut dengan sesempurna mungkin.. insyaallah..

hari ini saya nak share mengenai pengalaman saya menyusukan hana.. alhamdulillah, setakat hari ini saya masih lagi memberikan susu ibu kepada hana.. bukan sepenuhnya.. di rumah pengasuh, hana minum susu formula.. tetapi apabila berada bersama saya, hana akan minum susu ibunya ini.. :)

saya tidak tahu kalau ibu-ibu yang lain mengalami situasi yang sama.. tetapi hana bila malam (tidur) memang tidak boleh berenggang dari saya.. bila sampai waktu tidurnya, saya akan susukan hana sampai hana tertidur.. kemudian dia akan 'melekap' dengan saya hampir sepanjang malam tersebut.. kalau dia terlampau lena baru boleh berenggang sikit.. itupun tidak lama.. dia akan mula 'mencari' balik.. kalau saya tiada waktu dia 'mencari' itu, terus menangis anak mama tu.. haihh


ada orang gelarkan situasi ini sebagai mengempeng.. ada juga yang panggil bergantung.. kalau orang tua-tua kasar sikit bunyinya.. meng*p*k.. hehe.. mak saya pulak panggil memerap.. apa pon istilahnya, menyusukan bayi sepanjang malam adalah agak memenatkan.. bagi sayalah..

oh tidak.. saya tidak merungut.. tidak sesekali.. saya bahagia bila hana mencari saya di tengah-tengah malam.. saya bahagia bila dia perlukan saya setiap kali dia mahu tidur.. saya bahagia apabila bila sampai waktu tidurnya, dia akan menarik tangan saya masuk ke dalam bilik.. this is once in a lifetime experience for me and hana.. jadi tak ada sebab untuk saya merungut.. :)


cumanya disebalik kebahagian tersebut, ia adalah sesuatu yang memenatkan untuk dilakukan sepanjang malam, setiap hari.. bayangkan saya terpaksa tidur mengiring sepanjang malam.. oh tidur mengiring sambil memeluk bantal peluk atau suami dengan tidur mengiring sambil menyusukan anak adalah tidak sama ye.. lain..

bila kita tidur mengiring sambil menyusukan anak, akan ada satu rasa tegangan pada bahagian belakang kita.. badan kita bukan dalam keadaan rileks.. dan akibatnya kita tidur dalam keadaan tidak selesa.. tidur yang tidak berkualiti.. untuk lena sepanjang malam itu adalah sangat mustahil.. ada juga beberapa kali saya cuba berenggang dari hana kerana keadaan yang sangat tidak selesa, tetapi apakan daya.. anak saya tu manja dengan mamanya ini.. teruslah saya memerap dia dan lelapkan mata sambil cuba mengabaikan ketidakselesaan yang saya rasakan..

bila bangun dari tidur, mulalah sakit sakit pinggang dan sakit-sakit badan.. biasanya suamilah yang jadi tempat mengadu.. minta dia tolong picitkan belakang.. masa inilah pon nak bermanja-manja sikit.. hehe.. muda-muda lagi dah sakit-sakit pinggang.. macam manalah bila umur sudah semakin meningkat nanti.. ini baru seorang anak!


bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, jangan pernah mengalah.. anak-anak ini bukannya nak menyusu sangat.. mereka hanya ingin mencari sedikit kehangatan dan kedamaian daripada ibu mereka ini supaya mereka dapat tidur dengan tenang.. :) lagipun tak lama.. insyaallah selepas 2 tahun, fasa ini akan berakhir.. selagi mana anak kita mahukan kita, just enjoy the moment..

cuba cari penyelesaian bagi mengatasi masalah sakit pinggang dan badan kerana menyusukan bayi anda sepanjang malam.. antara yang saya lakukan selain minta suami picitkan belakang adalah meletakkan bantal di belakang badan saya sebagai tempat untuk saya bersandar.. ini sangat membantu kerana ia dapat mengurangkan sedikit tekanan kepada badan kita..


selain itu, dapatkan cukup zat untuk badan kita terutama sekali kalsium.. minum susu.. bagi yang tak minum susu seperti saya, saya sangat-sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee.. saya sebenarnya baru seminggu je ambil ostematrix ini.. tapi masyaallah.. kesannya amat menakjubkan.. selama ini dok dengar je orang share mengenai kehebatan ostematrix ini.. tapi disebabkan saya ni susah sikit nak telan pil-pil ni, jadi niat nak consume ostematrix tu terpendam dalam hati je..


tapi alhamdulillah, sejak seminggu saya ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur, memang lena saya tidur.. tak ada lagi sakit-sakit pinggang dan badan akibat menyusukan hana sepanjang malam.. bangun pagi pun segar je.. memang terbaiklah.. kalaulah saya tahu penangan ostematrix ini, dari awal-awal dulu lagi saya akan consume ostematrix ini.. tapi tak apalah.. better late than never kan.. :)

sekarang ini, ostematrix sudah menjadi teman setia saya setiap malam.. saya siap ingatkan suami suapaya ingatkan saya untuk ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur.. takut saya terlupa.. :) manyusukan hana sepanjang malam tidak lagi menjadi sesuatu yang memenatkan buat saya.. dan suami tak perlu lagi tunjukkan muka simpati sambil berkata 'sabar ye sayang' setiap kali saya mengadu sakit pinggang dan belakang akibat semalaman menyuskan anak.. :)


mama.. dah telan oste belum.. jom la tidur.. hana dah mengantuk ni.. :)

semoga entry kali ini dapat memebri manfaat kepada semua terutama ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam.. saya doakan kita semua diberi kekuatan dalam membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.. insyaallah.. :)


ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda





1 comment:

  1. Samalah masalah. Saya anak jantan saya suka mengopek. Memang sakit belakang. But what to do...
    http://nimboking.blogspot.com/

    ReplyDelete