Tuesday 30 September 2014

petua elakkan bayi kena jaundis/kuning

assalamualaikum semua..

alhamdulillah kandungan dah masuk 23 minggu.. doakan bayi dan mamanya ini sihat ye dan bayi dapat dilahirkan dengan mudah dan selamat.. aminn.. :)

bila dah mencecah separuh fasa kehamilan ni, tiba-tiba pulak risau takut baby terkena jaundis atau kuning nanti.. nauzubillah.. minta dijauhkan..

dulu hana alhamdulillah, bebas daripada jaundis.. sekali je kena ambil darah di tumit.. itu pon saya dah tak keruan dah dengar dia menangis.. macam manalah agaknya perasaan ibu-ibu yang anaknya terpaksa berkali-kali diambil darah.. mahu menangis sekali dengan baby agaknya..

alhamdulillah, result darah hana tu tak ada kuning.. seingat saya bacaan kuning dia masa tu 8 kot.. tak pon 80.. saya pon tak pasti dan saya memang tak tahu sangat mengenai bacaan-bacaan kuning ni.. hukhuk

ramai juga kawan-kawan rapat yang bertanya apa yang saya amalkan semasa mengandung? saya pon tak tau sama ada apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana dulu adalah asbabnya atau tidak.. tapi saya nak kongsikan juga.. manalah tahu bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana..


apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana?

buah delima


seingat saya, semasa mengandungkan hana, saya memang selalu makan buah delima.. boleh dikatakan ada je stok delima dalam peti ais tu.. dah jadi macam snek dah.. mengadap tv je mesti mengunyah delima..

kebetulan pula, masa tu musim delima kot sebab harganya murah dan senang je nak jumpa di mana-mana kedai buah.. rezeki hana alhamdulillah.. masa tu kalau tak silap saya 6 biji RM10.. tapi minggu lepas, saya beli delima sebiji RM3.. mahal.. itu pon bukan yang jenis merah ranum tu.. yang gred biasa-biasa je.. saiz pon kecil je.. susah nak jumpa pulak tu..

so disebabkan susah sangat nak dapatkan buah delima kali ini, saya gantikan dengan pati delima je.. pilihan saya pati delima gulsan.. ambil satu sudu je setiap hari.. insyaAllah kita usahakan.. semoga dapat membantu..


air kelapa

saya ni duduk di kampung, pokok kelapa sebelah rumah je.. so kalau tiba-tiba teringin nak minum air kelapa fresh, bisik je dekat encik suami.. laju je dia kaitkan.. cakap je nak yang muda.. yang tua.. kelapa pandan.. kelapa biasa.. 5 minit je dah terhidang di depan mata.. :)

waktu hana ada dalam perut, memang selalu sangat saya minum air kelapa.. seminggu sekurang-kurangnya sekali.. kadang-kadang sampai 3 4 kali.. ada yang kata orang mengandung tak elok minum air kelapa.. tapi saya tak nampak pulak sebabnya tak elok.. and saya ok je minum.. :)



lagi apa ya? hurmm.. rasanya dua ni sahajalah yang saya nampak berkemungkinan membantu elakkan hana daripada terkena jaundis.. ya atau tidak wallahualam..

saya ada jugak google petua-petua di blog.. antara petua yang saya jumpa yang rasanya boleh kita amalkan semasa mengandung untuk elakkan bayi kita daripada terkena demam kuning atau jaundis ialah:

kurma


salah satu makanan sunnah yang kita semua tahu kaya dengan pelbagai khasiat.. tapi malangnya tak ramai yang amalkan.. termasuklah saya.. huhu.. saya agak kurang gemar dengan rasa kurma ni.. tapi apalah sangat kalau nak makan sebiji sehari kan? bagi yang minum ESP, boleh blend sekali kurma dengan esp.. kata orang sedap.. lemak-lemak manis gitu.. nak cubalah juga.. :) 

selain untuk membantu elakkan bayi daripada terkena kuning, kurma ni juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.. haa.. apa lagi.. mari kita sama-sama amalkan makan kurma.. sebiji sehari je demi kulit bayi yang cantik mulus..  ;)

madu



kalau boleh carilah madu yang asli.. ambil 2 3 sudu sehari.. kalau rasa tak lalu nak telan madu yang pekat tu, boleh bancuh dengan air suam.. madu ni pon actually memang bagus untuk diamalkan walaupun tak mengandung.. bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran..

vitamin D

selain makanan-makanan sunnah seperti yang disebut di atas, saya terbaca bahawa pengambilan vitamin D ketika hamil juga membantu mengelakkan bayi daripada terkena kuning.. banyakkan ambil makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak ikan, ikan air masin, susu dan hasil tenusu, telur, mentega, kacang soya, minyak ikan kod, ikan salmon, ikan sardin dan lain-lain.


mengandung kali kedua ini saya amalkan ostematrix shaklee.. selain insyaAllah dapat membantu mencegah bayi daripada terkena kuning, ostematrix ni juga bagus diambil oleh orang yang sedang mengandung dan menyusukan bayi bagi membekalkan kalsium yang secukupnya pada badan.. pengalaman saya sepanjang ambil ostematrix ni, alhamdulillah tak pernah lagi kekejangan kaki.. selain itu, sakit pinggang pon alhamdulillah tak ada.. :) boleh baca pengalaman saya di SINI..






rasanya itu sahajalah info yang boleh saya kongsikan untuk kita semua.. kalau kawan-kawan ada lagi sebarang petua yang bermanfaat, bolehlah dikongsikan juga..

semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan bahagia.. :)

*******************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda








Monday 29 September 2014

persedian menyambut si kecil : yang perlu dan yang tak perlu

assalamualaikum semua..



dulu waktu nak menyambut kelahiran hana, memang excited.. anak pertama la katakan.. semua barang nak dibeli.. siap ada checklist lagi.. daripada persedian nak berpantang sehinggalah kepada baju-baju baby.. memang complete..

old school punya check list.. haha

memang susah betul nak kawal nafsu membeli masa tu.. nampak semua macam perlu.. nampak semua macam akan digunakan.. lagipun masa tu tak ada siapa yang guide.. pandai-pandai sendiri je.. guide pon dapat daripada blogger-blogger yang masing-masing pon tengah excited buat persiapan nak sambut anak masing-masing.. the problem is, bila saya banyak baca cerita blogger2.. banyak tengok list persediaan mereka yang panjang berjela.. lagi tak tertahan la nafsu untuk beli semua.. orang nak kita pon nak.. orang beli kita pon nak beli.. haihhh.. T_T

untuk itu, saya nak bagi guide kepada para-para ibu di luar sana tentang apa yang betul-betul diperlukan untuk persediaan menyambut kelahiran si comel anda.. ini mengikut pandangan dan pengalaman sayalah ye.. dan bukan semua.. mana yang saya rasa penting and saya ingat, saya sharekan di sini.. harap dapat membantu.. :)

1. pakaian baby

biasanya mak-mak di zaman moden ini akan scan jantina baby kan.. jaranglah yang inginkan kejutan.. siap scan 4D lagi sampai boleh nampak lesung pipit anak tu.. hehe

so bila dah tau baby boy atau girl, kita cenderunglah nak pilih baju mengikut tema jantina anak tu.. tak salah pon.. tapi ingat, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. macam kawan saya, 4 kali svan doktor kata boboy, sekali yang keluar gegirl..

hana genap sebulan..
so, untuk selamat, pilihlah baju yang unisex.. dua-dua boleh pakai.. tapi tak salah pon boboy pakai baju warna pink kan.. 

and jangan beli banyak sangat saiz newborn.. baby ni cepat membesar.. nanti pakai sekali dua dah tak muat.. setakat cukup untuk seminggu pon ok.. takkanlah dalam seminggu tak basuh-basuh baju tu kan? :) my suggestion is 5 pasang baju siang dan 5 pasang baju malam.. enough..



and for me, untuk new born better beli baju yang berbutang di depan.. elakkan daripada beli rompers walaupun memang banyak sangat rompers yang kiut miut dan menggugat iman sekarang ni.. 'cute like mommy'lah.. 'handsome like daddy'lah.. comellll je.. 

sebab saya syorkan beli baju yang berbutang di depan? sebabnya kalau ada butang kat depan, senang nak sarung kat baby.. tak payah nak angkat-angkat kepala dia.. tengkuk baby ni kan lembut lagi.. kesian dia..

2. baby cot

yang ini memang excited sangat nak beli.. anganan masa tu, malam-malam hana akan lena tidur di katilnya sementara mama dan papa pula lena di katil kami.. oh indahnya berangan.. :)

tapi hakikatnya, satu malam pon hana tak pernah tidur di katilnya.. mana taknya, kalau dah asyik nak memerap dengan mamanya.. gagah pula mama nak angkat hana ke baby cot bila hana dah lena then bila hana merengek balik nak susu, mam angkat balik.. tak kuasa i.. baik letak je hana dekat sebelah.. senang.. kuikuikui

kadang-kadang je biar hana main dalam katilnya..
itupon kena dilayan.. kalau tak menjerit.. hana hana.. :)
so ini memang suatu pembaziran yang besar.. bukan seringgit dua baby cot ni.. nasib baik tak beli tilam empuk dan set untuk baby cot ni sekali.. kalau tak dah jadi double pembaziran.. T_T

so nasihat saya, tengok dulu keadaan anda dan baby.. kalau nampak gaya anak comel anda tu boleh tidur dengan aman dan tenang tanpa perlukan kehangatan dan belaian dari ibunya seperti hana, bolehlah beli awal-awal baby cot ni kemudian dihias cantik-cantik.. kalu tak, marilah kita peruntukkan wang tersebut ke benda yang lebih penting.. :)



lagi best tidur berbantalkan lengan mama kan hana..
baby cot tu boleh jadi tempat mama letak barang.. T_T
3. stroller


yang ni penting pon tidak.. tak penting pon tidak.. bergantung kepada korang.. kalau korang rasa keluar-keluar wad terus nak bawak baby berjalan, bolehlah beli awal2.. kalau tak, ini boleh dimasukkan dalam kategori kurang penting.. dalam pantang atau nanti-nanti pon boleh beli.. sekarang ni banyak yang jual preloved stroller ni.. cantik-cantik dan elok lagi.. harga haruslah much much more cheaper daripada yang baru.. so korang boleh jugak consider beli yang preloved punya ni..

selain stroller, korang boleh jugak beli carrier seperti ring sling, ssc, wrap dan sebagainya.. sekarang tengah 'in' carrier-carrier cenggini.. tapi nak beli kena ada ilmu.. korang boleh join group malaysian babywearers.. dekat sini banyak sangat info mengenai babywearing ni..

and kalau korang macam berminat nak berbabywearing, saya cadangkan anda cuba dahulu carrier yang anda minat tu sebelum beli..baru anda tahu mana satu yang lebih sesuai dan selesa untuk anda dan baby.. dekat mana nak cuba? anda boleh tanya dekat mommies dalam group tu ye.. mereka dengan rela hati akan membantu.. :)

macam saya, beli ring sling konon nak berbabywearing jugak.. tapi sekali je pakai.. hana taknak dok dalam tu.. pembaziran lagi.. hukhukhuk..
yang ni ring sling.. saya punya sebijik macam ni..
berangan jela nak kendung hana dalam tu.. 
4. car seat


yang ni kalau saya cakap tak penting, mahu kena hentam dengan ibu-ibu yang pro-carseat.. hehe.. penting carseat ni.. untuk keselamatan si manja anda.. tapi carseat ni ada pelbagai jenis.. studylah sikit ye sebelum beli.. tapi untuk penggunaan jangka masa panjang, saya cadangkan untuk beli jenis combination yang boleh guna daripada infant sehinggalah umur 3 ke 4 tahun..

car seat ni pon boleh tahan harganya.. kalau nafsu tinggi dan poket penuh, bolehlah beli yang ribu-ribu.. kalau tak dekat manjaku ada yang rm200 lebih je.. yang penting sila semak safety features dia sebelum beli ya.. carseat jugak ramai yang jual preloved punya.. boleh diconsiderkan jugak..

hana first time duduk dalam carseat.. rugi beli yang macam ni.. sekejap je dah tak muat hana nak duduk dalam tu..

bila dah besar sikit, pandai pulak keluar dari carseat cari mama.. haihla anak..
5. pam susu

yang ini bagi saya penting bagi mommies yang berazam nak fully breastfeed anak anda.. tapi jangan ikut nafsu.. beli ikut keperluan.. mungkin mula-mula boleh beli yang manual dulu ke.. sebab dalam pantang kan, so tak ada masalah pon kalau pam guna yang manual.. bila dah nak masuk kerja, baru consider untuk beli yang elektrik ke mengikut keperluan dan kerajinan serta kesungguhan anda untuk mengepam.. kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, hurmm sendiri mau ingat laa.. hehehe


my first pump is unimom allergo.. second is spectra 3..

survey pakej breastpump.. korang kalau rajin survey, bolehlah banding-bandingkan harga.. then haruslah pilih yang paling murah.. :)
nak beli yang preloved pon berlambak orang jual.. bagus juga beli yang preloved ni.. sebab ada kes kadang-kadang pam ni tak serasi dengan tuannya atau tuannya tak cukup kuat tekad untuk fully mengepam.. jadi daripada pam tersebut terbiar begitu sahaja, meraka akan let go pam-pam yang masih elok ni dengan harga yang sangat berbaloi..

untuk pam ni, ada jugak yang tak serasi dengan kita.. jadi kalau boleh try dulu pam yang anda hendak beli.. ada tempat-tempat yang kita boleh try dulu pam ni.. contohnya macam di momslittleones.. so, bila dah try, barulah tahu mana yang lebih sesuai dengan diri kita.. tak gitu?

boleh baca review saya untuk unimom allergo dan spectra 3 di sini dan sini..

6. nursing bra

for me perlu sangat-sangat.. pergi cari dekat aeon je brand scarlet.. rm15 je sepasang..

nursing bra pon survey di internet.. harga pon boleh tahan.. padahal dekat aeon berlambak.. manalah nak tau.. first time.. ^_^
7. set berpantang

yang ini haruslah beli dari awal-awal lagi.. takkan dah bersalin baru terhegeh-hegeh nak cari param pilis semua.. hehe

punyalah berlambak set berpantang kat luar sana.. harga satu set bukannya murah-murah.. dalam tiga ratus jugak..

jadi buatlah pilihan yang bijak.. kaji setiap items di dalam setiap set berpantang yang anda berkenan kemuadian bandingkan kelebihan antara satu set dengan set yang lain.. biasanya, dalam satu set tu, ada barang yang kita betul-betul perlu dan tak berapa perlu..

ni antara set berpantang yang saya survey..
gigih listkan satu-satu.. :)

contohnya masa berpantangkan hana dulu ambil set berpantang tanamera untuk luaran.. yang betul-betul guna hanyalah minyak urut, param, pilis, brown soap dan herbal bath je.. yang lain-lain ada lagi sampai sekarang.. pembazirann..

untuk dalaman, saya ambil shaklee.. yang ni worth buying.. langsung tidak membazir.. dari hari first berpantang boleh guna and continue sampai sekarang.. supplement kan.. so memang tak ada masalah untuk consume.. bagus untuk kesihatan.. and masa ni lah saya berkenalan dan jatuh cinta dengan shaklee ni.. love at first sight kata orang.. hehe

nak beli shaklee pon survey tau.. nampak tak yang last tu kata 'x best'.. maknanya respon daripada distributor tu tak best lah.. jadi pangkah awal-awal untuk beli dari beliau.. heheh

so nasihat saya, study setiap items dalam set berpantang tu and untuk jimat, anda boleh beli items yang betul-betul diperlukan sahaja secara loose.. anda boleh beli loose items set berpantang yang terpilih di CHARMSandCOLORS..

and ada jugak mommies yang nk let go set berpantang mereka.. tapi biasanya yang dah guna sikit lah.. guna 2 3 kali then tak serasi dengan ibu atau bayi, jadi mereka let go dengan harga yang sangat murah.. pon berbaloi untuk dibeli.. 

and kalau boleh, elakkanlah beli set berpantang yang berasaskan jamu.. sebab jamu ni panas.. takut beri effect pada anak.. kesian anak tu.. kalau dah beri effeck pada anak, terpaksalah stop consume jamu-jamu tersebut.. kan dah membazir..


ni sebahagian daripada set berpantang shaklee yang
saya amalkan sehingga sekarang..
erm rasanya setakat ini dululah perkongsian saya ya.. harap dapat membantu para mommies di luar sana membuat persedian menyambut si comel anda tanpa pembaziran.. berjimat-cermat kan amalan yang mulia.. :)

oh ya, lupa pulak.. ni antara group yang anda boleh join untuk dapatkan barangan preloved..

kalau korang nak cari apa-apa, post je di group-group ni.. insyaAllah ramai yang akan bagi respon.. :)


happy shopping mommies! 


*****************************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda


Monday 22 September 2014

petua minum air gula dengan jayanya

assalamualaikum semua..

dulu waktu mengandungkan si hana, tak kena pon minum air gula.. sebabnya family tak ada sejarah kencing manis dan berat pon naik cantik je.. tapi mengandung kali kedua ni, kementerian kesihatan dah buat rules baru pulak.. semua ibu mengandung kene ambil ujian mgtt ni.. iaitu minum air gula..


saspen memang saspen.. tak dapat nak bayangkan macam mana nak telan air gula tu.. segelas besar pulak tu.. tambahan aku bukannya jenis yang minum banyak air.. minum air kosong banyak sikit dah rasa nak termuntah.. inikan pula air gula.. pekat.. likat.. euww..

tapi dari awal-awal lagi aku dah setkan yang aku boleh minum air gula tu tanpa muntah.. pasti boleh.. minum je jangan fikir apa-apa..

sempat jugalah post di facebook untuk dapatkan petua daripada ibu-ibu yang berpengalaman.. :)



dan rata-ratanya menasihatkan benda yang lebih kurang sama iaitu jangan banyak fikir, tarik nafas dalam-dalam dan minum air gula tu laju-laju.. beress..

dan alhamdulillah aku berjaya jugak habiskan segelas air gula tu tanpa muntah.. dengan 3 tegukan.. tak berdaya nak habiskan sekali gulp je.. terpaksa stop, bertenang and tarik nafas semula dan sambung minum lagi.. :)

manis sangat ke air gula tu? manisss.. memang manis.. bila dah habis tu memang terasa melekit dekat tekak.. tapi jangan risau.. semuanya mind set kita.. jangan fikirkan sangat pasal manis tu.. telan je.. :)


lepas minum air gula tu korang akan rasa macam nak pitam.. yelah dah 10 jam puasa tetiba minum air gula, tak terkejut badan kita ni? hehe.. apa yang aku buat, lepas je minum air gula sementara nak tunggu 2 jam, pergi dekat kereta, start engine, on aircond then tido.. jangan lupa set alarm, nanti terlajak pulak.. 

and seminggu sebelum kene minum air gula tu, make sure korang banyakkan minum air kosong.. kurangkan atau kalau boleh jangan langsung minum air manis-manis ni..


aku ni lambat tau pasal ni.. so malam before minum air gula pon aku belasah minum air manis.. dah kenapa mengandung kali ini tekak asyik nak minum yang manis-manis je.. air kosong tak pandang langsung.. dan akibatnya, aku kene repeat balik minum air gula ni sebab bacaan aku dekat borderline.. huwaaaaaa..

korang janganlah jadi macam aku.. lagipun tak bagus minum air manis-manis ni.. especially tengah mengandung ni.. aku pon dah berazam nak kurangkan minum air manis-manis dah lepas ni.. so incik suami, jangan suruh i buat air macam-macam ye.. minum air kosong je.. ;)

dan teruskan pengambilan set kahamilan shaklee.. insyaAllah, semuanya akan OK.. sebab supplement-supplement yang terdapat dalam set hamil shaklee ni insyaAllah boleh membantu mengelakkan sebarang masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. contohnya masalah hb low.. dulu masa first pregnancy, hb aku sentiasa low je.. tapi alhamdulillah, second pregnancy ni hb aku cemerlang.. :) boleh baca kisah aku dan HB LOW KETIKA HAMIL..


bagi ibu-ibu yang sememangnya mempunyai masalah kecing manis, bolehlah add on zinc complex sebagai supplement tambahan.. zinc complex dapat membantu menurunkan paras glukosa dalam darah.. bahaya tau kencing manis semasa hamil ni.. 


insyaAllah, dengan amalan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplement yang bagus, saya doakan semua ibu-ibu di luar sana tak perlu repeat minum air gula.. hehe
and jangan lupa doakan saya dipermudahkan minum air gula sekali lagi ye! :)



hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda






Sunday 7 September 2014

tips melegakan batuk anak

alhamdulillah, setakat ini hana tak pernah lagi batuk dengan teruk.. batuk berkahak pon tak pernah.. alhamdulillah..

tapi baru-baru di group secret mommy shahab ada berbincang mengenai kesihatan anak-anak.. salah satunya bab batuk.. ada antara kami yang share pengalaman anak dia selalu batuk.. kalau batuk memang anak tu tak boleh nak tidur.. dengan mak dan ayahnya sekali tak boleh tidur.. iyelah, anak tak sihat kan? manalah mak ayah ni boleh tidur dengan tenang.. dengan melayan anak yang merengek tak sihat tu lagi.. 

tapi alhamdulillah.. dia dah temui tips untuk melegakan batuk anaknya.. dan dia sharekan tips tersebut dengan kami.. :)




alhamdulillah.. dengan sebiji omega guard sahaja dapat melegakan batuk dan kahak anak-anak kita.. dapat tengok anak dapat tidur dengan lena adalah salah satu bentuk kebahagian yang tidak ternilai bagi kita para ibu dan bapa.. :)

and omega guard ni bukan sahaja boleh melegakan batuk dan kahak anak-anak kita, tetapi ia juga bagus untuk perkembangan otak.. bagi anak-anak yang sedang membesar dan belajar, omega guard dengan minyak ikan berkualiti adalah supplement paling sesuai untuk mereka.. apalah salahnya melabur sedikit untuk kesihatan dan kecerdasan anak-anak kita kan?




omega guard juga terbukti dapat membantu mengurangkan masalah asthma..

semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dapat membesar dengan  sihat dan cergas.. :)





hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Monday 1 September 2014

mak kita mungkin kencing berdiri

assalam semua..

hari ini saya nak share satu kisah.. kisah benar.. kisah ini disampaikan oleh seseorang kepada saya.. kisah mengenai seorang makcik tua yang beliau kenali..

kisahnya biasa-biasa sahaja.. seorang makcik tua dengan masalah lutut.. berjalan lama-lama tidak boleh.. berdiri lama-lama tidak boleh.. duduk lama-lama pon tidak boleh.. nak solat dengan sempurna pon payah..

alah.. biasalah orang tua sakit lutut.. biasalah orang tua tak boleh berdiri dan duduk lama-lama.. biasalah orang tua solat duduk.. biasalah tu.. mungkin kebanyakkan daripada mak dan ayah kita pon mengalami masalah yang sama.. biasalah tu.. faktor umur..

tapi kita tahu tak, selain daripada perkara-perkara 'biasa' bagi orang tua sakit lutut itu, mereka yang ada masalah lutut ini juga mengahadapi masalah untuk kencing secara mencangkung?? kita sedar tak, mungkin mak kita yang ada masalah lutut ni terpaksa buang air secara berdiri?? kita sedar tak??

ya.. makcik-makcik yang ada masalah lutut ini juga mengalami kesukaran untuk mencangkung buang air.. mereka TERPAKSA berdiri untuk buang air.. kecuali jika ada tandas duduk.. jika tiada, terpaksalah mereka lepaskan hajat sambil berdiri.. kesian mereka..

di rumah sendiri mungkin tak jadi masalah.. bayangkan jika mereka terasa hendak buang air di tempat awam.. di tandas awam.. tiada pula tandas duduk.. bayangkan dilema yang mereka hadapi.. kesukaran yang mereka alami.. bayangkan kita perempuan terpaksa buang air berdiri.. bayangkan..

lebih kritikal lagi, bayangkan betapa sukarnya mereka untuk mancangkung lama-lama ketika membuang air besar.. masyaAllah..

hurmm.. bertimpa-timpa simpati saya mendengar cerita mengenai makcik itu tadi.. tak dapat saya bayangkan kalau emak saya yang mengalami nasib sedemikian..

tetapi cerita yang disampaikan oleh kawan saya tersebut diakhiri dengan berita gembira.. itu kisah makcik itu beberapa bulan yang lepas.. baru-baru ini kawan saya terserempak dengan makcik tersebut.. tersenyum lebar makcik tu berterima kasih kepada kawan saya ni.. alhamdulillah, sekarang makcik tu tak perlu lagi buang air secara berdiri.. solat pon tak perlu duduk lagi.. alhamdulillah..

ini semua berkat pengambilan AJHT dan Ostematrix Shaklee.. makcik itu kini lebih sihat.. masalah lutut dah semakin beransur pulih.. yang penting beliau semakin gembira.. :)



mungkin ramai di antara kita yang mak dan ayahnya mengalami nasib yang sama.. tapi kita tak sedar.. kita tak tahu.. mak ayah kita mungkin malu nak menceritakan masalah mereka kepada kita.. kita sendirilah yang perlu prihatin atas kesihatan mereka.. mak ayah kita kan? kalau bukan kita yang ambil berat mengenai mereka, siapa lagi?

semoga makcik ini akan terus diberikan kesihatan yang baik.. saya doakan mak ayah kita juga diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani hidup dengan gembira dan beribadah dengan sempurna.. aminn..





ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda