Monday 22 September 2014

petua minum air gula dengan jayanya

assalamualaikum semua..

dulu waktu mengandungkan si hana, tak kena pon minum air gula.. sebabnya family tak ada sejarah kencing manis dan berat pon naik cantik je.. tapi mengandung kali kedua ni, kementerian kesihatan dah buat rules baru pulak.. semua ibu mengandung kene ambil ujian mgtt ni.. iaitu minum air gula..


saspen memang saspen.. tak dapat nak bayangkan macam mana nak telan air gula tu.. segelas besar pulak tu.. tambahan aku bukannya jenis yang minum banyak air.. minum air kosong banyak sikit dah rasa nak termuntah.. inikan pula air gula.. pekat.. likat.. euww..

tapi dari awal-awal lagi aku dah setkan yang aku boleh minum air gula tu tanpa muntah.. pasti boleh.. minum je jangan fikir apa-apa..

sempat jugalah post di facebook untuk dapatkan petua daripada ibu-ibu yang berpengalaman.. :)



dan rata-ratanya menasihatkan benda yang lebih kurang sama iaitu jangan banyak fikir, tarik nafas dalam-dalam dan minum air gula tu laju-laju.. beress..

dan alhamdulillah aku berjaya jugak habiskan segelas air gula tu tanpa muntah.. dengan 3 tegukan.. tak berdaya nak habiskan sekali gulp je.. terpaksa stop, bertenang and tarik nafas semula dan sambung minum lagi.. :)

manis sangat ke air gula tu? manisss.. memang manis.. bila dah habis tu memang terasa melekit dekat tekak.. tapi jangan risau.. semuanya mind set kita.. jangan fikirkan sangat pasal manis tu.. telan je.. :)


lepas minum air gula tu korang akan rasa macam nak pitam.. yelah dah 10 jam puasa tetiba minum air gula, tak terkejut badan kita ni? hehe.. apa yang aku buat, lepas je minum air gula sementara nak tunggu 2 jam, pergi dekat kereta, start engine, on aircond then tido.. jangan lupa set alarm, nanti terlajak pulak.. 

and seminggu sebelum kene minum air gula tu, make sure korang banyakkan minum air kosong.. kurangkan atau kalau boleh jangan langsung minum air manis-manis ni..


aku ni lambat tau pasal ni.. so malam before minum air gula pon aku belasah minum air manis.. dah kenapa mengandung kali ini tekak asyik nak minum yang manis-manis je.. air kosong tak pandang langsung.. dan akibatnya, aku kene repeat balik minum air gula ni sebab bacaan aku dekat borderline.. huwaaaaaa..

korang janganlah jadi macam aku.. lagipun tak bagus minum air manis-manis ni.. especially tengah mengandung ni.. aku pon dah berazam nak kurangkan minum air manis-manis dah lepas ni.. so incik suami, jangan suruh i buat air macam-macam ye.. minum air kosong je.. ;)

dan teruskan pengambilan set kahamilan shaklee.. insyaAllah, semuanya akan OK.. sebab supplement-supplement yang terdapat dalam set hamil shaklee ni insyaAllah boleh membantu mengelakkan sebarang masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. contohnya masalah hb low.. dulu masa first pregnancy, hb aku sentiasa low je.. tapi alhamdulillah, second pregnancy ni hb aku cemerlang.. :) boleh baca kisah aku dan HB LOW KETIKA HAMIL..


bagi ibu-ibu yang sememangnya mempunyai masalah kecing manis, bolehlah add on zinc complex sebagai supplement tambahan.. zinc complex dapat membantu menurunkan paras glukosa dalam darah.. bahaya tau kencing manis semasa hamil ni.. 


insyaAllah, dengan amalan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplement yang bagus, saya doakan semua ibu-ibu di luar sana tak perlu repeat minum air gula.. hehe
and jangan lupa doakan saya dipermudahkan minum air gula sekali lagi ye! :)



hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda






No comments:

Post a Comment