Monday 29 September 2014

persedian menyambut si kecil : yang perlu dan yang tak perlu

assalamualaikum semua..



dulu waktu nak menyambut kelahiran hana, memang excited.. anak pertama la katakan.. semua barang nak dibeli.. siap ada checklist lagi.. daripada persedian nak berpantang sehinggalah kepada baju-baju baby.. memang complete..

old school punya check list.. haha

memang susah betul nak kawal nafsu membeli masa tu.. nampak semua macam perlu.. nampak semua macam akan digunakan.. lagipun masa tu tak ada siapa yang guide.. pandai-pandai sendiri je.. guide pon dapat daripada blogger-blogger yang masing-masing pon tengah excited buat persiapan nak sambut anak masing-masing.. the problem is, bila saya banyak baca cerita blogger2.. banyak tengok list persediaan mereka yang panjang berjela.. lagi tak tertahan la nafsu untuk beli semua.. orang nak kita pon nak.. orang beli kita pon nak beli.. haihhh.. T_T

untuk itu, saya nak bagi guide kepada para-para ibu di luar sana tentang apa yang betul-betul diperlukan untuk persediaan menyambut kelahiran si comel anda.. ini mengikut pandangan dan pengalaman sayalah ye.. dan bukan semua.. mana yang saya rasa penting and saya ingat, saya sharekan di sini.. harap dapat membantu.. :)

1. pakaian baby

biasanya mak-mak di zaman moden ini akan scan jantina baby kan.. jaranglah yang inginkan kejutan.. siap scan 4D lagi sampai boleh nampak lesung pipit anak tu.. hehe

so bila dah tau baby boy atau girl, kita cenderunglah nak pilih baju mengikut tema jantina anak tu.. tak salah pon.. tapi ingat, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. macam kawan saya, 4 kali svan doktor kata boboy, sekali yang keluar gegirl..

hana genap sebulan..
so, untuk selamat, pilihlah baju yang unisex.. dua-dua boleh pakai.. tapi tak salah pon boboy pakai baju warna pink kan.. 

and jangan beli banyak sangat saiz newborn.. baby ni cepat membesar.. nanti pakai sekali dua dah tak muat.. setakat cukup untuk seminggu pon ok.. takkanlah dalam seminggu tak basuh-basuh baju tu kan? :) my suggestion is 5 pasang baju siang dan 5 pasang baju malam.. enough..



and for me, untuk new born better beli baju yang berbutang di depan.. elakkan daripada beli rompers walaupun memang banyak sangat rompers yang kiut miut dan menggugat iman sekarang ni.. 'cute like mommy'lah.. 'handsome like daddy'lah.. comellll je.. 

sebab saya syorkan beli baju yang berbutang di depan? sebabnya kalau ada butang kat depan, senang nak sarung kat baby.. tak payah nak angkat-angkat kepala dia.. tengkuk baby ni kan lembut lagi.. kesian dia..

2. baby cot

yang ini memang excited sangat nak beli.. anganan masa tu, malam-malam hana akan lena tidur di katilnya sementara mama dan papa pula lena di katil kami.. oh indahnya berangan.. :)

tapi hakikatnya, satu malam pon hana tak pernah tidur di katilnya.. mana taknya, kalau dah asyik nak memerap dengan mamanya.. gagah pula mama nak angkat hana ke baby cot bila hana dah lena then bila hana merengek balik nak susu, mam angkat balik.. tak kuasa i.. baik letak je hana dekat sebelah.. senang.. kuikuikui

kadang-kadang je biar hana main dalam katilnya..
itupon kena dilayan.. kalau tak menjerit.. hana hana.. :)
so ini memang suatu pembaziran yang besar.. bukan seringgit dua baby cot ni.. nasib baik tak beli tilam empuk dan set untuk baby cot ni sekali.. kalau tak dah jadi double pembaziran.. T_T

so nasihat saya, tengok dulu keadaan anda dan baby.. kalau nampak gaya anak comel anda tu boleh tidur dengan aman dan tenang tanpa perlukan kehangatan dan belaian dari ibunya seperti hana, bolehlah beli awal-awal baby cot ni kemudian dihias cantik-cantik.. kalu tak, marilah kita peruntukkan wang tersebut ke benda yang lebih penting.. :)



lagi best tidur berbantalkan lengan mama kan hana..
baby cot tu boleh jadi tempat mama letak barang.. T_T
3. stroller


yang ni penting pon tidak.. tak penting pon tidak.. bergantung kepada korang.. kalau korang rasa keluar-keluar wad terus nak bawak baby berjalan, bolehlah beli awal2.. kalau tak, ini boleh dimasukkan dalam kategori kurang penting.. dalam pantang atau nanti-nanti pon boleh beli.. sekarang ni banyak yang jual preloved stroller ni.. cantik-cantik dan elok lagi.. harga haruslah much much more cheaper daripada yang baru.. so korang boleh jugak consider beli yang preloved punya ni..

selain stroller, korang boleh jugak beli carrier seperti ring sling, ssc, wrap dan sebagainya.. sekarang tengah 'in' carrier-carrier cenggini.. tapi nak beli kena ada ilmu.. korang boleh join group malaysian babywearers.. dekat sini banyak sangat info mengenai babywearing ni..

and kalau korang macam berminat nak berbabywearing, saya cadangkan anda cuba dahulu carrier yang anda minat tu sebelum beli..baru anda tahu mana satu yang lebih sesuai dan selesa untuk anda dan baby.. dekat mana nak cuba? anda boleh tanya dekat mommies dalam group tu ye.. mereka dengan rela hati akan membantu.. :)

macam saya, beli ring sling konon nak berbabywearing jugak.. tapi sekali je pakai.. hana taknak dok dalam tu.. pembaziran lagi.. hukhukhuk..
yang ni ring sling.. saya punya sebijik macam ni..
berangan jela nak kendung hana dalam tu.. 
4. car seat


yang ni kalau saya cakap tak penting, mahu kena hentam dengan ibu-ibu yang pro-carseat.. hehe.. penting carseat ni.. untuk keselamatan si manja anda.. tapi carseat ni ada pelbagai jenis.. studylah sikit ye sebelum beli.. tapi untuk penggunaan jangka masa panjang, saya cadangkan untuk beli jenis combination yang boleh guna daripada infant sehinggalah umur 3 ke 4 tahun..

car seat ni pon boleh tahan harganya.. kalau nafsu tinggi dan poket penuh, bolehlah beli yang ribu-ribu.. kalau tak dekat manjaku ada yang rm200 lebih je.. yang penting sila semak safety features dia sebelum beli ya.. carseat jugak ramai yang jual preloved punya.. boleh diconsiderkan jugak..

hana first time duduk dalam carseat.. rugi beli yang macam ni.. sekejap je dah tak muat hana nak duduk dalam tu..

bila dah besar sikit, pandai pulak keluar dari carseat cari mama.. haihla anak..
5. pam susu

yang ini bagi saya penting bagi mommies yang berazam nak fully breastfeed anak anda.. tapi jangan ikut nafsu.. beli ikut keperluan.. mungkin mula-mula boleh beli yang manual dulu ke.. sebab dalam pantang kan, so tak ada masalah pon kalau pam guna yang manual.. bila dah nak masuk kerja, baru consider untuk beli yang elektrik ke mengikut keperluan dan kerajinan serta kesungguhan anda untuk mengepam.. kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, hurmm sendiri mau ingat laa.. hehehe


my first pump is unimom allergo.. second is spectra 3..

survey pakej breastpump.. korang kalau rajin survey, bolehlah banding-bandingkan harga.. then haruslah pilih yang paling murah.. :)
nak beli yang preloved pon berlambak orang jual.. bagus juga beli yang preloved ni.. sebab ada kes kadang-kadang pam ni tak serasi dengan tuannya atau tuannya tak cukup kuat tekad untuk fully mengepam.. jadi daripada pam tersebut terbiar begitu sahaja, meraka akan let go pam-pam yang masih elok ni dengan harga yang sangat berbaloi..

untuk pam ni, ada jugak yang tak serasi dengan kita.. jadi kalau boleh try dulu pam yang anda hendak beli.. ada tempat-tempat yang kita boleh try dulu pam ni.. contohnya macam di momslittleones.. so, bila dah try, barulah tahu mana yang lebih sesuai dengan diri kita.. tak gitu?

boleh baca review saya untuk unimom allergo dan spectra 3 di sini dan sini..

6. nursing bra

for me perlu sangat-sangat.. pergi cari dekat aeon je brand scarlet.. rm15 je sepasang..

nursing bra pon survey di internet.. harga pon boleh tahan.. padahal dekat aeon berlambak.. manalah nak tau.. first time.. ^_^
7. set berpantang

yang ini haruslah beli dari awal-awal lagi.. takkan dah bersalin baru terhegeh-hegeh nak cari param pilis semua.. hehe

punyalah berlambak set berpantang kat luar sana.. harga satu set bukannya murah-murah.. dalam tiga ratus jugak..

jadi buatlah pilihan yang bijak.. kaji setiap items di dalam setiap set berpantang yang anda berkenan kemuadian bandingkan kelebihan antara satu set dengan set yang lain.. biasanya, dalam satu set tu, ada barang yang kita betul-betul perlu dan tak berapa perlu..

ni antara set berpantang yang saya survey..
gigih listkan satu-satu.. :)

contohnya masa berpantangkan hana dulu ambil set berpantang tanamera untuk luaran.. yang betul-betul guna hanyalah minyak urut, param, pilis, brown soap dan herbal bath je.. yang lain-lain ada lagi sampai sekarang.. pembazirann..

untuk dalaman, saya ambil shaklee.. yang ni worth buying.. langsung tidak membazir.. dari hari first berpantang boleh guna and continue sampai sekarang.. supplement kan.. so memang tak ada masalah untuk consume.. bagus untuk kesihatan.. and masa ni lah saya berkenalan dan jatuh cinta dengan shaklee ni.. love at first sight kata orang.. hehe

nak beli shaklee pon survey tau.. nampak tak yang last tu kata 'x best'.. maknanya respon daripada distributor tu tak best lah.. jadi pangkah awal-awal untuk beli dari beliau.. heheh

so nasihat saya, study setiap items dalam set berpantang tu and untuk jimat, anda boleh beli items yang betul-betul diperlukan sahaja secara loose.. anda boleh beli loose items set berpantang yang terpilih di CHARMSandCOLORS..

and ada jugak mommies yang nk let go set berpantang mereka.. tapi biasanya yang dah guna sikit lah.. guna 2 3 kali then tak serasi dengan ibu atau bayi, jadi mereka let go dengan harga yang sangat murah.. pon berbaloi untuk dibeli.. 

and kalau boleh, elakkanlah beli set berpantang yang berasaskan jamu.. sebab jamu ni panas.. takut beri effect pada anak.. kesian anak tu.. kalau dah beri effeck pada anak, terpaksalah stop consume jamu-jamu tersebut.. kan dah membazir..


ni sebahagian daripada set berpantang shaklee yang
saya amalkan sehingga sekarang..
erm rasanya setakat ini dululah perkongsian saya ya.. harap dapat membantu para mommies di luar sana membuat persedian menyambut si comel anda tanpa pembaziran.. berjimat-cermat kan amalan yang mulia.. :)

oh ya, lupa pulak.. ni antara group yang anda boleh join untuk dapatkan barangan preloved..

kalau korang nak cari apa-apa, post je di group-group ni.. insyaAllah ramai yang akan bagi respon.. :)


happy shopping mommies! 


*****************************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda


No comments:

Post a Comment