Sunday 2 March 2014

sepetang ahad bersama hana

alkisahnya semalam.. hari ahad.. biasanya petang2 ahad kalau takde aktiviti, kami anak beranak akan tidur berjemaah.. tapi semalam papanya ada game bola pulak.. dan kebiasaannya, mama ngan hana akan ikut sekali.. tapi disebabkan hana dah makin aktif, tak mau duduk diam, mama pon memutuskan untuk tidak ikut.. jadi kuranglah 2 orang penyokong team papa.. hehe..

tapi aktiviti tidur berjemaah tetap diteruskan, walaupun dengan ketiadaan papa.. mama dan hana sahaja sudah mencukupi.. hehe

hana start tido pukul 3.. mama lambat sikit sebab nak kena make sure hana tidur dulu.. tapi lambat tak lambat sangatlah.. lima minit lepas hana tidur mama pon kroiihh kroiihh.. hahahaha.. 

lebih kurang pukul 4 mama tersedar yang hana sudah sedar.. mama peluk hana sambil tepuk2 punggung hana dengan harapan yang sangat tinggi bahawa hana akan terlelap semula.. namun harapan tinggal harapan.. mata hana besar bulat.. menandakan hana tidak mungkin akan terlena semula.. 

mama biarkan.. mama masih di posisi yang sama manakala hana pula sudah beralih posisi.. hana mula duduk.. termenung.. kemudian mula menolak2 bantal peluk yang sepatutnya menjadi pengahadang hana daripada jatuh, sebab hana suka tidur berguling.. sekejap ke sini.. sekejap ke sana.. akhirnya bantal peluk itu jatuh.. 

hana menjulurkan kepalanya untuk melihat bantal peluk tersebut.. mama mula cemas.. walaupun hana dah pandai turun daripada katil sendiri, tetapi mama tetap risau.. namun mama masih di posisi yang sama.. tidak berganjak.. tapi dalam keadaan berjaga-jaga..

hana tarik balik unjuran kepalanya.. kemudian merebahkannya di atas badan mama.. mulutnya mula mengeluarkan suara.. ahhh.. ahhh.. ahhh.. mama senyum kemengantukkan.. antara sedar atau tidak, mama kembali lena..

ada ketikanya mama tersedar.. ada masanya mama sedar2 hana sudah berada di kaki mama.. ada masanya hana leka membelek2 hp mama.. ada ketikanya hana baring atas kepala mama.. ada ketikanya hana sudah berada di belah kiri mama (masa tidur belah kanan).. sayup2 mama dengar suara hana.. ahhh ahhhh ahhh.. ahh mata mama ni mengapa begitu berat sekali..

hampir satu jam berlalu, mama gagahkan untuk membuka mata.. mama lihat hana.. hana pandang mama..

'hana sayang.. hai.. anak mama main sorang2 ye..'

merangkak hana dari hujung katil mendapatkan mama..
eee ehekk ehekk ehheekk.. hana menangis..

pantas mama rangkul hana.. dan mama cium hana bertalu2.. bersalah rasanya membiarkan hana berseorangan..

terasa kasih sayang membuak2 antara kami..

lantas mama dukung hana mengambil angin di luar..

where is the flower?
there...
where is the sky?
there..
where is papa??
papa is not here.. papa playing football.. 

sekian 

oh ya.. papa pulang membawa kemenangan 7-1
tapi sebenarnya mama harap papa kalah. so takdelah game lepas ni.. hehehe


No comments:

Post a Comment