Sunday 9 March 2014

pengalaman melahirkan nurhana qaleesya


wahh.. sedar tak sedar dah nak setahun dah anak mama.. macam cepat je masa berlalu.. tup2 nanti hana dah sekolah.. lepas tu duduk asram.. masuk u.. kawen.. ohhh.. tetiba plak aku rasa nak cerita pasal kronologi kelahiran nurhana qaleesya.. enjoy.. :)

AMARAN : ENTRY PANJANG

hari itu, selasa, 26 mac 2012.. aku ingat lagi walaupun hampir setahun berlalu..

pagi itu seperti biasa.. aku dan suami bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.. tapi aku dah mula rasa tak selesa.. sakit perut.. contraction.. mild one.. so aku ajak suami jalan2 keliling rumah.. sebab orang cakap banyakkan berjalan.. nanti bukaan cepat..

jadi berjalanlah kami mengambil angin di pagi hari.. jalan keliling rumah je.. time jalan2 tu, bila sakit je, mencangkunglah aku.. hehe.. apa rasanya? ermm.. rasa macam senggugut.. sakit.. tapi kalau nak dibandingkan dengan contraction yang sebenar, yang ni macam kene gigit semut je.. ;)

hampir setengah jam jugak kami berjalan.. bila macam dah tak rasa sakit dah, aku suruh suami aku pergi kerje.. aku? haruslah sambung tido balik.. ngehngeh.. masa tu dah tak rasa apa2 dah.. lena jugaklah aku tidur..

sampailah rasa sakit contraction tu datang balik.. masa tu lebih kurang pkul 11.. tapi masih on off.. boleh tahan lagi.. boleh sambung tidur lagi.. haha.. tak lama pastu aku ke toilet sebab ada rasa 'something'.. tengok2 dah ada 'tanda' pada panties.. darah tapi warna coklat dan berlendir.. sikit je.. masa tu aku dah tau dah tak lama lagi.. tapi aku tak bagitau pon pada suami aku masa tu.. konpom2 dia ajak aku pergi hospital.. aku habiskan masa berehat di bilik.. baca apa yang patut.. surah maryam.. yaa sinn..

bila sakit dah makin kerap, baru aku teringat nak catit time contraction.. contraction masa ni memang dah kerap.. selang 10 minit lebih kurang.. pukul 2 lebih aku sms suami kata mungkin tak lama lagi nak bersalin.. sepantas kilat dia call kata nak balik.. sempat jugak aku pesan suruh singgah kfc..nak burger, cheesy wedges ngan air milo.. haha

sementara tunggu si suami sampai, aku pergi mandi.. kot2 la terus bersalin, segar sikit nak 'push'.. hehe.. habis mandi sku siap2 slow2 then berjalan ambil angin di luar.. suami sampai membawa apa yang diidam idamkan.. burger, cheesy wedges dan milo! haha sepanjang aku pregnant, tak pernah aku mintak nk makan apa2.. tapi last2 minit ni plak datang idamannya.. naseb baek kepci je.. hehe

bila suami aku balik and cakap kat mak mertua aku nak pergi hospital, menggelabah mak mertua aku tu.. habis dibebelnye suami aku.. yela, orang dah nak bersalin, boleh die nak mandi dulu.. hehehe.. sementara suami aku mandi tula aku membaham burger.. makan dalam keadaan sakit.. aduhai.. seksanya.. bila tak sakit cepat2 aku kunyah.. :)

kamudian bertolaklah kami ke medan perjuangan yang sebenar.. otw ke hospital, aku sempat call mak aku tapi tak dapat sembang panjang pon sebab sakit contraction masa tu dah tahap ermm 3.3/10 dah.. sakitttt tapi masih tak sampai separuh daripada kesakitan sebenar.. bila sakit tu datang, tangan suamilah jadi mangsa.. nasibla suamiku.. :)

sampai di hospital kuala pilah, kami terus ke bahagian kecemasan.. sepatutnya terus ke labour room, tapi almaklumlah.. anak first, mano den nak tau.. dari wad kecemasan ke labour room, nurse tu offer wheel chair, tapi aku nak jalan kaki je.. nak naik ke labour room pon aku ajak suami aku panjat tangga.. sebolehnya aku nak berjalan.. niat aku semoga cepat laluan terbuka..

sampai di labour room lepas cek air kencing ambil berat semua, aku dimasukkan ke bilik saringan kot.. kat sini ctg kene pasang kat perut.. untuk monitor contraction katanya.. wallahi, aku memang sangat sangat tak suka bila ctg ni melekat pada perut.. seolah2 perut kita kene ikat.. dahla tengah sakit, bertambah sakit lagi dibuatnya.. dahtu tak boleh mengiring ke kiri kanan pulak tu.. kene baring leklok je.. aku pulak pesennye kalau sakit perut mulalah tak diam duduk.. dak mengiring la.. nak mengerekot la.. adoiii...

bila seksa ctg berakhir, satu lagi kengerian akan berlaku.. ini memanglah yang paling aku ngeri sekali.. kene seluk atau ve.. aku ni banyak beno membaca pengalaman2 orang bersalin.. kalau ikutkan majoriti menceritakan pengalaman menggerunkan pasal seluk meluk ni.. huhuhu.. masa first time ve, doktor muda.. bawah setahun dari aku.. dahla tak warning apa2 masa nak buat ve tu.. terkejut beruk aku.. aku pulak yg kene marah.. ceiitt.. rasanya? ermm.. sakit jugak waktu dr ni buat.. rasa senak.. tapi aku set dalam kepala otak untuk tenang.. tarik nafas.. dan bagi kerjasama pada doktor tu.. kalau tak lagi susah.. kene dua tiga kali buat.. hohoho..

masa doktor tu buat ve, aku berdoa biarlah dah 3 cm bukaan aku.. tapi bila doktor tu kata dah 6cm, alhamdulillah.. bersyukur sangat aku masa tu..

lepas tukar baju semua, aku dimasukkan ke labour room.. sempat aku tengok kiri kanan katil aku.. sebelah kanan aku ada seorang akak.. tenang je.. tapi sebelah kiri aku ada seorang india.. menjerit2.. tengah kene jahit.. meremang bulu tengkuk aku dengar die jerit.. aiyooo.. serius macam sakit giler gaya dia jerit tu.. puas doktor and nurse tenangkan die.. mulalah aku takut.. hoho seingat aku, masa di labour room, sekali je aku dengar suara orang tengah push nak beranak.. seram jugak dengar..

kemuaian kesakitan contraction makin lama makin sakit.. makin lama makin kerap.. kadang2 berlawan2 aku dengan akak sebelah kanan aku tu.. lepas aku mengerang, die mengerang, lepas tu aku pulak.. haha.. bila tak sakit, sempat jugak kami berbalas senyuman.. seolah-olah bagi sokongan pada satu sama lain.. :)

sakit contraction makin menjadi2.. setiap kali sakit tu datang, allah.. tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya.. tak dapat nak aku gambarkan kat sini.. aku buat jugak teknik pernafasan, tapi sakit tu tak berkurangan sikit pon.. cuma kita jadi lebih relaks.. nasib baik nurse2 kat situ baik2.. tambahan yang muda2 tu.. bila dia nampak aku tengah sakit, dia akan gosok2 kat belakang aku.. yang ni menjadi.. kalau ada orang gosok2 belakang time contraction datang, memang akan rasa cool sikit.. rasa berkurang sikit sakitnya.. tak tau lah mengapa.. masa nilah aku nak sangat2 suami aku ada.. tapi apakan daya.. huhuhuhu

lebih kurang pukul 6, doktor datang cek bukaan.. doktor lain.. kali ini dia buat tak sakit pon.. lembut je die buat.. tak macam doktor mula2 tadi.. huh! masa ni dia cakap bukaan dah 7 cm.. so aku memang bersedia dari segi mental bahawa pukul 9 atau sepuluh baru aku akan bersalin.. then dia kata nak pecahkan air ketuban.. yang ni pon aku tak rasa pape.. tahu2 dah selesai.. sekejap je die buat..

lepas air ketuban dipecahkan, haa inilah masa yang paling kritikal bagi aku.. sakitnya maha hebat.. allah allah allah.. tu je yang mampu keluar dari mulut aku bila contraction datang.. ada seorang nurse datang cek contraction.. letak tangan pada perut aku.. pastu dia kata, kuatnya contraction ko dik.. sabar ye.. ni anak first kan? anak first biasa lambat sikit dik.. dalam pukul 10 nanti baru baby keluar.. T_T

dalam aku melayan kesakitan tu, tiba2 aku rasa macam nak meneran.. nak meneran sangat2.. sampai tak tertahan.. aku rasa macam ada sesuatu nak keluar di 'bawah'.. aku cakap kat nurse rasa macam nak berak.. segera nurse tu panggil doktor dan sekali lagi aku diseluk.. 'full..full.. cepat.. dah full ni.. sapa nak sambut ni..' and then i know masanya telah tiba.. sekelip mata aku disiapkan dalam posisi untuk meneran.. kaki dibengkokkan.. tangan diletakkan pada pergelangan kaki.. 'ok adik.. bila sakit datang, terus teran.. tarik nafas panjang2 terus teran kuat2.. teran macam nak berak tu ye..'

ehh cop cop.. suami aku? suami aku mana? sekali push.. dua kali push.. suami aku tak muncul2 lagi.. nak je aku suruh nurse tu panggilkan suamiku tapi tak terkeluar nak tanya.. maka pasrahlah aku, suamiku tiada untuk menyambut anak kami.. sob sob :'(
tiba2 aku dengar suara.. 'yang man nurse? ni?' eh macam ku kenal.. muncullah suamiku.. terus dia ambil alih tugas memangku kepala aku daripada nurse.. baru semangat sikit nak push.. hehehe

rasanya adalah 5 6 kali aku meneran sehinggalah aku rasa ada sesuatu menggelongsor keluar daripada perut.. phewww.. dan automatik semua kesakitan hilang macamtu je.. ajaib.. miracle.. aku dengar suara kecil.. halus je.. menangis.. anak aku.. kemudian satu jasab bernyawa diletakkan di dada aku.. 'anak kita mama..' bisik suamiku.. masa ni rasa sayu..syahdu.. gembira.. bahagia.. semua bercampur baur.. kecik je hana masa tu.. jari dia.. hidung die.. ohh.. menitik  jugak air mata aku saat tu.. :') tapi suamiku spoil mood pulak boleh die tanya, 'ma.. kenapa anak kita warna biru?' T_T adoiiii lakiku.. haha

selepas lakiku keluar dan anakku diambil, mulalah sesi mengeluarkan uri dan menjahit.. jahit masa ni tak sakit pon.. last 2 jarum je yang terasa.. yang lain tak rasa ape2 pon sebab dibius.. lama jugak aku kene jahit sebab koyak sampai bontot disebabkan aku meneran awal.. T_T

then aku ditolak dan diletakkan di sebelah pintu.. yup.. sebelah pintu je nurse tu letak aku.. labour room masa tu full house.. berebut2 orang nak bersalin sama dengan aku.. jadi tepi pintu pon jadilah.. hehe.. lepas diberi milo aku tertido.. penat.. memang penat.. tapi takdelah lena aku tidur sebab orang dok keluar masuk dekat pintu tu..

lama jugak aku tunggu anak aku.. akhirnya anak aku diberi pada aku dan bermulalah perjalanan penyusuan hana.. first time menyusukan baby.. kekoknya aku masa tu.. hehe.. tapi that was the most beautiful moment between me and hana.. indahnya.. rangkul anak sediri for the first time.. menyusukan hana for the first time.. ohhh so beaitiful.. :)

lama selepas tu. baru aku ditolak keluar daripada labour room ke wad biasa.. otw ke labour room sempat aku melambai pada suami dan mak mertua yang setia menanti di ruang menunggu.. malam tu for the first time aku tidur sebagai seorang ibu, dengan anak di sisi.. aku tak letak hana dalam tempat baby tu.. susah aku nak ambil.. aku letak je die sebelah aku.. :) malam pertama kami berlalu dengan baik.. hana is a good girl.. anak yang baik.. tidue je dia malam tu.. aku pulak yang risau takut dia lapar.. kejap2 angkat.. hehe

and esoknya lepas hana ok, dan aku pon ok, petang tu kami discharge.. pulang ke rumah.. membawa hana..

welcome to our heart hana.. :)

ni masa contraction yang sempat aku catat.. 
boleh bayangkan tak tahap kesakitan melihat kepada tulisan tu?? haha



 

the very first picture of nurhana qaleesya.. :)


No comments:

Post a Comment