Sunday 26 January 2014

set berpantang pilihan hatiku

coiii.. anak dah 10 bulan baru nak share pasal set berpantang.. e ehh.. sukati larr.. hehe.. jangan mara aa..

arini tetiba diberikan gerak hati dan ilham untuk share set ape yang aku guna masa berpantangkan si hana dulu..

yela.. masa aku tengah sarat mengandung dulu, beriye2 aku cari review pasal set berpantang or ada orang panggil set bersalin.. almaklumlah.. first time..

jadi, rasa terpanggil pulak nak share apa yang aku guna masa pantang dulu..

actually aku guna 2 set.. kemain.. sampai 2.. satu tak cukup tu.. hahahaha..

pilihanku adalahhhh....



dan juga...



set bersalin daripada tanamera dan shaklee..

sebab ko amik sampai dua?? satu tak cukup??

rileksss.. ada sebabnye.. mula-mula aku memang dah jatuh hati ngan set daripada tanamera tu.. lengkap.. param.. pilis.. sabun.. herba untuk mandian.. untuk cuci bawah tu.. untuk sembur sembur.. minyak urut.. semuanya untuk luaran which is i likeee.. hanya satu je untuk ditelan iaitu herbal tea (yucckkks).. then bila mak aku tanya pasal ambil apa untuk berpantang nanti, aku pon dengan bangganya cakapla tanamera.. siap bercerita dengan gembira lagi kandungan-kandungannya.. pastu dengar suara tak puas hati mak aku.. "eh jamu-jamu takde ke??" diikuti dengan ceramah pendek.. "orang berpantang kenalah ambik jamu..  kene bagi badan tu panas.. nak bagi baik balik badan tu.. and bla bla bla.. " aku : "baikkk makkk.. nanti orang cari.."

dan pencarian diteruskan lagi.. i know who i am.. aku tahu aku takkan makan jamu2 ni semua.. memang tak akan boleh telan.. setelah aku google punya google punya google, aku pon berjumpa dengan jenama Shaklee ni.. ubat kene telan.. takde elemen jamu-jamu.. so Ok.. try la.. aku pon beli set bersalin/berpantang Shaklee..

berpantang dengan set dari Tanamera memang syiokkk weii.. semua aku guna.. err ada satu tak.. herbal tea.. sekali je minum.. kuikuikui.. tapi yg lain memang the best.. herbal soap, param, pilis.. best lah..ada yg aku dah guna sebelum pantang lagi macam lavender spray dan VCO.. VCO ni aku siap beli sampai 2.. takut tak cukup kononnya.. padahal sampai sekrang sebotol pon tak habis2 lagi.. cit pooodah.. sapa nak? hehe..

untuk set berpantang Shaklee, aku bersyukur sebab ambil set ni.. selain tidak dibebel oleh ibundaku ;), set ni juga banyak membantu dari segi dalaman.. contohnya aku tak penat, xde tension tension.. rilexx je.. luka episiotomy setelah dijahit kali kedua pon cepat je baik.. aku siap doublekan pengambilan vitamin C Shaklee bagi luka cepat baik.. dan alhamdulillah.. nampak kesannya..

dan disebabkan kesan dan ke'best'an yang aku dah rasa.. jadi aku syorkan sangat sangatlah kedua-dua set ni kepada bakal-bakal ibu di luar sana.. untuk set tanamera, korang boleh beli online di www.tanamera.com.my/‎..

untuk set berpantang Shaklee pulak, haaaaaa beri perhatian ye.. korang boleh beli kat.. ehem ehem.. aku! :) aku jual murah-murah je.. tak caye meh tanya aku berapa harga aku jual.. kalau mahal, korang belilah kat orang lain... betulll..

korang boleh msg/whatsapp je ke 013 344 4633.. tanya harga dulu.. tak beli tak hape.. aku nak tolong je.. :)

ID shaklee aku : 1105503


No comments:

Post a Comment