Monday 1 July 2013

my hana 3 bulan



alhamdulillah 26 Jun aritu genaplah usia hana 3 bulan.
setelah 3 bulan menjengah bumi Allah ni macam2 yang telah hana, mama, papa dan org disekeliling lalui. alhamdulillah juga sepanjang 3 bulan ini hana membesar dengan sihat dan kuat. mari mama listkan perkembangan hana untuk 3 bulan pertama ni..

.. hana suka masuk tangan dalam mulut. kalau boleh sepenumbuk nk dimasukkannya. bagi puting taknak..
.. hana bangun pagi.. pkul 6-7 hana dah bangun dah. kadang2 hana yang kejut mama. bagus anak mama..     kekalkan ye sayang..
.. hana tido malam mesti nak bergayut ngan mama.. ini memang kewajipan setiap malam.. mama bahagia bila kita tertido bersama-sama..
.. hana akan bangun 2 3 kali waktu malam untuk minum susu.. yang ini pon setakat hari ini x pernah gagal hana lakukan.. biasenya hana akan bangun sekitar pukul 3 dan 6.. mama x kisah walaupun badan mama kadang2 sakit sikit sebab tido dalam keadaan yang x selesa.. salah mama jugak.. malas sgt nak bangun duduk utk susukan hana..
.. hana x pernah meragam bila nak hantar umah bs. alhamdulillah..senang hati mama pegi keje
.. hana minum fm dekat umah bs tapi bile df bile dengan mama
.. hana dah pandai agah2 sikit2. bile mama agah2 hana, hana senyum. alahai anak mama..
.. hana dah boleh mandi air sejuk. sebelum ni kalu mandikan air sejuk mesti hana menjerit.. ni x dah.. anak mama dah kuat..
.. hana suke tengok camera/hp. bile papa kuarkan hp utk tangkap gambar hana, mata hana bulat tengok hp 2..
.. hana suke tengok video yang mama/papa rakam.. bulat mata hana.. hehe




cubaan memasukkan satu penumbuk ke dalam mulut


 bulat mata pandang hp/camera


1 comment: