Showing posts with label life journey. Show all posts
Showing posts with label life journey. Show all posts

Monday, 22 June 2015

pinjaman perumahan kerajaan lulus.. alhamdulillah..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Setelah hampir setahun, akhirnya pada hari keenam Ramadhan ni, berita yang kami nanti-nantikan akhirnya diterima.. Terima kasih Allah.. Rezeki Ramadhan..

InsyaAllah, saya akan kongsikan step by step bagaimana mahu memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri; step by step daripada membuat pelan sehingga mendapat kelulusan di dalam blog ini. InsyaAllah..

Monday, 15 June 2015

haziq dah pandai meniarap

Alhamdulillah.. Genap 5 bulan 1 minggu, anak soleh mama ni dah pandai meniarap.. Terbang hilang kerisauan uwannye dek tak meniarap-meniarap lagi.. Hehe.. Uwan yang lebih-lebih risau.. Mama dan papa chill je.. :)

Ni pon tak ada tunjuk-tunjuk tanda pon.. Tau-tau dah meniarap dengan jayanya.. Syabas Haziq!

Alkisahnya petang semalam, mama, papa dan Haziq lepak-lepak depan tv.. Pastu macam nak hujan, mama keluar pergi angkat kain.. Papa pulak masuk bilik nak caj telefon.. Mama masuk je rumah, 'Ehh mama.. Tengok tuuu..' Haziq dah meniarap dah.. Cepat-cepat papa masuk bilik balik, ambil handphone.. :)


Senang je Haziq belajar meniarap kan.. Hana dulu, menangis-nangis waktu first time nak meniarap.. Punyalah payah.. Siap riuh-rendah lagi pakcik-pakcik dan makcik-makciknya bagi semangat.. Hahaha..

Tadi balik rumah waktu lunch hour, uwan update perkembangan terbaru Haziq, dah pandai gelak-gelak tengok ragam Kakyong Hana.. 

Mula-mula mama senyum je dengar.. Dalam hati mungkin tak sengaja kot Haziq gelak.. Tapi bila angkat Haziq nak masuk buli, Hana pulak terjatuh.. Terkekek-kekek Haziq gelak.. :D

Alahai.. Tak sabarnya nak tengok pelbagai lagi gelagat dua beradik ni.. Semoga Hana dan Haziq menjadi pasangan adik-beradik yang baik, saling ada untuk satu sama lain, dan saling sayang-menyayangi.. Aminnn.. :)


*************************************

Monday, 8 June 2015

my new bestfriend spectra s9+

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, semalam genap 5 bulan umur hero saya, Haziq Qayyim.. Genap juga 5 bulan perjalanan penyusuan exclusive kami.. Ada lagi 19 bulan untuk saya berjuang.. Insyaallah, segalanya dipermudahkan..

Bestfriend saya sepanjang perjalanan penyusuan ini semestinya breastpump.. Mine is spectra s3.. Banyak betul jasa s3 ni.. Daripada Hana sampailah Haziq.. Tak pernah buat hal.. Sentiasa sedia berkhidmat.. Hehe

Baru-baru ni, saya tambah lagi seorang bestfriend.. Spectra s9+.. Bukan sebab s3 dah tak diperlukan.. Tapi bak kata pepatah, berkawan biar seribu.. Hahaha



My new bestfriend



Beli s9 ni bukanlah dek kerana godaan nafsu semata-mata sebab pam ni kiutt.. Tapi lebih kepada keperluan.. S3 yang ada masih berfungsi dengan baik, tapi s3 kan besarrr.. berattt.. tak ada built in batteryyy.. Jadi susah nak bawak ke sana ke mari especially bila kena pergi meeting/kursus/seminar.. So saya decide untuk cari pam kedua yang lebih portable dan ada built in battery atau boleh guna power bank..

Dan spectra s9 ni bukanlah pilihan pertama disebabkan harganya yang agak mahal.. Pilihan asalnya adalah di antara lacte duet dengan malish ilaria.. Review dua pam ni memang agak mengujakan..

Then saya pm beberapa seller untuk dapatkan detail bagi dua pam ini.. Tapi ada seorang seller tu advise saya untuk ambil spectra m1 atau s9 bila tau saya pakai spectra s3.. Katanya, mengikut pengalaman, brand spectra lebih tahan.. Dan sebab saya dah biasa dengan suction s3, jadi takut tak sesuai dengan brand lain yang mana sedutannya lebih lembut,,

Saya pon dah mula berbelah bahagi.. Adoiii.. Kalau ikutkan nafsu, memang nak rembat je s9.. Tapi rasa membazir pulak beli yang mahal sebab saya dah ada my kesayangan s3.. Jadi saya tekad nak ambil spectra m1..

Tiba-tiba saya terrrrnampak dekat Lazada spectra s9+ pada harga yang sangatttt murah berbanding harga yang saya survey.. RM416 jee.. Murah kan.. Sebab yang ni shipped from oversea.. Jadi masa yang diambil untuk sampai ke tangan buyer agak lambat sikit... Takpela.. Janji murah.. Haha.. Rata-rata yang saya survey semuanya RM700 ke atas.. Jimat RM300 tuuu.. Ibarat bulan jatuh ke riba, saya tak pikir panjang.. Terus order..

Dalam 2 minggu jugaklah tunggu ketibaan puan s9 ni.. Dah sampai, sterilekan part-part dia.. Next day, terus bawak office untuk cuba.. Hasilnya tak mengecewakan.. Hehe.. Lebih kirang je dengan s3.. Tapi masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.. :)

Review mengenai spectra s9+ ni saya akan buat dalam next entry ye.. Stay tuned!

My hero

Oh ya, lepas saya received parcel s9 tu, tengok harga di Lazada dah naik sikit.. RM450.. Tapi still murah.. Bagi yang nak beli, boleh tengok di sini..
And nak ingatkan, kalau beli dari seller ni, bear in mind dia diposkan direct dari Korea.. Jadi manual pon dalam bahasa Korea.. Tapi jangan risau.. S9 ni senang gilerrr nak guna.. Tak perlu manual pon.. Pejam mana pon boleh pasang.. Hehe


***************************


Sunday, 10 May 2015

bagaimana rasanya sakit bersalin

Assalamualaikum semua..

Saya baru sahaja menonton video sekumpulan empat orang lelaki cuba merasai bagaimana rasanya sakit bersalin menggunakan labor pain simulator di sini.. Lelaki-lekaki ini diberi peluang merasa bagaimana tahap kesakitan yang ditanggung oleh para ibu yang hendak melahirkan anak walaupun saya pasti 100% apa yang mereka rasakan adalah tidak sama seperti apa yang kita, para ibu lalui. :)

Hurm, bagaimana ya rasanya sakit bersalin?

Di awal kelahiran Hana, ramai jugak yang bertanya macam mana rasanya sakit bersalin? Kebanyakan yang bertanya ni ibu-ibu yang sedang menunggu masa dan anak-anak dara..

Seperti kenyataan ibu-ibu yang lain, sakit bersalin ini tak boleh nak digambarkan.. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. Antara hidup dan mati..

Tapi ajaibnya, once baby dah keluar, semua kesakitan tu hilang begitu sahaja.. Sikit pon tak tinggal.. Bila anak diletakkan di atas dada, no word can describe the feeling.. Dan lama kelamaan, kita sendiri akan lupa bagaimana rasanya sakit bersalin tu.. Seriously, lupa..

Besar kan kuasa dan aturan Tuhan? :)

Walau macammana pun sakit bersalin itu, yakinlah bahawa tubuh seorang wanita telah dicipta mampu untuk menghadapinya.. Have trust in Allah.. Dia tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambaNya..

Lagipun sakit itu kan penghapus dosa.. Sebab itu ibu yang melahirkan anak adalah sesuci anak yang dilahirkan.. :)

Namun kita boleh berusaha supaya proses kelahiran itu dipermudahkan.. Terdapat beberapa petua, ayat al Quran dan surah-surah yang boleh diamalkan bagi membantu mempermudah proses kelahiran.. Yang paling penting sekali doa kepada Dia minta dipermudahkan.. Restu ibu dan suami juga jangan dilupakan..


Saya gi through ruangan komen di video tersebut.. Komen wanita ini yang ditujukan kepada suaminya mencuit hati saya..

"I would pay for you to experience this for 12 hours at level 1 to 2 then 7 hours at level 3 to 4 then 5 hours at level 5. U would never want to have sex again!!"

Uikkss.. Sampai macam tu sekali.. Hehehehe




Thursday, 26 March 2015

kisah prolonged jaundis haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Didoakan semua yang membaca blog ini diberikan kesihatan yang baik.

Haziq mula dikesan ada kuning oleh misi yang datang melawat rumah pada hari ketiga. Kak ros (misi) suruh bawa haziq ke hospital memandangkan memang nampak agak kuning. Tengahari tu, kami suami isteri ke hospital. 

Berdoa sangat agar bacaan kuning haziq tak tinggi mana. Sekali dapat result 203. Agak tinggi jugak. Tapi dr kata tak tinggi sangat so boleh balik. Lagi dua hari baru cek kuning semula.

The next next day, hari isnin, bawa haziq cek di kk sahaja. Pagi tu bacaan kuning haziq dah 277. Kalau di negeri sembilan, 250 dah kena masuk wad. Tapi doktor tak suruh admit pon. Dia suruh balik rumah, breastfeed setiap sejam dan pukul 3 datang cek balik. 

Balik je dari rumah memang paksa haziq menyusu sekerap yang boleh. Baby jaundis ni kurang aktif dan tidur je sepanjang masa. Jadi memang agak sukar nak kejutkan dia untuk menyusu. Kena main sumbat miss N dalam mulut haziq. Picit-picit sikit pipi dia, barulah dia hisap. Petang tu cek bacaan kuning haziq turun sikit. 270. Alhamdulillah walaupun turun 7 je. Doktor suruh balik and continue breastfeed. And datang cek balik selepas dua hari.

Sesetengah ibu mungkin lega sebab tak kena admit wad. Tak perlu susah payah nak berpantang di wad. Tapi saya susah hati. Sebab tahu kuning haziq tinggi. Dan haziq memang nampak kuning. Jadi disebabkan duduk kat rumah pon tak senang hati, lepas bincang dengan suami, kami ke hospital pada hari rabu sebab di hospital strict sikit. Lepas dah serah diri, memang confirm la kena admit wad. Bacaan kuning haziq masa tu 260.

Malam pertama kami berdua je di wad tu. Malam tu haziq tak nak duduk bawah lampu. Tak selesa sebab kena tanggal baju semua. Saya pon tak sampai hati nak biarkan dia menangis bawah lampu tu. Jadi memang sekejap angkat sekajap angkat. Alamatnya kuning haziq makin naik pulak. 267. Dah kena tahan lagi satu malam. Hehehe. 

Malam kedua, ada 2 pasang ibu dan anak join kami. Ambil pengajaran dari malam semalam, saya letak je haziq di bawah lampu. Haziq pon dah kurang merengek. Tak macam malam pertama. And alhamdulillah kuning haziq turun banyak. 160. Dan kami pon boleh keluar wad. Doktor minta follow up di kk je untuk pastikan kuning haziq terus turun.

Tapi kegembiraan kami tak lama. Dua hari kemudiannya, bawa haziq untuk cek. Sekali bacaan kuning naik balik. 270.   Masa tu haziq dah hari ke 12. Doktor kata kalau kalau sampai hari ke 14 kuning tak turun, kene ambil sampel urin dan darah untuk cek for prolonged jaundis. Nak tengok samada ada problem dengan hati atau tidak.

Hati mama ni dah gelisah. First sebab kuning haziq tak turun-turun. Second sebab kami dah nak balik perak esok untuk continue berpantang di sana. Hurmm.

Keesokannya, saya dan suami decide untuk terus balik ke perak and continue cek haziq di perak sahaja. Pada hari ke 14, pergi kk kg gajah. Lapor diri dan cek kuning sekali. Dekat kk ni guna bacaan yang belas-belas tu. Kuning haziq hari tu 15. Agak tinggi. Kalau dalam bacaan ratus-ratus, dalam 250-260 tak silap. Nurse kata tak apa, sebab dia dah dua minggu. Saya tanya jugak, perlu ambil darah untuk cek prolonged jaundice tak? Nurse kata tak perlu. Dan tak perlu jugak untuk ambil darah cek kuning lagi.. Hurmmm..

Hari ke 17, hari sabtu, sebab tak senang hati tengok kuning di muka dan badan haziq tak berkurangan, dan haziq pon asyik tidur je, saya pon decide nak bawak haziq ke hospital. Bacaan kuning haziq 280 haritu. Doktor minta datang pada hari ke 20 untuk ambil sampel darah dan urin.

Sebulan lepas tu baru result darah dan urin keluar. Alhamdulillah, semuanya OK. Haziq prolonged jaundice besar kemungkinan disebabkan oleh susu ibu sendiri. Haziq pon dah makin putih dan makin aktif. Mama pon dah lena tidur. Tak adalah kejap-kejap dok telek muka haziq. Tekan-tekan dengan jari dekat kulit dia tengok kuning ke tak. Sambil air mata mengalir.. Sob sob..

Risau tau bila anak tak sihat ni. Asyik berdoa biar kita yang tanggung semuanya. Jangan anak-anak. Saya rasa semua ibu berperasaan begini kan? :')

Bagi ibu-ibu yang ada anak kuning tak turun-turun, jangan risau. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semuanya selamat. Teruskan breastfeed anak. Itu yang terbaik yang kita boleh lakukan.. :)


kalau terletangkan, memang tak lama la dia duduk bawah lampu ni.. terlangkupkan macam ni baru dia ok..



baby jaundis memang akan tidur je.. ni yang bikin hati mama tak keruan..


saya dah sihat.. dah dua bulan dah pon.. :)


Oh ya, lupa nak cerita berapa lama kuning haziq hilang.. Dah sebulan setengah baru nampak kuning pada muka dan badan beransur hilang.. Tapi dekat hujung mata ada sikit-sikit lagi.. Dah genap dua bulan baru totally hilang kuning dia.. Alhamdulillah.. Mama pon legaaaa..


gambar berempat pertama.. asyik ulang alik klinik and hospital, nak bergambar pon tak sempat.. :)






Monday, 9 February 2015

my labour story; kronologi kelahiran haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorang putera yang comel 8 Januari lalu.. Haziq Qayyim nama diberi.. Alhamdulillah, perjalanan melahirkan khalifah Allah in sangat mudah..

Sebenarnya EDD saya lambat lagi.. 26 Januari.. Tapi disebabkan berat saya yang tidak berapa cun kenaikannya, doktor advise untuk induce.. Saya pon tak pasti dan tak nampak rasionalnya kenapa saya perlu diinduce.. Bukannya saya terlebih berat badan atau baby dalam perut terlebih besar.. Doktor cakap sebab berat naik sikit sangat.. Sepanjang mengandung, berat saya cuma naik 4.5 kg je.. Tapi perkembangan baby OK.. Saya pon OK.. sihat je.. Kecuali didiagnos GDM pregnant kali ini.. Nanti saya share pasal GDM semasa hamil ni ye, insyaAllah..

Saya ni jenis yang malas nak argue or tanya banyak-banyak.. Doktor lebih arif.. Saya ikut je apa yang diorang cadangkan.. 

So, genap 37 minggu, 7 Januari saya pon menyerah diri ke hospital.. Itu pon dah petang baru pergi walaupun doktor dah pesan suruh datang pagi.. hikhikhik.. Lebih kurang pukul 4 saya terus ke labour room.. Lepas check air kencing, tekanan darah dan timbang berat, nurse minta masuk ke bilik pemeriksaan.. Buat CTG setengah jam.. Then doktor kata nak buat VE untuk check laluan.. 

Seluk punya seluk, doktor kata dah bukak 2 cm.. Saya memang tak sangka laluan dah mula terbukak sebab saya memang tak sakit langsung.. Contraction, turun darah semua tak ada.. Yang check saya masa ni adalah doktor pelatih.. So dia kata doktor senior akan check semula.. Haihh.. Kena seluk lagi..

Actually saya tak ada masalah sangat pon dengan VE ni.. Banyak yang saya baca pengalaman blogger-blogger lain mengenai VE.. Rata-rata menceritakan bahawa VE ini sangat mengerikan.. Masa melahirkan Hana dulu, saya sangat negatif dan takut kena VE akibat terlampau banyak sangat baca cerita-cerita negatif dan mengerikan mengenai VE ni.. Tapi kali ini saya sangat positif.. Awal-awal lagi saya dah setkan dekat kepala yang VE ni tak adalah sakit mana.. Cuma senak sikit je.. Contraction jauh lebih sakit daripada sakit diseluk ni.. Yang penting bila doktor nak buat VE, tarik nafas dalam-dalam dan keep calm.. InsyaAllah, semuanya OK.. Tau-tau je doktor kata 'dah sudah'.. :)

Berbalik kepada cerita labour saya, malam tu doktor senior datang untuk check laluan.. Doktor senior tu pon kate laluan dah bukak 2 cm lebih sikit.. And dia tolong bagi jadi 3 cm.. Katanya esok pagi-pagi akan masuk ubat ikut bawah.. Kalau bukaan dah 4 cm, tak perlu masuk ubat lagi..  Terus masuk labour room..

Kesokannya, 8 Januari, pukul 4.30 lagi nurse dah kejutkan untuk buat CTG.. Sejam jugak alat CTG tu dipasang dekat perut.. Nasib baik waktu tu saya memang tak ada sakit contraction lagi.. Kalau tak mesti sangat tak selesa benda tu diikat pada perut.. Lepas buat CTG, saya tak tido dah.. Terus mandi dan solat.. Pukul 7 pagi, Doktor buat VE ketiga.. Masa ni agak lama jugak doktor tu godek-godek di situ.. And akhirnya doktor kata tak perlu masuk ubat.. Terus siap-siap ke labour room sebab dia dah 'tolong'..

Saya pon terus call husband suruh dia datang cepat.. Haruslah mahu jumpa encik suami dahulu sebelum masul labour room.. Sementara tunggu suami sampai, call emak mintak maaf semua dan sarapan.. Bila dah salam, minta maaf semua dekat encik suami, pukul 8.30 pagi saya ditolak masuk ke labour room.. Sebab jugak intai ibu-ibu yang sedang berjihad.. da yang tengah mengerang tahan sakit contraction.. Ada yang tengah sedut gas bagi mengurangkan rasa sakit..

Sampai je di katil, saya disiapkan.. Alat CTG dipasang untuk tengok contraction.. Seperti malam tadi, contraction masih lagi belum ada.. Nurse yang tengok bacaan pada CTG tu siap kata lagi 'Tak sakit lagi ye dik? Patutla relaks je. Tido dulu.. Rehat.. Nanti banyak nak guna tenaga..'

Tak sempat saya nak tidur, pukul 9 pagi, doktor datang untuk pecahkan air ketuban.. Tak rasa apa-apa pon waktu air ketuban dipecahkan.. Tak lama selepas air ketuban dipecahkan, saya mula rasa contraction manja ala-ala senggugut.. Masa ni relaks lagi.. Masa ni jugak ibu bilik sebelah dah sampai masa nak push.. Tersenyum saya dengar nurse-nurse ni bagi semangat pada ibu tersebut..

Pukul 9.30 pagi, ada doktor pakar datang check.. Katanya bukaan masih lagi 4 cm jadi dia akan masukkan ubat ikut tangan bagi cepat sikit saya bersalin.. Katanya lagi, lepas masuk ubat akan mula rasa sakit, tapi dia akan bagi ubat tahan sakit.. Saya sempat tanya doktor tu agak-agak berapa lama saya kena tahan sakit.. 'Sekarang pukul 9.40.. Biasanya 1 cm 1 jam.. Jadi dalam pukul 1 atau 2 mungkin awak dah boleh start push'.. Lamanya.. kesian suami saya kena tunggu lama-lama dekat luar.. Huhu..

Pkul 10 pagi, doktor masukkan ubat induce ikut drip air di tangan.. Masa nak cucuk jarum kat tangan ni, boleh pulak doktor tu salah cucuk.. Cucuk first di lengan tak menjadi so cucuk sekali lagi di tangan.. Adoii doktor.. Sakit tau! Dah settle semua, saya tanya bila nak bagi ubat tahan sakit.. 'Sekarang pukul 10, lagi setengah jam kita pasang CTG, kalau jantung baby OK baru kita akan bagi ubat.. Sekarang puan rehat je dulu.. Sementara belum sakit ni..'

Tak lama lepas doktor beredar, terus aku rasa sakit yang teramat.. Nak putus nafas dibuatnya menahan sakit.. Allah.. Allah.. Itu je yang boleh keluar dari mulut.. Itupun lepas nurse yang memang sepanjang masa ada teman saya ingatkan.. Reda je sakit itu, semapat saya jeling jam di dinding bilik tersebut.. Kalaulah kena tahan sakit sebegini sampai pukul satu, memang tak mampu rasanya.. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu..

Baru je nak relaks sikit dari serangan kesakitan tadi, tiba-tiba datang lagi sakit tu.. Kali ini lebih kuat dari yang pertama sampai aku rasa macam nak bernafas pon susah.. Allah.. Sakitnya..  Nurse gosok-gosok dekat belakang pon tak beri apa-apa effect.. Mengalir jugak air mata menahan sakit.. Masa tu rasa nak meneran macam nak terberak tu dah terasa sikit-sikit tapi saya tak sure samada masanya dah tiba atau tak.. Baru tadi doktor bagitau at least pukul 1 baru perjuangan push akan bermula.. Takkan dah sampai masa kot?

'Sabar dik.. Tarik nafas dalam-dalam lepas itu hembus pelan-pelan..Kalau ada rasa nak meneran macam nak berak tu bagitau ye..'
'Saya dah rasa macam nak berak ni kak..'
'Yeke? Kejap akak panggil doktor..'
Datang doktor yang masukkan ubat induce tadi..
'Dah rasa nak push ye? Tadi baru bukak 4 cm kan? Tak apa, bagi saya cek dulu.. Eh dah 8 cm.. 9 cm.. Full! Full! Full House!'
'Kejap.. Kejap..  Jangan push dulu.. Saya belum check lagi..Ok full! Bila sakit boleh teran.. Teran macam nak berak.. Nurse tolong patient..'

Skali push.. Dua kali push.. Tiga kali push keluar kepala.. Kali keempat push alhamdulillah.. Terus dengar tangisan anak syurga mama.. Alhamdulilllah.. Alhamdulillah..

Sekaligus hilang semua kesakitan.. Hanya tinggal rasa syukur dan lega sahaja.. Malangnya my husband tak sempat nak tengok masa Haziq keluar.. Suami sampai, Haziq dah berada di atas dada saya.. Doktor pon minta maaf pada suami sebab tak sempat nak tunggu suami masuk sebab proses kelahiran berlaku dengan begitu pantas.. Saya pon tak sangka..

Lepas dah azankan Haziq Qayyim, suami keluar.. Dan bermulalah proses jahit-menjahit.. Alhamdulillah, luka kali ini sedikit sahaja.. Dan cuma kulit bahagian luar sahaja yang terkoyak..
Selepas semuanya selesai, nurse bawak Haziq untuk disusukan.. Hampir setengah jam jugak Haziq menyusu, lepas tu nurse ambil semula untuk diletakkan di bawah warmer..

Hampir sejam setengah juga aku dibiarkan berehat di labour room sementara menunggu turn untuk dihantar ke wad.. Sejuknya di labour room sampai kejang-kejang kaki dibuatnya.. Sepanjang manunggu untuk ditolak ke wad, saya tak tidur langsung.. Teringat mesa melahirkan Hana dulu, lepas je habis doktor jahit, terus tidur tak sedar diri.. Penat.. hehe

Pukul 12.30 tengah hari baru saya ditolak masuk ke wad.. Haziq dan mama alhamdulillah kedua-duanya sihat.. Selepas haziq berak dan kencing, kami dibenarkan discharge petang tu jugak.. Saya sememangnya tak sabar-sabar nak balik rumah.. Rindu pada Hana dan tak sabar nak temukan Hana dengan adiknya.. :)

Sekian sahaja coretan pengalaman melahirkan Haziq Qayyim..

Monday, 15 December 2014

cara saya bercerai susu dengan hana

assalamualaikum semua..

alhamdulillah, hampir setahun sembilan bulan juga saya berjaya menyusukan puteri kami, nurhana qaleesya.. tak sepenuhnya, tapi hana masih menyusu dengan saya ketika hendak tidur siang atau malam dan ketika di dalam kereta.. serta bila-bila masa hana menginginkannya..


sebenarnya saya masih berhasrat untuk menyusukan hana lagi.. walaupun di awal kehamilan anak kedua ni lagi emak mertua dah suruh saya stopkan menyusu hana.. tak elok katanya.. tapi saya still menyusukan hana sehinggalah kandungan mencecah 8 bulan..

sebab utama saya memutuskan untuk weaning off hana adalah sebab kesihatan.. di awal kehamilan, tak ada masalah apa-apa, tapi bila sudah semakin sarat, menyusukan hana sepanjang malam menjadi satu kesukaran kepada saya.. almaklumlah, bila perut sudah membesar, posisi tidur pon perlukan adjustment untuk keselesaan maksimum.. tetapi apabila 'memerap' hana sepanjang malam dalam posisi yang tidak selesa mengakibatkan badan saya sakit-sakit..

faktor yang lebih menguatkan tekad saya untuk bercerai susu dengan hana kerana saya perasan sejak akhir-akhir ini, setiap kali hana menyusu, akan ada satu rasa yang kurang selesa di bahagian bawah perut saya.. tambahan saya pernah terbaca bahawa penyusuan ketika hamil boleh merangsang kontraksi awal.. jadi demi keselamatan bayi di dalam kandungan, juga memikirkan kesihatan saya sendiri, saya bertekad untuk bercerai susu dengan hana.. walaupun sukar..

bukan senang ye seorang ibu yang selama ini menyusukan anaknya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba terpaksa berhenti menyusukan anaknya itu.. plus hana sangat manja kalau nak minta susunya.. sebab itulah saya mengambil masa sehingga 8 bulan untuk betul-betul bertekad bercerai susu dengan hana.. sob sob.. :'(


actually banyak cara yang saya google dan baca daripada pengalaman ibu-ibu di luar sana tentang cara mereka bercerai susu dengan anak masing-masing.. paling popular adalah dengan meletakkan 'something' pada kawasan nipple.. kopi, nescafe, ubat demam, minyak cap kapak dan sebagainya.. tujuannya bila anak hisap then rasa lain macam, anak dah tak nak lagi menyusu.. ada jugak yang guna kaedah psikologi.. cakap dengan anak elok-elok dan terangkan kenapa mereka sudah tidak boleh menyusu lagi..

tapi cara saya ialah doa.. doa khusus yang diamalkan untuk menghentikan sesuatu tabiat anak.. doa ini diberikan oleh sepupu saya..


actually dah lama saya baca doa ni.. seingat saya sejak saja mengandung 4 bulan lagi.. tapi on off la.. bila teringat, or bila suami tanya dah baca doa belum, baru saya baca.. tapi tak jadi apa-apa pon.. sebab saya sendiri belum betul-betul rela 'melepaskan' hana..

bila saya sudah betul-betul tekad untuk bercerai susu dengan hana, saya bacakan doa tersebut dan hembus di mulutnya.. alhamdulillah, kuasa Allah.. malam pertama tu hana tak 'mencari' pon susunya.. dia tidur dengan sendiri bila ditepuk-tepuk oleh suami..

hari kedua pon begitu.. dalam kereta ke rumah kenduri, biasanya hana akan tidur dalam kereta.. sebelum tidur dia akan minta susunya.. tapi kuasa tuhan, hana tak minta pon susunya.. dia tidur dengan sendiri.. alhamdulillah..

dan hari ini dah masuk hari keempat hana bercerai susu dengan mamanya ini.. nampak macam semuanya ok.. cuma hana belum pandai tidur sendiri.. ambil masa untuk dia tidur.. sampai betul-betul mengantuk baru hana akan golek-golek.. masa tu saya atau suami cepat-cepat akan tepuk-tepuk hana sambil nyanyikan apa yang patut.. tak apalah hana.. slow-slow belajar ye anak mama.. :)

kepada ibu-ibu di luar sana yang dalam misi untuk bercerai susu dengan anak, bolehlah amalkan doa ini.. tapi dengan satu syarat, hati mesti betul-betul redha untuk bercerai susu dengan anak.. insyaallah.. semoga dipermudahkan..


kepada hana.. mama sayang hana.. mama dah sedaya supaya memberi yang terbaik untuk hana.. semoga hana menjadi seorang anak yang solehah serta kakak yang baik untuk adik-adik hana kelak.. aminn..


kak yong hana yang semakin hari semakin bijak.. :)


*******************************







Thursday, 11 December 2014

kurangkan risiko koyakan episiotomy semasa bersalin dengan senaman kegel


senaman kegel? apa tu?
bagi wanita-wanita yang tak tahu apa itu senaman kegel, anda belum cukup wanitalah tu.. hehehe.. acah je.. saya pon baru tahu mengenai senaman kegel ni masa nak bersalinkan nurhana qaleesya dulu.. jom saya kongsikan secara ringkas apa yang saya tahu mengenai senaman kegel ini.. semoga bermanfaat! :)

senaman kegel ini senang cerita senaman kemutan di bahagian otot pelvis.. otot pelvis ini otot yang menyokong bahagian peranakan wanita serta pundi kencing.. sebagai seorang wanita, teramatlah penting untuk kita menjaga otot pelvis ini demi kesejahtetaan dan kerukunan hidup bersama suami.. ;)


bagi wanita yang sedang hamil, antara perkara yang paling ditakuti dan digeruni adalah koyakan episiotomy samada secara alami atau secara guntingan.. auccchh.. ngeri tau.. nak jaga luka episiotomy ni bukannya mudah.. tambahan, koyakan/guntingan pada episitomy ini dikatakan boleh menjejaskan 'kewanitaan' seorang wanita.. jangan pandang remeh kawan-kawan..
actually saya sendiri ada pengalaman dengan luka episiotomy ini semasa melahirkan hana.. memang trauma.. disebabkan itu, pregnant kali kedua ni, segala petua saya gali untuk mengelakkan episiotomy..



antara saranan yang paling popular untuk mengelakkan episiotomy adalah dengan mengamalkan senaman kegel.. senaman yang tersangat mudah.. boleh dilakulan bila-bila masa di mana sahaja..

caranya tersangatlah mudah.. anda hanya perlu kemutkan otot di kawasan 'itu' selama 5 saat kemudian lepaskan kemutan perlahan-lahan.. ulang seberapa banyak dan sekerap yang anda mampu.. waktu mengemut tu, jangan tahan nafas dan relakskan bahagian perut anda..

mudah kan?? dekat mana-mana pon boleh buat.. tengah tengok tv.. tengah meeting.. tengah potong bawang.. tengah baca buku..bukan ada sesiapa pon tahu.. :)
selain itu, senaman ini boleh dilakukan ketika anda membuang air kecil.. caranya, ketika sedang melepaskan hajat kecil anda itu, tahan dan kira sampai 10.. then baru sambung membuang..
dengar macam mudah tetapi agak mencabar jugak.. bagi permulaan boleh mula tahan air kencing anda untuk 5 saat dahulu.. kalau sudah berjaya, then increasekan tempoh tersebut..

tujuan senaman kegel ini adalah untuk menguatkan otot pelvis.. bila otot pelvis kita kuat, insyaallah kuranglah risiko untuk berlaku koyakan pada bahagian episiotomy semasa bersalin nanti..


opps, bukan wanita yang hendak bersalin sahaja yang patut melakukan senaman ini.. semua wanita seharusnya mengamalkan senaman ini.. especially yang mempunyai otot pelvis yang lemah.. bagaimana nak tahu samada otot pelvis kita lemah atau tidak?? boleh tanya encik suami.. hehehe.. ataupun bagi mereka-mereka yang sering 'terkucil' ketika bersin, batuk, atau ketawa, itu tandanya otot pelvis anda lemah.. biasanya wanita yang pernah melahirkan anak secara normal akan mengalami masalah ini..

tapi jangan bimbang.. dengan mengamakan senaman ini secara konsisten, insyaallah segala akan kembali seperti zaman anak-anak dara dulu.. :)


jom sama-sama kita amalkan senaman kegel.. bukan sahaja dapat membantumengurangkan risiko koyakan episiotomy semasa melahirkan anak, tetapi juga dapat mengekalkan kewanitaan yang sejati.. :)

semoga sedikit perkongsian dari saya ini bermanfaat untuk semua wanita di luar sana.. 



Thursday, 30 October 2014

first pregnancy vs second pregnancy

assalamualaikum semua..

alhamdulillah, kandungan dah dah menjengah ke trimester ketiga.. 2 trimester sudah berlalu.. and alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.. semoga segalanya dipermudahkan sehinggalah bersalin nanti.. tak sabar pulak nak berpantang.. heheh

bila mengimbau kembali 2 trimester yang sudah berlalu ni and terkenang semula pengalaman semasa mengandungkan hana, terasa banyak jugak perbezaan pregnant yang pertama dengan yang kedua ni terutama dari segi kesihatan.. jom saya sharekan pengalaman first and second pregnancy saya.. :)


morning sickness

morning sickness bagi kedua-dua kehamilan alhamdulillah tak adalah teruk mana.. setakat mual-mual je.. tapi waktu mengandungkan hana dulu, waktu mula-mula kehamilan memang tak boleh bau wangi-wangi pada encik suami.. contohnya kalau bau sabun dekat badan dia lepas mandi.. memang nak termuntah cium.. tapi kalau sendiri yang sabun tak apa, cumanya kalau bau tu pada suami memang tak boleh.. sampai encik suami kena bekorban, tak sabun bila mandi.. hehe.. sama jugak dengan perfume.. no no no.. suami dilarang pakai perfume langsung.. sikit pon tak boleh.. dahlah mandi tak sabun, nak pakai perfume pon tak boleh.. nasiblah awak encik suami.. hehehehe

kali kedua pon ada mual-mual.. kadang-kadang sampai tak selesa.. tapi lepas ambil pd, alhamdulillah kurang mual-mual.. rasa segar je.. kepada ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk, boleh cuba atasi loya semasa hamil dengan pd.. sangat berkesan untuk saya..

selalu rasa nak pitam

waktu first pregnancy dulu,saya memang aktif mengekor suami ke mana je.. setiap kali beliau ada game bola, sayalah penyokong paling setia beliau.. pergi kebun pon saya ikut.. sangat clingy.. haha.. kadang-kadang kalau cuaca panas atau orang ramai, saya mesti rasa nak pitam.. pernah 3 kali hampir tumbang.. sekali masa teman suami tengok game futsal, sekali masa tengah shopping sayur dekat econsave and sekali dekat kebun..sampai saya dah tau dah, kalau tiba-tiba rasa seram sejuk je, cepat-cepat say cari tempat duduk..

tapi alhamdulillah mengandung kali kedua ni tak ada pulak masalah ni.. semuanya ok je.. pergi open house bersesak-sesak orang ramai pon steady je.. :)

hb low

waktu pregnantkan si hana, ini masalah utama saya.. hb low ketika hamil.. saya syak, kes saya senang nak pitam tu pon disebabkan oleh masalah hb ni.. macam-macam dah saya telan waktu tu, tapi hb tetap jugak bermasalah sampai nurse syak saya tak makan ubat yang dia bagi.. padahal, setiap hari suami saya pantau saya makan ubat.. almaklumlah, saya ni dulu penakut sikit bab telan-telan ubat ni.. hukhuk

alhamdulillah, hb saya pregnant kali kedua ni tak pernah bermasalah.. cemerlang je.. suami pon senang hati je setiap kali check up hb saya cantik.. alhamdulillah..



gambar yang atas yang ada bulat-bulat merah tu hb masa first pregnancy and yang bawah (bulat kuning) masa second pregnancy.. berbeza kan?? alhamdulillah.. :)

sakit bontot

yang ni tak ada beza.. kaedahnya saya ni kalau mengandung mesti sakit dekat tulang bontot tu.. bukan sepanjang masa sakit.. cuma kalau kita baring atas lantai ke atau tempat-tempat yang kurang empuk, mesti sakit.. bukan nak mengada-ngada, tapi time pregnant ni kene duduk atas tempat-tempat yang empuk je.. nasib baik suami faham sangat.. nasib la kalau orang lain kata saya ni mengada ke apa.. huhuhu

cramp/tarik mengkarung/putar biawak

atau bahasa senang fahamnya kekejangan.. ibu-ibu mengandung mesti ada pengalaman.. tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba kaki kejang.. auuww.. sakit tau.. sewaktu mengandungkan hana ada dalam 3 4 kali kena tarik mengkarung ni.. bila kena apa nak buat? kejutkan suami minta dia tolak tapak kaki kita perlahan-lahan ke atas.. insyaallah, legalah dia..

and alhamdulillah mengandung kali ini setakat ini belum pernah lagi kaki saya cramp.. tidur pon lena je.. bangun pagi pulak segar je.. tak macam sebelum ni.. bangun pagi mesti sakit-sakit pinggang dan badan sebab menyusukan hana sepanjang malam.. tapi alhamdulillah, walaupun menyusukan hana sepanjang malam dengan perut boyot lagi, alhamdulillah tak ada masalah sakit-sakit pinggang dah.. :)

gastrik

tak pernah-pernah kena gastrik, tiba-tiba mengandung kali ni gastrik menyerang pulak.. sampai tak percaya dengan doktor bila doktor kata saya kena gastrik.. boleh gitu? hahaha


kulit muka berseri-seri

yang ni bukan sahaja 2 3 orang tegur, tapi saya sendiri pon perasan, kulit muka berseri-seri je masa mengandung kali ini.. hehehe perasan.. tapi betul.. saya ingat masa pregnantkan hana dulu, kulit muka kusam je.. tak berseri..

kalau ikut kata orang-orang lama, kalau pregnantkan baby girl memang muka ibu akan hilang seri sebab seri tu pergi dekat anak.. kalau pregnant baby boy baru muka berseri.. iye ke? hehe ;) tapi saya percaya kulit muka saya berseri sebab masa pregnant ni saya memang konsisten ambil vitalea, vita c and b complex.. :)


3 serangkai yang setia menemani saya dekat office.. :)

aktif

alhamdulillah, sepanjang kehamilan, yang pertama mahupun yang kedua, secara keseluruhannya saya masih lagi seorang yang aktif.. tak adalah terbaring je atas katil.. masih mampu mengekor suami ke mana-mana and masih mampu masuk hutan untuk jungle trekking lagi.. masih mampu berjalan jauh-jauh.. :)

ingat dulu sewaktu masih bujang and menyewa.. satu rumah tu ada 2 kawan tengah pregnant.. seorang ok, aktif seperti biasa.. tapi seorang lagi alahai.. kesian tengok dia.. balik keje terus cari katil.. kemudian dok memerap atas katil sampai ke sudah.. ajak pergi makan pon tak lalu katanya.. minta tapau je.. alhamdulillah saya tidak begitu..

bagi saya, mengandung bukanlah alasan untuk kita tidak aktif.. aktiviti seharian sepatutnya diteruskan seperti biasa.. cuma elakkan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dan ibu.. selain daripada itu, go on.. enjoy the moment.. takkan sembilan bulan mengandung, sembilan bulan jugak nak memerap dekat rumah kan.. :)

yang paling penting jaga kesihatan kita dan baby dalam kandungan.. ambil makanan tambahan jika perlu.. dan bagi saya, ibu mengandung sangat perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin.. bukannya ubat ya kawan-kawan.. berbeza tu ubat dan makanan tambahan.. pilihan saya rasanya semua dah tahu.. :) saya nak share apa komen dr. zubaidi mengenai set kehamilan yang saya ambil ini.. boleh baca di sini..

sekian..

************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai 
supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..
Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Thursday, 23 October 2014

jungle trekking semasa hamil

sesetengah ibu mengandung memang banyak pantang larangnya.. tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.. tak boleh makan itu, tak boleh makan ini.. tapi saya belasah je.. selagi tak memudaratkan kesihatan saya dan baby dalam kandungan, semua saya ok je..

saya memang seorang yang lasak.. dari zaman belajar dulu memang selalu join outdoor activities.. camping.. trekking.. panjat gunung pon join.. so far dah 5 6 gunung jugaklah saya berjaya tawan.. proud of myself.. hahaha

ditakdirkan kerja pon di dalam bidang yang perlukan kelasakan.. so lasak dan diriku ini memang tidak boleh dipisahkan..

masa mengandungkan hana, kandungan 7 bulan lebih pon masih masuk hutan lagi.. thanks kepada encik suami yang caring lagi penyayang sebab sudi temankan masa tu.. nak masuk dengan office mate dia tak bagi.. risau.. so terpaksalah beliau temankan.. hihihihi



and waktu second pregnancy pon sama.. at 26 weeks of preganancy masih trekking dalam hutan lagi.. tapi tak jauh la.. dalam 2 jam je.. adalah 2 3 kali masuk hutan.. siap night walk lagi.. :)



so far alhamdulillah.. semuanya selamat.. tak ada sebarang masalah.. baby pon aktif je dok tendang-tendang dari dalam..seronok agaknya dapat dengar bunyi unggas dan serangga-serangga dalam hutan.. :)

tips untuk ibu-ibu yang teringin sangat untuk trekking ketika hamil ni, first of all fahami keadaan kesihatan diri sendiri.. kalau yang jenis mudah pitam tu, better jangnlah.. takut apa-apa jadi tengah hutan tu, kan dah susah.. kalau tiada sebarang masalah kesihatan, silakan..

nombor dua is pakai pakaian yang sesuai dan selamat.. berkasut.. jangan pulak pakai seliapar atau heels.. ;)

ketiga pastikan ditemani oleh orang-orang yang boleh dipercayai dan diharap.. jangan pulak pergi trekking sorang-sorang.. bahaya kakak oii..

and last but not least, berhati-hatilah semasa trekking di dalm hutan.. setiap kali nak melangkah tu, tengok dulu keadaan jalan/lantai hutan.. takut licin ke apa,. so berhati-hati and at the same time, enjoy the nature.. :)






gambar budak kecik kat atas ni masa mama masuk hutan waktu malam.. night walk.. dia pulak berseronok dengan papa dekat 'office' mama.. siap berguling-guling lagi.. nasib baik tak diduduknya atas laptop mama tu.. 

Sunday, 19 October 2014

bawa hana melihat fauna di zoo melaka

actually dah laaaaamaa dah papanya ajak bawak hana pergi zoo.. rasanya masa hana 6 bulan lagi suami dok ajak pergi zoo.. tapi masa tu saya memang taknak.. yelah, hana kecik lagi.. tak faham apa-apa.. nanti syok sendiri je mama dan papanya.. hehe

minggu lepas, encik suami tiba-tiba cakap, jom pergi zoo melaka hari sabtu ni.. saya pon cepat-cepat kata jom sebelum dia tukar fikiran.. untuk makluman, suami saya ni maha sibuk.. hari cuti pon sibuk.. ada je aktiviti dia.. kalau tak ada operasi dan main bola, mesti ke kebun siapkan projek beam beliau.. kalau tak ada kerja pon mesti dia cari jugak kerja.. tak boleh duduk diam! hoho.. tak macam isterinya langsung.. kalau cuti mesti akan meleset je duduk rumah.. hehehe

tapi tiba-tiba pulak beliau kene kerja hari sabtu tu, so kita postpone hari ahad.. actually hari ahad pon beliau kene kerja, tapi beranilah nak kerja.. mau masam je muka isterinya sebulan.. wakakaka..

so ahad tu bergerakla kami 3 buah kereta ke melaka.. dari serting pukul 8.45 pagi dalam 10.30 sampai dah ke destinasi yang dituju.. dekat je.. 

tiket masuk rm15.80 bagi warganegara dewasa dan rm6 bagi warga emas.. hana bawah 2 tahun, so tak perlu bayar..

dah nama pon zoo kan, so memang binatang jela isinya dalam tu.. tak tau nak cerita apa so enjoy the pictures.. gambar pon tak banyak sebab mamanya ni memang malas nak menangkap gambar.. papa yang biasanya rajin bergambar pon simpan je handphone haritu.. mengharapkan ummi dengan monopodnya jela.. hehe








kesimpulannya, seronok dapat bawak hana pergi zoo.. bagi dia tengok binatang-binatang yang selama ini tengok dalam buku je.. yang kelakarnya bila baca buku, pandai pulak hana mengaumm bila tunjuk picture harimau.. then bila kat zoo, mengeoww pulak si hana ni bila nampak harimau.. mungkin sebab harimau in real comel kot macam kucing.. hahahaha

zoo melaka ermm biasa-biasa jelah.. masa kitorang sampai tu ada bird show, tapi tak menarik sangat show dia.. elephant show pulak kitorang terlepas.. sampai-sampai je tempat show tu, show dah habis.. hoho.. 

lepas dah habis pusing satu zoo tu, lebih kurang pukul 2 kami berkelah di tasik sebelah zoo.. memang plan nak picnic, so siap-siap bawak bekal nasi.. tak sangka pulak sebelah zoo ada port best untuk picnic.. ramai jugak family yang bentang tikar dekat situ.. so korang yang plan nak ke zoo melaka, bolehlah bawak bekal siap-siap dari rumah dan lepak dekat tasik ni.. memang bestt..

lepas makan and rest sekejap, kami bertolak pulang.. tak pergi tempat-tempat menarik lain dekat melaka?? tak.. sebab memang plan nak ke zoo je.. lagipun penat tau berjalan satu zoo tu.. lenguh kaki.. penat yang berbaloi.. hehe.. penat tak apa, boleh hilang.. quality time with hana dan family tu yang paling beharga.. :)




Tuesday, 30 September 2014

petua elakkan bayi kena jaundis/kuning

assalamualaikum semua..

alhamdulillah kandungan dah masuk 23 minggu.. doakan bayi dan mamanya ini sihat ye dan bayi dapat dilahirkan dengan mudah dan selamat.. aminn.. :)

bila dah mencecah separuh fasa kehamilan ni, tiba-tiba pulak risau takut baby terkena jaundis atau kuning nanti.. nauzubillah.. minta dijauhkan..

dulu hana alhamdulillah, bebas daripada jaundis.. sekali je kena ambil darah di tumit.. itu pon saya dah tak keruan dah dengar dia menangis.. macam manalah agaknya perasaan ibu-ibu yang anaknya terpaksa berkali-kali diambil darah.. mahu menangis sekali dengan baby agaknya..

alhamdulillah, result darah hana tu tak ada kuning.. seingat saya bacaan kuning dia masa tu 8 kot.. tak pon 80.. saya pon tak pasti dan saya memang tak tahu sangat mengenai bacaan-bacaan kuning ni.. hukhuk

ramai juga kawan-kawan rapat yang bertanya apa yang saya amalkan semasa mengandung? saya pon tak tau sama ada apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana dulu adalah asbabnya atau tidak.. tapi saya nak kongsikan juga.. manalah tahu bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana..


apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana?

buah delima


seingat saya, semasa mengandungkan hana, saya memang selalu makan buah delima.. boleh dikatakan ada je stok delima dalam peti ais tu.. dah jadi macam snek dah.. mengadap tv je mesti mengunyah delima..

kebetulan pula, masa tu musim delima kot sebab harganya murah dan senang je nak jumpa di mana-mana kedai buah.. rezeki hana alhamdulillah.. masa tu kalau tak silap saya 6 biji RM10.. tapi minggu lepas, saya beli delima sebiji RM3.. mahal.. itu pon bukan yang jenis merah ranum tu.. yang gred biasa-biasa je.. saiz pon kecil je.. susah nak jumpa pulak tu..

so disebabkan susah sangat nak dapatkan buah delima kali ini, saya gantikan dengan pati delima je.. pilihan saya pati delima gulsan.. ambil satu sudu je setiap hari.. insyaAllah kita usahakan.. semoga dapat membantu..


air kelapa

saya ni duduk di kampung, pokok kelapa sebelah rumah je.. so kalau tiba-tiba teringin nak minum air kelapa fresh, bisik je dekat encik suami.. laju je dia kaitkan.. cakap je nak yang muda.. yang tua.. kelapa pandan.. kelapa biasa.. 5 minit je dah terhidang di depan mata.. :)

waktu hana ada dalam perut, memang selalu sangat saya minum air kelapa.. seminggu sekurang-kurangnya sekali.. kadang-kadang sampai 3 4 kali.. ada yang kata orang mengandung tak elok minum air kelapa.. tapi saya tak nampak pulak sebabnya tak elok.. and saya ok je minum.. :)



lagi apa ya? hurmm.. rasanya dua ni sahajalah yang saya nampak berkemungkinan membantu elakkan hana daripada terkena jaundis.. ya atau tidak wallahualam..

saya ada jugak google petua-petua di blog.. antara petua yang saya jumpa yang rasanya boleh kita amalkan semasa mengandung untuk elakkan bayi kita daripada terkena demam kuning atau jaundis ialah:

kurma


salah satu makanan sunnah yang kita semua tahu kaya dengan pelbagai khasiat.. tapi malangnya tak ramai yang amalkan.. termasuklah saya.. huhu.. saya agak kurang gemar dengan rasa kurma ni.. tapi apalah sangat kalau nak makan sebiji sehari kan? bagi yang minum ESP, boleh blend sekali kurma dengan esp.. kata orang sedap.. lemak-lemak manis gitu.. nak cubalah juga.. :) 

selain untuk membantu elakkan bayi daripada terkena kuning, kurma ni juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.. haa.. apa lagi.. mari kita sama-sama amalkan makan kurma.. sebiji sehari je demi kulit bayi yang cantik mulus..  ;)

madu



kalau boleh carilah madu yang asli.. ambil 2 3 sudu sehari.. kalau rasa tak lalu nak telan madu yang pekat tu, boleh bancuh dengan air suam.. madu ni pon actually memang bagus untuk diamalkan walaupun tak mengandung.. bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran..

vitamin D

selain makanan-makanan sunnah seperti yang disebut di atas, saya terbaca bahawa pengambilan vitamin D ketika hamil juga membantu mengelakkan bayi daripada terkena kuning.. banyakkan ambil makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak ikan, ikan air masin, susu dan hasil tenusu, telur, mentega, kacang soya, minyak ikan kod, ikan salmon, ikan sardin dan lain-lain.


mengandung kali kedua ini saya amalkan ostematrix shaklee.. selain insyaAllah dapat membantu mencegah bayi daripada terkena kuning, ostematrix ni juga bagus diambil oleh orang yang sedang mengandung dan menyusukan bayi bagi membekalkan kalsium yang secukupnya pada badan.. pengalaman saya sepanjang ambil ostematrix ni, alhamdulillah tak pernah lagi kekejangan kaki.. selain itu, sakit pinggang pon alhamdulillah tak ada.. :) boleh baca pengalaman saya di SINI..






rasanya itu sahajalah info yang boleh saya kongsikan untuk kita semua.. kalau kawan-kawan ada lagi sebarang petua yang bermanfaat, bolehlah dikongsikan juga..

semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan bahagia.. :)

*******************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda