Showing posts with label healthy life. Show all posts
Showing posts with label healthy life. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

kisah prolonged jaundis haziq qayyim

Assalamualaikum semua. Didoakan semua yang membaca blog ini diberikan kesihatan yang baik.

Haziq mula dikesan ada kuning oleh misi yang datang melawat rumah pada hari ketiga. Kak ros (misi) suruh bawa haziq ke hospital memandangkan memang nampak agak kuning. Tengahari tu, kami suami isteri ke hospital. 

Berdoa sangat agar bacaan kuning haziq tak tinggi mana. Sekali dapat result 203. Agak tinggi jugak. Tapi dr kata tak tinggi sangat so boleh balik. Lagi dua hari baru cek kuning semula.

The next next day, hari isnin, bawa haziq cek di kk sahaja. Pagi tu bacaan kuning haziq dah 277. Kalau di negeri sembilan, 250 dah kena masuk wad. Tapi doktor tak suruh admit pon. Dia suruh balik rumah, breastfeed setiap sejam dan pukul 3 datang cek balik. 

Balik je dari rumah memang paksa haziq menyusu sekerap yang boleh. Baby jaundis ni kurang aktif dan tidur je sepanjang masa. Jadi memang agak sukar nak kejutkan dia untuk menyusu. Kena main sumbat miss N dalam mulut haziq. Picit-picit sikit pipi dia, barulah dia hisap. Petang tu cek bacaan kuning haziq turun sikit. 270. Alhamdulillah walaupun turun 7 je. Doktor suruh balik and continue breastfeed. And datang cek balik selepas dua hari.

Sesetengah ibu mungkin lega sebab tak kena admit wad. Tak perlu susah payah nak berpantang di wad. Tapi saya susah hati. Sebab tahu kuning haziq tinggi. Dan haziq memang nampak kuning. Jadi disebabkan duduk kat rumah pon tak senang hati, lepas bincang dengan suami, kami ke hospital pada hari rabu sebab di hospital strict sikit. Lepas dah serah diri, memang confirm la kena admit wad. Bacaan kuning haziq masa tu 260.

Malam pertama kami berdua je di wad tu. Malam tu haziq tak nak duduk bawah lampu. Tak selesa sebab kena tanggal baju semua. Saya pon tak sampai hati nak biarkan dia menangis bawah lampu tu. Jadi memang sekejap angkat sekajap angkat. Alamatnya kuning haziq makin naik pulak. 267. Dah kena tahan lagi satu malam. Hehehe. 

Malam kedua, ada 2 pasang ibu dan anak join kami. Ambil pengajaran dari malam semalam, saya letak je haziq di bawah lampu. Haziq pon dah kurang merengek. Tak macam malam pertama. And alhamdulillah kuning haziq turun banyak. 160. Dan kami pon boleh keluar wad. Doktor minta follow up di kk je untuk pastikan kuning haziq terus turun.

Tapi kegembiraan kami tak lama. Dua hari kemudiannya, bawa haziq untuk cek. Sekali bacaan kuning naik balik. 270.   Masa tu haziq dah hari ke 12. Doktor kata kalau kalau sampai hari ke 14 kuning tak turun, kene ambil sampel urin dan darah untuk cek for prolonged jaundis. Nak tengok samada ada problem dengan hati atau tidak.

Hati mama ni dah gelisah. First sebab kuning haziq tak turun-turun. Second sebab kami dah nak balik perak esok untuk continue berpantang di sana. Hurmm.

Keesokannya, saya dan suami decide untuk terus balik ke perak and continue cek haziq di perak sahaja. Pada hari ke 14, pergi kk kg gajah. Lapor diri dan cek kuning sekali. Dekat kk ni guna bacaan yang belas-belas tu. Kuning haziq hari tu 15. Agak tinggi. Kalau dalam bacaan ratus-ratus, dalam 250-260 tak silap. Nurse kata tak apa, sebab dia dah dua minggu. Saya tanya jugak, perlu ambil darah untuk cek prolonged jaundice tak? Nurse kata tak perlu. Dan tak perlu jugak untuk ambil darah cek kuning lagi.. Hurmmm..

Hari ke 17, hari sabtu, sebab tak senang hati tengok kuning di muka dan badan haziq tak berkurangan, dan haziq pon asyik tidur je, saya pon decide nak bawak haziq ke hospital. Bacaan kuning haziq 280 haritu. Doktor minta datang pada hari ke 20 untuk ambil sampel darah dan urin.

Sebulan lepas tu baru result darah dan urin keluar. Alhamdulillah, semuanya OK. Haziq prolonged jaundice besar kemungkinan disebabkan oleh susu ibu sendiri. Haziq pon dah makin putih dan makin aktif. Mama pon dah lena tidur. Tak adalah kejap-kejap dok telek muka haziq. Tekan-tekan dengan jari dekat kulit dia tengok kuning ke tak. Sambil air mata mengalir.. Sob sob..

Risau tau bila anak tak sihat ni. Asyik berdoa biar kita yang tanggung semuanya. Jangan anak-anak. Saya rasa semua ibu berperasaan begini kan? :')

Bagi ibu-ibu yang ada anak kuning tak turun-turun, jangan risau. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semuanya selamat. Teruskan breastfeed anak. Itu yang terbaik yang kita boleh lakukan.. :)


kalau terletangkan, memang tak lama la dia duduk bawah lampu ni.. terlangkupkan macam ni baru dia ok..



baby jaundis memang akan tidur je.. ni yang bikin hati mama tak keruan..


saya dah sihat.. dah dua bulan dah pon.. :)


Oh ya, lupa nak cerita berapa lama kuning haziq hilang.. Dah sebulan setengah baru nampak kuning pada muka dan badan beransur hilang.. Tapi dekat hujung mata ada sikit-sikit lagi.. Dah genap dua bulan baru totally hilang kuning dia.. Alhamdulillah.. Mama pon legaaaa..


gambar berempat pertama.. asyik ulang alik klinik and hospital, nak bergambar pon tak sempat.. :)






Saturday, 1 November 2014

supplement terbaik untuk ibu mengandung

Assalam semua.. alhamdulillah, kandungan dah masuk bulan ke 7.. dan semuanya ok.. minggu lepas baru buat scan 4d di klinik thong, bahau.. unfortunately,  kedudukan baby songsang pulak masa tu.. jadi tak dapatlah nak capture muka handsome baby mama.. :) tapi alhamdulillah,  yang lain-lain semua ok.. baby pon berkembang seperti yang sepatutnya.. alhamdulillah..

Since saya ni pengedar sah shaklee, so ramailah yang dok usya-usya, jeling-jeling saya ni ambil tak supplement shaklee semasa mengandung ni.. ke dok promote kat orang je padahal diri sendiri tak ambil.. krik krik krik..

Saya tau ramai distributor shaklee yang macam tu.. pung pang pung pang promote kata supplement shaklee elok la.. bagus la.. berkesan la.. tapi hakikatnya mereka sendiri tak pernah consume.. bukan setakat shaklee, produk lain pon sama,, as for me, kita kenalah jujur dalam berniaga ni.. kalau kita sendiri tak tau atau tak yakin dengan produk yang kita jual, camne pulak kita nak jual and yakinkan orang, ye tak? :) honestly saya sendiri dah jatuh cinta dan yakin dengan supplement shaklee.. sebab tu saya yakin nak syorkan pada orang lain.. no doubt at all.. :)


Bila dapat tau je positif mengandung, memang saya bersemangat nak consume set kehamilan shaklee.. excited nak rasa sendiri mengandung dengan supplement shaklee.. dulu waktu mengandungkan hana, ambil ubat klinik je.. tak kenal lagi shaklee masa tu.. 

And memang rasa perbezaannya bila ambil supplement shaklee ni.. bukan setakat rasa je, malah terbukti ada perbezaannya.. especially bab hb.. alhamdulillah pregnant kali ini memang tiada masalah hb.. nurse pon perasan perbezaan mengandung yang dulu dengan sekarang.. iyelah, kalau dulu memang sokmo hb low.. muka pon pucat je.. huhuhu

Selain tu ada beberapa lagi perbezaan yang saya rasa.. boleh baca perbezaan mengandung anak pertama dan kedua saya di sini.. :)

So, apa supplement shaklee yang saya ambil sepanjang kehamilan kedua ni? ;)



Vitalea
Inilah asbab kepada kecemerlangan hb saya dengan izin allah.. alhamdulillah.. hb tak bermasalah and rasa bertenaga je sepanjang hamil ni.. sampai boleh junglr trekking lagi.. :)

B complex
Yang ni sebagai sumber asid folik.. asid folik ni semua orang tau penting diambil oleh orang mengandung.. and b complex juga boleh bantu kawal mood kita.. so no more mood swing ketika mengandung.. hehe

Vita c
Yang ni ambil bersama vitalea untuk bantu serapan iron dalam vitalea..and vita c lah ubat selesema saya.. kalau tetiba hidung and tekak rasa lain macam je, cepat-cepat saya telan vita c.. alhamdulillah, sepanjang mengandung ni tak pernah lagi saya ambil sebarang ubat.. say no to drugs.. :)

3 serangkai yang setia menemani saya di office.. letak depan mata, baru tak terlupa.. :)

Ostematrix
Ostematrix ni penting diambil oleh ibu yang sedang hamil especially bagi yang kurang minum susu seperti saya.. selain sebagai sumber kalsium,  ostematrix ni lah penawar sakit belakang saya.. almaklumlah, tidur dengan perut boyot sambil nak menyusukan si hana sepanjang malam memang mencabar kesihatan tulang belakang saya.. selain tu, setakat ini saya belum pernah lagi kena kaki cramp.. thank you ostematrix. . :)

Esp
Yang ni saya ambil kalau tak sempat nak breakfast.. bancuh je milo bersama esp, insyaallah segar bertenaga sampai waktu lunch.. selain tu, ingat tak saya pernah cerita saya kena gastrik masa mengandung kali ni.. esp inilah penyelamat saya..

Ada jugak ibu mengandung yang mengalami sindrom kemalasan.. nak buat itu malas.. nak buat ini malas.. rasa nak baring je 24 jam.. alahai.. jangan jadikan kehamilan sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan ye ibu-ibu hebat semua.. bancuh esp, insyaallah, bertenaga je.. ramai yang kata macam ni termasuk emak saya.. kalau sarapan dengan esp, laju je buat kerja rumah.. tapi emak saya tak adalah mengandung.. ;)

Performance drink
Waktu awal-awal mengandung, saya adalah mual and angin sikit-sikit.. sikit je, tak teruk mana pon.. tapi sikit pon tetap rasa tak selesa.. nak buat kerja pon tak selesa.. one day saya try bancuh pd yang memang sedia ada dekat rumah.. bancuh masuk dalan botol and bawak pergi office.. amazingly, memang kurang betul rasa mual saya bila minum pd.. so lepas tu, memang pd jelah saya usung ke sana ke mari.. hehe.. another supplement yang boleh mengurangkan rasa mual ialah peppermint-ginger plus.. tapi yang ni saya tak pernah ambil lagi..

Alhamdulillah.. mengandung kali kedua ni lebih mudah dengan bantuan supplement shaklee.. saya tak kata mengandung kali pertama itu sukar.. setiap kehamilan itu ada kemanisan yang tersendiri.. tapi ialah, dulu saya ada seorang je yang nak kena jaga - encik suami.. bila pregnant, dia yang jaga saya.. hehe.. tapi kali ini hana perlukan perhatian dan kasih sayang mamanya ini selain daripada encik suami.. jadi saya perlulah jaga diri dengan sebaik mungkin.. :)

Bagi saya, inilah supplement terbaik yang perlu diambil oleh ibu mengandung.. semulajadi, sihat dan selamat.. doktor pon ramai yang telah mengakuinya termasuklah dr. zubaidi.. boleh baca kupasan beliau mengenai set kehamilan shaklee di sini ye.. :)

Insyaallah semoga saya diberikan kesihatan yang baik sehingga putera dalam perut ini selamat dilahirkan.. aminn.. :)

kak yong hana yang semakin hari semakin bijak.. :)

*****************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai 
supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..
Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda

Tuesday, 7 October 2014

gastrik ketika hamil? macam tak percaya je..

tak pernah tersangka-sangka akan kena gastrik masa pregnant ni.. seumur hidup alhamdulillah tak pernah kena gastrik tup-tup masa pregnant ni lah pulak tuhan nak bagi saya rasa macam mana sakitnya gastrik.. huhu


sakit.. betul sakit.. perut rasa tak selesa.. pedih-pedih.. duduk tak kena.. berdiri tak kena.. baring pon tak kena..

tapi memang tak sangka betul rasa sakit tu adalah gastrik.. sebabnya orang kata kalau skip makan baru kena gastrik.. kes saya pulak, dalam sejam selepas lunch, terus perut rasa tak selesa.. ingatkan salah makan atau ada kaitan dengan baby dalam perut (minta dijauhkan), tapi bila cek doktor, doktor kata gastrik.. and dapatlah ubat gastrik yang pekat warna putih tu..


balik rumah, terus google mengenai gastrik semasa hamil.. boleh pulak ragu-ragu dengan jawapan doktor tu kan.. hahaha.. bukan ragu-ragu, tetapi sekadar berhati-hati.. iyelah, risau sebenarnya nak makan sebarangan ubat masa pregnant ni..

blog rujukan saya semestinya blog dr. zubaidi.. menurut apa yang beliau tulis di blognya, wanita hamil mudah diserang gastrik kerana apabila baby semakin membesar di dalam rahim, perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.

selain itu, kesan hormon semasa hamil juga menyebabkan LES (seperti pintu yang menyekat di antara perut dan esofagus) menjadi lembut dan menyebabkan makanan kita yang telah bercampur dengan asid di dalam perut boleh naik ke esofagus menyebabkan rasa pedih ulu hati..


so kesimpulannya, walaupun seumur hidup anda tidak pernah kena gastrik, tetapi tidak mustahil ketika hamil anda boleh mengalaminya.. jangan ragu-ragu ya.. :)

and please berhati-hati dengan ubat gastrik yang anda hendak makan.. kebanyakkan ubat gastrik  tidak sesuai dengan ibu yang sedang hamil.. ada juga ubat yang boleh diambil tetapi ubat tersebut akan memberi kesan kepada penyerapan iron dalam badan ibu.. maknanya, hb ibu akan terganggu.. ini juga akan membahayakan keadaan ibu dan bayi.. anda boleh baca penerangan terperinci dr zubaidi mengenai ubat gastrik untuk wanita hami dan bahaya hb low ketika hamil di sini..

saya pula, bila dah yakin kena gastrik, pilihan saya ialah ESP! ESP ini protein soya yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid di dalam perut. selain itu, nutrien protein di dalam ESP ini juga dapat membantu membina semula sel-sel yang telah rosak akibat dihakis oleh asid perut kita..


alhamdulillah, bancuh segelas ESP then tidur dalam setengah jam.. bangun daripada tidur je dah tak rasa sakit dah.. and dah boleh main-main dengan hana.. kesian hana, daripada balik daripada rumah pengasuh mamanya ni tak layan dia.. :)

and sebelum tidur seperti biasa saya telan 2 biji ostematrik.. ostematrik ni kaya dengan kalisum dan bersifat alkali.. saya memang ambil ostematrix ni setiap malam untuk elakkan daripada kekejangan kaki yang selalu wanita hamil alami.. dan alhamdulillah, setakat ini tak pernah lagi cramp malam-malam.. dan yang best lagi, sakit pinggang pon tak ada dah walaupun menyusukan hana sepanjang malam.. segar je bila bangun pagi-pagi.. :)


lepas ni, kalau datang lagi sakit yang macam ni, saya dah tau dah apa nak buat.. tak adalah menahan sakit sampai 2 3 jam sampai terabai anak mama ni.. :)



********************************************


hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Tuesday, 30 September 2014

petua elakkan bayi kena jaundis/kuning

assalamualaikum semua..

alhamdulillah kandungan dah masuk 23 minggu.. doakan bayi dan mamanya ini sihat ye dan bayi dapat dilahirkan dengan mudah dan selamat.. aminn.. :)

bila dah mencecah separuh fasa kehamilan ni, tiba-tiba pulak risau takut baby terkena jaundis atau kuning nanti.. nauzubillah.. minta dijauhkan..

dulu hana alhamdulillah, bebas daripada jaundis.. sekali je kena ambil darah di tumit.. itu pon saya dah tak keruan dah dengar dia menangis.. macam manalah agaknya perasaan ibu-ibu yang anaknya terpaksa berkali-kali diambil darah.. mahu menangis sekali dengan baby agaknya..

alhamdulillah, result darah hana tu tak ada kuning.. seingat saya bacaan kuning dia masa tu 8 kot.. tak pon 80.. saya pon tak pasti dan saya memang tak tahu sangat mengenai bacaan-bacaan kuning ni.. hukhuk

ramai juga kawan-kawan rapat yang bertanya apa yang saya amalkan semasa mengandung? saya pon tak tau sama ada apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana dulu adalah asbabnya atau tidak.. tapi saya nak kongsikan juga.. manalah tahu bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana..


apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana?

buah delima


seingat saya, semasa mengandungkan hana, saya memang selalu makan buah delima.. boleh dikatakan ada je stok delima dalam peti ais tu.. dah jadi macam snek dah.. mengadap tv je mesti mengunyah delima..

kebetulan pula, masa tu musim delima kot sebab harganya murah dan senang je nak jumpa di mana-mana kedai buah.. rezeki hana alhamdulillah.. masa tu kalau tak silap saya 6 biji RM10.. tapi minggu lepas, saya beli delima sebiji RM3.. mahal.. itu pon bukan yang jenis merah ranum tu.. yang gred biasa-biasa je.. saiz pon kecil je.. susah nak jumpa pulak tu..

so disebabkan susah sangat nak dapatkan buah delima kali ini, saya gantikan dengan pati delima je.. pilihan saya pati delima gulsan.. ambil satu sudu je setiap hari.. insyaAllah kita usahakan.. semoga dapat membantu..


air kelapa

saya ni duduk di kampung, pokok kelapa sebelah rumah je.. so kalau tiba-tiba teringin nak minum air kelapa fresh, bisik je dekat encik suami.. laju je dia kaitkan.. cakap je nak yang muda.. yang tua.. kelapa pandan.. kelapa biasa.. 5 minit je dah terhidang di depan mata.. :)

waktu hana ada dalam perut, memang selalu sangat saya minum air kelapa.. seminggu sekurang-kurangnya sekali.. kadang-kadang sampai 3 4 kali.. ada yang kata orang mengandung tak elok minum air kelapa.. tapi saya tak nampak pulak sebabnya tak elok.. and saya ok je minum.. :)



lagi apa ya? hurmm.. rasanya dua ni sahajalah yang saya nampak berkemungkinan membantu elakkan hana daripada terkena jaundis.. ya atau tidak wallahualam..

saya ada jugak google petua-petua di blog.. antara petua yang saya jumpa yang rasanya boleh kita amalkan semasa mengandung untuk elakkan bayi kita daripada terkena demam kuning atau jaundis ialah:

kurma


salah satu makanan sunnah yang kita semua tahu kaya dengan pelbagai khasiat.. tapi malangnya tak ramai yang amalkan.. termasuklah saya.. huhu.. saya agak kurang gemar dengan rasa kurma ni.. tapi apalah sangat kalau nak makan sebiji sehari kan? bagi yang minum ESP, boleh blend sekali kurma dengan esp.. kata orang sedap.. lemak-lemak manis gitu.. nak cubalah juga.. :) 

selain untuk membantu elakkan bayi daripada terkena kuning, kurma ni juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.. haa.. apa lagi.. mari kita sama-sama amalkan makan kurma.. sebiji sehari je demi kulit bayi yang cantik mulus..  ;)

madu



kalau boleh carilah madu yang asli.. ambil 2 3 sudu sehari.. kalau rasa tak lalu nak telan madu yang pekat tu, boleh bancuh dengan air suam.. madu ni pon actually memang bagus untuk diamalkan walaupun tak mengandung.. bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran..

vitamin D

selain makanan-makanan sunnah seperti yang disebut di atas, saya terbaca bahawa pengambilan vitamin D ketika hamil juga membantu mengelakkan bayi daripada terkena kuning.. banyakkan ambil makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak ikan, ikan air masin, susu dan hasil tenusu, telur, mentega, kacang soya, minyak ikan kod, ikan salmon, ikan sardin dan lain-lain.


mengandung kali kedua ini saya amalkan ostematrix shaklee.. selain insyaAllah dapat membantu mencegah bayi daripada terkena kuning, ostematrix ni juga bagus diambil oleh orang yang sedang mengandung dan menyusukan bayi bagi membekalkan kalsium yang secukupnya pada badan.. pengalaman saya sepanjang ambil ostematrix ni, alhamdulillah tak pernah lagi kekejangan kaki.. selain itu, sakit pinggang pon alhamdulillah tak ada.. :) boleh baca pengalaman saya di SINI..






rasanya itu sahajalah info yang boleh saya kongsikan untuk kita semua.. kalau kawan-kawan ada lagi sebarang petua yang bermanfaat, bolehlah dikongsikan juga..

semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan bahagia.. :)

*******************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda








Monday, 22 September 2014

petua minum air gula dengan jayanya

assalamualaikum semua..

dulu waktu mengandungkan si hana, tak kena pon minum air gula.. sebabnya family tak ada sejarah kencing manis dan berat pon naik cantik je.. tapi mengandung kali kedua ni, kementerian kesihatan dah buat rules baru pulak.. semua ibu mengandung kene ambil ujian mgtt ni.. iaitu minum air gula..


saspen memang saspen.. tak dapat nak bayangkan macam mana nak telan air gula tu.. segelas besar pulak tu.. tambahan aku bukannya jenis yang minum banyak air.. minum air kosong banyak sikit dah rasa nak termuntah.. inikan pula air gula.. pekat.. likat.. euww..

tapi dari awal-awal lagi aku dah setkan yang aku boleh minum air gula tu tanpa muntah.. pasti boleh.. minum je jangan fikir apa-apa..

sempat jugalah post di facebook untuk dapatkan petua daripada ibu-ibu yang berpengalaman.. :)



dan rata-ratanya menasihatkan benda yang lebih kurang sama iaitu jangan banyak fikir, tarik nafas dalam-dalam dan minum air gula tu laju-laju.. beress..

dan alhamdulillah aku berjaya jugak habiskan segelas air gula tu tanpa muntah.. dengan 3 tegukan.. tak berdaya nak habiskan sekali gulp je.. terpaksa stop, bertenang and tarik nafas semula dan sambung minum lagi.. :)

manis sangat ke air gula tu? manisss.. memang manis.. bila dah habis tu memang terasa melekit dekat tekak.. tapi jangan risau.. semuanya mind set kita.. jangan fikirkan sangat pasal manis tu.. telan je.. :)


lepas minum air gula tu korang akan rasa macam nak pitam.. yelah dah 10 jam puasa tetiba minum air gula, tak terkejut badan kita ni? hehe.. apa yang aku buat, lepas je minum air gula sementara nak tunggu 2 jam, pergi dekat kereta, start engine, on aircond then tido.. jangan lupa set alarm, nanti terlajak pulak.. 

and seminggu sebelum kene minum air gula tu, make sure korang banyakkan minum air kosong.. kurangkan atau kalau boleh jangan langsung minum air manis-manis ni..


aku ni lambat tau pasal ni.. so malam before minum air gula pon aku belasah minum air manis.. dah kenapa mengandung kali ini tekak asyik nak minum yang manis-manis je.. air kosong tak pandang langsung.. dan akibatnya, aku kene repeat balik minum air gula ni sebab bacaan aku dekat borderline.. huwaaaaaa..

korang janganlah jadi macam aku.. lagipun tak bagus minum air manis-manis ni.. especially tengah mengandung ni.. aku pon dah berazam nak kurangkan minum air manis-manis dah lepas ni.. so incik suami, jangan suruh i buat air macam-macam ye.. minum air kosong je.. ;)

dan teruskan pengambilan set kahamilan shaklee.. insyaAllah, semuanya akan OK.. sebab supplement-supplement yang terdapat dalam set hamil shaklee ni insyaAllah boleh membantu mengelakkan sebarang masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. contohnya masalah hb low.. dulu masa first pregnancy, hb aku sentiasa low je.. tapi alhamdulillah, second pregnancy ni hb aku cemerlang.. :) boleh baca kisah aku dan HB LOW KETIKA HAMIL..


bagi ibu-ibu yang sememangnya mempunyai masalah kecing manis, bolehlah add on zinc complex sebagai supplement tambahan.. zinc complex dapat membantu menurunkan paras glukosa dalam darah.. bahaya tau kencing manis semasa hamil ni.. 


insyaAllah, dengan amalan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplement yang bagus, saya doakan semua ibu-ibu di luar sana tak perlu repeat minum air gula.. hehe
and jangan lupa doakan saya dipermudahkan minum air gula sekali lagi ye! :)



hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda






Sunday, 7 September 2014

tips melegakan batuk anak

alhamdulillah, setakat ini hana tak pernah lagi batuk dengan teruk.. batuk berkahak pon tak pernah.. alhamdulillah..

tapi baru-baru di group secret mommy shahab ada berbincang mengenai kesihatan anak-anak.. salah satunya bab batuk.. ada antara kami yang share pengalaman anak dia selalu batuk.. kalau batuk memang anak tu tak boleh nak tidur.. dengan mak dan ayahnya sekali tak boleh tidur.. iyelah, anak tak sihat kan? manalah mak ayah ni boleh tidur dengan tenang.. dengan melayan anak yang merengek tak sihat tu lagi.. 

tapi alhamdulillah.. dia dah temui tips untuk melegakan batuk anaknya.. dan dia sharekan tips tersebut dengan kami.. :)




alhamdulillah.. dengan sebiji omega guard sahaja dapat melegakan batuk dan kahak anak-anak kita.. dapat tengok anak dapat tidur dengan lena adalah salah satu bentuk kebahagian yang tidak ternilai bagi kita para ibu dan bapa.. :)

and omega guard ni bukan sahaja boleh melegakan batuk dan kahak anak-anak kita, tetapi ia juga bagus untuk perkembangan otak.. bagi anak-anak yang sedang membesar dan belajar, omega guard dengan minyak ikan berkualiti adalah supplement paling sesuai untuk mereka.. apalah salahnya melabur sedikit untuk kesihatan dan kecerdasan anak-anak kita kan?




omega guard juga terbukti dapat membantu mengurangkan masalah asthma..

semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dapat membesar dengan  sihat dan cergas.. :)





hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Monday, 1 September 2014

mak kita mungkin kencing berdiri

assalam semua..

hari ini saya nak share satu kisah.. kisah benar.. kisah ini disampaikan oleh seseorang kepada saya.. kisah mengenai seorang makcik tua yang beliau kenali..

kisahnya biasa-biasa sahaja.. seorang makcik tua dengan masalah lutut.. berjalan lama-lama tidak boleh.. berdiri lama-lama tidak boleh.. duduk lama-lama pon tidak boleh.. nak solat dengan sempurna pon payah..

alah.. biasalah orang tua sakit lutut.. biasalah orang tua tak boleh berdiri dan duduk lama-lama.. biasalah orang tua solat duduk.. biasalah tu.. mungkin kebanyakkan daripada mak dan ayah kita pon mengalami masalah yang sama.. biasalah tu.. faktor umur..

tapi kita tahu tak, selain daripada perkara-perkara 'biasa' bagi orang tua sakit lutut itu, mereka yang ada masalah lutut ini juga mengahadapi masalah untuk kencing secara mencangkung?? kita sedar tak, mungkin mak kita yang ada masalah lutut ni terpaksa buang air secara berdiri?? kita sedar tak??

ya.. makcik-makcik yang ada masalah lutut ini juga mengalami kesukaran untuk mencangkung buang air.. mereka TERPAKSA berdiri untuk buang air.. kecuali jika ada tandas duduk.. jika tiada, terpaksalah mereka lepaskan hajat sambil berdiri.. kesian mereka..

di rumah sendiri mungkin tak jadi masalah.. bayangkan jika mereka terasa hendak buang air di tempat awam.. di tandas awam.. tiada pula tandas duduk.. bayangkan dilema yang mereka hadapi.. kesukaran yang mereka alami.. bayangkan kita perempuan terpaksa buang air berdiri.. bayangkan..

lebih kritikal lagi, bayangkan betapa sukarnya mereka untuk mancangkung lama-lama ketika membuang air besar.. masyaAllah..

hurmm.. bertimpa-timpa simpati saya mendengar cerita mengenai makcik itu tadi.. tak dapat saya bayangkan kalau emak saya yang mengalami nasib sedemikian..

tetapi cerita yang disampaikan oleh kawan saya tersebut diakhiri dengan berita gembira.. itu kisah makcik itu beberapa bulan yang lepas.. baru-baru ini kawan saya terserempak dengan makcik tersebut.. tersenyum lebar makcik tu berterima kasih kepada kawan saya ni.. alhamdulillah, sekarang makcik tu tak perlu lagi buang air secara berdiri.. solat pon tak perlu duduk lagi.. alhamdulillah..

ini semua berkat pengambilan AJHT dan Ostematrix Shaklee.. makcik itu kini lebih sihat.. masalah lutut dah semakin beransur pulih.. yang penting beliau semakin gembira.. :)



mungkin ramai di antara kita yang mak dan ayahnya mengalami nasib yang sama.. tapi kita tak sedar.. kita tak tahu.. mak ayah kita mungkin malu nak menceritakan masalah mereka kepada kita.. kita sendirilah yang perlu prihatin atas kesihatan mereka.. mak ayah kita kan? kalau bukan kita yang ambil berat mengenai mereka, siapa lagi?

semoga makcik ini akan terus diberikan kesihatan yang baik.. saya doakan mak ayah kita juga diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani hidup dengan gembira dan beribadah dengan sempurna.. aminn..





ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda



Thursday, 21 August 2014

atasi loya semasa hamil

assalam semua..

alhamdulillah.. kandunganku dah masuk minggu ke 17.. lebih kurang 4 bulan.. :) dah menginjak ke trimester kedua.. perut pon dah mula nampak.. dah tak boleh lagi nak melaram dengan baju kurung moden bagai.. hehehe..

trimester kedua so far alhamdulillah.. semuanya baik.. hb ok.. berat pon dah ok.. oh ya, bulan puasa aritu beratku turun 3 kilo.. baru 2 minggu raya dah naik balik sekilo setengah.. haha.. 

masuk trimester kedua ni, loya-loya dah tak ada.. alhamdulillah.. masa first trimester dulu, hari-hari loya.. sekejap-sekejap uwekkk.. sekejap-sekejap uweekk.. tapi tak keluar apa-apa pon.. kadang-kadang je terkeluar isi perut.. tapi kebiasaannya keluar angin or air je.. walaupun keluar angin dan air JE, penat tau asyik nak uwekkk je.. tak mengira masa pulak tu.. pagi petang siang malam.. memang kalau di office, aku dah memang sediakan towel kecik atau napkin hana aku bawak.. nak cover.. takdelah satu office tu dengar aku menguweekk.. hahaha


risik-risik dengan encik google dan tanya-tanya dengan kawan-kawan seperjuangan, ramai yang syorkan peppermint-ginger plus dan performance drink untuk kurangkan rasa loya masa hamil.. 

aku tertarik dengan performance drink.. sebabnya, laki aku pon boleh join minum sekali.. dia kan aktif bersukan.. so ingat nanti nak bekalkan air performance drink ni bila beliau ada game.. supaya beliau kekal cergas dan bertenaga sepanjang game.. isteri supportive katakan.. ceewaahh.. padahal sampai sekarang tak terbekalkan lagi.. cek lupeee.. heheee

lagi satu, senang gile nak bancuh performance drink ni.. isi air dalam botol minuman, letak 6 7 8 sudu serbuk perforamance drink, tutup botol, goncang-goncang, siap! tak perlu letak gula.. performance drink ni perasa oren.. letak sikit atau banyak, terpulang pada tekak anda.. lepas dah siap tu letak dalam fridge.. minum sejuk-sejuk memang terbaikk.. :)


the best part is, performance drink ni betul-betul membantu mengatasi masalah loya semasa hamil ni.. alhamdulillah.. aku perasan, kalau minum performane drink ni, loya tak ada, lepas tu segar je sepanjang hari.. bertenaga je.. rajin je buat kerje.. :) even masa bulan puasa pon, aku minum pd ni masa bersahur, alhamdulillah, cergas sampai ke petang.. balik rumah muka ceria je sambut suami.. tak adalah muka lembik tak bermaya je.. senyum pon sikit je.. hahaha akulah tu.. ;)

so bakal-bakal ibu di luar sana yang ada masalah morning sickness semasa hamil ni, loya-loya, muntah-muntah.. performance drink is highly recommended! :) err peppermint-ginger plus pon ramai yang kata best.. tapi kitew tak cuba lagi.. nanti kitew dah cuba kitew review ye.. ;)




ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda





Tuesday, 12 August 2014

arghh.. sakitnya senggugut..




sapa tak pernah rasa senggugut?? beruntunglah.. rezeki anda.. saya dulu masa belajar memang ada jugak kene senggugut.. alhamdulillah tak kene setiap bulan.. kadang-kadang kena, kadang-kadang tak.. bila senggugut menyerang tu, ya allah tuhan sahaja yang tahu sakitnya.. mengerekot atas katil.. berguling-guling.. menangis pon pernah..

and bila orang tanya saya, apa rasa sakit senggugut tu, jawapan saya 'macam ada orang ramas-ramas dalam perut ni..'.. yup.. memang rasa dia macam tuh.. sakit.. sakit sangat.. perut sakit.. pinggang ke bawah pulak rasa sengal-sengal.. lenguh-lenguh.. dapat bayangkan tak?

tapi alhamdulillah.. lama dah saya tak kene senggugut ni.. semenjak kahwin.. betullah orang tua-tua cakap, ubat senggugut ni kahwin je.. hehehe.. tapi kalau budak baru form 2 dah menderita senggugut macam mana pulak? takkan nak disuruh budak tu kahwin??

kenapa senggugut terjadi ya? senang cerita senggugut ni terjadi sebab pengecutan yang ter'over' sikit pada dinding rahim kita.. semasa proses ovulasi, dinding rahim kita akan menebal untuk persediaan hamil sekiranya berlaku persenyawaan.. tapi bila persenyawaan tak berlaku, rahim akan runtuhkan dinding yang dah dah menebal ni.. caranya dengan mengecuttt.. waktu rahim ni mengecut tula kita rasa sakit 'sikit' tu..


teringat dulu waktu belajar proses kitaran haid ni masa sekolah menengah, cikgu tu gambarkan haid ni ibarat pelamin anganku musnah.. hahaha.. yela, dah ready-ready, tiba-tiba tak jadi pulak.. kecewaaa.. ngehngehngeh.. ;)

walaupun proses ini terjadi pada setiap perempuan, tapi tak semua orang akan dapat rasa 'nikmat' senggugut tu.. yang bertuah je dapat rasa.. hehehe.. ini bergantung kepada banyak faktor seperti genetik, pemakanan dan hormon.. jadi jangan rasa tak normal pulak bila kita tengok roomate kita segar bugar je, kita pulak layu time period.. ingat, sakit tu penghapus dosa.. so be thankful ya.. :) tapi tapi tapi... kalau sakit period ni luar biasa punya sakit.. sampai pitam.. better pergi check doktor ye..

macam mana nak atasi period pain ni.. entahlah.. orang cakap jaga pemakanan tapi susah kot nak jaga makan ni.. hehe.. waktu senggugut menggila datang, yang paling bestttt sekali bila ada orang urut-urut pinggang kita.. rasa legaaaa.. saya kalau kene senggugut ni dekat rumah, memang best la.. sebab mak akan tolong picitkan-picitkan dekat perut dan pinggang.. terima kasih mak.. :) korang pon kalau nampak roomate, atau adik atau kakak tu berguling-guling menahan sakit senggugut, ringan-ringankanlah tangan tolong urut-urut sikit pinggang kawan tu.. kesian die.. :)

lagi satu yang saya buat dulu ialah telan panadol menstrual.. yang kaler pink tu.. mujarab jugak.. tapi tak boleh amal selalu.. taknaklah diri ni bergantung pada dadah je kan.. tak elok untuk long term health.. bila senggugut time exam ataupun ada aktiviti, barulah saya telan terpaksa panadol menstrual ni.. selagi boleh tahan, akan ku tahan, walaupun air mata mengalir membasahi pipi.. hehe.. badan kena jaga hoiii.. nak pakai lama.. :)

tapi sekarang baru saya tahu ada pilihan yang lebih lebih lebih baik daripada telan dadah tu.. supplement shaklee.. semulajadi pulak tu.. :)



say no to drugs and goodbye to period pain.. :)





ni memang highly recommended untuk mereka-mereka yang sering menderita sakit senggugut setiap bulan seperti saya dulu.. saya tak pernah cuba sebab kenal shaklee pon lepas kahwin.. lepas kahwin dah tak ada senggugut dah.. :) tapi base on testimoni-testimoni di atas, serta pengalaman rakan-rakan yang lain, alhamdulillah.. tak perlu lagi telan pain killer.. insyaallah.. :)



ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda