Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Monday, 29 September 2014

persedian menyambut si kecil : yang perlu dan yang tak perlu

assalamualaikum semua..



dulu waktu nak menyambut kelahiran hana, memang excited.. anak pertama la katakan.. semua barang nak dibeli.. siap ada checklist lagi.. daripada persedian nak berpantang sehinggalah kepada baju-baju baby.. memang complete..

old school punya check list.. haha

memang susah betul nak kawal nafsu membeli masa tu.. nampak semua macam perlu.. nampak semua macam akan digunakan.. lagipun masa tu tak ada siapa yang guide.. pandai-pandai sendiri je.. guide pon dapat daripada blogger-blogger yang masing-masing pon tengah excited buat persiapan nak sambut anak masing-masing.. the problem is, bila saya banyak baca cerita blogger2.. banyak tengok list persediaan mereka yang panjang berjela.. lagi tak tertahan la nafsu untuk beli semua.. orang nak kita pon nak.. orang beli kita pon nak beli.. haihhh.. T_T

untuk itu, saya nak bagi guide kepada para-para ibu di luar sana tentang apa yang betul-betul diperlukan untuk persediaan menyambut kelahiran si comel anda.. ini mengikut pandangan dan pengalaman sayalah ye.. dan bukan semua.. mana yang saya rasa penting and saya ingat, saya sharekan di sini.. harap dapat membantu.. :)

1. pakaian baby

biasanya mak-mak di zaman moden ini akan scan jantina baby kan.. jaranglah yang inginkan kejutan.. siap scan 4D lagi sampai boleh nampak lesung pipit anak tu.. hehe

so bila dah tau baby boy atau girl, kita cenderunglah nak pilih baju mengikut tema jantina anak tu.. tak salah pon.. tapi ingat, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. macam kawan saya, 4 kali svan doktor kata boboy, sekali yang keluar gegirl..

hana genap sebulan..
so, untuk selamat, pilihlah baju yang unisex.. dua-dua boleh pakai.. tapi tak salah pon boboy pakai baju warna pink kan.. 

and jangan beli banyak sangat saiz newborn.. baby ni cepat membesar.. nanti pakai sekali dua dah tak muat.. setakat cukup untuk seminggu pon ok.. takkanlah dalam seminggu tak basuh-basuh baju tu kan? :) my suggestion is 5 pasang baju siang dan 5 pasang baju malam.. enough..



and for me, untuk new born better beli baju yang berbutang di depan.. elakkan daripada beli rompers walaupun memang banyak sangat rompers yang kiut miut dan menggugat iman sekarang ni.. 'cute like mommy'lah.. 'handsome like daddy'lah.. comellll je.. 

sebab saya syorkan beli baju yang berbutang di depan? sebabnya kalau ada butang kat depan, senang nak sarung kat baby.. tak payah nak angkat-angkat kepala dia.. tengkuk baby ni kan lembut lagi.. kesian dia..

2. baby cot

yang ini memang excited sangat nak beli.. anganan masa tu, malam-malam hana akan lena tidur di katilnya sementara mama dan papa pula lena di katil kami.. oh indahnya berangan.. :)

tapi hakikatnya, satu malam pon hana tak pernah tidur di katilnya.. mana taknya, kalau dah asyik nak memerap dengan mamanya.. gagah pula mama nak angkat hana ke baby cot bila hana dah lena then bila hana merengek balik nak susu, mam angkat balik.. tak kuasa i.. baik letak je hana dekat sebelah.. senang.. kuikuikui

kadang-kadang je biar hana main dalam katilnya..
itupon kena dilayan.. kalau tak menjerit.. hana hana.. :)
so ini memang suatu pembaziran yang besar.. bukan seringgit dua baby cot ni.. nasib baik tak beli tilam empuk dan set untuk baby cot ni sekali.. kalau tak dah jadi double pembaziran.. T_T

so nasihat saya, tengok dulu keadaan anda dan baby.. kalau nampak gaya anak comel anda tu boleh tidur dengan aman dan tenang tanpa perlukan kehangatan dan belaian dari ibunya seperti hana, bolehlah beli awal-awal baby cot ni kemudian dihias cantik-cantik.. kalu tak, marilah kita peruntukkan wang tersebut ke benda yang lebih penting.. :)



lagi best tidur berbantalkan lengan mama kan hana..
baby cot tu boleh jadi tempat mama letak barang.. T_T
3. stroller


yang ni penting pon tidak.. tak penting pon tidak.. bergantung kepada korang.. kalau korang rasa keluar-keluar wad terus nak bawak baby berjalan, bolehlah beli awal2.. kalau tak, ini boleh dimasukkan dalam kategori kurang penting.. dalam pantang atau nanti-nanti pon boleh beli.. sekarang ni banyak yang jual preloved stroller ni.. cantik-cantik dan elok lagi.. harga haruslah much much more cheaper daripada yang baru.. so korang boleh jugak consider beli yang preloved punya ni..

selain stroller, korang boleh jugak beli carrier seperti ring sling, ssc, wrap dan sebagainya.. sekarang tengah 'in' carrier-carrier cenggini.. tapi nak beli kena ada ilmu.. korang boleh join group malaysian babywearers.. dekat sini banyak sangat info mengenai babywearing ni..

and kalau korang macam berminat nak berbabywearing, saya cadangkan anda cuba dahulu carrier yang anda minat tu sebelum beli..baru anda tahu mana satu yang lebih sesuai dan selesa untuk anda dan baby.. dekat mana nak cuba? anda boleh tanya dekat mommies dalam group tu ye.. mereka dengan rela hati akan membantu.. :)

macam saya, beli ring sling konon nak berbabywearing jugak.. tapi sekali je pakai.. hana taknak dok dalam tu.. pembaziran lagi.. hukhukhuk..
yang ni ring sling.. saya punya sebijik macam ni..
berangan jela nak kendung hana dalam tu.. 
4. car seat


yang ni kalau saya cakap tak penting, mahu kena hentam dengan ibu-ibu yang pro-carseat.. hehe.. penting carseat ni.. untuk keselamatan si manja anda.. tapi carseat ni ada pelbagai jenis.. studylah sikit ye sebelum beli.. tapi untuk penggunaan jangka masa panjang, saya cadangkan untuk beli jenis combination yang boleh guna daripada infant sehinggalah umur 3 ke 4 tahun..

car seat ni pon boleh tahan harganya.. kalau nafsu tinggi dan poket penuh, bolehlah beli yang ribu-ribu.. kalau tak dekat manjaku ada yang rm200 lebih je.. yang penting sila semak safety features dia sebelum beli ya.. carseat jugak ramai yang jual preloved punya.. boleh diconsiderkan jugak..

hana first time duduk dalam carseat.. rugi beli yang macam ni.. sekejap je dah tak muat hana nak duduk dalam tu..

bila dah besar sikit, pandai pulak keluar dari carseat cari mama.. haihla anak..
5. pam susu

yang ini bagi saya penting bagi mommies yang berazam nak fully breastfeed anak anda.. tapi jangan ikut nafsu.. beli ikut keperluan.. mungkin mula-mula boleh beli yang manual dulu ke.. sebab dalam pantang kan, so tak ada masalah pon kalau pam guna yang manual.. bila dah nak masuk kerja, baru consider untuk beli yang elektrik ke mengikut keperluan dan kerajinan serta kesungguhan anda untuk mengepam.. kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, hurmm sendiri mau ingat laa.. hehehe


my first pump is unimom allergo.. second is spectra 3..

survey pakej breastpump.. korang kalau rajin survey, bolehlah banding-bandingkan harga.. then haruslah pilih yang paling murah.. :)
nak beli yang preloved pon berlambak orang jual.. bagus juga beli yang preloved ni.. sebab ada kes kadang-kadang pam ni tak serasi dengan tuannya atau tuannya tak cukup kuat tekad untuk fully mengepam.. jadi daripada pam tersebut terbiar begitu sahaja, meraka akan let go pam-pam yang masih elok ni dengan harga yang sangat berbaloi..

untuk pam ni, ada jugak yang tak serasi dengan kita.. jadi kalau boleh try dulu pam yang anda hendak beli.. ada tempat-tempat yang kita boleh try dulu pam ni.. contohnya macam di momslittleones.. so, bila dah try, barulah tahu mana yang lebih sesuai dengan diri kita.. tak gitu?

boleh baca review saya untuk unimom allergo dan spectra 3 di sini dan sini..

6. nursing bra

for me perlu sangat-sangat.. pergi cari dekat aeon je brand scarlet.. rm15 je sepasang..

nursing bra pon survey di internet.. harga pon boleh tahan.. padahal dekat aeon berlambak.. manalah nak tau.. first time.. ^_^
7. set berpantang

yang ini haruslah beli dari awal-awal lagi.. takkan dah bersalin baru terhegeh-hegeh nak cari param pilis semua.. hehe

punyalah berlambak set berpantang kat luar sana.. harga satu set bukannya murah-murah.. dalam tiga ratus jugak..

jadi buatlah pilihan yang bijak.. kaji setiap items di dalam setiap set berpantang yang anda berkenan kemuadian bandingkan kelebihan antara satu set dengan set yang lain.. biasanya, dalam satu set tu, ada barang yang kita betul-betul perlu dan tak berapa perlu..

ni antara set berpantang yang saya survey..
gigih listkan satu-satu.. :)

contohnya masa berpantangkan hana dulu ambil set berpantang tanamera untuk luaran.. yang betul-betul guna hanyalah minyak urut, param, pilis, brown soap dan herbal bath je.. yang lain-lain ada lagi sampai sekarang.. pembazirann..

untuk dalaman, saya ambil shaklee.. yang ni worth buying.. langsung tidak membazir.. dari hari first berpantang boleh guna and continue sampai sekarang.. supplement kan.. so memang tak ada masalah untuk consume.. bagus untuk kesihatan.. and masa ni lah saya berkenalan dan jatuh cinta dengan shaklee ni.. love at first sight kata orang.. hehe

nak beli shaklee pon survey tau.. nampak tak yang last tu kata 'x best'.. maknanya respon daripada distributor tu tak best lah.. jadi pangkah awal-awal untuk beli dari beliau.. heheh

so nasihat saya, study setiap items dalam set berpantang tu and untuk jimat, anda boleh beli items yang betul-betul diperlukan sahaja secara loose.. anda boleh beli loose items set berpantang yang terpilih di CHARMSandCOLORS..

and ada jugak mommies yang nk let go set berpantang mereka.. tapi biasanya yang dah guna sikit lah.. guna 2 3 kali then tak serasi dengan ibu atau bayi, jadi mereka let go dengan harga yang sangat murah.. pon berbaloi untuk dibeli.. 

and kalau boleh, elakkanlah beli set berpantang yang berasaskan jamu.. sebab jamu ni panas.. takut beri effect pada anak.. kesian anak tu.. kalau dah beri effeck pada anak, terpaksalah stop consume jamu-jamu tersebut.. kan dah membazir..


ni sebahagian daripada set berpantang shaklee yang
saya amalkan sehingga sekarang..
erm rasanya setakat ini dululah perkongsian saya ya.. harap dapat membantu para mommies di luar sana membuat persedian menyambut si comel anda tanpa pembaziran.. berjimat-cermat kan amalan yang mulia.. :)

oh ya, lupa pulak.. ni antara group yang anda boleh join untuk dapatkan barangan preloved..

kalau korang nak cari apa-apa, post je di group-group ni.. insyaAllah ramai yang akan bagi respon.. :)


happy shopping mommies! 


*****************************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda


Sunday, 10 August 2014

gubahan hantaran dari hati.. ceewaah

hai semua.. nak cerita sikit, kakak ipar aku nak kahwin tak lama lagi.. dia buat majlis simple-simple je.. buat akad nikah dan doa selamat je.. tetamu pon panggil sedara-mara dan jiran-jiran terdekat je..

pada mulanya kak ipar aku ni tak nak buat hantaran, membazir katanya.. tapi sebab belah lelaki nak jugak hantar barang, jadi terpaksalah kami belah perempuan membalasnya.. :) dan disebabkan kakak iparku ini dalam tight budget dan aku pon sangat tak setuju kalau orang membazir 7 8 ratus buat hantaran, jadi aku telah gatal mulut offer nak gubahkan hantaran beliau.. padahal aku sebelum ni mana pernah gubah hantaran.. hantaran aku dulu pon mak aku yang buatkan.. ni pulak gatal-gatal nak buatkan untuk orang.. tangan awak tu bukannya berseni sangat sal oiii..

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. hahaha.. jadi 2 minggu lagi nak majlis, barulah aku terhegeh-hegeh google hantaran orang.. dan barulah terhegeh-hegeh ajak suamiku cari barang.. haha.. 3 hari nak majlis, kakak iparku balik rumah tanya hantaran dah siap belum selamba je aku cakap belum lagi.. ala rilekslah.. kejap je tu.. padahal dalam kepala dok pikir bilalah aku nak buat.. siang kerje.. balik dari kerje terus mengulit hana.. malam pulak nak mengekor suami pergi open house.. T_T

tapi berkat keikhlasan aku untuk membantu (pooodah!) dapat jugak aku siapkan semua hantaran tu dalam masa sehari je! kagum tak? kagum tak? hehehe aku memang kagum dengan diri sendiri..  setiap sejam aku curi-curi masuk bilik kakak ipar aku tu tengok hantaran yang aku gubah tersusun cantik je.. rasa puas dengan hasil kerja sendiri walaupun memang tak cantik mana pon.. tapi series wehh.. tak sangka aku ni berbakat jugak rupenye.. hehehe

budget aku habiskan untuk buat hantaran 9 dulang ni dalam rm100 je! bekas hantaran guna yang kitorang punya dulu.. ada 5 bekas so kene tambah lagi 4.. renda-renda nak balut bekas tu aku tak beli.. membazir je.. renda kan mahal.. aku ganti dengan kertas bercorak2.. beli 2 meter potong sendiri.. jimat! lagi yang biasa orang letak bulu-bulu tu pon aku tak beli.. ganti dengan kertas bunga je.. rm2.50 segulung.. berbaloi-baloi.. bunga pon beli yang 3 tangkai rm10.. buat apa beli bunga mahal-mahal.. nanti diorang buang je..

aku ni memang kedekut sikit bab-bab ni.. bende remeh temeh ni selagi boleh jimat kita jimat.. waktu aku tunang dan nikah dulu pon memang berjimat gila bab hantaran ni (gubahannye la).. waktu tunang dulu aku guna je dulang, bunga, renda sepupu aku punya.. kebetulan dia baru je kahwin.. jadi aku recycle je apa yang ada.. sekuntum bunga pon aku takda beli.. hikhikhik..

waktu kahwin pulak, bunga aku buat sendiri.. series weh.. bertungkus lumus aku setiap malam buat bunga tisu sebab bagi aku membazir je beli bunga mahal-mahal.. nak kahwin banyak nak guna duit weh.. yang mana boleh save, kita savekan.. :) puas hati jugak sebab ramai orang tanya siapa buat bunga tisu cantik tu.. dah lama tak nampak bunga tisu.. kembang-kembang jugak la aku.. hikhikhik..

tapi tu bagi aku la yang tak berduit ni.. kalau korang mampu, tak salah pon nak buat/tempah hantaran yang mahal-mahal.. yang guna bunga hidup penuh dulang tu.. sekali seumur hidup kan.. biarlah kita puas hati.. :)

so aku nak buat pengumuman di sini, sku sekarang bukak tempahan untuk gubahan hantaran.. muahahahaha



ni antara hantaran masa aku nikah dulu.. gubahan oleh mak aku..
tapi bunga-bunga tu aku buat sendiri tau.. guna kertas tisu.. satu kertas
tisu harga dalam 70 sen boleh dapat 6-10 kuntum  bunga.. tengok saiz..
jimat kan??

ni pulak hantaran masa tunang.. daripada tujuh dulang jadi sampai 25 dulang sebab 
adatnya di perak ni kalau bertunang, ada je orang nak sedekahkan barang-barang
untuk hantaran.. kebanyakannya manisan la macam kek.. nampak tak bunga dekat 
kepala katil tu? tu pon bunga recycle tau.. hahahaha













tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

ni la hasil gubahan dari hatiku yang ikhlas dan poketku yang kedekut.. hahahaha
takdelah cantik mana.. tapi bolehlah.. daripada tak ada kan? 
gambo pon ada dua je.. sodihh..



yang durian, jambu dan manggis ni mak aku yang gubahkan.. dalam durian tu isinya gula je.. yang jambu tu pulak garam isinya.. ni kira style orang dulu-dulu lah..
macam durian betul kan?? :)


Tuesday, 15 July 2014

apa yang kita boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di palestin?



Allah.. Allah.. Allah..


Assalamualaikum semua. Pasti semua sudah sedia makluam, di saat seluruh dunia sedang bersorak meraikan kemenangan Jerman, tak kurang juga yang bersedih atas kekalahan Brazil di separuh akhir perlawaan piala dunia 2014, saudara-saudara Islam kita di Palestin telah diserang oleh Israel laknatullah.

Betapa kita telah dipesongkan daripada mengambil tahu tentang saudara-saudara kita di sana dengan demam piala dunia yang semakin menggila. Sedang saudara-saudara kita di sana berjuang bermati-matian mempertahankan agama dan tanah suci umat Islam, kita di sini sibuk berjuang menahan mata menyaksikan piala dunia. Sedang mereka menangisi pemergian kaum keluarga dan sahabat handai yang dijemput syahid di bulan yang mulia ini, kita di sini sibuk bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sememangnya kita telah dialpakan. Dihanyutkan. Dilalaikan.

Alhamdulillah. Masih ada di kalangan kita yang sudi mengingatkan. Yang sering melaporkan. Agar kita di sini tahu dan sedar yang saudara-saudara kita sedang menderita. Sedang sengsara. Sedang berjuang untuk agamanya. Agama kita.

Melihat anak-anak kecil menjadi mangsa.

.....

Allah. Apa salah mereka?

Saya tidak pasti sekiranya ada di antara kita yang tidak tercuit hatinya, tidak terganggu emosinya melihat tubuh anak-anak kecil terbujur kaku. Melihat wajah ibu ayahnya yang menangisi pemergian anak kecil mereka. :'(

Allah.



Besar sangatkah ancaman anak-anak kecil ini kepada Israel laknatullah sehingga mereka juga menjadi mangsa?

Cuba bayangkan kita di tempat mereka. Anak-anak kita di tempat anak-anak mereka. Kuatkah kita?

Allah. Allah. Allah.

Sesungguhnya jiwa rakyat Palestin memang luar biasa. Jiwa pemudanya. Jiwa wanitanya. Jiwa anak-anaknya. Tidak pernah gentar berjuang menegakkan agamanya. Walau bersenjatakan mercun dan batu-bata.
Sedang kita? Nak berbuat baik pon malu. Takut ditertawa.
.....

Walaupon kita jauh daripda mereka, tetapi jangan lupa, mereka tetap saudara kita. Mereka berjuang demi agama kita.

Takut bila ditanya di sana nanti, di mana kita sewaktu saudara-saudara kita ini berjuang mempertahankan agamanya? Apa yang kita lakukan untuk membantu mereka?
Kelu lidah kita.

Allah.

Walau kita tak mampu untuk mengangkat senjata berjihad bersama-sama mereka, tetapi ketahuilah banyak yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di sana.

Doa. Berdoalah. Teruskan berdoa agar jiwa mereka terus kuat untuk berjuang demi tanah air dan agama Islam. Berdoalah agar Israel laknatullah dapat ditewaskan dengan mudah. Berdoalah agar pertolongan Allah segera sampai kepada mereka.. Berdoalah. Berdoalah. Berdoalah. Jangan sesekali lupakan mereka dalam doa-doa kita. Yakin dan percaya, doalah senjata terkuat kita sebagai orang Islam.




Boikotlah produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Saya yakin masih ramai yang masih tidak pasti akan kebenaran tentang hal ini atau sengaja tidak mengendahkan tentang ini. Buat-buat tidak tahu. Atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Dan sengaja tidak mahu percaya. Saya pon tidak oernah menyelidik mengenai kesahihan perkara ini tapi sekiranya ia benar, bayangkan setiap sen yang kita belanjakan itu mereka gunakan untuk memebeli peluru untuk membunuh saudara-saudara kita di sana untuk membunuh anak-anak palestin. Allah.



Kalau tidak tahu untuk bermula dari mana, mulakan dengan McD, Coca Cola dan Starbucks. Tak susah mana pon kawan-kawan semua. Kita tak mati tak makan McD, tapi mungkin ada yang mati di Palestin dari peluru sumbangan daripada duit kita? Nauzubillah.

Selain itu menyumbanglah walaupun sedikit. Pasti ramai sangat yang tahu di Malaysia sahaja ada pelbagai jenis NGO yang memperjuangkan nasib rakyat palestin. Antaranya Aman Malaysia, MERCY MALAYSIA, Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia.

Ada diantaranya yang telah melancarkan tabung kemanusiaan khusus bagi mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita ini. Ada saya terbaca komen yang berbunyi lebih kurang begini, 'Kalau saya kaya saya akan dermakan untuk Gaza ni. Tapi tahulah di Malaysia sekarang ni. Harga barang semua dah naik.'

Kita tak perlu jadi kaya untuk menyumbang. Lihatlah mereka. Lihatlah muka anak-anak Gaza. Lihatlah muka wanita-wanitanya. Lihatlah muka pejuang-pejuang agama yang sebenar. Mereka memerlukan bantuan kita. Ya. Kita.



Yang paling penting sekali istiqamahlah dengan segala usaha yang kita lakukan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Saya tujukan ini khas untuk diri saya sendiri. Dulu waktu isu Gaza tengah panas, saya dengan bersungguh-sungguh boikot McD. Kononnya taknak duit yang saya belanjakan di McD itu digunakan untuk membeli peluru untuk membunuh rakyat Palestin. Tapi bila isu tersebut reda, dah mula lupa pasal kekejaman Israel. Dah mula lupa mengenai rakyat Palestin yang dibunuh. Dah mula lupa. Dan dah mula masuk McD semula. Shame on you Sal. T_T



"Maaf kerana aku tak sempat melindungimu adik kecil,
Yang pasti, kau dlm perlindungan Allah sekarang duhai adik kecil.."





she was killed while having iftar.
have ur meal in jannah my sister.




Tabahlah saudara-saudaraku di Gaza. Sesungguhnya kami saudara-saudaramu ini amat lemah. Tidak seperti kalian yang cukup kuat dan tabah.

Percayalah, kemenangan pasti akan menjadi milikmu. Teruskan berjuang saudara-saudaraku. Teruakan berjuang demi agamamu.

:'(

Tuesday, 1 July 2014

lelaki tua berkain pelikat

Assalamualaikum readers. Saya terbaca kisah lelaki tua berkain pelikat ini di beberapa buah blog dan rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan. Rasa berdosa pulak tak share bende yang bermanfaat macam ini.. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya, insyaAllah..

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

20 CATATAN OLEH DATO' Roslan Ab Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.

Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15.

Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”


Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Mkan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapakan bahan untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kiat maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulois alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.
Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.




 Jom sama-sama kita amalkan.. Perlahan-lahan.. :)



Sunday, 18 May 2014

cara mengajar anak 'speaking'

aku rasa kebanyakkan parents termasuk aku memang kalau boleh nak anak kita pandai banyak bahasa.. terutamanya english.. baby2 lagi kita dah cakap omputeh ngan anak kita kan?? apa geleng2?? tipulah kalau tak.. haha
baby.. good morning.. how are you today?
why you cry baby.. mama is here..
bucuk2 mama.. its time to bath.. 

yada.. yada.. yada..

haha

so aku rasa apa yang akan diperkatakan di bawah ni sangat elok untuk dijadikan garis panduan kepada kita dalam keghairahan kita speaking omputeh dengan anak kita..

yang ni aku copy paste bulat2 daripada status fb kokping.. kokping sapa? fynn jamal.. ala.. composer dan penyanyi lagu arjuna beta yang tengal meletops sekarang ni.. aku ni memang stalker fb dan ig beliau sejak juna kecikkk lagi.. haha.. aku sangatlah suka cara kokping ni menzahirkan pendapat beliau.. kebanyakannya memang membuka minda dan selari dengan penadapat aku juga..

selamat membaca dan semoga bermanfaat!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku menyedari ramai di kalangan kita melayu mula berminat menjadikan anak mereka celik bahasa kedua. tidak kiralah bahasa arab atau bahasa inggeris. mungkin bahasa mandarin. sila isi tempat kosong.

alang2 aku ini pelajar bahasa, sedang dan masih berurusan dengan kareer pendidikan bahasa, izinkan aku perbetul sedikit kesilapan para ibubapa dalam menanam skill bahasa kedua dalam anak2 kita.

bear in mind, though;
SEMUA anak2 kita adalah unik.
satu formula yang mungkin berkesan pada seorang anak;
ia TETAP berkemungkinan tidak memberi impak pada anak yang satu lagi.
kita semua ada otak berbeza. dominasi otak berbeza. kelebihan motor skill berbeza.

maka sila sensitif.
and dont be too hard on your children.


macam bab makan sayur la.
lagi kau paksa dia makan--
lagi dia tak hingin.
sanggup muntah bagai.
padahal umur 16 tahun, reti pula nak makan ulam2. suka pulak tu. tahap tak boleh makan kalau takde sayur.

*pause*
aku la tu.
bwahahaha.

ok serius.

when it comes to language,
you have to WANT it.
it is not something you can force upon.


sebab itulah ada orang duduk 15 tahun di negara orang--
tetap bercakap bahasa mereka sendiri.
sebab tak nak cuba / mula guna.
ada orang baru dua bulan hidup di tempat orang--
bukan main fasihnya.

hendak seribu daya. 

ok. 
let us talk business.

antara kesilapan paling besar dalam didikan bahasa ibubapa pada anaknya adalah--
mencampur-aduk bahasa.


bahasa rojak tidak salah. tapi HANYA setelah pengguna bahasa sudah fasih dengan kedua bahasa. TIDAK sebelumnya. jika tidak, terjadilah masalah tatabahasa yang payah diperbetul; atau dalam istilah linguistiknya-- "fossilization" yakni sudah jadi fosil. kalau tak tau fosil itu apa, jemput buka buku sains.

fossilization adalah situasi yang paling menyakitkan hati seorang cikgu kerana bila kami para guru memperbetul anak murid-- ia tidak diterima. alasan biasa: "dari kecil saya guna macam tu. semua orang keliling saya menggunakan perkataan / frasa itu. cikgu, takkan semua orang salah? cikgu sahaja nak rasa betul". 

oh dem.
contoh paling senang: "congrate".


PERGH. kalau aku jumpa la siapa yang start guna perkataan "congrate" demi menggantikan "congratulations" ini, memang aku lempang pastu cakap "congrate abah mu". dah satu negara guna "congrate". ya. malaysia SAHAJA. buat malu.

begini. justifikasinya, apabila ibubapa sekadar mencampuradukkan bahasa, mereka tidak menitikberatkan grammar yang terselit bersamanya.

begitu biasa kita dengarkan di pasaraya:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"


seems harmless, right?
wrong.

inilah masalahnya.
inilah punca nanti2nya di dalam buku sekolah dan status facebook: "kak ziana zain, saya suka akak la. you are so inspire".

bila kita alihbahasa secara langsung, ibubapa melayu biasanya tidak mementingkan grammar. tidak salah hendak rojak. TAPI pastikan ia betul.

bahasa melayu mengekalkan kata akar dalam setiap situasi. bahasa inggeris tidak. bahasa arab tidak. bahasa russia juga tidak. bahasa hindu juga tidak.

maka andai BENAR2 mahu menggunakan bahasa rojak, PASTIKAN pilihan kosa kata itu tepat dan betul. kita ambil contoh tadi. 


"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

merojak dengan betul:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight. macam semalam, you cried. mummy tak suka"

nampak?

ok. didasarkan dari pengalaman disulam ilmu kami para linguist, izinkan aku cadangkan dua usul yang paling asas untuk diikut. hakikatnya ada terlalu banyak lagi kaedah menerapkan budaya bilingual di kalangan anak2. tapi memandangkan tema utama tulisan ini adalah "membetulkan benda paling basic mak abah melayu yang nak anak2 dia cakap omputih", aku bagi ini sahaja.

1) guna ayat lengkap.
--------------------------


kalau hendak cakap bahasa inggeris, habiskan seluruh ayat bahasa inggeris. kalau hendak cakap bahasa melayu, habiskan seluruh ayat bahasa melayu.

setiap bahasa punya rhetoric yakni gaya bahasanya. ia ada banyak kena-mengena dengan aspek psikolinguistik dan sociolinguistik. mencampur-adukkan bahasa akan menimbulkan banyak masalah.

tidak susah.
dan tidak ada buruknya.
malah akan lebih kelihatan kemas dan tersusun.

contoh:
"what are you talking about, abang long? tadi mummy dengar abang long marah adik. dont you lie to me now"

sedap, kan?
berbanding:


"apa awak talk ni, abang long? tadi mummy hear abang long angry adik. jangan lie pada mummy sekarang"

benci, kan?
macam kita benci skrip drama datin2 berangan di tv itu.
maka jangan buat.

yang terbaik adalah mak guna satu bahasa, abah guna satu bahasa lain. andai ia dimulakan dari kecil, otak anak2 kita akan terbiasa melakukan language shift tanpa dipaksa. this works wonders.

2) alihbahasa perkataan yang bukan kata kerja.
------------------------------------------------------

KALAU memang KENA jugak rojakkan bahasa yang kalau tak rojakkan boleh tahap mati ke, rojaklah. TAPI alihbahasa perkataan SELAIN kata kerja yakni verb.


seandainya ibubapa tidak fasih dengan past, present atau future tense, JANGAN gunakan tanpa kepastian. translate everything EXCEPT the verb.

contoh:
"normally, i makan dekat school. tapi sejak last week, i mula makan dekat this one awesome restaurant.".

naaaaahhhh.
nampak permainannya?
lebih nampak terpelajar, bukan?

bandingkan dengan:
"biasanya, saya eat dekat sekolah."
(sorry, cant find a better example. maka terpaksa bagi contoh yang grammatically corrent juga)


masalah yang paling selalu timbul adalah bila ibubapa mengganti makna perkataan2 yang berlainan tense. contoh sudah bagi di atas tadi. boleh rujuk semula.

maka kalau BETUL nak rojakkan, BE SURE you do not sound ridiculous.

3) jangan poyo depan orang SAHAJA.
--------------------------------------------

ini ditulis dari pengalaman aku di salah sebuah pasaraya di kolumpow.

mak: 
(sambil kuat2 suara, mengerling kiri-kanan) 
adik, come come.


anak: 
(mungkin 6 tahun. mungkin juga 7. umur pandai menjawab. tidak bergerak. pandang ibunya dengan kening berkerut)

mak:
(suara makin tinggi)
why degil? come. come. we go. come.

anak:
(masih tegak)

mak:
(datang. cubit. aku awkward. sebab aku sedang duduk di sebelah anak kecil itu)
kenapa tak listen?
anak:
(kelihatan marah kembali)
apa...? kenapa cakap english?

HAHAHAHAHAHAHAAH.
burn.



menemui ibubapa di mana2,
APA SAHAJA BAHASA--
asalkan cantik, kemas dan betul gunanya--
kool lah dia.

kalau bahasa rojak tapi bunyi macam tahi--
percayalah--
tidak kool mana.


berbanggalah dengan bahasa sendiri.
tapi jangan pula sehingga menghina bahasa orang.
macam satu masa dahulu fakulti aku dicadangkan fakulti lain agar ditutup. atas alasan "bahasa inggeris adalah bahasa syaitan".

pensyarah aku respon dengan senyum dan tenang:
"ketika iblis berbual dengan rasulullah. bahasa apa yang mereka guna?"

badum badum tassssss!!!

bahasa tidak menentukan kita siapa, kasta apa, golongan mana.
maka tolonglah.
rilek2 saja.

sekian.



Photo: Mmmmmmmuuuuaaaahhhhhh mama.. ♥♥♥♥♥

my hana dah pandai buat 'duckface'.. hahahahaihhhlaanak.. :)