Monday 16 June 2014

cara mengira kitaran haid

assalam readers..

teringat lagi waktu tingkatan 4 kalau tak silap, dalam kelas biologi kita ada belajar cara mengira kitaran haid ni.. my favourite subjek tau biologi ni.. sebab tu masuk university pon ambil course biologi.. sebab saya rasa biologi je yang kene dan dekat dengan jiwa saya.. setiap subjek atau topik yang kita belajar dalam biologi di boleh di'relate'kan dengan kehidupan kita.. so belajar pon dengan ikhlas dan terus meresap ke hati.. bukan setakat belajar untuk exam macam subjek fizik tu.. hihihi..

jadinya bila kita belajar dengan iklas dan belajar dari hati kononnya, jadi insyaallah, ilmu itu akan melekat sampai bila-bila.. saya masih ingat lagi mengenai kitaran haid ni dan cara kita mengira kitaran haid kita.. lagipon sebagai seorang wanita, benda ini haruslah diambil berat.. penting tau kawan-kawan kita faham kitaran haid kita..



jadi hari ini, saya nak share secara ringkasnya bagaimana cara mengira kitaran haid bagi perempuan.. ermm lelaki tak ada kot kitaran haid.. tetapi kalau hendak belajar untuk isteri dan anak-anak apa salahnya.. :)

ok kawan-kawan isu ini nampak mudah tapi sebenarnya saya yakin ramai wanita di luar sana yang ternganga bila ditanya berapa hari kitaran haid mereka.. kan? kan? ok.. meh nak habaq cara kira kitaran haid dulu.. kitaran haid bermula dari hari pertama haid datang sehinggalah hari sebelum haid datang balik..

contohnya..
haid bulan januari datang 5 hb.. bulan februari pulak datang 3 hb.. jadi kitaran haid anda adalah jumlah hari daripada 5 hb januari sampailah 2 hb februari.. ce kira.. ce kira.. berapa hari?? jadi kitaran haid bagi kes ini adalah 29 hari..

kurang jelas? ok kita tengok contoh yang mudah sikit.. contohnya si ani datang period pada 1 mei.. tup tup 29 mei datang lagi period.. jadi kitaran haid ani ialah 28 hari.. jadi untuk next period sepatutnya pada 25 jun.. haa.. paham kan?? alhamdulillah..

jadi hari pertama kitaran haid yang mana ye? hari pertama haid datang atau hari pertama selepas haid habis??? jawapannya, hari pertama haid datang.. :) jadi itulah pentingnya kita rekodkan hari pertama setiap kali 'cik period' datang..



kitaran haid yang normal adalah dalam lingkungan 26 ke 30 hari.. dan sepatutnya tetap.. maknanya kalau kitaran haid anda 30 hari, setiap 30 hari akan datang period.. ini yang sepatutnya.. tapi.. ada ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.. contohnya bulan ini kitaran haid 28 hari.. bulan depan 45 hari.. bulan seterusnya 20 hari.. hmmm apa tandanya tu ye?? bagus ke tak bagus ye??



sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi kitaran haid ini.. antaranya adalah pemakanan, gaya hidup dan hormon.. tapi ini tak sepatutnya menyebabkan kitaran haid anda tidak tetap pada setiap bulan.. kalau sekali sekali kitaran anda berubah, itu adalah normal oleh kerana pengaruh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi..

contohnya siti mempunyai kitaran haid yang teratur iaitu sebanyak 28 hari.. tiba musim peperiksaan, kitaran haidnya menjadi tidak menentu.. daripada 28 hari berubah kepada 35 hari.. tetapi selepas bulan peperiksaan berakhir, kitaran haid beliau kembali kepada 28 hari.. haaa.. ini adalah normal.. ini mungkin adalah kerana faktor hormon, mood dan gaya hidup yang telah mempengaruhi kitaran haid siti sewaktu musim peperiksaan.. korang pernah jadi macam ni tak?

tapi.. kalau sememangnya kitaran haid anda tidak pernah tetap.. ini tidak normal dan anda septutnya sudah mulai risau mengenai perkara ini.. jangan main-main anak-anak dara sekalian.. mungkin anda tidak nampak kesannya, tetapi jangan bila nak kahwin nanti baru kelam kabut.. ;)

sebab apa saya cakap kitaran haid ini penting? sebab melalui kitaran haid inilah kita dapat menganggar waktu subur kita iaitu waktu di mana ovulasi berlaku.. waktu yang paling ideal untuk pasangan suami isteri berusaha mendapatkan cahaya mata.. cara nak tahu waktu subur? insyallah saya akan kongsikan di entry yang lain.. :)



dan biasanya apabila pasangan mempunyai kesukaran untuk mandapatkan zuriat dan berjumpa doktor pakar, apabila si isteri mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, doktor akan mengesyorkan si isteri supaya mengaturkan dahulu kitaran haid beliau..

banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mengatur kembali kitaran haid seseorang wanita.. antaranya mengamalkan cara hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang seimbang.. selain itu, dapatkan berat badan yang ideal bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan kerana ini juga merupakan antara faktor menyebabkan kitaran haid tidak teratur.. ada jugak yang mencadangkan supaya berurut.. tetapi doktor perubatan moden biasanya akan mencadangkan pengambilan pil hormon atau suntikan hormon bagi menstabilkan hormon di dalam badan..

selain itu pengambilan supplement juga amat membantu.. supplement seperti evening primrose oil dikatakan dapat membantu mengatur dan menstabilkan hormon wanita.. antara pilihan yang lebih baik yang dapat membantu kawan-kawan saya yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur ini adalah gla complex daripada shaklee..



kenapa gla complex shaklee?? sebab semetinya ianya the best supplement on earth.. 100% semulajadi dan insyaallah berkesan dengan izinnya.. macam-macam dah masuk dalam badan kita ni daripada makanan yang kita ambil, asap dan udara yang tercemar, minuman serta persekitaran yang kurang bersih.. jadi nak pilih supplement janganlah ambil yang mengandungi bahan kimia lagi.. cukup-cukuplah.. kesian badan kita.. kalau ada yang semulajadi, mengapa perlu yang sintetik kan? :)



bagi adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai subjek kita hari ini, jangan segan silu, drop your question/comment here.. kalau anda pemalu macam saya, boleh ajukan pertanyaan anda kepada saya melalui emel.. insyaallah, sedaya upaya saya akan cuba jawab.. kalau saya tidak tahu, saya akan carikan jawapan untuk anda..

semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda semua.. dan semoga semua readers blog saya dikurniakan kesihatan yang baik.. aminn.. :)



ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE..BEST PRICE..BEST PRICEBUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda


1 comment:

  1. tenkiu kak, da lupa da macam mana.. dulu belajar sains bab ni paling ingat, hehe..

    ReplyDelete