Showing posts with label my hana. Show all posts
Showing posts with label my hana. Show all posts

Tuesday, 23 June 2015

my manja daughter

Petang semalam, bawak Hana ke office.. Sampai di office, bagi Hana pencil case dan buku yang memang dah dikhaskan untuk Hana menconteng..

Mama pon on laptop and ready nak buat kerja..

Tak sampai lima minit Hana tarik ajak tulis sama-sama.. Oklah, mama pon mainlah tulis-tulis dan lukis-lukis dengan Hana.. Lukis bird.. duck.. cat.. rabbit.. frog.. mama.. papa.. opah.. abang afiq.. kakak tira.. ant.. flower.. apple.. etc..

Tengok Hana dah makin syok dan leka melukis, mama pon bangun nak sambung buat kerja..

Hana nampak mama sambung buat kerja, dia datang nak duduk atas mama.. Mama angkat..

Naik je Hana, dia tutup laptop..

"Tutup.. Dah rosak.. Tulis jom.."

Hahaha.. Punyalah dia nak suruh mama dia ni layan dia sampai kata laptop tu rosak..

Hana.. Hana..

Mama loves you!









*********************

Monday, 4 May 2015

hana oh hana

Assalamualaikum.

Kisah 1
'
Hana tengok video dia naik train dekat funfair dengan papa.

"Papa sini.. Hana sini.."tunjuk dekat papa dia seat dekat train tu..

"Haziq? Haziq nak duduk mana?"

"Jap.." sambil slide skrin handhone.

"Haziq sini!!" tunjuk video dia naik horse.

"Hana tak nak naik horse?"

"Anak.. Akuttt.."

Hehehehe



Kisah 2

Hana tunggang papa jadikan papa horse..

Bila dah 4 5 kali pusing, papa pon dah penat..

Papa pon goyang-goyangkan badan pastu angkat badan kononnya nak buat macam horse mengamuk dan nak bagi Hana takut..

Sekali...

"Lagi.. Nak lagi.."

Hana suka pulak naik horse tengah mengamuk..

Hahahaha


Kisah 3

Dalam kereta on the way balik ke rumah.

Hana: Angau.. Tu angau..
Sambil tunjuk ke depan

Papa: Mana bangau?

Hana; Tu..
Tunjuk lagi..

Papa: Mana??
Sambil bersungguh-sungguh tengok ke arah yang Hana tunjuk.

Hana: Dah hilang..

Mama: Hahahaha. Papa terkena..




Wednesday, 8 April 2015

hana buli haziq

Sebelum ni, Hana buat dekk je dekat adik dia.. Jeles tak.. Nak usik-usik pon tak.. Bila disuruh sayang, baru diciumnya Haziq..

Tapi sejak 2 3 hari ini, dia dah mula pandai nak usik-usik Haziq.. Ditariknya bantal Haziq.. Digoncangnya tangan Haziq.. Nak diangkatnya Haziq.. Latest, dah pandai nak 'buli' adiknya ini..



Tengok tu.. Merah-merah muka Haziq.. Hahahaha.. Sabar jelah ye Haziq.. :)



ni dia muka pesalah tu



Thursday, 26 March 2015

gaya macam berani tapi penakut

nurhana qaleesya.. budaknya nampak berani.. aktif.. lasak.. tapi rupanya penakut.. ;)

alkisahnya kami bawak hana ke funfair.. saja bawak dia jalan-jalan.. plan nak bagi dia main satu dua permainan yang sesuai..

masuk-masuk jumpa permainan kuda yang pusing-pusing slow tu.. hana dah 'horse.. horse.. nak horse.. nak..' kami suami isteri pon excited tengok hana excited.. tapi tak nak bagi dia main dulu.. pergi jalan-jalan lagi then jumpa train untuk budak-budak..

'api.. api.. nak.. jom.. api..' (api = keretapi)
saya pon jom.. tarik dia ke train tu.. bila dah sampai suruh dia naik, taknak pulak dia..
'mama naik.. naik.. mama naik..'
suruh mama pulak naik.. haha.. mama dah naik baru dia nak naik.. nasib baiklah mamanya ni kecik.. :)

bila dah jalan, sekali round ok lagi.. masuk round kedua dah mula dia takut..
'akut.. akut.. turun...'
hahahaha.. boleh pulak ajak turun.. terpaksalah mama ni alihkan perhatian dia.. tunjuk tu tunjuk ni.. :)

dah turun kami pergi balik tempat kuda tadi.. wahh nampak je kuda tu, senyum lebar muka dia.. 'horse.. horse.. jom..' terus tarik tangan papa pergi dekat kuda pusing-pusing tu..

papa pon angkat dia letak dekat horse.. nampak ok.. senyum lebar.. bagi dekat orang yg jaga tu 2 token.. ok lagi.. senyum-senyum lagi.. bila bergerak je kuda tu, hana dah buat muka cuak.. dah nak turun.. terpaksalah papa pon ikut kuda tu berpusing sambil pegang tangan hana.. hahahaha.. itupun tak habis pusing.. baru 3 kali pusing hana dah nak turun.. 'urun..urun.. dah.. urun..' hahahaha

qaleesya.. qaleesya.. nampak je berani.. rupanya kurang berani..

papa kata 'macam omak eh..' ;)



dengan mama sekali terjebak.. :)



ni time baru turun.. terus peluk papa..



tengok.. dah turun siap babai kat horse lagi.. 'babai horse..' :)





Monday, 15 December 2014

cara saya bercerai susu dengan hana

assalamualaikum semua..

alhamdulillah, hampir setahun sembilan bulan juga saya berjaya menyusukan puteri kami, nurhana qaleesya.. tak sepenuhnya, tapi hana masih menyusu dengan saya ketika hendak tidur siang atau malam dan ketika di dalam kereta.. serta bila-bila masa hana menginginkannya..


sebenarnya saya masih berhasrat untuk menyusukan hana lagi.. walaupun di awal kehamilan anak kedua ni lagi emak mertua dah suruh saya stopkan menyusu hana.. tak elok katanya.. tapi saya still menyusukan hana sehinggalah kandungan mencecah 8 bulan..

sebab utama saya memutuskan untuk weaning off hana adalah sebab kesihatan.. di awal kehamilan, tak ada masalah apa-apa, tapi bila sudah semakin sarat, menyusukan hana sepanjang malam menjadi satu kesukaran kepada saya.. almaklumlah, bila perut sudah membesar, posisi tidur pon perlukan adjustment untuk keselesaan maksimum.. tetapi apabila 'memerap' hana sepanjang malam dalam posisi yang tidak selesa mengakibatkan badan saya sakit-sakit..

faktor yang lebih menguatkan tekad saya untuk bercerai susu dengan hana kerana saya perasan sejak akhir-akhir ini, setiap kali hana menyusu, akan ada satu rasa yang kurang selesa di bahagian bawah perut saya.. tambahan saya pernah terbaca bahawa penyusuan ketika hamil boleh merangsang kontraksi awal.. jadi demi keselamatan bayi di dalam kandungan, juga memikirkan kesihatan saya sendiri, saya bertekad untuk bercerai susu dengan hana.. walaupun sukar..

bukan senang ye seorang ibu yang selama ini menyusukan anaknya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba terpaksa berhenti menyusukan anaknya itu.. plus hana sangat manja kalau nak minta susunya.. sebab itulah saya mengambil masa sehingga 8 bulan untuk betul-betul bertekad bercerai susu dengan hana.. sob sob.. :'(


actually banyak cara yang saya google dan baca daripada pengalaman ibu-ibu di luar sana tentang cara mereka bercerai susu dengan anak masing-masing.. paling popular adalah dengan meletakkan 'something' pada kawasan nipple.. kopi, nescafe, ubat demam, minyak cap kapak dan sebagainya.. tujuannya bila anak hisap then rasa lain macam, anak dah tak nak lagi menyusu.. ada jugak yang guna kaedah psikologi.. cakap dengan anak elok-elok dan terangkan kenapa mereka sudah tidak boleh menyusu lagi..

tapi cara saya ialah doa.. doa khusus yang diamalkan untuk menghentikan sesuatu tabiat anak.. doa ini diberikan oleh sepupu saya..


actually dah lama saya baca doa ni.. seingat saya sejak saja mengandung 4 bulan lagi.. tapi on off la.. bila teringat, or bila suami tanya dah baca doa belum, baru saya baca.. tapi tak jadi apa-apa pon.. sebab saya sendiri belum betul-betul rela 'melepaskan' hana..

bila saya sudah betul-betul tekad untuk bercerai susu dengan hana, saya bacakan doa tersebut dan hembus di mulutnya.. alhamdulillah, kuasa Allah.. malam pertama tu hana tak 'mencari' pon susunya.. dia tidur dengan sendiri bila ditepuk-tepuk oleh suami..

hari kedua pon begitu.. dalam kereta ke rumah kenduri, biasanya hana akan tidur dalam kereta.. sebelum tidur dia akan minta susunya.. tapi kuasa tuhan, hana tak minta pon susunya.. dia tidur dengan sendiri.. alhamdulillah..

dan hari ini dah masuk hari keempat hana bercerai susu dengan mamanya ini.. nampak macam semuanya ok.. cuma hana belum pandai tidur sendiri.. ambil masa untuk dia tidur.. sampai betul-betul mengantuk baru hana akan golek-golek.. masa tu saya atau suami cepat-cepat akan tepuk-tepuk hana sambil nyanyikan apa yang patut.. tak apalah hana.. slow-slow belajar ye anak mama.. :)

kepada ibu-ibu di luar sana yang dalam misi untuk bercerai susu dengan anak, bolehlah amalkan doa ini.. tapi dengan satu syarat, hati mesti betul-betul redha untuk bercerai susu dengan anak.. insyaallah.. semoga dipermudahkan..


kepada hana.. mama sayang hana.. mama dah sedaya supaya memberi yang terbaik untuk hana.. semoga hana menjadi seorang anak yang solehah serta kakak yang baik untuk adik-adik hana kelak.. aminn..


kak yong hana yang semakin hari semakin bijak.. :)


*******************************







Sunday, 19 October 2014

bawa hana melihat fauna di zoo melaka

actually dah laaaaamaa dah papanya ajak bawak hana pergi zoo.. rasanya masa hana 6 bulan lagi suami dok ajak pergi zoo.. tapi masa tu saya memang taknak.. yelah, hana kecik lagi.. tak faham apa-apa.. nanti syok sendiri je mama dan papanya.. hehe

minggu lepas, encik suami tiba-tiba cakap, jom pergi zoo melaka hari sabtu ni.. saya pon cepat-cepat kata jom sebelum dia tukar fikiran.. untuk makluman, suami saya ni maha sibuk.. hari cuti pon sibuk.. ada je aktiviti dia.. kalau tak ada operasi dan main bola, mesti ke kebun siapkan projek beam beliau.. kalau tak ada kerja pon mesti dia cari jugak kerja.. tak boleh duduk diam! hoho.. tak macam isterinya langsung.. kalau cuti mesti akan meleset je duduk rumah.. hehehe

tapi tiba-tiba pulak beliau kene kerja hari sabtu tu, so kita postpone hari ahad.. actually hari ahad pon beliau kene kerja, tapi beranilah nak kerja.. mau masam je muka isterinya sebulan.. wakakaka..

so ahad tu bergerakla kami 3 buah kereta ke melaka.. dari serting pukul 8.45 pagi dalam 10.30 sampai dah ke destinasi yang dituju.. dekat je.. 

tiket masuk rm15.80 bagi warganegara dewasa dan rm6 bagi warga emas.. hana bawah 2 tahun, so tak perlu bayar..

dah nama pon zoo kan, so memang binatang jela isinya dalam tu.. tak tau nak cerita apa so enjoy the pictures.. gambar pon tak banyak sebab mamanya ni memang malas nak menangkap gambar.. papa yang biasanya rajin bergambar pon simpan je handphone haritu.. mengharapkan ummi dengan monopodnya jela.. hehe








kesimpulannya, seronok dapat bawak hana pergi zoo.. bagi dia tengok binatang-binatang yang selama ini tengok dalam buku je.. yang kelakarnya bila baca buku, pandai pulak hana mengaumm bila tunjuk picture harimau.. then bila kat zoo, mengeoww pulak si hana ni bila nampak harimau.. mungkin sebab harimau in real comel kot macam kucing.. hahahaha

zoo melaka ermm biasa-biasa jelah.. masa kitorang sampai tu ada bird show, tapi tak menarik sangat show dia.. elephant show pulak kitorang terlepas.. sampai-sampai je tempat show tu, show dah habis.. hoho.. 

lepas dah habis pusing satu zoo tu, lebih kurang pukul 2 kami berkelah di tasik sebelah zoo.. memang plan nak picnic, so siap-siap bawak bekal nasi.. tak sangka pulak sebelah zoo ada port best untuk picnic.. ramai jugak family yang bentang tikar dekat situ.. so korang yang plan nak ke zoo melaka, bolehlah bawak bekal siap-siap dari rumah dan lepak dekat tasik ni.. memang bestt..

lepas makan and rest sekejap, kami bertolak pulang.. tak pergi tempat-tempat menarik lain dekat melaka?? tak.. sebab memang plan nak ke zoo je.. lagipun penat tau berjalan satu zoo tu.. lenguh kaki.. penat yang berbaloi.. hehe.. penat tak apa, boleh hilang.. quality time with hana dan family tu yang paling beharga.. :)




Monday, 29 September 2014

persedian menyambut si kecil : yang perlu dan yang tak perlu

assalamualaikum semua..



dulu waktu nak menyambut kelahiran hana, memang excited.. anak pertama la katakan.. semua barang nak dibeli.. siap ada checklist lagi.. daripada persedian nak berpantang sehinggalah kepada baju-baju baby.. memang complete..

old school punya check list.. haha

memang susah betul nak kawal nafsu membeli masa tu.. nampak semua macam perlu.. nampak semua macam akan digunakan.. lagipun masa tu tak ada siapa yang guide.. pandai-pandai sendiri je.. guide pon dapat daripada blogger-blogger yang masing-masing pon tengah excited buat persiapan nak sambut anak masing-masing.. the problem is, bila saya banyak baca cerita blogger2.. banyak tengok list persediaan mereka yang panjang berjela.. lagi tak tertahan la nafsu untuk beli semua.. orang nak kita pon nak.. orang beli kita pon nak beli.. haihhh.. T_T

untuk itu, saya nak bagi guide kepada para-para ibu di luar sana tentang apa yang betul-betul diperlukan untuk persediaan menyambut kelahiran si comel anda.. ini mengikut pandangan dan pengalaman sayalah ye.. dan bukan semua.. mana yang saya rasa penting and saya ingat, saya sharekan di sini.. harap dapat membantu.. :)

1. pakaian baby

biasanya mak-mak di zaman moden ini akan scan jantina baby kan.. jaranglah yang inginkan kejutan.. siap scan 4D lagi sampai boleh nampak lesung pipit anak tu.. hehe

so bila dah tau baby boy atau girl, kita cenderunglah nak pilih baju mengikut tema jantina anak tu.. tak salah pon.. tapi ingat, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. macam kawan saya, 4 kali svan doktor kata boboy, sekali yang keluar gegirl..

hana genap sebulan..
so, untuk selamat, pilihlah baju yang unisex.. dua-dua boleh pakai.. tapi tak salah pon boboy pakai baju warna pink kan.. 

and jangan beli banyak sangat saiz newborn.. baby ni cepat membesar.. nanti pakai sekali dua dah tak muat.. setakat cukup untuk seminggu pon ok.. takkanlah dalam seminggu tak basuh-basuh baju tu kan? :) my suggestion is 5 pasang baju siang dan 5 pasang baju malam.. enough..



and for me, untuk new born better beli baju yang berbutang di depan.. elakkan daripada beli rompers walaupun memang banyak sangat rompers yang kiut miut dan menggugat iman sekarang ni.. 'cute like mommy'lah.. 'handsome like daddy'lah.. comellll je.. 

sebab saya syorkan beli baju yang berbutang di depan? sebabnya kalau ada butang kat depan, senang nak sarung kat baby.. tak payah nak angkat-angkat kepala dia.. tengkuk baby ni kan lembut lagi.. kesian dia..

2. baby cot

yang ini memang excited sangat nak beli.. anganan masa tu, malam-malam hana akan lena tidur di katilnya sementara mama dan papa pula lena di katil kami.. oh indahnya berangan.. :)

tapi hakikatnya, satu malam pon hana tak pernah tidur di katilnya.. mana taknya, kalau dah asyik nak memerap dengan mamanya.. gagah pula mama nak angkat hana ke baby cot bila hana dah lena then bila hana merengek balik nak susu, mam angkat balik.. tak kuasa i.. baik letak je hana dekat sebelah.. senang.. kuikuikui

kadang-kadang je biar hana main dalam katilnya..
itupon kena dilayan.. kalau tak menjerit.. hana hana.. :)
so ini memang suatu pembaziran yang besar.. bukan seringgit dua baby cot ni.. nasib baik tak beli tilam empuk dan set untuk baby cot ni sekali.. kalau tak dah jadi double pembaziran.. T_T

so nasihat saya, tengok dulu keadaan anda dan baby.. kalau nampak gaya anak comel anda tu boleh tidur dengan aman dan tenang tanpa perlukan kehangatan dan belaian dari ibunya seperti hana, bolehlah beli awal-awal baby cot ni kemudian dihias cantik-cantik.. kalu tak, marilah kita peruntukkan wang tersebut ke benda yang lebih penting.. :)



lagi best tidur berbantalkan lengan mama kan hana..
baby cot tu boleh jadi tempat mama letak barang.. T_T
3. stroller


yang ni penting pon tidak.. tak penting pon tidak.. bergantung kepada korang.. kalau korang rasa keluar-keluar wad terus nak bawak baby berjalan, bolehlah beli awal2.. kalau tak, ini boleh dimasukkan dalam kategori kurang penting.. dalam pantang atau nanti-nanti pon boleh beli.. sekarang ni banyak yang jual preloved stroller ni.. cantik-cantik dan elok lagi.. harga haruslah much much more cheaper daripada yang baru.. so korang boleh jugak consider beli yang preloved punya ni..

selain stroller, korang boleh jugak beli carrier seperti ring sling, ssc, wrap dan sebagainya.. sekarang tengah 'in' carrier-carrier cenggini.. tapi nak beli kena ada ilmu.. korang boleh join group malaysian babywearers.. dekat sini banyak sangat info mengenai babywearing ni..

and kalau korang macam berminat nak berbabywearing, saya cadangkan anda cuba dahulu carrier yang anda minat tu sebelum beli..baru anda tahu mana satu yang lebih sesuai dan selesa untuk anda dan baby.. dekat mana nak cuba? anda boleh tanya dekat mommies dalam group tu ye.. mereka dengan rela hati akan membantu.. :)

macam saya, beli ring sling konon nak berbabywearing jugak.. tapi sekali je pakai.. hana taknak dok dalam tu.. pembaziran lagi.. hukhukhuk..
yang ni ring sling.. saya punya sebijik macam ni..
berangan jela nak kendung hana dalam tu.. 
4. car seat


yang ni kalau saya cakap tak penting, mahu kena hentam dengan ibu-ibu yang pro-carseat.. hehe.. penting carseat ni.. untuk keselamatan si manja anda.. tapi carseat ni ada pelbagai jenis.. studylah sikit ye sebelum beli.. tapi untuk penggunaan jangka masa panjang, saya cadangkan untuk beli jenis combination yang boleh guna daripada infant sehinggalah umur 3 ke 4 tahun..

car seat ni pon boleh tahan harganya.. kalau nafsu tinggi dan poket penuh, bolehlah beli yang ribu-ribu.. kalau tak dekat manjaku ada yang rm200 lebih je.. yang penting sila semak safety features dia sebelum beli ya.. carseat jugak ramai yang jual preloved punya.. boleh diconsiderkan jugak..

hana first time duduk dalam carseat.. rugi beli yang macam ni.. sekejap je dah tak muat hana nak duduk dalam tu..

bila dah besar sikit, pandai pulak keluar dari carseat cari mama.. haihla anak..
5. pam susu

yang ini bagi saya penting bagi mommies yang berazam nak fully breastfeed anak anda.. tapi jangan ikut nafsu.. beli ikut keperluan.. mungkin mula-mula boleh beli yang manual dulu ke.. sebab dalam pantang kan, so tak ada masalah pon kalau pam guna yang manual.. bila dah nak masuk kerja, baru consider untuk beli yang elektrik ke mengikut keperluan dan kerajinan serta kesungguhan anda untuk mengepam.. kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, hurmm sendiri mau ingat laa.. hehehe


my first pump is unimom allergo.. second is spectra 3..

survey pakej breastpump.. korang kalau rajin survey, bolehlah banding-bandingkan harga.. then haruslah pilih yang paling murah.. :)
nak beli yang preloved pon berlambak orang jual.. bagus juga beli yang preloved ni.. sebab ada kes kadang-kadang pam ni tak serasi dengan tuannya atau tuannya tak cukup kuat tekad untuk fully mengepam.. jadi daripada pam tersebut terbiar begitu sahaja, meraka akan let go pam-pam yang masih elok ni dengan harga yang sangat berbaloi..

untuk pam ni, ada jugak yang tak serasi dengan kita.. jadi kalau boleh try dulu pam yang anda hendak beli.. ada tempat-tempat yang kita boleh try dulu pam ni.. contohnya macam di momslittleones.. so, bila dah try, barulah tahu mana yang lebih sesuai dengan diri kita.. tak gitu?

boleh baca review saya untuk unimom allergo dan spectra 3 di sini dan sini..

6. nursing bra

for me perlu sangat-sangat.. pergi cari dekat aeon je brand scarlet.. rm15 je sepasang..

nursing bra pon survey di internet.. harga pon boleh tahan.. padahal dekat aeon berlambak.. manalah nak tau.. first time.. ^_^
7. set berpantang

yang ini haruslah beli dari awal-awal lagi.. takkan dah bersalin baru terhegeh-hegeh nak cari param pilis semua.. hehe

punyalah berlambak set berpantang kat luar sana.. harga satu set bukannya murah-murah.. dalam tiga ratus jugak..

jadi buatlah pilihan yang bijak.. kaji setiap items di dalam setiap set berpantang yang anda berkenan kemuadian bandingkan kelebihan antara satu set dengan set yang lain.. biasanya, dalam satu set tu, ada barang yang kita betul-betul perlu dan tak berapa perlu..

ni antara set berpantang yang saya survey..
gigih listkan satu-satu.. :)

contohnya masa berpantangkan hana dulu ambil set berpantang tanamera untuk luaran.. yang betul-betul guna hanyalah minyak urut, param, pilis, brown soap dan herbal bath je.. yang lain-lain ada lagi sampai sekarang.. pembazirann..

untuk dalaman, saya ambil shaklee.. yang ni worth buying.. langsung tidak membazir.. dari hari first berpantang boleh guna and continue sampai sekarang.. supplement kan.. so memang tak ada masalah untuk consume.. bagus untuk kesihatan.. and masa ni lah saya berkenalan dan jatuh cinta dengan shaklee ni.. love at first sight kata orang.. hehe

nak beli shaklee pon survey tau.. nampak tak yang last tu kata 'x best'.. maknanya respon daripada distributor tu tak best lah.. jadi pangkah awal-awal untuk beli dari beliau.. heheh

so nasihat saya, study setiap items dalam set berpantang tu and untuk jimat, anda boleh beli items yang betul-betul diperlukan sahaja secara loose.. anda boleh beli loose items set berpantang yang terpilih di CHARMSandCOLORS..

and ada jugak mommies yang nk let go set berpantang mereka.. tapi biasanya yang dah guna sikit lah.. guna 2 3 kali then tak serasi dengan ibu atau bayi, jadi mereka let go dengan harga yang sangat murah.. pon berbaloi untuk dibeli.. 

and kalau boleh, elakkanlah beli set berpantang yang berasaskan jamu.. sebab jamu ni panas.. takut beri effect pada anak.. kesian anak tu.. kalau dah beri effeck pada anak, terpaksalah stop consume jamu-jamu tersebut.. kan dah membazir..


ni sebahagian daripada set berpantang shaklee yang
saya amalkan sehingga sekarang..
erm rasanya setakat ini dululah perkongsian saya ya.. harap dapat membantu para mommies di luar sana membuat persedian menyambut si comel anda tanpa pembaziran.. berjimat-cermat kan amalan yang mulia.. :)

oh ya, lupa pulak.. ni antara group yang anda boleh join untuk dapatkan barangan preloved..

kalau korang nak cari apa-apa, post je di group-group ni.. insyaAllah ramai yang akan bagi respon.. :)


happy shopping mommies! 


*****************************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda


Tuesday, 5 August 2014

buah hati pengarang jantung

assalam semua.. selamat hari raya.. tak terlambat lgai kot nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, zahir dan batin.. kosong-kosong ye.. :)

tahun ni kali kedua hana sambut hari raya.. makin meriah dibuatnya.. almaklumlah, raya tahun lepas hana baru 5 bulan.. sekarang dah setahun 4 bulan.. dah macam-macam telatah.. macam-macam karenah.. kalau diingat-ingatkan boleh ketawa dan senyum sorang-sorang.. hana.. hana.. :)

hana dah pandai salam orang.. memang perfectlah timing hana pandai menyalam.. boleh collect duit raya sekali.. hahaha.. bila sorang dah disalamnye, habis semua orang nak disalamnya.. :)

baju jangan cakaplah.. biasalah cucu sulung kepada opah, uwan dan uwan longnya.. baju memang mewah.. mamanya beli 3 pasang je baju raya untuk hana.. sepasang dress, sepasang shirt dan skirt dan sebasang shirt dan jeans.. itupun dress tak berpakai lagi.. baju untuk hari pertama raya, kain sedondong dengan family belah suami.. umminya sponsor.. makcik farahnya tukang jahit.. dapatlah satu jubah cantik berlace manik bagai.. untuk raya kedua pulak makcik farahnya jahitkan dress cantik jugak.. haihh.. untunglah hana.. untung jugak mama sebab dapat save budget.. kuikuikui..

dan disebabkan telatahnya dah semakin menjadi-jadi, memang jadi perhatianlah si hana ni.. kalau berjalan di negeri sembilan, pak sedara dan mak sedaranya berebut-rebut nak jaga hana.. jadi dapatlah mama dan papa makan dengan aman, tenang dan banyak.. muahaha..
kalau kat kg gajah pon camtu jugak.. makcik-makciknya ramai.. jadi senang mama.. :)

telatah hana ni pulak memang kelakar.. aku dengan suami kalau sembang berdua mesti dok refresh balik telatah-telatah hana ni.. heheh

ingat lagi raya ketiga di kg gajah, kitorang baru balik daripada perjumpaan kaum kerabat raja (jangan tak tau i ni kerabat raja tau.. hikhik), kitorang me, my husband, dengan 2 orang adik aku balik dulu sebab hana dah meragam nak tidur.. sampai rumah kunci rumah pulak lupa nak mintak dekat mak.. jadi letak hana yang dah tertido dalam kereta dalam buai.. kitorang pon sementara nak tunggu yang lain-lain balik mainlah carom dekat luar rumah tu.. memang main pon sebelah je dengan buai hana.. suara sorang-sorang tak reti nak slow.. dengan gelak ketawa.. dengan bunyi kentung kentang carom lagi.. tiba-tiba tengah kitorang syok-syok bergelak ketawa, dengar satu suara gelak 'ahahahaha'.. masing-masing terdiam kejap.. rupanya hana yang ketawa dari dalam buai.. hahaha.. apa lagi gelak besarlah semua.. hahaha dia pon nak join gelak jugak.. memang sakit perut aku gelak masa tu.. sampai keluar air mata.. :'D

malam tu makciknya bawak hana keluar pergi kedai.. masa diorang balik, kami semua ada depan tv tengah layan cerita rindu awak 200%.. hana masuk je tengok ada gula-gula yang bulat-bulat warna warni macam rida tu dekat tangn dia.. aku pon apa lagi.. cakaplah 'ha ni sapa bagi makan cekelat ni???' nada memang ala-ala garang la sambil jegil-jegil biji mata.. nak tau apa reaksi hana? sambil terus berjalan ke arah aku, sambil tu mulutnye dimuncung-muncungkan macam nak tunjuk sangat yang dia tengah makan gula-gula tu.. macam menganjing aku pon ade.. siap bunyi shupp shupp lagi.. hahaha.. geram aku tengok budak tu.. memang rasa nak gigit-gigit je pipi tembam tu.. hihi

memang macam-macam telatah budak tu sekarang.. bila stress-stress tengok gambar-gambar dia, ingat telatah-telatah dia, boleh sejuk je hati.. :)


     

     

     


haisshhhhh gerammmmmmmm!!!

Monday, 23 June 2014

sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam?

asslamualaikum readers..

lagi 4 hari kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia.. sudah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal? dengarnya bulan ramadhan kali ini, cuaca panas.. semoga kita semua diberi kemudahan untuk menjalani ibadah tersebut dengan sesempurna mungkin.. insyaallah..

hari ini saya nak share mengenai pengalaman saya menyusukan hana.. alhamdulillah, setakat hari ini saya masih lagi memberikan susu ibu kepada hana.. bukan sepenuhnya.. di rumah pengasuh, hana minum susu formula.. tetapi apabila berada bersama saya, hana akan minum susu ibunya ini.. :)

saya tidak tahu kalau ibu-ibu yang lain mengalami situasi yang sama.. tetapi hana bila malam (tidur) memang tidak boleh berenggang dari saya.. bila sampai waktu tidurnya, saya akan susukan hana sampai hana tertidur.. kemudian dia akan 'melekap' dengan saya hampir sepanjang malam tersebut.. kalau dia terlampau lena baru boleh berenggang sikit.. itupun tidak lama.. dia akan mula 'mencari' balik.. kalau saya tiada waktu dia 'mencari' itu, terus menangis anak mama tu.. haihh


ada orang gelarkan situasi ini sebagai mengempeng.. ada juga yang panggil bergantung.. kalau orang tua-tua kasar sikit bunyinya.. meng*p*k.. hehe.. mak saya pulak panggil memerap.. apa pon istilahnya, menyusukan bayi sepanjang malam adalah agak memenatkan.. bagi sayalah..

oh tidak.. saya tidak merungut.. tidak sesekali.. saya bahagia bila hana mencari saya di tengah-tengah malam.. saya bahagia bila dia perlukan saya setiap kali dia mahu tidur.. saya bahagia apabila bila sampai waktu tidurnya, dia akan menarik tangan saya masuk ke dalam bilik.. this is once in a lifetime experience for me and hana.. jadi tak ada sebab untuk saya merungut.. :)


cumanya disebalik kebahagian tersebut, ia adalah sesuatu yang memenatkan untuk dilakukan sepanjang malam, setiap hari.. bayangkan saya terpaksa tidur mengiring sepanjang malam.. oh tidur mengiring sambil memeluk bantal peluk atau suami dengan tidur mengiring sambil menyusukan anak adalah tidak sama ye.. lain..

bila kita tidur mengiring sambil menyusukan anak, akan ada satu rasa tegangan pada bahagian belakang kita.. badan kita bukan dalam keadaan rileks.. dan akibatnya kita tidur dalam keadaan tidak selesa.. tidur yang tidak berkualiti.. untuk lena sepanjang malam itu adalah sangat mustahil.. ada juga beberapa kali saya cuba berenggang dari hana kerana keadaan yang sangat tidak selesa, tetapi apakan daya.. anak saya tu manja dengan mamanya ini.. teruslah saya memerap dia dan lelapkan mata sambil cuba mengabaikan ketidakselesaan yang saya rasakan..

bila bangun dari tidur, mulalah sakit sakit pinggang dan sakit-sakit badan.. biasanya suamilah yang jadi tempat mengadu.. minta dia tolong picitkan belakang.. masa inilah pon nak bermanja-manja sikit.. hehe.. muda-muda lagi dah sakit-sakit pinggang.. macam manalah bila umur sudah semakin meningkat nanti.. ini baru seorang anak!


bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, jangan pernah mengalah.. anak-anak ini bukannya nak menyusu sangat.. mereka hanya ingin mencari sedikit kehangatan dan kedamaian daripada ibu mereka ini supaya mereka dapat tidur dengan tenang.. :) lagipun tak lama.. insyaallah selepas 2 tahun, fasa ini akan berakhir.. selagi mana anak kita mahukan kita, just enjoy the moment..

cuba cari penyelesaian bagi mengatasi masalah sakit pinggang dan badan kerana menyusukan bayi anda sepanjang malam.. antara yang saya lakukan selain minta suami picitkan belakang adalah meletakkan bantal di belakang badan saya sebagai tempat untuk saya bersandar.. ini sangat membantu kerana ia dapat mengurangkan sedikit tekanan kepada badan kita..


selain itu, dapatkan cukup zat untuk badan kita terutama sekali kalsium.. minum susu.. bagi yang tak minum susu seperti saya, saya sangat-sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee.. saya sebenarnya baru seminggu je ambil ostematrix ini.. tapi masyaallah.. kesannya amat menakjubkan.. selama ini dok dengar je orang share mengenai kehebatan ostematrix ini.. tapi disebabkan saya ni susah sikit nak telan pil-pil ni, jadi niat nak consume ostematrix tu terpendam dalam hati je..


tapi alhamdulillah, sejak seminggu saya ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur, memang lena saya tidur.. tak ada lagi sakit-sakit pinggang dan badan akibat menyusukan hana sepanjang malam.. bangun pagi pun segar je.. memang terbaiklah.. kalaulah saya tahu penangan ostematrix ini, dari awal-awal dulu lagi saya akan consume ostematrix ini.. tapi tak apalah.. better late than never kan.. :)

sekarang ini, ostematrix sudah menjadi teman setia saya setiap malam.. saya siap ingatkan suami suapaya ingatkan saya untuk ambil 2 biji ostematrix sebelum tidur.. takut saya terlupa.. :) manyusukan hana sepanjang malam tidak lagi menjadi sesuatu yang memenatkan buat saya.. dan suami tak perlu lagi tunjukkan muka simpati sambil berkata 'sabar ye sayang' setiap kali saya mengadu sakit pinggang dan belakang akibat semalaman menyuskan anak.. :)


mama.. dah telan oste belum.. jom la tidur.. hana dah mengantuk ni.. :)

semoga entry kali ini dapat memebri manfaat kepada semua terutama ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, sakit pinggang dan badan sebab menyusukan bayi sepanjang malam.. saya doakan kita semua diberi kekuatan dalam membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.. insyaallah.. :)


ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda