Showing posts with label lovey dovey. Show all posts
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

sepetang ahad bersama hana

alkisahnya semalam.. hari ahad.. biasanya petang2 ahad kalau takde aktiviti, kami anak beranak akan tidur berjemaah.. tapi semalam papanya ada game bola pulak.. dan kebiasaannya, mama ngan hana akan ikut sekali.. tapi disebabkan hana dah makin aktif, tak mau duduk diam, mama pon memutuskan untuk tidak ikut.. jadi kuranglah 2 orang penyokong team papa.. hehe..

tapi aktiviti tidur berjemaah tetap diteruskan, walaupun dengan ketiadaan papa.. mama dan hana sahaja sudah mencukupi.. hehe

hana start tido pukul 3.. mama lambat sikit sebab nak kena make sure hana tidur dulu.. tapi lambat tak lambat sangatlah.. lima minit lepas hana tidur mama pon kroiihh kroiihh.. hahahaha.. 

lebih kurang pukul 4 mama tersedar yang hana sudah sedar.. mama peluk hana sambil tepuk2 punggung hana dengan harapan yang sangat tinggi bahawa hana akan terlelap semula.. namun harapan tinggal harapan.. mata hana besar bulat.. menandakan hana tidak mungkin akan terlena semula.. 

mama biarkan.. mama masih di posisi yang sama manakala hana pula sudah beralih posisi.. hana mula duduk.. termenung.. kemudian mula menolak2 bantal peluk yang sepatutnya menjadi pengahadang hana daripada jatuh, sebab hana suka tidur berguling.. sekejap ke sini.. sekejap ke sana.. akhirnya bantal peluk itu jatuh.. 

hana menjulurkan kepalanya untuk melihat bantal peluk tersebut.. mama mula cemas.. walaupun hana dah pandai turun daripada katil sendiri, tetapi mama tetap risau.. namun mama masih di posisi yang sama.. tidak berganjak.. tapi dalam keadaan berjaga-jaga..

hana tarik balik unjuran kepalanya.. kemudian merebahkannya di atas badan mama.. mulutnya mula mengeluarkan suara.. ahhh.. ahhh.. ahhh.. mama senyum kemengantukkan.. antara sedar atau tidak, mama kembali lena..

ada ketikanya mama tersedar.. ada masanya mama sedar2 hana sudah berada di kaki mama.. ada masanya hana leka membelek2 hp mama.. ada ketikanya hana baring atas kepala mama.. ada ketikanya hana sudah berada di belah kiri mama (masa tidur belah kanan).. sayup2 mama dengar suara hana.. ahhh ahhhh ahhh.. ahh mata mama ni mengapa begitu berat sekali..

hampir satu jam berlalu, mama gagahkan untuk membuka mata.. mama lihat hana.. hana pandang mama..

'hana sayang.. hai.. anak mama main sorang2 ye..'

merangkak hana dari hujung katil mendapatkan mama..
eee ehekk ehekk ehheekk.. hana menangis..

pantas mama rangkul hana.. dan mama cium hana bertalu2.. bersalah rasanya membiarkan hana berseorangan..

terasa kasih sayang membuak2 antara kami..

lantas mama dukung hana mengambil angin di luar..

where is the flower?
there...
where is the sky?
there..
where is papa??
papa is not here.. papa playing football.. 

sekian 

oh ya.. papa pulang membawa kemenangan 7-1
tapi sebenarnya mama harap papa kalah. so takdelah game lepas ni.. hehehe


Tuesday, 28 January 2014

suamiku metroseksual

pergghh.. tajuk nak kontroversi.. haha

gelak-gelak jugak.. tapi korang tau ke maksud metroseksual?? meh kita tengok apa yang dimaksudkan dengan metroseksual.


KOSMO : "lelaki metroseksual adalah lelaki yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Kesemuanya harus terbaik untuk dirinya. Mereka dilihat begitu mengambil berat dan menyayangi diri sendiri dan menyenangi gaya hidup metropolita"


WIKIPEDIA : 
"seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka"


Ada jugak aku google yang kata metroseksual ni lelaki yang mementingkan penampilan lebih daripada perempuan.. menghabiskan berjam-jam di depan cermin.. semua nak dibeleknye.. ada jugak kata lelaki metroseksual ni ciri-cirinya seaakan cenderong kepada homoseksual.. aiyooo

adakah laki aku metroseksual?? kalau tengok pada point last tu haruslah tidakkkk... suamiku lelaki sejati hokeyy.. haha.. actually suami hakak ni tak layak pon tergolong dalam golongan metroseksual ni.. saje je hakak wat tajuk camtu.. barulah ramai yang tertarik menarik ditarik.. eheh..

point sebenarnye nak cakap laki aku ni jenis yang mementingkan penampilan.. melebihi bini dia ni.. aku ni jenis yang sempoi je.. g kerja pon pakai t shirt, track suit ngan selipar je.. tak caye?? meh datang opis aku meh.. hehe.. tapi terbalik pulak ngan laki aku ni.. mementingkan penampilan orang kate.. tapi takdelah overr.. nak kene kalau over.. ;)

kalau nak shoping baju dia.. mak ai cerewetnyeee... pegi kedai sini.. masuk kedai sana.. datang balik kedai sini.. adoiii.. ada je yang tak kene.. nasib baik la dapat bini rajin melayan cam aku ni.. ngehngehngeh.. kasut ngan seluar ok sikit.. takdelah banyak sangat cekadak die.. tapi kalau baju... huiiiii aiiii.. :D

lagi satu rambut.. kadang-kadang seminggu sampai 2 kali pegi kedai macha tu.. nak gunting.. ade je yang tak kene kat mata die tu.. pada aku ok je.. pastu kalau die dah siap2 nak pegi keje ke, jalan-jalan ke.. janganlah ko usik rambut die tu.. dieelak eh.. kelakar betul la suamiku sorang ni.. lagi satu kalau bersiap memang lama dari aku.. betul wehhhhh.. 

tadi aku keluar lunch dengan beliau, die kate die dah nak hampir ke obesiti.. hahahahahaha.. memang aku gelak besar.. dah banyak kali aku cakap die dah berisi sikit (sebab aku pandai jaga :P).. tapi dia tak pecaya.. haa.. ni dah cek kat klinik kesihatan.. baru kau tau.. haha.. pastu sebokla kata nak sit up 50 kali sehari.. haha

eh aku yakin laki aku tu mampu buat senaman dengan konsisten.. die memang bab disiplin ni aku tabik spring sikit.. tak hangat-hangat tahi ayam cam aku T_T.. pastu pulak die ni memang hari2 main bola.. main bola ni ibarat makan nasik kat die.. tak main tak boleh.. kalau kitorang keluar berjalan, nak petang sikit dia mula la ajak balik.. nak kejar main bola die tuh.. huhhh.. tensen makk..

tapi aku rasa aku nk bagi sokongan la kat suami aku ni.. ehhh.. sebelum ni aku memang sokong.. 100%.. tapi ni nak tunjuk sikit sokongan aku kat die dalam misi dia menjaga kesihatan.. lagipun mana ada bini nak laki dia tak jaga kesihatan.. ye tak?? jadi aku ingat nak bagi dia something la..  

something apa?? haaa.. nanti aku story..

stay tuned :) 


Monday, 22 July 2013

150 juta by fynn jamal


so in love with the lyric



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata



Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..