Showing posts with label episiotomy. Show all posts
Showing posts with label episiotomy. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

kurangkan risiko koyakan episiotomy semasa bersalin dengan senaman kegel


senaman kegel? apa tu?
bagi wanita-wanita yang tak tahu apa itu senaman kegel, anda belum cukup wanitalah tu.. hehehe.. acah je.. saya pon baru tahu mengenai senaman kegel ni masa nak bersalinkan nurhana qaleesya dulu.. jom saya kongsikan secara ringkas apa yang saya tahu mengenai senaman kegel ini.. semoga bermanfaat! :)

senaman kegel ini senang cerita senaman kemutan di bahagian otot pelvis.. otot pelvis ini otot yang menyokong bahagian peranakan wanita serta pundi kencing.. sebagai seorang wanita, teramatlah penting untuk kita menjaga otot pelvis ini demi kesejahtetaan dan kerukunan hidup bersama suami.. ;)


bagi wanita yang sedang hamil, antara perkara yang paling ditakuti dan digeruni adalah koyakan episiotomy samada secara alami atau secara guntingan.. auccchh.. ngeri tau.. nak jaga luka episiotomy ni bukannya mudah.. tambahan, koyakan/guntingan pada episitomy ini dikatakan boleh menjejaskan 'kewanitaan' seorang wanita.. jangan pandang remeh kawan-kawan..
actually saya sendiri ada pengalaman dengan luka episiotomy ini semasa melahirkan hana.. memang trauma.. disebabkan itu, pregnant kali kedua ni, segala petua saya gali untuk mengelakkan episiotomy..



antara saranan yang paling popular untuk mengelakkan episiotomy adalah dengan mengamalkan senaman kegel.. senaman yang tersangat mudah.. boleh dilakulan bila-bila masa di mana sahaja..

caranya tersangatlah mudah.. anda hanya perlu kemutkan otot di kawasan 'itu' selama 5 saat kemudian lepaskan kemutan perlahan-lahan.. ulang seberapa banyak dan sekerap yang anda mampu.. waktu mengemut tu, jangan tahan nafas dan relakskan bahagian perut anda..

mudah kan?? dekat mana-mana pon boleh buat.. tengah tengok tv.. tengah meeting.. tengah potong bawang.. tengah baca buku..bukan ada sesiapa pon tahu.. :)
selain itu, senaman ini boleh dilakukan ketika anda membuang air kecil.. caranya, ketika sedang melepaskan hajat kecil anda itu, tahan dan kira sampai 10.. then baru sambung membuang..
dengar macam mudah tetapi agak mencabar jugak.. bagi permulaan boleh mula tahan air kencing anda untuk 5 saat dahulu.. kalau sudah berjaya, then increasekan tempoh tersebut..

tujuan senaman kegel ini adalah untuk menguatkan otot pelvis.. bila otot pelvis kita kuat, insyaallah kuranglah risiko untuk berlaku koyakan pada bahagian episiotomy semasa bersalin nanti..


opps, bukan wanita yang hendak bersalin sahaja yang patut melakukan senaman ini.. semua wanita seharusnya mengamalkan senaman ini.. especially yang mempunyai otot pelvis yang lemah.. bagaimana nak tahu samada otot pelvis kita lemah atau tidak?? boleh tanya encik suami.. hehehe.. ataupun bagi mereka-mereka yang sering 'terkucil' ketika bersin, batuk, atau ketawa, itu tandanya otot pelvis anda lemah.. biasanya wanita yang pernah melahirkan anak secara normal akan mengalami masalah ini..

tapi jangan bimbang.. dengan mengamakan senaman ini secara konsisten, insyaallah segala akan kembali seperti zaman anak-anak dara dulu.. :)


jom sama-sama kita amalkan senaman kegel.. bukan sahaja dapat membantumengurangkan risiko koyakan episiotomy semasa melahirkan anak, tetapi juga dapat mengekalkan kewanitaan yang sejati.. :)

semoga sedikit perkongsian dari saya ini bermanfaat untuk semua wanita di luar sana.. 



Thursday, 7 November 2013

macam mana nak elak episiotomy

ini adalah antara subjek yang selalu aku search sepanjang mengandung.. maklumlah first time.. siapalah yang tak ngeri bila membayangkan 'itu'.. haha.. eh bukan yang first timer je kot, yang nak deliver anak keenam pon mestilah ngeri ngilu seriau jugak.. kan? kan? kan?

ok.. let me share pengkajian ku.. pengkajian pun bulesss..

based on my research .. ceewahh.. antara cara2 untuk elakkan daripada episiotomy atau nak elakkan darpada bahagian bawah tu koyak atau rabak dalam bahasa yang lebih ngeri.. adalah dengan meneran dengan cara yang betul..

time aku bersalin dulu.. xdepon doktor atau nurse2 kat situ ajar cara2 nak meneran.. ku tunggu2 jugak kalau2 diorang nak ajar.. tapi sampai kesudah xde.. ajar breathing technique pon harammm.. pandai2 ko la nak sedut napas tu camane pon.. naseb bek banyak membaca.. thanks to all mommies yang banyak share pasal ni.. tapi ikut hospital jugak.. kalau naseb ko baik g hospital yang doktor juga nursenye suka mengajar, mungkin diorang akan explain..

takpe2 meh ku share kan sedikit yang ku tahu.. ni daripada ape yang aku bace la ye.. aku tak pegi antenatal (betul ke ejaannya) class.. kalau time sakit contraction tu nak datang, ko sedut nafas dalam2 pastu hebus perlahan2.. yang penting fokus! kalau kita fokus automatik sakit tu akan kurang sikit.. ermm actually tak kurang pon for me.. tapi die bagi kita jadi lebih calm.. yes! calm..

so back on the track, meneran dengan betul.. means bila sakit baru teran.. bila tak sakit relaxxx.. bertenang.. and for me time kita sakit tu then kita focus untuk pushh, the feeling was sooo hurrmm niceee.. haha.. x boleh nk describe feel die.. korang feel la sendiri.. ingat, kalau tak sakit jangan meneran.. tu salah satu punca bawah tu boleh terkoyak..

then kedudukan mesti betul.. bila bukaan dah full, kangkangkan kaki dan bengkokkan.. tumit tu bagi kene sampai buntut.. tangan plak pegang kaki dekat buku lali tu.. boleh bayangkan tak.. then bile nak push, JANGAN ANGKAT PUNGGUNG.. kenape huruf besar? sebab daripada apa yang ku baca, rata2 memang stresskan bende ni.. jangan angkat punggung bila meneran.. kalau angkat jugak - rabak! :'( 
yang ni memang aku fokus.. dalam kepala dok ulang2 je jangan angkat punggung.. jangan angkat punggung.. hehe.. dan memang aku berjaya tak angkat punggung.. yeay!

macam mane nak teran? teran macam nak berak tu.. same je.. tapi yang ni macam ko sembelit.. susah nak keluar.. haha

erm lagi ape ye.. ha.. sapu VCO atau virgin coconut oil atau minyak kelapa dara di bahagian bawah tu.. kenapa? vco dikatakan mampu tambahkan elastisiti pada bahagian bawah kita tu.. so akan kurangkan risiko koyakkan.. yang ni memang aku amalkan.. ramai yang kate berkesan.. tapi aku? huhu.. sudah ditakdirkan.. aku apply vco ni pon lambat.. dah 8 bulan baru terhegeh2 nak sapu.. so aku syorkan pada semua untuk sapu dengan lebih awal.. insyaAllah.. kita usaha Allah tentukan.. mana nak dapat vco? banyak yang jual.. kalau korang beli set bersalin tanamera dia dah ada dalam set tu.. tapi aku prefer TROPIKA VCO.. ada bau lavender dan rose.. so xdela bau minyak kelapa kat bahagian tutt tu.. hehe..

dan walaupun teori2 cara nak mengelak episiotomy ni dah ada dalam kepala, tapi dah rezeki aku.. bende nak jadi, jadi jugak.. kun fayakun.. :)

tapi tak salah kita berusaha dan bersedia.. aku doakan semua ibu-ibu di luar sana tak dipermudahkan perjalanan melahirkan anak dan dijauhkan daripada mengalami luka episiotomy.. apatah lagi luka episiotomy terbukak dan kene jahit semula.. huhu akulah tu.. boleh baca pengalaman ngeri aku waktu luka episiotomy terbuka dan kena jahit semula.... :)