Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

testimoni kawan saya ambil alfalfa sebagai milk booster

minggu lepas saya berjumpa dengan kawan saya, kama sebab nak bagi consultation tentang supplement yang dia dan kawan-kawan beli.. biasanya kami kalau berjumpa memang sembang panjang.. tapi sebab masa tu saya tengah rushing nak balik rumah sebab dah tak sabar-sabar nak jumpa hana, sembang pon sekejap je..

hana si book lover
kama ni macam saya jugak.. anak baru setahun dah pregnant anak kedua.. so sempatlah saya korek-korek kehidupan dia bila dah ada dua orang anak ni.. hehe nervous weh tak tau apa nak expect.. anak baru sorang pon dah kelam kabut.. macam mana la dah ada dua orang anak nanti.. hehe.. tapi no worries.. percaya dan yakin dengan diri sendiri!! :) sembang pon tak banyak.. lebih kepada ragam dan keletah anak-anak.. penat tapi menghiburkan.. :)

kemudian masuk pulak bab penyusuan.. saya tanya dia, sumaiyah anak yang first masih menyusu badan lagi tak? katanya masih, tapi bukan menyusu sangat.. cuba dia suka 'memerap' je.. and kadang-kadang si sumaiyah ni nak menyusu sebab jeles tengok adik dia menyusu..

jadi, bila dua-dua dah menyusu, tak sempat nak buat stok kalau di rumah.. harapkan mengepam di office jelah..

'cukup susu tak kama?' ni soalan standard bila ibu-ibu bersembang pasal penyusuan ni.. hehe.. and alhamdulillah, katanya cukup.. memang kene disiplin pam di office.. tak boleh skip jadual mengepam.. air kena minum banyak.. dan alfalfa jangan lupa..

kama ni awal-awal kelahiran anak kedua dulu tak ambil pon alfalfa.. anak dah 3 4 bulan, baru ambil.. alhamdulillah katanya memang banyak beza sebelum dan selepas ambil alfalfa.. bila ambil alfalfa, cepat je breast rasa penuh.. pam pon banyak hasil.. and dah tak perlu risau lagi takut stok susu tak cukup untuk anak-anak.. gembira saya dengar sebab saya yang cadangkan kepada kama untuk ambil alfalfa.. alhamdulillah, alfalfa membantu.. :)

sempat dia nasihatkan saya untuk tanam azam untuk fully breastfeed anak kedua ni dari sekarang.. yela, dia tahu saya tak berjaya nak fully bf hana.. susu tak cukup.. dulu-dulu tak kenal alfalfa lagi.. hukhuk.. katanya, berbeza anak yang minum susu ibu ni dengan yang minum formula.. memang nampak jelas perbezaan daripada segi tumbesaran dan perkembangannya.. iyelah kan, susu ibu ni kan yang terbaik.. kaya dengan EPA dan DHA.. memang sangat-sangat diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi..

memang berkobar-kobar semangat saya untuk fully bf anak kedua ni.. yakin susu cukup.. gagal untuk fully bf anak yang pertama tak bermakna kita harus give up untuk anak yang kedua dan seterusnya kan? :)

bagi ibu-ibu yang pernah gagal untuk menyusukan sepenuhnya anak mereka seperti saya, dont give up.. yakin dan terus berusaha.. sekarang banyak dah milk booster yang mampu boleh membantu kita dalam perjuangan ini.. insyaallah, doa banyak-banyak semoga niat murni kita dipermudahkan.. :)

pilihan saya semestinya set penyusuan shaklee.. alfalfa dan esp.. sebab saya yakin dengan produk shaklee dan terlampau ramai yang telah mengakui keberkesanan set penyusuan shaklee ini.. google je testimoni set penyusuan shaklee.. berlambak keluar.. takpun anda boleh baca di sini dan sini..


semoga niat suci saya dan ibu-ibu di luar sana untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak seperti yang telah disyariatkan kepada kita akan dipermudahkan olehNya.. insyaAllah..


*****************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai 
supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..
Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Saturday, 1 November 2014

supplement terbaik untuk ibu mengandung

Assalam semua.. alhamdulillah, kandungan dah masuk bulan ke 7.. dan semuanya ok.. minggu lepas baru buat scan 4d di klinik thong, bahau.. unfortunately,  kedudukan baby songsang pulak masa tu.. jadi tak dapatlah nak capture muka handsome baby mama.. :) tapi alhamdulillah,  yang lain-lain semua ok.. baby pon berkembang seperti yang sepatutnya.. alhamdulillah..

Since saya ni pengedar sah shaklee, so ramailah yang dok usya-usya, jeling-jeling saya ni ambil tak supplement shaklee semasa mengandung ni.. ke dok promote kat orang je padahal diri sendiri tak ambil.. krik krik krik..

Saya tau ramai distributor shaklee yang macam tu.. pung pang pung pang promote kata supplement shaklee elok la.. bagus la.. berkesan la.. tapi hakikatnya mereka sendiri tak pernah consume.. bukan setakat shaklee, produk lain pon sama,, as for me, kita kenalah jujur dalam berniaga ni.. kalau kita sendiri tak tau atau tak yakin dengan produk yang kita jual, camne pulak kita nak jual and yakinkan orang, ye tak? :) honestly saya sendiri dah jatuh cinta dan yakin dengan supplement shaklee.. sebab tu saya yakin nak syorkan pada orang lain.. no doubt at all.. :)


Bila dapat tau je positif mengandung, memang saya bersemangat nak consume set kehamilan shaklee.. excited nak rasa sendiri mengandung dengan supplement shaklee.. dulu waktu mengandungkan hana, ambil ubat klinik je.. tak kenal lagi shaklee masa tu.. 

And memang rasa perbezaannya bila ambil supplement shaklee ni.. bukan setakat rasa je, malah terbukti ada perbezaannya.. especially bab hb.. alhamdulillah pregnant kali ini memang tiada masalah hb.. nurse pon perasan perbezaan mengandung yang dulu dengan sekarang.. iyelah, kalau dulu memang sokmo hb low.. muka pon pucat je.. huhuhu

Selain tu ada beberapa lagi perbezaan yang saya rasa.. boleh baca perbezaan mengandung anak pertama dan kedua saya di sini.. :)

So, apa supplement shaklee yang saya ambil sepanjang kehamilan kedua ni? ;)



Vitalea
Inilah asbab kepada kecemerlangan hb saya dengan izin allah.. alhamdulillah.. hb tak bermasalah and rasa bertenaga je sepanjang hamil ni.. sampai boleh junglr trekking lagi.. :)

B complex
Yang ni sebagai sumber asid folik.. asid folik ni semua orang tau penting diambil oleh orang mengandung.. and b complex juga boleh bantu kawal mood kita.. so no more mood swing ketika mengandung.. hehe

Vita c
Yang ni ambil bersama vitalea untuk bantu serapan iron dalam vitalea..and vita c lah ubat selesema saya.. kalau tetiba hidung and tekak rasa lain macam je, cepat-cepat saya telan vita c.. alhamdulillah, sepanjang mengandung ni tak pernah lagi saya ambil sebarang ubat.. say no to drugs.. :)

3 serangkai yang setia menemani saya di office.. letak depan mata, baru tak terlupa.. :)

Ostematrix
Ostematrix ni penting diambil oleh ibu yang sedang hamil especially bagi yang kurang minum susu seperti saya.. selain sebagai sumber kalsium,  ostematrix ni lah penawar sakit belakang saya.. almaklumlah, tidur dengan perut boyot sambil nak menyusukan si hana sepanjang malam memang mencabar kesihatan tulang belakang saya.. selain tu, setakat ini saya belum pernah lagi kena kaki cramp.. thank you ostematrix. . :)

Esp
Yang ni saya ambil kalau tak sempat nak breakfast.. bancuh je milo bersama esp, insyaallah segar bertenaga sampai waktu lunch.. selain tu, ingat tak saya pernah cerita saya kena gastrik masa mengandung kali ni.. esp inilah penyelamat saya..

Ada jugak ibu mengandung yang mengalami sindrom kemalasan.. nak buat itu malas.. nak buat ini malas.. rasa nak baring je 24 jam.. alahai.. jangan jadikan kehamilan sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan ye ibu-ibu hebat semua.. bancuh esp, insyaallah, bertenaga je.. ramai yang kata macam ni termasuk emak saya.. kalau sarapan dengan esp, laju je buat kerja rumah.. tapi emak saya tak adalah mengandung.. ;)

Performance drink
Waktu awal-awal mengandung, saya adalah mual and angin sikit-sikit.. sikit je, tak teruk mana pon.. tapi sikit pon tetap rasa tak selesa.. nak buat kerja pon tak selesa.. one day saya try bancuh pd yang memang sedia ada dekat rumah.. bancuh masuk dalan botol and bawak pergi office.. amazingly, memang kurang betul rasa mual saya bila minum pd.. so lepas tu, memang pd jelah saya usung ke sana ke mari.. hehe.. another supplement yang boleh mengurangkan rasa mual ialah peppermint-ginger plus.. tapi yang ni saya tak pernah ambil lagi..

Alhamdulillah.. mengandung kali kedua ni lebih mudah dengan bantuan supplement shaklee.. saya tak kata mengandung kali pertama itu sukar.. setiap kehamilan itu ada kemanisan yang tersendiri.. tapi ialah, dulu saya ada seorang je yang nak kena jaga - encik suami.. bila pregnant, dia yang jaga saya.. hehe.. tapi kali ini hana perlukan perhatian dan kasih sayang mamanya ini selain daripada encik suami.. jadi saya perlulah jaga diri dengan sebaik mungkin.. :)

Bagi saya, inilah supplement terbaik yang perlu diambil oleh ibu mengandung.. semulajadi, sihat dan selamat.. doktor pon ramai yang telah mengakuinya termasuklah dr. zubaidi.. boleh baca kupasan beliau mengenai set kehamilan shaklee di sini ye.. :)

Insyaallah semoga saya diberikan kesihatan yang baik sehingga putera dalam perut ini selamat dilahirkan.. aminn.. :)

kak yong hana yang semakin hari semakin bijak.. :)

*****************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai 
supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..
Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

fb page : Kedai Ubat Anda

Tuesday, 7 October 2014

gastrik ketika hamil? macam tak percaya je..

tak pernah tersangka-sangka akan kena gastrik masa pregnant ni.. seumur hidup alhamdulillah tak pernah kena gastrik tup-tup masa pregnant ni lah pulak tuhan nak bagi saya rasa macam mana sakitnya gastrik.. huhu


sakit.. betul sakit.. perut rasa tak selesa.. pedih-pedih.. duduk tak kena.. berdiri tak kena.. baring pon tak kena..

tapi memang tak sangka betul rasa sakit tu adalah gastrik.. sebabnya orang kata kalau skip makan baru kena gastrik.. kes saya pulak, dalam sejam selepas lunch, terus perut rasa tak selesa.. ingatkan salah makan atau ada kaitan dengan baby dalam perut (minta dijauhkan), tapi bila cek doktor, doktor kata gastrik.. and dapatlah ubat gastrik yang pekat warna putih tu..


balik rumah, terus google mengenai gastrik semasa hamil.. boleh pulak ragu-ragu dengan jawapan doktor tu kan.. hahaha.. bukan ragu-ragu, tetapi sekadar berhati-hati.. iyelah, risau sebenarnya nak makan sebarangan ubat masa pregnant ni..

blog rujukan saya semestinya blog dr. zubaidi.. menurut apa yang beliau tulis di blognya, wanita hamil mudah diserang gastrik kerana apabila baby semakin membesar di dalam rahim, perut tidak dapat menjalankan proses penghadaman dengan baik.

selain itu, kesan hormon semasa hamil juga menyebabkan LES (seperti pintu yang menyekat di antara perut dan esofagus) menjadi lembut dan menyebabkan makanan kita yang telah bercampur dengan asid di dalam perut boleh naik ke esofagus menyebabkan rasa pedih ulu hati..


so kesimpulannya, walaupun seumur hidup anda tidak pernah kena gastrik, tetapi tidak mustahil ketika hamil anda boleh mengalaminya.. jangan ragu-ragu ya.. :)

and please berhati-hati dengan ubat gastrik yang anda hendak makan.. kebanyakkan ubat gastrik  tidak sesuai dengan ibu yang sedang hamil.. ada juga ubat yang boleh diambil tetapi ubat tersebut akan memberi kesan kepada penyerapan iron dalam badan ibu.. maknanya, hb ibu akan terganggu.. ini juga akan membahayakan keadaan ibu dan bayi.. anda boleh baca penerangan terperinci dr zubaidi mengenai ubat gastrik untuk wanita hami dan bahaya hb low ketika hamil di sini..

saya pula, bila dah yakin kena gastrik, pilihan saya ialah ESP! ESP ini protein soya yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid di dalam perut. selain itu, nutrien protein di dalam ESP ini juga dapat membantu membina semula sel-sel yang telah rosak akibat dihakis oleh asid perut kita..


alhamdulillah, bancuh segelas ESP then tidur dalam setengah jam.. bangun daripada tidur je dah tak rasa sakit dah.. and dah boleh main-main dengan hana.. kesian hana, daripada balik daripada rumah pengasuh mamanya ni tak layan dia.. :)

and sebelum tidur seperti biasa saya telan 2 biji ostematrik.. ostematrik ni kaya dengan kalisum dan bersifat alkali.. saya memang ambil ostematrix ni setiap malam untuk elakkan daripada kekejangan kaki yang selalu wanita hamil alami.. dan alhamdulillah, setakat ini tak pernah lagi cramp malam-malam.. dan yang best lagi, sakit pinggang pon tak ada dah walaupun menyusukan hana sepanjang malam.. segar je bila bangun pagi-pagi.. :)


lepas ni, kalau datang lagi sakit yang macam ni, saya dah tau dah apa nak buat.. tak adalah menahan sakit sampai 2 3 jam sampai terabai anak mama ni.. :)



********************************************


hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Tuesday, 30 September 2014

petua elakkan bayi kena jaundis/kuning

assalamualaikum semua..

alhamdulillah kandungan dah masuk 23 minggu.. doakan bayi dan mamanya ini sihat ye dan bayi dapat dilahirkan dengan mudah dan selamat.. aminn.. :)

bila dah mencecah separuh fasa kehamilan ni, tiba-tiba pulak risau takut baby terkena jaundis atau kuning nanti.. nauzubillah.. minta dijauhkan..

dulu hana alhamdulillah, bebas daripada jaundis.. sekali je kena ambil darah di tumit.. itu pon saya dah tak keruan dah dengar dia menangis.. macam manalah agaknya perasaan ibu-ibu yang anaknya terpaksa berkali-kali diambil darah.. mahu menangis sekali dengan baby agaknya..

alhamdulillah, result darah hana tu tak ada kuning.. seingat saya bacaan kuning dia masa tu 8 kot.. tak pon 80.. saya pon tak pasti dan saya memang tak tahu sangat mengenai bacaan-bacaan kuning ni.. hukhuk

ramai juga kawan-kawan rapat yang bertanya apa yang saya amalkan semasa mengandung? saya pon tak tau sama ada apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana dulu adalah asbabnya atau tidak.. tapi saya nak kongsikan juga.. manalah tahu bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana..


apa yang saya amalkan semasa mengandungkan hana?

buah delima


seingat saya, semasa mengandungkan hana, saya memang selalu makan buah delima.. boleh dikatakan ada je stok delima dalam peti ais tu.. dah jadi macam snek dah.. mengadap tv je mesti mengunyah delima..

kebetulan pula, masa tu musim delima kot sebab harganya murah dan senang je nak jumpa di mana-mana kedai buah.. rezeki hana alhamdulillah.. masa tu kalau tak silap saya 6 biji RM10.. tapi minggu lepas, saya beli delima sebiji RM3.. mahal.. itu pon bukan yang jenis merah ranum tu.. yang gred biasa-biasa je.. saiz pon kecil je.. susah nak jumpa pulak tu..

so disebabkan susah sangat nak dapatkan buah delima kali ini, saya gantikan dengan pati delima je.. pilihan saya pati delima gulsan.. ambil satu sudu je setiap hari.. insyaAllah kita usahakan.. semoga dapat membantu..


air kelapa

saya ni duduk di kampung, pokok kelapa sebelah rumah je.. so kalau tiba-tiba teringin nak minum air kelapa fresh, bisik je dekat encik suami.. laju je dia kaitkan.. cakap je nak yang muda.. yang tua.. kelapa pandan.. kelapa biasa.. 5 minit je dah terhidang di depan mata.. :)

waktu hana ada dalam perut, memang selalu sangat saya minum air kelapa.. seminggu sekurang-kurangnya sekali.. kadang-kadang sampai 3 4 kali.. ada yang kata orang mengandung tak elok minum air kelapa.. tapi saya tak nampak pulak sebabnya tak elok.. and saya ok je minum.. :)



lagi apa ya? hurmm.. rasanya dua ni sahajalah yang saya nampak berkemungkinan membantu elakkan hana daripada terkena jaundis.. ya atau tidak wallahualam..

saya ada jugak google petua-petua di blog.. antara petua yang saya jumpa yang rasanya boleh kita amalkan semasa mengandung untuk elakkan bayi kita daripada terkena demam kuning atau jaundis ialah:

kurma


salah satu makanan sunnah yang kita semua tahu kaya dengan pelbagai khasiat.. tapi malangnya tak ramai yang amalkan.. termasuklah saya.. huhu.. saya agak kurang gemar dengan rasa kurma ni.. tapi apalah sangat kalau nak makan sebiji sehari kan? bagi yang minum ESP, boleh blend sekali kurma dengan esp.. kata orang sedap.. lemak-lemak manis gitu.. nak cubalah juga.. :) 

selain untuk membantu elakkan bayi daripada terkena kuning, kurma ni juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.. haa.. apa lagi.. mari kita sama-sama amalkan makan kurma.. sebiji sehari je demi kulit bayi yang cantik mulus..  ;)

madu



kalau boleh carilah madu yang asli.. ambil 2 3 sudu sehari.. kalau rasa tak lalu nak telan madu yang pekat tu, boleh bancuh dengan air suam.. madu ni pon actually memang bagus untuk diamalkan walaupun tak mengandung.. bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran..

vitamin D

selain makanan-makanan sunnah seperti yang disebut di atas, saya terbaca bahawa pengambilan vitamin D ketika hamil juga membantu mengelakkan bayi daripada terkena kuning.. banyakkan ambil makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak ikan, ikan air masin, susu dan hasil tenusu, telur, mentega, kacang soya, minyak ikan kod, ikan salmon, ikan sardin dan lain-lain.


mengandung kali kedua ini saya amalkan ostematrix shaklee.. selain insyaAllah dapat membantu mencegah bayi daripada terkena kuning, ostematrix ni juga bagus diambil oleh orang yang sedang mengandung dan menyusukan bayi bagi membekalkan kalsium yang secukupnya pada badan.. pengalaman saya sepanjang ambil ostematrix ni, alhamdulillah tak pernah lagi kekejangan kaki.. selain itu, sakit pinggang pon alhamdulillah tak ada.. :) boleh baca pengalaman saya di SINI..






rasanya itu sahajalah info yang boleh saya kongsikan untuk kita semua.. kalau kawan-kawan ada lagi sebarang petua yang bermanfaat, bolehlah dikongsikan juga..

semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan bahagia.. :)

*******************************

hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi lanjut mengenai supplement yang sesuai untuk anda seisi keluarga..

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda








Sunday, 29 June 2014

atasi gastrik di bulan puasa

assalam readers!

alhamdulillah, hari ini 2 ramadhan, hari kedua kita semua berpuasa.. ada yang mengalami masalah berpuasa akibat gastrik?

alhamdulillah, saya tak pernah alami gastrik.. tapi rakan di asrama dahulu ada yang mengalami gastrik.. bila gastrik menyerang, mengerekot beliau di atas katil.. makan tak lalu.. kadang-kadang sampai muntah.. bila ditanya rasa sakit macam mana? katanya pedih di bahagian ulu hati yang teramat sangat..


kesian mereka yang mengalami gastrik.. tambahan di bulan puasa ini..

jangan pandang remeh gastrik ini.. kalau dibiarkan tanpa rawatan, boleh mengakibatkan sakit yang lebih teruk seperti ulser perut..

jadi saya syorkan mereka yang sering diserang gastrik untuk ambil ESP dan peppermint semasa bersahur, dan ostematrix sebelum tidur..

insyaallah..


semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.. aminn..



ingin mendapatkan supplement yang sesuai dengan anda dan keluarga?
hubungi saya untuk:


FREE CONSULTATION
BEST PRICE
BUSINESS OPPURTUNITY WITH SHAKLEE


Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

Sunday, 9 March 2014

ESP Shaklee :: apa? bila? bagaimana? kenapa? siapa?


High demand, best seller, terlajak laris, terhangat di pasaran.. Semua tu menggambarkan betapa ESP ni menjadi rebutan dan igauan ramai pengguna.. Boleh dikatakan setiap yang mencuba ESP pasti jatuh cinta terus dengan produk no 1 Shaklee ini.. Jom kita tengok apa itu ESP dan soalan-soalan popular mengenai ESP ini.


APA ITU ESP?

ESP atau Soy Energizing merupakan makanan tambahan berasaskan kacang soya yang dijamin tidak terubah genetiknya (non GMO). ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral menjadikan ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

APA KEPENTINGAN PROTEIN?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsangfungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang kahirnya boleh membawa maut.

APA ITU ASID AMINO?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan oleh badan manusia dikenali sebgai asid amino tidak perlu manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh sari sumber makanan dinamakan asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

MANFAAT UTAMA ESP

AWET MUDA - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain2. Pengambilan yang kerapa adalah kunci kepada awet muda.
KULIT REMAJA - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
BAIK UNTUK HORMON - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mensegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
BAIK UNTUK PROSTAT - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupyaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia manukar sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, overi, menopous dan pembesaran prostat.
PEMBEKAL TENAGA - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
MEMBAIKI PIGMENTASI - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
MEMBAIKI MEMORI - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

SIAPA PERLU AMBIL ESP

- mereka yang sibuk
- ibu yang sedang hamil
- ibu yang menyusukan anak
- mereka yang ingin kurus
- pesakit kencing manis
- wanita yang ingin kulit yang catik
- mereka yang mementingkan kesihatan

APA RASA ESP?

ESP Shaklee rasa mild soya. Jika anda bukan penggemar soya, anda boleh pelbagaikan resepi ESP. Saya akan membrikan anda pelbagai resepi ESP yang menarik.

BERAPA LAMA ESP TAHAN?

Jika anda mengambil ESP dengan kuantiti maximum iaitu 3 sudu sehari, satu tub ESP boleh bertahan sehingga sebulan setengah.

BERAPA HARGA ESP?

Satu tub/canister ESP beharga RM150. Hubingi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa! :)

JIKA SAYA ORDER, BILA BOLEH DAPAT?

InsyaAllah, penghantaran mengambil masa 1 hingga 4 hari bergantung kepada lokasi anda.

BAGAIMANA SAYA MAHU ORDER ESP?

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa serta resepi ESP yang menarik untuk dicuba.
email : musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp : 013 3444633 atau 013 6554633
fb : Musalmah Nasardin