Tuesday 15 July 2014

apa yang kita boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di palestin?



Allah.. Allah.. Allah..


Assalamualaikum semua. Pasti semua sudah sedia makluam, di saat seluruh dunia sedang bersorak meraikan kemenangan Jerman, tak kurang juga yang bersedih atas kekalahan Brazil di separuh akhir perlawaan piala dunia 2014, saudara-saudara Islam kita di Palestin telah diserang oleh Israel laknatullah.

Betapa kita telah dipesongkan daripada mengambil tahu tentang saudara-saudara kita di sana dengan demam piala dunia yang semakin menggila. Sedang saudara-saudara kita di sana berjuang bermati-matian mempertahankan agama dan tanah suci umat Islam, kita di sini sibuk berjuang menahan mata menyaksikan piala dunia. Sedang mereka menangisi pemergian kaum keluarga dan sahabat handai yang dijemput syahid di bulan yang mulia ini, kita di sini sibuk bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sememangnya kita telah dialpakan. Dihanyutkan. Dilalaikan.

Alhamdulillah. Masih ada di kalangan kita yang sudi mengingatkan. Yang sering melaporkan. Agar kita di sini tahu dan sedar yang saudara-saudara kita sedang menderita. Sedang sengsara. Sedang berjuang untuk agamanya. Agama kita.

Melihat anak-anak kecil menjadi mangsa.

.....

Allah. Apa salah mereka?

Saya tidak pasti sekiranya ada di antara kita yang tidak tercuit hatinya, tidak terganggu emosinya melihat tubuh anak-anak kecil terbujur kaku. Melihat wajah ibu ayahnya yang menangisi pemergian anak kecil mereka. :'(

Allah.



Besar sangatkah ancaman anak-anak kecil ini kepada Israel laknatullah sehingga mereka juga menjadi mangsa?

Cuba bayangkan kita di tempat mereka. Anak-anak kita di tempat anak-anak mereka. Kuatkah kita?

Allah. Allah. Allah.

Sesungguhnya jiwa rakyat Palestin memang luar biasa. Jiwa pemudanya. Jiwa wanitanya. Jiwa anak-anaknya. Tidak pernah gentar berjuang menegakkan agamanya. Walau bersenjatakan mercun dan batu-bata.
Sedang kita? Nak berbuat baik pon malu. Takut ditertawa.
.....

Walaupon kita jauh daripda mereka, tetapi jangan lupa, mereka tetap saudara kita. Mereka berjuang demi agama kita.

Takut bila ditanya di sana nanti, di mana kita sewaktu saudara-saudara kita ini berjuang mempertahankan agamanya? Apa yang kita lakukan untuk membantu mereka?
Kelu lidah kita.

Allah.

Walau kita tak mampu untuk mengangkat senjata berjihad bersama-sama mereka, tetapi ketahuilah banyak yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di sana.

Doa. Berdoalah. Teruskan berdoa agar jiwa mereka terus kuat untuk berjuang demi tanah air dan agama Islam. Berdoalah agar Israel laknatullah dapat ditewaskan dengan mudah. Berdoalah agar pertolongan Allah segera sampai kepada mereka.. Berdoalah. Berdoalah. Berdoalah. Jangan sesekali lupakan mereka dalam doa-doa kita. Yakin dan percaya, doalah senjata terkuat kita sebagai orang Islam.




Boikotlah produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Saya yakin masih ramai yang masih tidak pasti akan kebenaran tentang hal ini atau sengaja tidak mengendahkan tentang ini. Buat-buat tidak tahu. Atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Dan sengaja tidak mahu percaya. Saya pon tidak oernah menyelidik mengenai kesahihan perkara ini tapi sekiranya ia benar, bayangkan setiap sen yang kita belanjakan itu mereka gunakan untuk memebeli peluru untuk membunuh saudara-saudara kita di sana untuk membunuh anak-anak palestin. Allah.



Kalau tidak tahu untuk bermula dari mana, mulakan dengan McD, Coca Cola dan Starbucks. Tak susah mana pon kawan-kawan semua. Kita tak mati tak makan McD, tapi mungkin ada yang mati di Palestin dari peluru sumbangan daripada duit kita? Nauzubillah.

Selain itu menyumbanglah walaupun sedikit. Pasti ramai sangat yang tahu di Malaysia sahaja ada pelbagai jenis NGO yang memperjuangkan nasib rakyat palestin. Antaranya Aman Malaysia, MERCY MALAYSIA, Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia.

Ada diantaranya yang telah melancarkan tabung kemanusiaan khusus bagi mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita ini. Ada saya terbaca komen yang berbunyi lebih kurang begini, 'Kalau saya kaya saya akan dermakan untuk Gaza ni. Tapi tahulah di Malaysia sekarang ni. Harga barang semua dah naik.'

Kita tak perlu jadi kaya untuk menyumbang. Lihatlah mereka. Lihatlah muka anak-anak Gaza. Lihatlah muka wanita-wanitanya. Lihatlah muka pejuang-pejuang agama yang sebenar. Mereka memerlukan bantuan kita. Ya. Kita.



Yang paling penting sekali istiqamahlah dengan segala usaha yang kita lakukan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Saya tujukan ini khas untuk diri saya sendiri. Dulu waktu isu Gaza tengah panas, saya dengan bersungguh-sungguh boikot McD. Kononnya taknak duit yang saya belanjakan di McD itu digunakan untuk membeli peluru untuk membunuh rakyat Palestin. Tapi bila isu tersebut reda, dah mula lupa pasal kekejaman Israel. Dah mula lupa mengenai rakyat Palestin yang dibunuh. Dah mula lupa. Dan dah mula masuk McD semula. Shame on you Sal. T_T



"Maaf kerana aku tak sempat melindungimu adik kecil,
Yang pasti, kau dlm perlindungan Allah sekarang duhai adik kecil.."





she was killed while having iftar.
have ur meal in jannah my sister.




Tabahlah saudara-saudaraku di Gaza. Sesungguhnya kami saudara-saudaramu ini amat lemah. Tidak seperti kalian yang cukup kuat dan tabah.

Percayalah, kemenangan pasti akan menjadi milikmu. Teruskan berjuang saudara-saudaraku. Teruakan berjuang demi agamamu.

:'(

No comments:

Post a Comment