Thursday 5 June 2014

menyingkap rahsia marketing secara online dan offline


orang kata kalau nak berjaya dalam apa bidang sekali pun, bergurulah dengan orang yang betul..
kalau nak pandai memasak, bergurulah dengan chef..
kalau nak pandai bersajak, bergurulah dengan penyair..
kalau nak pandai melukis, bergurulah dengan artis..
kalau nak pandai berniaga, bergurulah dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaannya..


alhamdulillah saya dipertemukan dengan group yang hebat.. dengan mentor-mentor yang hebat.. yang sentiasa berusaha membantu anak didiknya untuk berjaya..
banyak betul projek yang dianjurkan oleh master maria dan master firdaus dengan tujuan untuk membantu kami, anak cucu empire maria firdaus, capai apa yang mereka capai pada hari ini.. antaranya adalah seminar OMG (read online offline marketing genius) yang diadakan pada 24 dan 25 may yang lalu di FIT Center, Batu Caves..

alhamdulillah, saya, suami dan hana berkesempatan hadir ke seminar tersebut.. apa yang saya suka tentang group ini adalah, anak-anak tidak pernah diabaikan.. kami dibenarkan membawa anak-anak bersama.. siap disediakan ruangan khas dan belon untuk anak-anak ini bermain.. yelah.. manalah nak tau, anak-anak kecil ini pon mendapat tempias aura orang-orang berjaya ini.. :)

semua orang tahu, untuk memajukan sesebuah perniagaan, marketing is the key, tapi ramai yang tidak tahu sebenarnya apa itu marketing dan bagaimana untuk melakukan marketing dengan mudah dan berkesan.. inilah matlamat seminar ini dijalankan.. untuk makluman, master firdaus telah melaburkan puluhan ribu ringgit untuk belajar teknik marketing daripada pakar-pakar marketing di malaysia, dan beliau dengan bermurah hati berkongsi ilmu tersebut dengan kami, secara percuma je.. bagusnya beliau.. agak-agak korang bleh dapat leader lagi bagus daripada ini tak? ;)


seminar dimulakan dengan perkongsian menyingkap rahsia kejayaan master kami dalam perniagaan shaklee ini.. jatuh bangun mereka.. apa yang mereka lakukan sehingga boleh mencapai rank master dalam masa 9 bulan sahaja.. saya ulang, mereka mencapai rank master dalam masa 9 bulan sahaja.. :) hebat kan mereka? kiranya tak salahlah orang yang saya pilih untuk menjadi mentor dan sumber inspirasi kejayaan saya pulak.. insyaallah.. :) nak tahu kisah kejayaan mereka? klik sini..

master firdaus berkongsi satu persatu teknik dan tips yang beliau dan master maria lakukan.. apa yang kami perlu lakukan hanyalah copy paste sahaja apa yang mereka lakukan sebab memang sudah terbukti berkesan! ini kiranya jalan short cut yang yang diberikan kepada kami supaya kami pon boleh berjaya seperti beliau.. yang penting, tindakan sahaja!



antara perkara asas yang penting untuk berjaya adalah 101 impian, vision board, cermin ajaib dan master checklist.. inilah kunci kejayaan master firdaus dan master maria.. nampak seperti remeh, tapi buat je.. jangan percaya selagi tak buat.. dah buat baru tau hasilnya..
selain daripada itu, teknik 'jemput-jemput' juga adalah salah satu teknik yang ditekankan kepada kami.. menggunakan teknik ini, kita secara tidak sengaja akan menjemput banyak rezeki kepada kita tanpa perlu bersuyah-payah.. insyallah, dengan izinnya..


selain perkongsian daripada master firdaus, ada beberapa lagi speaker yang pakar dalam bidang masing-masing memberikan ilmu kepada kami tentang teknik-teknik marketing yang betul dan berkesan.. saudara arham, seorang pakar dalam bidang it membongkar rahsia pemasaran melalui facebook  dan blog..


dan daripada sini barulah saya tahu mengapa kebanyakan pemasaran yang dilakukan di facebook dan di blog kurang berkesan.. barulah terpacul 'ooo' daripada mulut masing-masing.. :) insyaallah jika kita buat teknik yang diajarkan oleh pakar it kita ini, jualan akan meningkat selepas ini.. aminnn.. inilah pentingnya ilmu sebelum amal.. supaya tidak tersesat di tengah jalan.. :) berilmu pulak mestilah dengan orang yang betul.. barulah boleh berjaya!

perkongsian daripada ceq siti safwanah memberikan sedikit 'emosi' kepada program.. beliau berkongsi bagaimana group MFMS ini berjaya mengubah hidup beliau.. daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.. betapa beliau terlampau bersyukur kerana telah dipertemukan dengan group ini yang banyak membantu dan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berjaya dan membantu lebih ramai orang.. mengalir air mata kebanyakan peserta mendengar luahan hati yang begitu ikhlas daripada ceq siti safwanah ini..




saudara hafiz, pakar pemasaran secara offline pula berkongsi tips bagaimana mempromosi tanpa menjengkelkan orang di sekeliling kita.. yelah, kebanyakkan daripada kita mesti pernah rasa rimas bila salesman/salesgirl datang promosi sesuatu kepada kita.. bila kita cakap tak nak pon, masih lagi diorang terus-terusan mempromosi.. seolah-olah memaksa kita pulak kan.. no no no.. kami dilarang keras untuk berbuat begitu.. kami bukan salesman.. kami marketing genius! jadi cara marketing pon haruslah 'mahal'.. perkongsian daripada saudara hafiz ini banyak membuka mata kami betapa mudahnya untuk melakukan pemasaran secara offline dengan betul..

kemudian master firdaus berkongsi antara projek-projek yang beliau sedang usahakan untuk membantu semua yang berada di bawah empire maria firdaus.. terujanya mendengar projek-projek tersebut.. insyallah.. dengan adanya usaha daripada master kami, jalan kami yang berada di bawah empire beliau untuk menuju kejayaan adalah lebih mudah.. kagumnya saya dengan usaha beliau.. begitu bersungguh-sungguh dalam membantu orang lain untuk berjaya.. semoga allah sahaja yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan master berdua.. :)


selain daripada tips dan teknik-teknik marketing, kami juga dihidangkan dengan perkongsian jatuh bangun dan kisah kejayaan antara leader-leader yang telah berjaya dalam group kami.. ternyata bukan mudah untuk berjaya tapi tidaklah sesukar mana.. kalau kita masih lagi selesa menjalani kehidupan biasa kita setiap hari, tapi mengharapkan kejayaan yang luar biasa.. cakap pada diri sendiri 'kesiann'..

perkongsian kisah hidup mereka.. bagaimana mereka membahagikan masa.. bagaimana mereka berusaha membantu orang disekeliling mereka sangat membuka mata kami yang mendengar.. kalau mereka boleh berjaya kepada tidak kita kan? mentor dah ada.. tips dan teknik semuanya telah diberikan.. apa yang penting tindakan sahaja..  insyallah, kejayaan akan menjadi milik kita.. aminn :)

apa yang saya dapat sepanjang 2 hari seminar ini? banyakkkk.. terlampau banyak ilmu.. apa yang penting, saya nampak jalan yang akan saya lalui unuk menuju ke puncak kejayaan semakin jelas.. saya hanya perlu teruskan perjalanan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.. insyallah.. sooner or sooner saya juga akan berjaya seperti mereka.. aminnn

tapi saya taknak berjaya sorang-sorang.. saya akan mencurahkan segala ilmu yang saya dapat sepanjang omg ini kepada anak-anak saya yang tidak dapat hadir.. bantu orang lain untuk berjaya, anda kan berjaya dengan sendirinya.. insyaallah..



master firdaus dan master maria
presidential-master-to-be


master-to-be
aminn.. :)




MARIA FIRDAUS EMPIRE
THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA

ingin menjadi sebahagian daripada team kami yang sangat-sangat happening?
jom sama-sama kita ubah hidup kita daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.. insyaallah..

Musalmah Nasardin

SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
fb page : Kedai Ubat Anda

No comments:

Post a Comment