Tak pernah sekalipun air mata tidak mengalir apabila membaca
catitan kasih seorang ibu buat anaknya.. yang telah pergi.. buat selamanya..
betapa tulusnya kasih ibu itu.. betapa tabahnya.. catitannya membuatkanku..
lebih menyanyangi.. lebih manghargai.. takut kehilangan.. kerna yang pasti..
aku tidak sekuat ibu itu..
Buat ibu itu.. tabahlah.. tulislah.. jika itu kasih yang
boleh dizahirkan.. pada anak yang sudah pergi.. tulisanmu.. kasih sayangmu..
keikhlasanmu.. menjadi pedoman buat ku.. juga beribu yang lain.. erti kasih
sebenar.. seorang ibu.. tanpa jemu.. terus merindu..
Buat anak itu.. walaupun jasadmu sudah tiada.. dimamah bumi
di dunia.. kasih untukmu tidak pernah tiada.. dari ibumu yang menyayangi
sepenuh hati.. juga dari kami yang menginsafi..
Buat hana anak mama.. sekalung doa buatmu.. supaya dapat
membesar di depan mataku.. supaya mama pergi dulu.. kerana aku tidak sekuat..
ibu itu..
Al-fatihah buat adik alanna qish.. nantikan ibumu di syurga..
No comments:
Post a Comment